
Luar Mini Perpustakaan

Luar Mini Perpustakaan

Kehijauan

Pohon yang kian membesar
Saya langsung tidak mempunyai pengalaman menanam dan menjaga pohon-pohon berkayu atau pun bunga-bungaan. Ia bukan minat saya. Abah, menghadiahkan hampir dua ekar kebun kepada Roza, sejurus kami melangsungkan perkahwinan. Abahlah yang menanam durian, rambutan dan buah-buah yang lain. Ia hidup subur di kawasan yang sangat berhampiran dengan rumah kami.
Kebun tersebut seusia tempoh perkahwinan saya dan Roza. Seumur dengan Sara. Sayangnya, kehadiran saya di kebun tersebut tidak sampai pun empat kali. Saya tidak berminat.
Begitulah….
Segala-galanya berubah apabila saya mula menanam pohon-pohon di laman rumah. Saya melihat kebesaran Allah melalui kejadian yang pada masa lampau kelihatan biasa-biasa. Misalnya, ia tidak boleh terlebih baja, nanti kepanasan. Daun-daun menjadi kekuningan. Ada pohon yang menjalar, ada yang mahu tempat berteduh dan ada yang lebih cantik apabila menerima kepanasan matahari yang maksimum.
Saya ralik bersama China Nursery. Melihat beliau menyalin anak pohon daripada pasu kecil ke pasu besar. ”Nanti dia akan berbuah,” kata beliau. Saya menanam rumput-rumput filipina hampir 500 keping. Tidak pernah saya bekerja seperti buruh kasar. Malamnya, habis seluruh tubuh menderita.
Namun saya puas!
Bila bangun solat malam, saya berdoa kepada DIA sambil berkata, “Ya Allah Kaulah yang Maha Berkuasa mencipta dan menumbuhkan pohon-pohon di muka bumi ini. Ya Allah Kau suburkanlah pohon-pohon yang aku tanam supaya dapat aku menikmati keindahan dan kecantikan anugerahMu ya Allah. Ya Allah hampirkanlah aku dengan kekuasaan Mu ya Allah”
Kemudian, setiap pukul 5.20 pagi saya akan berada di laman rumah menyiram pohon-pohon ini sambil menyebut “subhanallah, subhanallah, subhanallah” dan berdoa “Ya Allah, aku basahi pohon-pohon kepunyaanMu ini supaya mereka hidup subur dan kau basahilah lidahku dengan memuji mu ya Allah. Ya, ya Allah Kaulah yang Maha berkuasa, Kaulah yang boleh menghidupkan sesuatu dan kaulah yang boleh memanggil kami pulang”.
Alhamdulillah, kerana pohon-pohon inilah saya berjumpa dengan firman Allah dalam surah Ibrahim, ayat 24-26 yang bermaksud,
“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup”
Ia kisah benar yang tidak pernah terfikir akan berlaku dalam kisah hidup saya, merasai keseronokan melihat pohon-pohon hidup subur dan mengaitkan kejadian tersebut dengan kebesaran Allah SWT.
Saya mohon keampunan Allah!
Salam Sejahtera Prof.,
Alhamdulillah akhirnya dapat juga melayari blog prof…setelah berkali-kali cuba mencapai laman web yang lama tidak berjaya…..
Saya suka melihat laman prof yg luas dan dipenuhi dengan pepohon menghijau…diselitkan dengan pohon2 berbunga…cantik nanti tu prof… nanti buatlah kolam ikan dan air terjun mengalir dari tepi pagar pula.. di tambah pagola dan kerusi taman…mesti menjadi tempat yang baik untuk prof mendapat ilham menulis… !
saya tumpang gembira kerana di Shah Alam ini taman saya hanya seluas sekangkang kera sahaja… maklumlah hendak mendapat rumah yang mempunyai laman yang luas begitu di sini sudah semestinya mencapai jutaan ringgit! Tidak tercapai dek poket saya…
Namun saya bersyukur dapat juga menanam pokok-pokok hijau dan berbunga di laman yang seadanya ini…kerana saya memang suka dengan pepohon hijau..di dalam rumah juga saya tidak suka menghias dengan bunga plastik/palsu… saya lebih suka meletakkan pokok-pokok hidup kerana ia lebih segar…dan juga ada yang mengatakan pokok2 hidup ini akan sentiasa bertasbih kpd Allah SWT … (wallahu’alam..ini kena confirm dengan yang lebih ‘arif)
InsyaAllah teringin hendak berjunjung ke Segamat..walaupun selalu balik Johor tapi sekejap-sekejap sahaja…
Salam Prof,
Semoga lebih merimbun dengan laman blog yang baru ini.
Sama sama kita perbanyakkan salawat.
Salam sejahtera,
Lama tidak mendengar khabar…. sihat? Mudah-mudah tenang semuanya.
Syukur dpt masuk laman baru ni ,dh berkali-kali masuk lmn web yg lama tapi tak dpt…geram pun ada jugak.Semoga blog ini lebih banyak ilmu dan maklumat seperti yg lama.
salam Prof,
semoga laman baru ni lebih subur!
Ya Rabb.. lega bila Prof dah tukar ke web baru.. sebelumnya, memang tidak pernah saya dapat baca full artikel.. lega rasanya, puas. Terima kasih Prof..
Abg Ngah..blog ni lagi cantik..
Rahsia awet muda, Prof.. rajin bergaul dengan tanaman…
Alhamdulillah,
laluan alternatif dipermudahkan…
Ralit sekiranya kita menanam bunga & tanaman. Saya selalu sekalikan menyiram dengan beri makanan kepada burung2 yang mampir ke balkoni. Tanaman & burung2 – dua anugerah ALLAH bagi jiwa yang tenang .
Informasinya sangat berguna untuk saya, semoga bisa diterapkan.
salam….pohon2 d laman prof nmpk sungguh subur,hijau dan cantik….subhanallah….
assalamualaikum prof….rasa jauh nya dan rendahnya diri melihat keazaman prof dlm pelbagai aspek…saya baru baca buku travelog haji prof dan alhamdulillah khatam sehari shj….bayangkan apa yg dah tinggalkan….tugas2 surirumah , layan anak2 sikit2 je spy tak hilang konsentrasi….air mata usah cakap lah…allahu akbar…saya pohon diberi kekuatan utk istiqamah dlm bangun malam kerana saya terlalu mengikut nafsu mata.dek sayangkan masa tidur especially bila nk mengajar di sekolah hari esoknya…mohon kalu prof dpt berikan lg tip2 utk gagah bermunajat di malam sunyi…begitu juga bercucuk tanam…halaman rumah yg agak luas hanya dipenuhi rumput rampai dek ketidaksabaran dan kejahilan saya menguruskan nya….
Assalammu `alaikum,Saya dah lama tahu sedikit sebanyak tentang Prof. Cuma bila saya tahu tentang penghijrahan fizikal Prof ke U Taibah baru hati saya terbuka untuk mendalami cerita disebalik penghijrahan jiwa Prof pulak…semoga dari coretan2 Prof di blog ini, saya mendapat ilham untuk penghijrahan jiwa saya pula, insyaAllah.
PS Saya berdoa saya juga dapat berjumpa kehidupan ringkas yang signikan, insyaAllah.
Searching for answers, sometimes finding them and sometimes left wondering…
but always trusting that GOD knows what He is doing!
Assalamualaikum Prof., sudilah kiranya kalau Prof dapat bagi URL atau site Blog Prof yang terdahulu.. bukannya apa, saya nak baca dari mula Prof. menulis di Blog ni.. Terima kasih.. Wassalam.
Saudari An Nisa’.. alhamdulillah.. I like your comment.. “..Searching for answers, sometimes finding them and sometimes left wondering…
but always trusting that GOD knows what He is doing!..” I think I’m in the same situation. Ujian Allah.