Angan dan realiti

“Yang… tolonglah edit,” rayuan Roza kepada saya.

Travelog Cinta Abadi: Satu Perjalanan sudah lama siap. Hampir 100 bab tersedia untuk diedit. Cuma saya tidak berkesempatan untuk benar-benar menghadap komputer, meluangkan masa dan memberi “jiwa dan perasaan”. Alasan saya pada Roza, “tunggu Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu siap print dan diedarkan kepada khalayak”.

Sudah sekian lama saya memujuk Roza untuk menulis. Itu pun juga cita-cita beliau. Namun ia terlindung di sebalik perasaan rendah diri, tidak berkeyakinan dan kesukaran untuk memulakan sesuatu yang kelihatan asing. Bila beliau bermula, ia kelihatan sukar untuk berhenti.

Kini beliau bersedia untuk memulakan Travelog Cinta Abadi: Bersiap untuk Pulang, barangkali catatan beliau sendiri berkaitan dengan perubahan roh kehidupan terutamanya dalam konteks “perjalanan haji” yang telah kami lalui.

Saya membuat telahan. Realiti sebenar apa yang mahu ditulis hanya beliau yang tahu.

Itulah, Roza pernah berangan-angan untuk menjadi seorang penulis. Oppsss… ia bukan angan-angan! Ia adalah satu doa yang dimakbul Allah. Secara tersirat, itulah sipnosis ringkas Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu, bukan kisah cinta sesama manusia tetapi melihat kebesaran Allah melalui pandangan lampau.

Sebagai suami, saya bersyukur dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran buku Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu.

“OK Yang… saya akan mula mengedit buku Travelog Cinta Abadi: Satu Perjalanan bermula malam ini……”

Mudah-mudahan Allah permudahkan.

4 Responses to “Angan dan realiti”

  1. ummu says:

    assalamualaikum Tuan
    semoga Allah memudahkan urusan tuan
    dan tercapai impian isteri tuan.amin

  2. intan says:

    Pengabdian bukti kesyukuran untuk cinta segala cinta.
    BersamaMu… Ku miliki segalanya.

  3. ropidi says:

    Salam dari Melbourne

    Tahniah pada Puan Hajjah Roza. Nampaknya bila dah menulis susah nak berhenti. Agaknya dah terkena badi Tuan Haji Prof kot..8)

    Saya ada keinginan nak menulis buku macam orang lain tetapi hingga kini belum menjadi… Betullah ungkapan Prof, kerana merasa rendah diri dan tiada keyakinan dalaman. Mungkinkah pada suatu hari nanti saya akan menjadi penulis buku dan tidak lagi dapat berhenti menulis seumpama Prof dan Puan Roza…?

  4. SifuPTS says:

    Ingat PTS, ya, Prof….

Leave a Reply