PhD kecil tapi Signifikan

Saya ada kesemua buku Prof....
Hujung minggu, selama sebulan saya berada di JB. Tinggal seminggu lagi. Hotel Seri Malaysia menjadi tempat bermalam. Malam tadi saya dikunjungi oleh Azizah pensyarah UTM yang mahu memiliki buku PhD, Kecil tapi Signifikan.
Beliau seorang yang sangat ceria, “saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD”. Saya sempat berpesan dan memberi semangat, “InsyaAllah boleh tetapi jadikanlah pengajian PhD sebagai peluang untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah”.
EMBA

EMBA, test....

EMBA, tersenyum selepas test!
Inilah 14 orang yang ‘bersemangat” belajar pada hujung minggu. Setiap petang sabtu dan pagi Ahad mereka akan menghadap saya belajar Managerial Accounting. Tinggal seminggu lagi. Ia satu pengalaman yang sangat menarik buat saya.
Mudah-mudahan mereka akan berjaya dengan cemerlang!
PhD

PhD, Transformasi melalui ibadat Haji/Umrah
Zul, penulis PTS – Haji OK dan KO – yang telah menulis beberapa tajuk buku sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ia di bawah bidang pengajian berterusan. Ia memilih satu topik yang sangat menarik, berkaitan transformasi individu melalui ibadat haji/umrah.
Saya bersedia membantu beliau. Hampir dua jam beliau bersoal-jawab dengan saya di UiTM JB. Mudah-mudahan ia membantu!
Ain dan Amal

Penulis remaja terkenal di Ar-Raudhah
Suami-isteri yang sangat mesra. Ain, penulis terkenal remaja sudah menulis 14 tajuk. Amal, pengurus Ain sangat kreatif dalam mengendalikan penulis tersohor ini. Pengikut Ain hampir 16000 remaja yang masih dalam proses mencari identiti.
Saya dan Roza berkejar pulang dari JB semata-mata untuk meraikan mereka berdua yang berada di Segamat. Saya bertanya Roza, “beli atau masak?”.
“Masak,” pilihan Roza.
Dalam keletihan, Roza pantas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Ia satu usaha yang sangat berbaloi. Terima kasih Ain dan Amal yang sudi singgah ke Ar-Raudhah.
