Hari yang paling menyedihkan.
Saya berdukacita. Setelah hampir empat tahun berlalu, akhirnya masa yang tidak saya ingini muncul. Benar, itulah tanda-tanda manusia merupakan hamba Allah yang sangat lemah.
Pagi ini, saya tidak dapat meleraikan ikatan yang mengiringi masa tidur yang nyenyak. Saya hanya bingkas bangun ketika jam menunjukkan pukul 5.40 pagi. MasyaAllah, bagaimana saya dan Roza tidak tersedar? Cepat-cepat saya menyucikan diri, berwudhu dan terus beredar ketika alunan azan subuh sudah lama kedengaran.
Azrai pula sudah lama pergi tanpa mengejutkan ayahnya. Sekali turun, hati geram memikirkan yang beliau pergi tanpa memaklumkan kepada saya. Alahai…. mula mencari salah orang!
Saya tidak sempat solat malam. Saya tidak sempat solat sunat sebelum subuh. Alahai… ketika sampai di masjid, Imam sudah mula membetulkan barisan, mengajak jemaah membetulkan barisan, merapatkan saf.
“Yang, kita kena minta ampun dengan Allah. Itu tandanya kita perlu merenung kembali kesalahan dan kesilapan diri. Kegagalan untuk bangun malam merupakan isyarat ada sesuatu yang tidak kena,” kami berbincang ringkas.
“Ya Allah ampunilah kami, kami ingin bersamaMu ya allah. Jangan Kau palingkan rasa nikmat, rasa bersyukur, rasa ingin beribadat kepadaMu, jangan Kau lalaikan kami, hilangkan rasa mengantuk kami, berikanlah kekuatan untuk meneruskan apa yang telah kami lakukan, Kaulah yang maha berkuasa ya Allah”
Di mana silapnya?
Sudah agak lama saya tidak tidur lewat malam. Semalam terkecuali. Rakaman Liga Ilmu, Astro Oasis di UiTM Johor melewati jam 12 malam. Kami tiba di rumah hampir jam 1. Saya melelapkan mata pada jam 2 pagi.
Bagaimanapun ia bukan satu alasan. Soal tidur lewat bukan menjadi penyebab untuk tidak bangun awal. Ia sebenarnya cubaan dan dugaan yang diberikan oleh Allah bagi menguji hambanya. Dia mahu hambaNya menyedari yang keinginan untuk melakukan kebaikan sekalipun mesti dengan izinnya. Dialah yang Maha Berkuasa.
“Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami. Jauhilah kami dari perasaan riyak, takbur, sombong dan angkuh. Ya Allah Kaulah yang menciptakan kami, Kaulah yang memberi izin untuk kami menjadi manusia yang lebih baik di sisiMu. Aku lemah ya Allah. Aku Fakir ya Allah. Limpahlah rahmatMu, berikanlah taufik dan hidayahMu ya Allah. Pancarkan nur kasih-sayangMu ya allah”
Saya bertekad, tidak ada hari kedua yang bersambung dengan apa yang berlaku pada hari ini. Mudah-mudahan Allah izinkan.
Salam prof,
Semalam suami saya pun balik rumah sampai pukul 2 pagi (selepas program Liga ilmu tu dia kena sediakan untuk program pagi ini).
Saya terjaga, dah sesuailah kalau saya terus solat malam namun, kesilapan diri sendiri dengan sikap bertangguh menjadikan saya terlepas untuk solst malam.
Moga Allah ampunkan saya yang lemah ini. Ampunkan kita semua.
Salam Prof.
Jangan bimbang, kita ni hanyalah manusia biasa (tidak maksum), buat silap, buat dosa, lalai adalah perkara biasa, iman kadang2 naik dan ada masanya turun… dan yang penting kita hendaklah cepat cepat istifar bila kita sedar kesalahan yg kita buat. Merasa tidak berdosa adalah satu dosa…….. Bagi yg biasa solat malam, ianya dah jadi rutin harian kita tanpa kita sedari bahwa ianya adalah pertolongan Allah bukan dari keupayaan kita sendiri. hal yg sebegini kita perlu elak, kerana dalam berkiyamulai yg kita buat, kita boleh lupa dan lalai pada Allah. Allah nak meningkatkan darjat kita bilamana Ia mencampakkan kita ke dalam perbuatan yg menyebabkan kita melakukan dosa supaya kita boleh memohon ampun kepadaNya. Allah amat suka orang yg memohon keampunan kepadanya. Hal yg sedemikian akan menaikan pengharapan kita pada Allah. Bayangkanlah rutin kita tiap2 malam bangun bersolat dan jadi macam kebiasaan je, maknanya iman kita mendatar je… tapi bila kita tak dapat bangun malam kita akan lebih lagi mengingati Allah, lebih mengharapkan keizinannya untuk dapat kita bangun pada malam hari.
Sekian dari saya yg tak seberapa ini……apa yg saya sampaikan ini adalah sebahagian dari pengajian saya dalam kitab Al Hikam yg diajar oleh Ustaz Uda Kassim di Surau Sek 9. Kitab ini bagus sekali untuk dipelajari (kitab tasawuf – perlu ada guru) kerana ianya dapat menyuluh diri kita ygn banyak melakukan dosa tanpa kita sedari.Walahualam.
Salam Prof.
Jangan bimbang, kita ni hanyalah manusia biasa (tidak maksum), buat silap, buat dosa, lalai adalah perkara biasa, iman kadang2 naik dan ada masanya turun… dan yang penting kita hendaklah cepat cepat istifar bila kita sedar kesalahan yg kita buat. Merasa tidak berdosa adalah satu dosa…….. Bagi yg biasa solat malam, ianya dah jadi rutin harian kita tanpa kita sedari bahwa ianya adalah pertolongan Allah bukan dari keupayaan kita sendiri. hal yg sebegini kita perlu elak, kerana dalam berkiyamulai yg kita buat, kita boleh lupa dan lalai pada Allah. Allah nak meningkatkan darjat kita bilamana Ia mencampakkan kita ke dalam perbuatan yg menyebabkan kita melakukan dosa supaya kita boleh memohon ampun kepadaNya. Allah amat suka orang yg memohon keampunan kepadanya. Hal yg sedemikian akan menaikan pengharapan kita pada Allah. Bayangkanlah rutin kita tiap2 malam bangun bersolat dan jadi macam kebiasaan je, maknanya iman kita mendatar je… tapi bila kita tak dapat bangun malam kita akan lebih lagi mengingati Allah, lebih mengharapkan keizinannya untuk dapat kita bangun pada malam hari. Tengok, bila tak dapat bangun malam, prof lebih mengharap lagi pertolongan Allah, lebih bergantung lagi padaNya…
Sekian dari saya yg tak seberapa ini……apa yg saya sampaikan ini adalah sebahagian dari pengajian saya dalam kitab Al Hikam yg diajar oleh Ustaz Uda Kassim di Surau Sek 9. Kitab ini bagus sekali untuk dipelajari (kitab tasawuf – perlu ada guru) kerana ianya dapat menyuluh diri kita ygn banyak melakukan dosa tanpa kita sedari.Walahualam.
ada tambahan untuk komen yg ke 2 -pd akhir perengam pertama
Manusia memang mudah lupa. Apabila ia menjadi rutin, kita sudah merasakan ia adalah kemampuan sendiri. Sedangkan itu adalah bantuan Allah.
Salam prof…
Benar apa yang diulas oleh dak3…kadangkala saya juga begitu…kalau saya tak terjaga bangun malam…keesokannya keinginan bangun malam akan lebih kuat…..pernah terbaca…ada kalangan sahabat yang sanggup mengantikannya pada siang hari juga..kalau malam tidak terjaga..saya pernah berasa begitu dan mengantikannya pada siang hari…atau kadang2 saya usahakan solat sunat tasbih..selepas solat zohor bagi mengisi solat malam yang terlepas itu..hati dan jiwa saya akan lebih tenteram..mungkin Allah beri kita rehat dan gunakan ruang waktu lain …dan kita boleh gunakan sebaiknya…malam yg lewat kerna majlis ilmu cukup…baik tu…itu pun dah dikira tahjuj..tu alhamdulillah…
mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan orang2 yg sentiasa menjaga solat baik yang wajib maupun yg sunat dan itulah masa kita mendekatkan diri padaNYa…
salam prof,
Terima kasih berkongsi kegagalan n kehampaan prof. Not being sarcastic but I truly get inspired when u fail n u set new n better goal. May b I do not read much religious books that’s why I’m in love with ur writtings..u make ur fail n struggle as muslim as d example..it feels so real…n I know if a real person can do it, so am I. keep writting prof, I want 2 b kept motivated n inspired. may prof n family b blessed always. amin.
salam
Islam itu mudah dan tidak membebankan. Setuju dgn pendapat DAK3.
Sungguh tinggi iman Prof…..
assalamualaikum, sye nk kongsi pgalaman gak.. sye bru 14 tahun..
tggal kat asrama. so, jarang2 dpt balik rumah. bile sy blik rumah, bru sy blh bgun mlm untuk bwat qiamullail. sbb dkat asrama ada bnyk halangan.. so, kesempatan nk bwat qiamullail ni pyh cket. ble sy blik rumah, sy msti nk bgun mlm. siap kunci jam lg. tp, ble dh bunyi tu, liat rsenye nk bgun.. smpailah sy sedar drpd tidur. jam dh pun pukul 5 pg… sy rse tension sgt.. lps tu, sy nanges la.. rugiiiiii sgt2. rse menyesal sbb lengah2 kan.. geram gler.. lgpun mmg slh sy. tangguh2.. skrang ni dh jarang bwat qiamullail. yelah, nk dpt peluang bwat qiamullail bknnye sng.!!! sbb tu sy skrang tgh pulun mnta ampun.. hehe smpai cni jelah.. assalamualaikum:P