Mengubah rutin nyata sukar. Apatah lagi untuk berubah amalan atau kepercayaan. Malah jika dikaitkan dengan tabiat, ia lebih sukar.
Dulu, saya seorang perokok. Saya lupa berapa kali saya berhenti merokok kemudian selang beberapa bulan tabiat tersebut muncul kembali. Ada fatwa yang menyatakan merokok adalah haram. Alahai…. ia tidak dipedulikan. Meninggalkan solat juga berdosa tetapi lebih ramai yang tidak solat daripada mereka yang solat.
Akhirnya, saya berhenti merokok sebagai bukti dan janji saya kepada Allah. Pada ketika itu “berhenti merokok” adalah simbol salah satu kegiatan yang tidak berfaedah yang ingin saya tinggalkan. Dan saya berjanji dengan Allah. Maksudnya, saya berhenti merokok sebagai satu amal. Berhenti kerana Allah.
Itulah rasa dan pandangan saya pada ketika itu.
Alhamdulillah, 5-6 tahun telah berlalu. Saya sentiasa memohon kepada Allah agar tidak mengembalikan saya kepada tabiat tersebut.
Dulu-dulu juga saya dapat mengingati betapa qada solat merupakan amalan masyarakat. Ia diambil sebagai satu kemudahan. Jika berjalan jauh, maka solat akan di qada. Ia lumrah.
Namun masyarakat biasa semakin berilmu. Qada solat semakin pupus kecuali dalam keadaan yang benar-benar dibenarkan. Saya sudah lama tidak memerhati kaum keluarga yang qadar solat. Di mana sahaja mereka pergi atau walau sibuk bekerja sekalipun, mereka akan bersolat dalam waktunya.
Saya teringat jurulatih hoki saya berkata,
“Kita sembahyang asar pada hujung waktu. Mudah. Kita boleh sambung terus solat maghrib. Ambil air sembahyang sekali saja…”
Ia kelihatan logik!
Begitulah…. putaran masa! Sedikit demi sedikit, kita berharap dapat melakukan solat berjemaah bukan sahaja semata-mata solat lima waktu, dapat bangun malam dan melaksanakan solat dhuha.
Bulan Ramadhan akan tiba. Ia bulan untuk berhijrah menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah!
Rokok… payah betul kalau tiada keazaman tinggi..
alhamdullilah prof juga sudah berhenti merokook…
sye berharap prof tidak ulangi lagi tabiat merokok..
saya tak suka tengok orang merokok,
lagi lagi bau asap rokok.
alhamdulillah ayah saya tak merokok.