JMH 8515

Proton Exora

Proton Exora

Kami mempunyai dua buah kereta, NAZA RIA [nota: masih ada tujuh saman yang belum berbayar] dan KANCIL.

Kancil, asalnya digunakan oleh adik bongsu yang pada ketika itu sedang menuntut di UIA. Itulah hadiah daripada saya dan Roza kepada Nur yang sudah menjadi yatim-piatu.

Bila tamat pengajian dan berumahtangga, beliau menyerahkan kembali hadiah tersebut sambil berkata, “mungkin boleh digunakan oleh Sara”.

Kami menggunakan kereta tersebut sebagai kereta alternatif. Ketika berceramah, saya menggunakan Naza dan Kancil digunakan oleh Roza. Begitu juga bila ke pejabat, biasanya menggunakan satu kereta tetapi ada ketikanya kami terpaksa bergerak secara berasingan.

Akhirnya – dua bulan lepas – Kancil diberikan kepada Sara yang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam.

Saya ucapkan kepada Roza, “Yang, kita guna satu kereta sahaja. Susah sikit tidak mengapa…”

Oppps… saya terlupa yang saya sering diundang untuk berceramah. Undangan pertama tanpa Kancil ialah di sekolah sekitar Segamat. Tazkirah bermula jam 7.30 pagi. Roza pula perlu ke kuliah jam 8.00 pagi.

Akhirnya, kami terpaksa mengalah dengan keperluan. Pada ketika itu pula saya mempunyai lebih RM50,000 wang royalti yang dibayar oleh PTS hasil jualan Travelog haji dan Travelog Dakwah.

“Yang, kita beli kereta khusus untuk berdakwah,” itulah niat kami. Urusan jual beli tersangat mudah. Kami tempah hari Selasa, petang khamis sudah boleh digunakan. Dan petang Jumaat sudah berada di Batu Pahat menyampaikan ceramah.

“Mahal belanja saya datang ke sini. Lebih RM60,000,” saya bergurau dengan Azhar, insan yang menjemput saya ke surau beliau.

Kini, hampir 4000 KM saya mengembara menggunakan Proton Exora. Setiap mereka yang membeli buku Travelog Haji dan Dakwah sebenarnya menyumbang kepada kereta tersebut. Mudah-mudahan ia sentiasa “sihat” ketika menerima jemputan di seluruh Malaysia.

Jika berselisih dengan JMH 8515, itu adalah saya dan mungkin boleh berkata, “itu kereta saya yang saya hadiahkan kepada kamil dan Roza”.

Terima kasih kepada mereka yang menyumbang!

38 Responses to “JMH 8515”

  1. Anisah says:

    Salam prof,

    Itu kereta saya tetapi prof gunalah… saya izinkan!

  2. Kg Majidi says:

    Assalamualaikum Prof,

    Saya bagi guna tetapi minyak bubuh sendiri…

    Tahniah Prof, banyak manfaatnya!

  3. Anonymous says:

    Salam Prof,

    Saya redho Prof gunakan kereta ‘kami’…..selamat berdakwah!

  4. kha says:

    Salam Prof,

    Semoga perjalanan pergi dan balik ketika berdakwah sentiasa dilindungi ALLAH,amin.

  5. UmmuIrfan says:

    Salam,

    Kami pun pakai Exora…dan sungguh gembira Prof guna duit royalti
    beli exora…saya pun redho kan prof ….semoga Allah permudahkan
    usaha dakwah prof..Amin.

  6. alhamdulillah, terima kasih prof, sbb sudi share royalti akhirat dgn kami yg membeli buku2 tulisan prof.. :)

  7. hasfazilah says:

    Salam prof.
    Alhamdulillah, dapat saham yang tidak disangka-sangka. Terima kasih Prof. :D

  8. mumumimi_1 says:

    Salam Prof,

    JMH – Jelajah Membawa Harapan

    Semoga usaha dakwah Prof berjaya

  9. epel says:

    Salam Prof.
    Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki Prof. :)
    Macam pelaburan di pasaran saham pula ye Prof. :) Moga nilai sahamnya meningkat setiap detik dan ketika. :)

  10. junita says:

    salam…
    wow JMH~Junita Musliha Hebat tu….jumpe Sabtu nanti..

  11. adamsani says:

    Rahmat dan hidayah Allah kekadang tak terfikir diakal, orang alim selalu berpesan,insan terpuji sentiasa berfikir bagaimana sesuatu perkerjaan boleh memberi impaq kebaikkan kepada diri dan orang lain.juga sentiasa ingat agar perbuatan kita tidak menyebabkan orang lain mendapat dosa ,contohnya membuat sesuatu yang janggal ketika berjamaah. tq prof, wassalam.

  12. AKS says:

    Assalamualaikum YBhg Prof.

    Selamat menjalani ibadah Ramadhan…

    Saya tumpang gembira…. Patuhi had laju…

    AKS

  13. STUDENT UITM says:

    Salam….alhamdulilah… kereta adalah rezeki yg diberikan Allah… Ini adalah kemudahan yang diberikan Allah.. Allah mempermudahkan pekerjaan kita dalam melakukan dakwah… Segala yang baik datang dari Allah…. Allah MAha Mengetahui…

  14. rohimah says:

    JMH- Jalan2 Mencari Hikmah

  15. muslimahmelayu says:

    Salam semua

    JMH singkatan untuk Jementah. Betul tak Prof? Puan Roza mesti setuju…

  16. zaiza says:

    Salam Prof,

    Moga Prof sekeluarga dlm rahmat dan kasih sayang ALLAH.

    Tahniah!….moga Prof terus istiqamah dlm berdakwah.

  17. hanila says:

    Salam Prof,

    Semoga Allah sentiasa mempermudah usaha dakwah Prof dan sentiasa dilimpahi kasih sayang-NYA. Tahniah.

  18. kak su says:

    Salam Prof.

    Alhamdulillah. Terimakasih di atas penghargaan yg diberi. Hanya pada Allahlah saya berserah. Amin

  19. ryaha says:

    salam,
    bila prof berkongsi cara prof beribadah..kepala saya pung tergaru2 fikir macamana saya boleh beribadah in my very own will…hhmm moga Allah memberi hidayah n mempermudahkannya.

  20. SifuPTS says:

    Penerbit, pencetak, pengedar, pekedai buku, semua tumpang mendapat pahala…..

  21. Ahmad Nawawi says:

    terkekeh-kekeh sendirian baca entri ini dan komentar rakan-rakan.. JMH tu Jementah..

  22. Nurlaila says:

    A’kum prof,
    Seronok saya baca entri dan komen dari pembaca..hati berbunga2..bahagia. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan dakwah Prof, gunalah kereta ‘kita’ itu, kemudian pandai2lah isi minyak, toll, bayar roadtax dan maintainance ye..kalau murah rezeki boleh claim dengan kami kemudian..TCA edisi 2 kan akan muncul tidak lama lagi..

  23. wati says:

    Assalamualaikum

    Seronok juga dapat mnyumbangkan sedikit (teramat sedikit) kepada JMH.
    Agaknya sumbangan saya 1% dari harga wipernya kot…he..he..he..

    Bercadang juga nak menggantikan Serena yang dah ‘berusia’ dan selalu sempot-sempot kepada Alza atau Exora. Tapi akhirnya memilih Exora. Insya Allah kalau ada rezeki sama-sama doakan Prof…moga di permudahkan urusannya. Boleh beraya dgn kereta baru. (raya tahun lepas terkandas kerana serena yang meragam)

    Tq

  24. wati says:

    Prof…apa colour JMH tu Prof.

  25. Haji Omar Haji Tompang says:

    Salam Prof.

    Saya dah dengar lisan entri ini dan tengok kereta sekali… tapi bila baca yang tertulis dengan komen.. ya Allah terasa hati ini diusik lagi. Prof, saya doakan agar terus istiqamah..

  26. Amin mudah-mudahan perjalanan Prof sentiasa tip top. Allah permudahkan.

  27. Jiwa Rasa says:

    Alhamdulillah. Moga perjalanan dakwah Prof berjalan lancar.

    Saya baru beli Travelog Haji edisi yang baru. Buat ulang baca dan bekalan ke Tanah Suci tahun ini.

  28. hjh zainab says:

    Alhamdulillah…semua yg membeli buku2 itu mendapat share juga…semoga Prof dan famili sentiasa dalam rahmat & kasih sayang Allah SWT.

  29. Alhamdulillah! saya memang peminat Travelog Haji :) saya beli lebih dari satu untuk dibaca dan dihadiahkan kepada rakan2. Keluar edisi baru yang ada VCD tu saya beli pula.
    Kalau Prof pulang ke Besut, boleh kita keluar minum2 :)

    Sirru ala barakatilah!

    NotaMKI: Salam sejahtera. Raya tahun ini saya seminggu di Besut. Jemputlah ke rumah….

  30. anuar othman says:

    Salam Ramadan, Prof.
    Semoga Prof terus dapat jalankan kerja dakwah dengan lebih selesa. Ini semua rezeki daripada Allah swt.
    Saya harap satu hari Prof dapat bersyarah di Singapura seperti Dr Danial, juga penulis PTS.
    Salam takzim.
    Anuar Othman
    Singapura

  31. Laila says:

    Salam prof,

    Tahniah dapat rezeki baru…..semoga stiap km mendapat ganjaran pahala dariNya….jaga kete tu bebaik prof……jgn kena saman !

  32. hadiah dr pembaca buku2 prof…

  33. intan says:

    Salam,

    Ramainya JeMaaH… cukupkan 10 kuasa 4… dan tambah lagi dan lagi…

  34. Salam Ramadhan Prof. & isteri,

    Cerita Prof. sentiasa mengetuk pintu hati dan memberi signifikan. Tahniah Prof. Oh yer, itu kereta yang saya hadiahkan juga pada Prof., boleh pinjam :)

    NotaMKI: Salam sejahtera, saya juga telah hadiahkan sesuatu buat Yberbahagia Tengku… he… he…

  35. Noriah says:

    Salam,
    Alhamdulillah, boleh juga tumpang sikit , tak pandai nak berceramah , dapat memudahkan Prof pun dah OK.

  36. Fuad Latip says:

    Assalammualaikum Prof,

    Duit beli buku prof sebenarnya tak setimpal dengan ilmu yang diterima daripada buku-buku prof. Makanya sombong betul diri saya ini kalau saya kata redha duit yang saya sumbangkan itu prof guna untuk beli kereta. Sedangkan satu sen pun saya tak menyumbangkan apa-apa kerana compare dengan ilmu prof beri…duit beli buku tu seolah-olah jadi negatif.

    Saya bayar beli buku sebab saya nak ilmu dan ilmunya pun tak boleh setanding dengan duit yang saya bayar. Kalau kira-kira…saya berhutang pada prof lagi.

    Semoga lebih selesa dengan kereta baru.

    Salam ramadhan.

    NotaMKI: Salam sejahtera. Kesemuanya “bergurau-gurau”. Namun setiap orang ada sumbangan walaupun tidak ada niat begitu. Saya doakan agar tuan dipermudahkan supaya cepat-cepat bergelar Dr…

  37. Faridah says:

    Salam Prof..

    Ye.ye .kereta tu juga adalah hadiah saya untuk prof and puan.

  38. hatim says:

    x terpndg dek akal…
    tp hebat jgak prof smpi 7 saman…

Leave a Reply