Gembira melihat mereka gembira

Tepat 2.55 petang kesemua mereka di bawa untuk membeli kasut raya. Pada mulanya kami menetapkan bajet maksimum RM50/seorang. Akhirnya – pilihlah yang mana berkenan….

Mereka menaiki 3 MPV dan 2 kereta. Seronok melihat berpegang-pegang tangan beratur menaiki kenderaan masing-masing. Guru-guru sekolah turut membantu….

Di kedai, sudah sedia menanti 15 orang pelajar UiTM yang melayani mereka satu persatu.

“Prof, mereka minta stokin….”

“Ambillah….”

Sekadar makluman buat mereka yang menyumbang, kos di kedai tadi berjumlah RM1538.00. Baki wang yang disumbang akan diagih-agih dalam bentuk tunai pada 1hb september.

Terima kasih kepada semua yang prihatin.

Cikgu, baju cikgu.... mukanya sentiasa sedih

Cikgu, baju cikgu.... mukanya sentiasa sedih

Sicomel beratur di kaunter

Sicomel beratur di kaunter

Inilah pelajar UiTM yang melayani mereka

Inilah pelajar UiTM yang melayani mereka

Kumpulan pertama yang selesai

Kumpulan pertama yang selesai

Terima kasih semua yang menyumbang

Terima kasih semua yang menyumbang

Guru Besar dan guru-guru turut ke kedai

Guru Besar dan guru-guru turut ke kedai

10 Responses to “Gembira melihat mereka gembira”

  1. hjh zainab says:

    Alhamdulillah…kerja mulia di bulan yang mulia ini…

  2. Najiha says:

    Alhamdulillah..Mesti mereka sangat gembira..Dulu saya pun pernah menjadi salah seorang daripada anak-anak kecil yang terpilih itu. Jadi, boleh tahu sikit2 perasaan mereka..

  3. kakcik says:

    Alahamdulillah.. tumpang gembira melihat keterujaan mereka. Semoga usaha dan sumbangan semua yang terlibat mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah SWT. InsyaAllah.

  4. anissazira says:

    Alhamdulillah….
    seronok bila tgk mereka seronok dapat kasut baru….:)

  5. Ahmad Nawawi says:

    Syukur, langkah yang baik bermula untuk PERKIM dan dakwah.. kita berusaha dan berusaha…

  6. Lin says:

    Sedihnya melihat anak2 merintih minta dikasihi dan disayangi dan di manjai,. Ada kalanya terkenang jika anak sendiri melalui perkara yang sama sekiranya kami pulang menyahut seruanNya sebelum mereka dapat berdikari. Semoga dipermudahkan Allah untuk kita semua.

  7. Anonymous says:

    semoga anak-anak ini akan berjaya dunia & akhirat…terkedu baca artikel ini..sebab baru saja balik shopping kasut raya anak-anak sendiri…

  8. inamohamed says:

    Salam Prof,

    Alhamdullillah, seronok tengok mereka gembira. Terasa sebak dan nak menitis air mata.

  9. wati says:

    Assalamualaikum

    Saya tengok gambar anak-anak ini. Semoga mereka gembira dengan hadiah2 yang diberi.

  10. Qaseh Iman says:

    Slm. jiwa sgt terkesima dgn kisah2 disini. T’ksh Tuhan krn m’zahirkn m’sia2 begini yg selama ini sgt dinanti2kn k’wjudn mrk. Mlh inilh s’bhgn dr impian k’hdpn yg msh blm mampu kucapai, yg ingin ku nikmati bersama sang suami n keluarga. Semuga Allah menyayangi n merahmati suamiku selamanya…….

Leave a Reply