Pok

Petang tadi saya selesai membaca dan membuat sedikit editing Bab 196 buku Travelog Cinta Abadi: Di sebalik Perjalanan ini. Ada hampir 20 bab lagi.

Kami sudah berbincang-bincang berkenaan ruang Kata Pengantar. Lima bab dikhususkan semasa beliau menetap di Sarawak.

Dulu-dulu, orang Semenanjung majoritinya “takut-takut” untuk bertugas di sana. Banyak kisah negatif yang disampaikan. Ketika membaca kisah-kisah yang dipaparkan semasa Roza di sana, saya teringat seseorang,

“Yang… yang… bagaimana kalau saya minta Dr. Jeniri tulis kata pengantar buku awak. Beliau sesuai”

Dr Jeniri @ Cikgu, saya memanggilnya cik gu merupakan penulis yang sangat prolifik. Buku-buku dan artikel beliau banyak sekali.

Beliau merupakan guru saya semasa beliau bertugas di Utusan Sarawak Beliau menjadikan saya sebagai penulis tamu di akhbar di bawah jagaan beliau.

Kini beliau bertugas sebagi pensyarah di UNIMAS. Alhamdulillah beliau bersetuju.

Kami juga sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk membaca manuskrip tersebut…

Bab 192

Masa berlalu.

Kami mulai terasa yang Kuching bukan lagi bumi yang asing. Malah rakan-rakan Sarawak tidak lagi berselindung bila berbicara tentang hubungan Sarawak – Semenanjung.

Ia boleh dijadikan bahan lawak sesama kami.

Namun ada sesuatu yang saya pelajari. Tanda keakraban hubungan boleh dilihat melalui cara mereka memanggil seseorang. Misalnya, Apai atau Pok adalah panggilan mesra bagi rakan karib. Mereka yang akrab. Namun mereka tidaklah semudah itu memberikan gelaran tambahan apatah lagi jika rakan itu berasal dari semenanjung.

“Orang Malaya’ adalah gelaran yang diberikan kepada orang Semenanjung yang bertugas di Sarawak. Mereka begitu berhati-hati, memilih dan sangat skeptikal dengan orang Malaya. Kata JJ, dulu-dulu mereka mengatakan orang Semenanjung sebagai penjajah.

“Apai, nokya kamek panggil kitak orang malaya.. ha..ha..ha [sebab itu kami panggil awak orang malaya]”

Jamil memberitahu kami secara berseloroh. Namun saya fikir ia ada kebenarannya. Ketika minggu-minggu awal kami bersama mereka, saya dapat merasakan jiran tetangga memandang serong kepada kami sekeluarga.

Mereka hanya menegur-negur di celah-celah tingkap. Ada yang masuk terus ke dalam rumah apabila mata bertentangan dari tingkap ke tingkap secara tidak sengaja.

“Orang Malaya dibiarkan tinggal sekampung dengan kita? Di Kuala Lumpur sudah tidak ada kerjakah?”

Namun setelah beberapa bulan berada di kampung tersebut, barulah kami tahu hati budi mereka. Layanan mereka melebihi sanak saudara. Jelas kemesraan di antara kami.

Misalnya, kakak posmen yang rajin membuat kek Sarawak sering menghantar kek tersebut. Malah beliau tidak malu-malu meminta sepiring lauk yang dimasak dari dapur saya kerana tidak tertahan dengan aroma gulai tempoyak ikan masak lemak cili api yang menusuk masuk ke rumah mereka.

Seorang jiran yang lain datang mengetuk pintu di tengah-tengah malam semata-mata menghantar lilin apabila seluruh kampung terputus bekalan eletrik secara tiba-tiba.

Namun di atas segala-galanya, JJ dan keluarga menumpangkan kami tinggal bersama keluarganya berminggu-minggu sehingga kami berpindah ke rumah sendiri. Sedikit pun kami tidak terasa yang kami sebagai tetamu yang tidak diundang.

Lama-kelamaan, sebagai tanda kami diterima oleh penduduk kampung, apabila berbicara mereka menggunakan bahasa ibunda. Bahasa Melayu Sarawak yang pekat lagi kelat. Tiada alihbahasa langsung! Mereka pula membiar malah menggalakkan kami menjawab komunikasi dua hala menggunakan bahasa tersebut.

“Eei, pandei sudah kitak kelakar Sarawak [hei, sudah pandai awak bercakap dalam bahasa Sarawak]

“Benarkah?”

“A’ok! benar, sik ada faedah kamek bulak [Ya, tiada faedahnya kami berbohong]”

Saya mula selesa berbicara menggunakan satu dialek yang sama apabila berbual mesra. Sesekali, apabila tidak faham dengan sesuatu patah perkataan, mereka akan menerangkan maknanya dalam bahasa melayu serta bagaimana pula cara untuk menjawabnya.

Saya kini menjadi sebahagian daripada mereka. Malah Abang Kamil dipanggil Pok oleh rakan-rakan Sarawaknya.

Begitulah indahnya bumi dan penghuni dunia ciptaan Dia yang Maha Berkuasa. Ia bertaut atas dasar yang satu, keikhlasan!

8 Responses to “Pok”

  1. MKI says:

    Salam sejahtera,

    Buat org Sarawak, mohon betulkan yanb kelakar Sarawak tu…

  2. Mas D'Seremban says:

    Salam Prof,

    Apa kabar? Pandei juak Prof cakap Serawak…Tak ape yang silap sikit-sikit tu…proses pembelajaran…

    Pas tok boleh lah kamek kelakar Serawak ngan kitak duak Puan Roza…semoga keikhlasan hubungan antara orang serawak dan orang malaya terus terjalin…

    Selamat Berpuasa n Selamat Hari Raya yang bakal tiba…
    Maaf Zahir n Batin.
    Doakan juak untuk saudara kita di Palestin…semoga mereka terus diberi kekuatan oleh Allah swt mewakili kita untuk mempertahankan masjidil Aqsa. Amin

    Salam ukhuwah:
    Borhanudin
    Masniah
    Adam Hassan Al-Basri

  3. MKI says:

    Salam sejahtera,

    Kamik sik pande. Roza terror gilak… Dululah. Org Sarawak ingat Roza sama negeri.

    Kamik masih dianggap orang Malaya tapi kamik sokong Sarawak bila main bo dekat Stadium negeri.

  4. STUDENT UITM says:

    hehehe…. kwn baik/karib saya baru post kat sarawak… nk masuk 1 tahun…. mmg die yg mohon walau pun fmily kat kl…. sebab elaun tinggi…he…die baru-baru nie balik kl cuti 4 hari, tibe2 panggil saya “pok”, “pok”, “pok”….. dan bnyk lagi kata2 baru…die dah biasa sleng sarawak… rasa mcm baru kenal die je… The new person…. Saya berdoa agar saya berpeluang diberi rezeki lebih untuk melancong disana…

  5. junita says:

    salam..
    kamek pun pandei kelakar serawak,mun lamak2 sik kelakar mau hilang bahasa ya…

  6. Dilla says:

    Salam prof, semuga berada didalam kerahmatan Allah selalu hendaknya, saya memang setuju dengan prof tentang orang sarawak, pengalaman 4 tahun tinggal di bumi kenyalang memberikan saya banyak kenangan manis sepanjang saya disana.

    Sidak sarawak amat mesra, hubungan mereka dengan sanak saudara, jiran sekampung amat erat sekali, jarang saya jumpa keeratan jalinan persaudaraan di semenanjung.

    Bak kata orang, kita susah, sekampung ikut susah bersama kita. Di bulan ramadan ini tempat yang saya miss ialah pasar satok,fulamak panjang betul….berbatu2….tak habis nak jalan sehari…heheee.

    Rindu nak makan mee kolok..emm bestnya.. salam dari Dilla

  7. Hj Md Ruslin says:

    Assalamualaikum Prof,
    Kamik duluk pernah jua kerja sinun…. Nang best gilak… (Sampei kinek tuk masih berhubungan ngan sidak di sinun). Saja polish bahasa Sarawak sikit.

  8. crew says:

    Salam
    saya juga pernah kerja di sarawak (48km serian-tebedu highway (1993)) tp cuma hanya untuk sebulan….cadang nya memang nak lama tetapi kerajaan sarawak tidak meluluskan permohonan visa kerja saya……

Leave a Reply