Petang semalam, pihak PERKIM Segamat menyerahkan sumbangan wang saku untuk anak-anak yatim Kg Jawa menyambut hari raya.
Permintaan saya kepada pengetua sekolah agama mudah, “Saya ingin mengadakan ceramah motivasi dan kita serahkan wang tersebut dengan cara yang mudah-mudah”
Orang Johor tidak begitu!
Semalam mereka mengadakan tiga program serentak. Pertama Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh saya menggantikan ceramah Motivasi, penyerahan bantuan kepada anak-anak yatim dan akhir sekali majlis khatam al-quran.
Jumlah kutipan akhir yang disumbangkan oleh pembaca KRTS ialah RM7080. Pembelian buku sebanyak RM289.80. Pembelian kasut berjumlah RM1485 dan wang saku RM160.00 berjumlah RM5280.
Baki RM25.20
Di saat-saat akhir ada seorang hamba Allah yang memberi tambahan RM74.80 menjadikan baki di tangan saya RM100. Wang tersebut saya serahkan kepada guru sekolah untuk diberikan kepada pelajar yang membeli kasut bukan untuk beliau tetapi untuk adiknya.
Maksudnya, kesemua wang yang didermakan oleh tuan-tuan sudah tidak ada di tangan saya dan sudah disampaikan kepada tujuan kutipan diadakan.
Mudah-mudahan saya tidak termasuk dalam golongan yang memakan wang anak yatim!

Ros dan Jannah membantu dengan memasukkan wang ke dalam sampul.

Zam,AJK PERKIM terselit di celah-celah pelajar

Dewan sekolah penuh sesak
Salam sejahtera Prof,
Mana satu Ros, mana satu Jannah?
Saya pernah bercakap dengan Ros..
A’kum Prof,
Seronoknya tengok wajah mereka…
salam prof
selepas membaca usaha prof memuliakan anak2 yatim, tergerak hati memulakan perkara yg sama.
jadi spontan saya mewarwarkan kpd rakan2 di facebook rancangan mencari sumbangan utk anak2 yatim dan asnaf rumah amal di gombak.
Alhamdulillah dptlah juga mengumpul sedikit sumbangan. semoga usaha yg sedikit ini diterima Allah dan semoga berterusan.
terasa ingin memulakan juga usaha spt prof menjelajah seluruh negara memberi motivasi kpd remaja islam kita tp kena cari kwn2 yg pandai bercerita spt prof jugalah, saya x pandai
.
sentiasa menanti apa lg prof nak buat dan kalau boleh nok acu cubo tera test juga
.
p/s- dah cuba ambil peluang syaitan dirantai di bulan Ramadhan memulakan solat sunat Dhuha. Betul kata prof, mudahnya… semoga berkekalan sehingga selepas ramadhan. Doakan saya ye prof…
cara ini cara terbaik….. selalunya tempat Rumah Anak Yatim Segamat yang dipanggil…tp dgn cara ini kita memberi peluang pda anak yatim lain untuk rasanya…
Salam sejahtera,
Jannah di sebelah kiri dan Ros di sebelah kanan!
Salam Prof. MKI,
Semalam saya menitiskan air mata membaca n3 Nasi Ambeng tentang pengorbanan anak kecil yang sanggup berkorban untuk adiknya.
Hari ini air mata gembira pula yang keluar bila mendapat berita tentang betapa Allah Maha Mendengar setiap suara hati hambaNya…betapa luasnya rahmat Allah. Pasti anak ini gembira tak terkata bila turut mendapat kasut baru.
Salam Prof,
Seronok tengok mereka. Ada baiknya juga usaha begini diteruskan dari semasa ke semasa di sepanjang tahun, bukan hanya di bulan Ramadahn sahaja. Saya percaya ramai yang ingin menghulurkan bantuan/sedekah secara konsisten.
salam..
semoga usaha prof menjadi ikutan semua…
dan semoga usaha prof dan keluarga diterima oleh Yang MAha Berkuasa.
salam prof,
baru2 ni Kelab Bahasa Melayu KIPSAS menganjurkan program dengan anak2 yatim di Bentong. Segala sumbangan daripada pelajar2, saya bank in dalam akaun rumah anak yatim tersebut. biarpun tak seberapa tetapi sekali kita memberi, kita akan semakin suka memberi dan melihat orang lain gembira..
Subhanallah…. Bagusnya!
Salam prof, tangan2 kecil akan berdoa untuk kesejahteraan prof dan mereka yang terlibat….doa anak kecil selalunya ikhlas tentunya akan dimakbulkan Allah SWT…InsyaAllah.Teruskan niat dan usaha murni prof..insyaAllah kami akan tetap berada dibelakang berdoa dan memberi sokongan sepenuhnya..
Semakin banyak memberi semakin banyak diterima masyaallah….