Tahniah

Akhirnya berakhir.

Hampir 9 bulan UiTM Johor tidak mempunyai pengarah. Mulai 1hb Oktober 2010, Prof Madya Dr Omar Samat dilantik menggantikan Prof Madya Dr Suhaimi. Awal Januari, Dr Suhaimi dilantik menggantikan saya tetapi hanya sempat menjawat jawatan tersebut untuk dua minggu. Beliau kemudian diminta pulang ke Shah Alam bagi membantu Dato VC yang baru dilantik.

Sepanjang 9 bulan yang lepas, UiTM Johor telah ditadbir oleh pemangku pengarah.Tahniah buar Dr Omar dan mudah-mudahan UiTM Johor akan terus maju di bawah pentadbiran beliau.

Dr Ummi

Bersama Dr Ummi di Kuala Terengganu

Bersama Dr Ummi di Kuala Terengganu

Beliau menempah buku Travelog Cinta dan Travelog Haji. Saya hampir-hampir mahu menghantarnya melalui pos laju apabila menyedari yang beliau mempunyai klinik di Kuala Terengganu, laluan perjalanan pulang saya.

Pagi-pagi lagi saya cuba membuat panggilan ingin bertanya sama ada kliniknya dibuka atau tidak. Panggilan yang tidak berangkat. Niat saya satu, saya dan Roza ingin membuat kejutan kepada beliau. Tambah-tambah, kami tidaklah mahu bersegera sampai ke Besut.

“Prof Kamil, profkah yang menelefon saya sekejap tadi?”

“Bagaimana Dr tahu itu panggilan daripada saya?”

“Saya ada menyimpan nombor Prof…”

Jadi pertemuan saya dan Roza tidak lagi menjadi satu kejutan. Klinik beliau betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kampung Tok Ku di Cabang Tiga.

“Kak Roza, Prof, lain kali lalu KT mesti singgah rumah saya. Tidur rumah saya”

“Dr. juga. Jika sampai ke Segamat, jemputlah ke rumah”

Begitulah. Perbualan kami yang singkat, ringkas tetapi sangat signifikan. Kami tidak pernah berhubung tetapi barangkali beliau merupakan pengikut setia blog ini. Kami seolah-olah bertahun sudah kenal-mengenali.

Rasanya begitu!

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Besut.

SELAMAT HARI RAYA. MOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP!

3 Responses to “Tahniah”

  1. Dr. Abi says:

    Jazakallah Prof… tak sangka dapat berkenalan dengan Prof secara live. Selalu semasa kat kereta dalam perjalanan pulang dari kerja, Dr. Ummi bercerita pasal Prof. Buku travelog haji yang sangat mengesankan pun saya baca sebeb mcm2 Dr. Ummi cerita. Mudah2an persahabatan kita kekal abadi. Amiin.

    Selamat menyambut Syawal Al-Mubarak.

  2. Dr Ummi says:

    Assalamualaikum.

    Salam Aidilfitri buat Prof sekeluarga.Terimakasih Prof atas kunjungan persahabatan yang sungguh bermakna itu.Moga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan sehingga ke yaumul akhirah…

    Ada peluang balik ke kampung suami di Pontian nanti,InsyaAllah kami akan cuba singgah di rumah Prof.Semoga dipermudahkan Allah…

  3. Kak Cik says:

    Dengan izin Allah pertama kali bertemu dah serasi acap kali bertemu tak mengenali

Leave a Reply