Archive for January, 2011

Ros, Arif dan Haji

Thursday, January 27th, 2011

Pasangan Dr PhD

Ros adalah pelajar PhD saya. Hampir 4 tahun beliau bersama saya dan dua penyelia tambahan yang lain. Akhirnya – beberapa bulan yang lepas – beliau telah dianugerah dengan gelaran Dr Siti Rosmaini.

Bulan ini, tiba pula giliran suaminya, Arif dianugerahkan ijazah kedoktoran. Maka bergelarlah beliau dengan nama Dr Arif. Kedua-duanya tenaga pengajar di UNITEN, Bandar Muadzam.

Tiada apa yang mahu saya sebutkan kecuali bersyukur di atas kejayaan mereka. Malah saya sentiasa berpesan kepada kedua-duanya agar sentiasa menjadikan kejayaan ini untuk melihat kebesaran Allah. Tidak semua yang cuba belajar di peringkat PhD berjaya.

Ada yang kandas di pertengahan jalan, ada yang melaluinya dengan jalan yang berliku dan ada pula ia seolah-olah melalui permaidani merah. Ada yang sudah sampai ke penghujung tetapi deraf tesis tidak muncul-muncul.

Ada pelajar yang “cemerlang” di peringkat ijazah pertama dan kedua tetapi kantoi di peringkat PhD. Ada yang hanya “biasa-biasa” di peringkat yang sama tetapi berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD dengan cemerlang.  

Saya petik tulisan melalui buku PhD kecil tapi Signifikan, “ada yang memulakan pengajiannya dengan berkeluarga tetapi di hujungnya ada yang berpisah”. Malah dugaan mengharungi satu detik dalam hidup ini melalui perjuangan PhD nyata tidak dapat dimengertikan oleh mereka yang tidak merasainya.

Orang boleh menyatakan pandangan tetapi mereka yang telah melaluinya akan mempunyai pandangan yang berbeza.

Di sebalik segalanya, PhD mampu mendekatkan diri dengan Allah SWT, menjadikan kita manusia yang lebih merendah diri dan menginsafi betapa kerdilnya kita sebagai seorang hamba Allah.

TAHNIAH Dr Ros dan Dr Arif.

HAJI

Musim haji bermula lagi.

Kenapa? Di Malaysia ia bermula dengan kursus haji bersiri. Kumpulan baru yang akan bermulakan kursus ini akan bergetar jiwa dan perasaan. Mereka mulai merasai aroma haji yang diperkatakan oleh ramai orang.

Ia satu putaran yang lumrah! Dan ia merupakan bulan-bulan yang sangat menarik. Berdebar sama ada benar-benar terpilih atau pun tidak. Terbayang segala cerita yang diturunkan daripada zaman berzaman.

Bagaimana dengan mereka yang baru pulang pada musim haji yang baru lalu?

Masih bertahankah dengan apa yang diamalkan semasa di Mekah dan Madinah?

Atau kita sudah mula berkeloh-kesah, menceritakan betapa cabaran di Malaysia sangat sukar berbanding semasa di sana. Masih bangun malamkah kita? Masih bersolat di masjid berjemaah setiap lima waktu?

Atau ia hanya tinggal sebagai satu kenangan paling indah yang sentiasa mahu diceritakan.

Saya bertanya kepada diri sendiri agar sentiasa berdoa kepadaNya, supaya dipermudah untuk terus beramal ibadat. Ampunilah kami ya Allah. Sesungguhnya kami insan yang tersangat lemah, mengharapkan belas kasihanMu ya Allah.

Nasihat dan Hadiah

Wednesday, January 26th, 2011

“Abah, kita ikut nasihat doktor,” itulah saranan saya pada Abah apabila diminta pandangan.

Hari ini Abah akan diperiksa semula. Bergantung kepada keputusan ujian ini, kemungkinan yang paling “teruk” pada pandangan biasa ialah pembedahan akan dilakukan untuk mengeluarkan pundi kencing. Akibatnya, abah akan bersama “beg” tempat penerimaan apabila abah membuang air kecil sepanjang sisa kehidupannya.

“Abah tanya doktor, apakah risiko pembedahan,” cerita Abah.

“Apa yang doktor kata?”

“Kenapa kita perlu bincang risiko, kita buat yang terbaik. Mudah-mudahan segalanya baik,”

Dalam maknanya!

Dalam apa keadaan sekalipun, memohon “nasihat” daripadaNya adalah langkah wajib. Solat, berdoa dan bermunajat agar Allah memberi kita yang terbaik. Terbaik bukanlah berdasarkan logik akal semata-mata. Biarlah ia terbaik di sisiNya.

Hadiah

Saya menerima hadiah buku yang dipos laju. Satu, bertajuk “Khusyuk dalam solat” karya seorang pensyarah UKM. Ia dari seorang rakan KRTS yang paling lama mengikuti perkembangan saya. Dulu, beliau kerap meninggalkan komen-komen. Kini, barangkali akibat kesibukan menguruskan tesis PhDnya, beliau langsung – rasanya – mendiamkan diri.

Saya sangat-sangat menghargai perhubungan ini.

Kedua, saya menerima buku “Ibadah yang Menakjubkan” hasil karya Amru Khalid. Pemberi hadiah menyatakan “isi kandungan buku ini serta tulisan prof di blog dan buku-buku adalah sangat selari”.

Saya tidak merasai begitu. Amru Khalid lebih muda daripada saya, sangat popular di kawasan Timur Tengah dan pengikutnya jutaan ramai. Di Mesir, beliau dikatakan orang kedua paling popular selepas presidennya. Ceramah-ceramah beliau dihadiri oleh puluhan ribu. Malah beliau dianggap idola anak-anak muda yang mahu menghampiri Allah SWT.

Membaca bukunya memberikan aroma yang tersendiri. Allah menganugerahi beliau dengan “tarikan” penulisan yang membolehkan kita berfikir dan berkeinginan untuk melakukan amalan-amalan dalam perspektif yang berbeza. Ia mengajak manusia untuk merasai nikmat kemanisan beramal ibadat.

Ia pernah dianugerahkan sebagai Dai’ terbaik tetapi beliau juga pernah dikafirkan oleh ulamak Madinah. Namun fatwa tersebut ditarik balik.

Beliau sangat popular sehingga ditomah dan dilihat sebagai calun Presiden. Akibatnya beliau di”keluar”kan daripada negara asalnya.

Kalau ada pun secalit persamaan, saya dan Amru sama-sama lulusan perakaunan di peringkat ijazah pertama. Ia tidak membawa makna yang besar.

Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah memberikan hadiah kepada saya. InsyaAllah, ia akan menjadi ilmu yang bermanfaat. Semoga Allah merahmati hidup “tuan” dan “puan”.

Keluarga

Tuesday, January 25th, 2011

Beberapa hari yang lampau Roza memberitahu saya, “Yang, saya sudah jumpa ayat yang mengisahkan yang kita dapat berjumpa di syurga”. Lalu saya membaca surah tersebut, at-Tur. Saya petik terjemahan ayat 21 untuk tatapan pembaca.

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

Kemudian, saya membaca tafsir Ibnu Kathier yang menerangkan ayat ini dengan lebih lanjut. Benar, ahli keluarga yang beriman akan berjumpa di syurga walaupun tahap dan amalan masing-masing tidak setaraf. Itulah anugerah Allah kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, alangkah bahagianya jika dapat bertemu arwah Wan dan Ayah, arwah Haniza, adik yang meninggal ketika berusia 35 tahun dan saudara-mara yang lain. Pengharapan tidak akan menjadi kenyataan jika syarat-syarat untuk merealisasikan harapan tersebut tidak dilakukan.

Itulah yang saya fikirkan!

Geran penyelidikan

Monday, January 24th, 2011

Saya jarang menulis tentang dunia akademik melalui Kehidupan Ringkas tetapi Signifikan. Ia bersebab. Saya fikir dunia akademik tidaklah “berwarna-warni” untuk dikongsi bersama masyarakat.

Namun ia tidak selalunya benar. Misalnya, kalau mahu dicari penulis surat layang yang paling cekap, carilah di universiti. Kehidupan “orang pandai” dalam dunia “orang pandai” sangat-sangat unik dan pelik. Mungkin hujah-hujah yang dikemukakan sarat dengan fakta-fakta yang “kelihatan” benar sekali. Politik sisi universiti nyata menarik untuk ditulis.

Tidak sekarang!

Saya lebih suka membicarakan aspek kemanusiaan. Misalnya hubungan dengan anak-anak murid yang pernah mengisi bilik atau dewan kuliah. Kini, hampir 23 tahun saya berkhidmat sebagai pensyarah. Jika saya andaikan setiap semester saya menyampaikan kuliah kepada 100 orang pelajar, maka dalam tempoh tersebut saya sudah mempunyai 4600 pelajar formal.

Pelajar yang paling tua, barangkali berusia di sekitar 40-42 tahun sedang memanjat tangga kerjaya. Mungkin sudah hampir ke puncak. Di antaranya sudah memiliki ijazah kedoktoran, menjadi usahawan yang berjaya atau sekurang-kurangnya memiliki kehidupan yang selesa.

Malah ada di antara mereka yang kembali ke universiti sebagai rakan sejawat. Di antaranya, Sunarti yang berkhidmat di UiTM Perak. Beberapa bulan yang lalu beliau membuat panggilan,

“Prof, saya mahu memohon geran penyelidikan. Boleh prof bantu?,” itulah hubungan akademik yang berterusan. Hakikatnya, ia bukan lagi hubungan anak murid dengan pensyarah tetapi perhubungan antara rakan sejawat.

Beberapa hari yang lalu saya menerima surat yang kami dianugerahkan geran penyelidikan bernilai RM30, 000. Ia satu jumlah yang besar bagi bidang perakaunan. Maka hubungan kami akan berterusan untuk tempoh dua tahun yang akan datang. InsyaAllah, saya akan kerap berkunjung ke Manjong, Perak.

InsyaAllah juga, di sebelah malam dapatlah pula saya memberikan syarahan atau kuliah-kuliah di masjid yang berhampiran.

Cucu dan Atok

Sunday, January 23rd, 2011

Inilah tulisan seorang cucu [anak saudara] tentang atoknya yang sedang sakit. Artikel asal di SINI. Lebih colorful!

Pukul 9.45 pagi tadi, my mom telefon aku.
Dia cakap, my Atok masuk hospital,
and my mom nak nombor handphone
adik no. 2 aku yang berada di UiTM Puncak Perdana.
My mom nak ajak adik no.2 aku melawat Atok di hospital.

Pukul 1.05 petang,
my Pak Ngah bagi mesej,
beritahu my Atok dekat ward di HUKL.
Aku tak dapat menghadirkan diri,
sebab aku ada module selama 2 hari.
Module ialah program yang semua student
WAJIB pergi.
Tak pergi, kena repeat next semester.

Aku baca my Pak Ngah’s blog.
Macam teruk je keadaan my Atok.
………….

Sepanjang aku membesar,
aku ada seorang Atok,
and seorang nenek.
Emak my father dah lama meninggal dunia.
Aku tak sempat nak jumpa.
Ayah my father pula meninggal dunia
ketika aku masih kecil lagi.

So,
in other words,
aku hanya ada seorang Atok and nenek.
Iaitu ayah and emak my mom.

Masa kecil-kecil dulu,
aku selalu pelik,
kenapa semua orang ada 2 Atok and Nenek.
Sebab,
hidup aku hanya ada seorang Atok and Nenek je.

Atok aku seorang yang…
aku tak tahu lah macam mana
nak describe.
Aku rasa,
perkataan ‘Best’ sangat sesuai
untuk Atok aku.

Dulu,
my Atok selalu bawa kami (cucu)
pergi kebun, memancing~
Best!

Bila Raya pula,
my Atok selalu bagi duit Raya
paling banyak.
Lagilah bertambah Best!
(ada unsur mata duitan di situ..)

Atok aku juga seorang yang sangat tegas.
Lebih-lebih lagi bab sembahyang.
Kalau cucu-cucu nakal, dia tegur.

Tapi,
semenjak aku belajar di UiTM Segamat dulu,
aku telah jumpa something new about my Atok.
Iaitu,
setiap kali aku datang rumah Atok,
Atok mesti tanya CGPA.
Hahhahahaahahah~
Itu soalan wajib.

Atok aku sebenarnya ada penyakit.
Tapi,
aku tengok dia still macam sihat lagi.
Dia still lagi boleh keluar pergi masjid,
pergi kebun, pergi jalan-jalan~

Sekarang Atok aku ada di hospital.
And aku tak dapat pergi tengok pula.
(Cis, kau module!)
Aku terfikir,
kalau Atok aku dah tiada,
aku dah tak ada Atok lagi..
Dah 21 tahun 3 bulan aku hidup
dengan ada Atok and Nenek di ‘kampung’.
(saja nak mention umur, aku still muda lagi~)

Oh ye,
rumah Atok and Nenek aku ni
macam kawasan bandar sedikit.
So,
time Raya,
tak ada lah pelita-pelita yang
di letakkan di depan rumah.
Aku teringin nak ber Raya macam
dekat dalam TV tu.

Maksud aku,
pasang pelita dekat kawasan halaman rumah,
start daripada jalan masuk,
sampailah ke depan pintu.
Ala-ala landasan kapal terbang~

And then,
ada ayah-ayah saudara sedang sibuk mengacau dodol,
emak-emak saudara sibuk menganyam ketupat,
Atok dan Nenek sedang sibuk masukkan
duit raya ke dalam sampul..
anak-anak saudara main mercun…
(aku lah anak-anak saudara tu)

Tapi..
Hari Raya aku tak seperti itu..
Tiada pelita..
Kalau letak pelita depan rumah Atok and Nenek,
nanti menganggu perjalanan pemandu kereta.
Dodol pula, kami beli dari Melaka.
Tak buat sendiri.

Ayah-ayah saudara aku tak kacau dodol..
Mereka kacau sup tulang.
Emak-emak saudara aku ada yang
menganyam ketupat,
ada yang tolong masak..
Atok and Nenek aku…
Errr…. aku tak tahu lah.
Mungkin pergi Masjid.
Tapi,
tahun lepas my Atok tolong
aku masukkan beras dalam ketupat.
My Nenek pula in charge bahagian dapur.

Anak-anak saudara pula?
Kami tak main mercun.
Nanti kena tangkap dengan Polis.
So, tengok TV and sepah kan rumah je lah.

Aku?
Aku merangkap semua perkejaan di atas.
1) kacau sup tulang.
2) Masukkan beras dalam ketupat.
3) Kupas bawang, etc.
4) Kemas tempat yang di sepahkan oleh adik-adik
saudara sekalian..

Tak tahu nak kategori kan aku
ni class yang mana.
Since aku ada participate dengan kerja
semua orang.
aku still buat apa yang adik saudara aku buat,
iaitu tengok TV.
Tapi tengok TV sambil buat kerja lah~

Aku harap,
Raya kali ini,
kami ada Bibik untuk membantu.
Seriously,
aku nak BIBIKs.
(plural).

Hmm…
Aku mungkin berada di dalam
keadaan bahaya jika my ayah and
emak saudara aku dah baca blog ni.
Hahhahaahhahah~
AniZz tak mengadu, tak merungut~
Just nak menceritakan je~

Aku ada juga terfikir,
kalau Atok aku dah tiada,
siapa yang nak bagi duit Raya yang
banyak kat aku nanti.
Sebab Atok aku still pegang record
pemberi duit Raya tertinggi.
Kalau boleh,
aku nak beratur 3 kali masa salam Atok aku.
Hehehe…

Kalau bab tanya CGPA tu,
aku ada banyak ayah and emak saudara
yang akan tanya soalan tu.
CGPA ialah keputusan peperiksaan akhir
yang di kumpul setiap semester.
The best is 4.oo,
the lowest is Zero; 0.

Tapi tu lah~
Aku tengok Atok aku selalu sangat ceria.
Sampai aku pun boleh ingat dia dah sembuh.

Aku harap my Atok cepat sembuh,
and di kurangkan kesakitan yang di alaminya.
Sebab,
aku baru ingat nak ajak my Atok and Nenek
pergi my Degree’s Convocation.
Cewah!
Baru masuk Degree,
dah cakap pasal Convocation pulak~

Convocation time Diploma yang lepas,
my Atok and Nenek pergi Kedah,
melawat my Achik yang baru keluar
dari hospital..
So,
aku pergi dengan my mom and dad je lah~

Lastly,
please doa kan my Atok and Achik,
supaya berada di dalam keadaan
yang sihat dan selesa.

Aku tahu,
mesti ramai emak-emak,
atau ayah-ayah di luar sana yang
teringin nak ada anak or menantu macam aku.
Sebab aku ni baik hati, sopan-santun,
ramah-tamah, lemah-lembut, generous~

Kepada rakan-rakan sekalian,
jika parents anda membanding-bandingkan
anda dengan saya,
jangan lah jealous~
Walaupun saya ni mempunyai sikap
seperti di atas,
I still have naughty part inside me.
Cuma portion dia sedikit je
kalau nak di bandingkan dengan kebaik-hati’an saya.
Hahahahahahahahah~

So,
post kali ini ber-tema-kan sedih-sedih~
Aku tak rasa pun ada part yang
funny dalam post aku kali ini..

Apa-apa pun,
jagalah kesihatan diri anda~
Banyakkan bersenam macam aku
yang selalu naik dan turun tangga ni.
Kalau anda sakit,
ia hanyalah satu ujian dari Allah.
Jangan lah bersedih atau menyalahkan takdir.

Kalau jari anda terluka sedikit,
itu juga adalah ujian dari Allah.
Janganlah menyalahkan takdir.
Kalau dengan aku,
aku debik je budak yang terjerit-jerit
di tengah hujan menyalahkan takdir
sebab jarinya terluka.
Mari sini, biar aku potong terus jari tu.