Kini saya mempunyai ramai kenalan. Ada kenalan sebelah pihak. Saya mengenali nama atau nama samaran sahaja. Ada juga yang mengenali saya tanpa saya tahu kewujudan mereka. Ada juga yang saya kenal nama dan fizikal mereka.
Secara peribadi, saya mempunyai beberapa teman yang sangat rapat. Ada yang sangat kaya. Terdapat juga yang berkedudukan tinggi. Saya juga mempunyai kenalan yang sangat berilmu, terkenal dan glamor, selebriti dan pelbagai lagi.
Misalnya, terdapat kenalan saya yang tidak tahu membaca dan menulis yang akan saya hubungi sekurang-kurangnya setahun sekali. Ia tidak mempunyai apa-apa kepentingan zahir dan batin.
Malah ada kenalan yang entah kenapa saya akan singgah seminit-dua apabila pulang ke Besut melalui Kuala Terengganu. Ada juga kenalan yang sangat unik sifatnya.
Bila Sultan Selangor melancarkan buku Menyingkap Pengurusan Universiti, beliau pula yang menghadiahkan sebuah telefon bimbit Samsung siap dengan nombor 019-3096999. Kata beliau, “aku gembira melihat member berjaya”.
Bila saya dianugerah jawatan profesor beliau pula yang mahu belanja makan saya dan keluarga. Nombor telefon yang saya pakai 019-3154444 – adalah difdaftar atas nama beliau. Bayaran internet hanyalah RM50/sebulan penggunaan tanpa had. Beliau melahirkan kegembiraan di atas kejayaan orang lain.
Seorang kenalan yang lain pernah bertanya saya, “Mil apa yang boleh saya bantu untuk pelancaran buku you,” soalan yang ditanya ketika mahu melancarkan buku PhD kecil tapi Signifikan. “Biayai kos pelancaran…,” saya memberi jawapan.
“Berapa?”
“Di antara RM8000 hingga RM15000, bergantung dengan jumlah jemputan dan jamuannya”
Pada hari yang lain, bersaksikan beberapa teman rapat yang lain, beliau mengeluar cek kosong yang sudah bertandatangan dan menyatakan kepada saya, “tulislah berapa banyak yang perlu”.
Tanpa segan silu saya menulis “sepuluh ribu ringgit sahaja”. Ia diguna sepenuhnya buat tetamu yang hadir.
Beberapa bulan kemudian bos saya menunjuk sekeping surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), “Mil, ada orang membuat laporan yang you membuat kutipan tanpa izin. Berhati-hatilah dengan orang yang hampir dengan you”. Mungkin ia juga datangnya dari kenalan saya.
Saya terkejut kerana saya tahu apa yang dilakukan adalah dengan kelulusan Naib Canselor.
“Sebagai tanda sokongan, saya akan membeli 100 naskah buku untuk diedar secara percuma,” kenalan sama yang pernah menyerahkan cek kosong beberapa tahun yang lampau.
Itulah buku-buku yang akan diterima oleh 60 pembaca KRTS yang telah mendaftar untuk hadir dan HADIR pada hari pelancaran buku 50 tips haji & Umrah dan Travelog Impian Abadi. Ia dianjurkan oleh PTS. 40 naskah lagi akan diberi kepada beberapa jemputan khas.
Jemputlah hadir dan berkenalanlah dengan seorang anak muda yang bertaraf jutawan, sekampus dengan saya di UiTM Dungun ketika belajar di peringkat diploma.
Saya beri penghormatan kepada beliau untuk menyebut, “dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya melancarkan buku 50 tips motivasi Haji dan Umrah serta Travelog Impian Abadi….”
Andainya daku boleh terbang…..
Tahniah Prof dan Puan Roza…
lumrah hidup…… ada yg bersyukur mendoakan dan berdoa bersama bila melihat kwn2 yg berjaya……. dan ada juga yg iri hati dgn kejayaan org lain.
Jenis org yg ‘tak boleh tengok org lain senang’ wujud…., kadangnya org itu dekat dgn kita. Oleh itu, kena sentiasa berhati2.
alhamdulillah….tahniah Prof & Kak Roza
wowww….bestnyer…hebatnyer….dahsyatnyer…. walau apapun, alhamdulillah, syukur pd Mu ya Allah…kerana di luar sana masih ramai rupanya dermawan, hartawan dan ilmuan yg sgt baik jiwa dan hati mereka… alhamdulillah… tahniah Prof… saya juga teringin utk punya kenalan sebegitu… tapi takpalah saya selalu sebut kpd kenalan terbaik saya “i love u not for what u are, but for what i am when i am with u…”
semoga segala apa yg kita perolehi, dpt kita gunakan di jalan yg diredhoiNya. AMIN
Salam sejahtera…
Prof Kamil dan Puan Roza..
Dengan Lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM Saya letakkan 2 nama ini untuk sentiasa mendapat jaminan pemeliharaan Allah dari kejahatan apa jua yg melata di langit dan di bumi. Berjuanglah…Allah akan tetap melindungi Tuan dan Puan berdua.
As Salam,
Prof,
Saya ingin membuat pembelian secara on-line kedua2 buku tersebut.
Bagaimana caranya? Kalau beli on-line akan ditandatangankan? Saya ingin menyimpan koleksi buku Prof & Pn. Roza yang telah ditandatangan. Setakat ini buku2 koleksi saya semua ditandatangani oleh Prof & Pn. Roza. Subhanallah. Sangat gembira kerana dapat mengikuti kuliah Prof di Masjid Jamek Bandar Baru UDA Sabtu lepas & Insyallah akan bertemu lagi pada kuliah Sabtu ini.
Salam Prof,
Tahniah skali lagi Prof dan Roza,
Tak mungkin dpt dilupakan…dgn membeli dan memiliki buku THMSI pd Disember 2007 telah membuka pintu rezki utk menunaikan umrah pada Mei 2008 sebagai hadiah harijadi dan bila saya kabarkan pd Prof tru sms, bahgia dan teruja mendapat balasan yg merupakan doa.
Tk Prof kerana tulisan Prof banyak membantu mengubah sempadan iman…alhamdulillah.
Salam sejahtera Prof,
Hadis yang ada kaitan dengan entri:
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat. (Tarmizi)
Bilakah pelancaran buku itu Prof?
salam…
insyaallah… saya akan dapatkan buku prof ini sebaik sahaja ada dipasaran…
amin
Salam Prof
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala perbuatan yang baik..InsyaAllah.
Salam Prof…
perasaan saya,,,suka, bangga, terharu…
Prof, insan yg mulia dan Allah telah memilih Prof ke jalanNya…
Apabila Allah telah sayang pd hambaNya..maka seluruh manusia akan jua sayang padanya…wallahualam
assalamualaikum,mohon maaf jika terkasar bahasa.”Syukur pada Ilahi kerana kita masih dlm Iman dan Islam”..lagu..setinggi tahniah di atas kejayaan tuan hj Prof. teruskan perjuangan kami sentiasa mendoakan kalian berdua.amin.mohon huraian doa pendek yg dibaca mukadimah setiap tiga kuliah bbu yg saya hadiri.Allahuwaddah la sharikalah muhammadun “abduhu wa rasuluh tawajjah hai sushi”ta fainnkamansuur.t.kasih
Assalamualaikum
Mumumimi – mohon izin share hadis tersebut. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 pembalasan
Teman yang baik, bahan bacaan yang baik akan memandu kita ke arah kebaikan.
Jazakallah prof kerana blog yg baik ini memberi peluang buat kami mendapat kebaikan juga.semoga Allah membalasnya dengan sebaik2 pembalasan & menjadi amal jariah buat semua
Aslkm Prof dan pN Roza.
Terharu bacan N3 ni.
Tak lama lagi kita taulah sapa org tu…
Pagi tadi saya kehilangan seorang pakcik, dia dipanggil Allah. Pakcik saya zakaria kaliman, berusia 44 th, pensyarah IP Bt Pahat. Mohon Prof doakan dia juga.Moga dia sentiasa di rahmati Allah.
Jumpa nanti isyallah.
Tahniah Prof dan Pn Roza.
Saya tidak dapat hadir pd tarikh tersebut kerana akan hadir pd 22hb. InsyAllah sayaakan beli on-line.
Alf Mabruk!
assalamualaikum Prof dan pn. Roza…
Tahniah…3X sbb dpt melancarkan buku terbaru.
Tak sabar nak beli & nak baca ….
Salam…
InsyaAllah Prof..sy akan hadir bersama suami dan anak… Sy ingin bertemu Pn.Roza sebelum Prof sekeluarga berhijrah ke bumi Anbiya….
assalamualaikum prof. mashaallah… prof sangat bertuah mempunyai teman-teman yang sedemikian. bukan mudah untuk mendapat teman yang begitu dermawan dan ikhlas. mashaallah. kalaulah saya mampu hadir, saya juga ingin mengenali orangnya. tahniah prof!
salam prof,
Tahniah prof yang berjaya menyempurnakan sebuah buku untuk dikongsi.
Apapun usaha prof,semoga Allah merahmati prof sekeluarga dan kita semua umat Islam untuk mencapai redhaNya.
Salam Prof,
Tahniah Prof. Walaupun saya tidak dapat hadir tetapi saya doakan moga prof berjaya di dunia dan akhirat.
Assalamualaikum.Tahniah buat abang Kamil & Kak Ngah Oca..Moga kalian terus suksess. Saya pasti beli buku yang akan dilancarkan itu. TQ
Assalamualaikum.Tahniah buat Abang Kamil & Kak Ngah Oca..Moga kalian terus suksess.Saya pasti beli buku tu.TQ
As Salam Prof Kamil & ROza,
Inshaallah akan meluangkan msa mhadiri perlancaran dan mendptkn buku2 tersebut..
assalamualaikum prof kamil
suka baca tulisan prof…mudah-mudahan dapat jumpa lagi dengan prof dan roza…Insya ALLAH….