Berkawan biar 1000 berkasih biar 1.
Saya menggunakan angka 1000 dan 1, bukannya menulis seribu dan satu bagi menyampaikan perbezaan di antara keduanya.
Dulu, saya hanya mempunyai beberapa kerat rakan rapat di pejabat. Kami bermain golf bersama. Berbincang soal kerjaya juga bersama. Makan-minum bersama, malah kesemuanya menjadi rakan keluarga.
Kami bertolak ansur. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kekurangan diketepikan. Kelebihan diutamakan. Maka persahabatan kekal begitu bertahun-tahun.
Namun akhirnya, bila sampai masa dan ketikanya, persahabatan yang kelihatan tersangat rapat tidak kekal begitu. Ia hubungan yang tidak mutlak!
Rakan rapat ini datangnya dari pelbagai jalur masa. Rakan rapat sekolah rendah hilang begitu sahaja. 0. Rakan MRSM, hanya seorang dua yang masih berhubung. Itu pun sesekali sahaja.
Teman belajar di UiTM juga menghilang. Masing-masing dengan gaya hidup sendiri.
Kenalan rapat di Universiti Dundee tidaklah serapat teman di MRSM. Logiknya, ia juga tidak akan kekal lama. Rakan yang belajar di Wales, United Kingdom yang masih kekal berhubung hanyalah seorang dua.
Maksud saya, berkawan biar beribu memang wujud. Namun nilainya berbeza-beza mengikut masa. Perubahan semulajadi dalam kehidupan individu menjadi hubungan itu sangat berbeza.
Misalnya, mereka yang sering berkumpul di sebelah malam “pekena teh tarik” akan kehilangan kawan yang mahu menjadikan urusan malam sebagai “masa bersama Allah”. Lama kelamaan, hubungan itu menjadi semakin jauh.
Saya mempunyai “rakan golf” yang ramai. Kini, akibat saya sudah tidak mempunyai set golf, maka rakan-rakan ini pun turut hilang. Ia berlaku secara semulajadi.
Saya melihat kiri dan kanan. Akhirnya saya tahu sebenar-benar rakan yang tinggal hanyalah seorang. Beliau adalah “siputih kuning” yang menyokong saya ketika senang dan susah, ketika duka dan ria dan ketika jatuh dan bangun.
Telah saya – InsyaAllah – beliau juga akan bersama di syurga Firdaus.
Kalau boleh, usahlah bergaduh dengan rakan yang satu ini. Sama-samalah kita bangun malam berdoa supaya “Allah temukan dia dan aku di syurga Mu ya Allah. Masukkan kami dengan rahmat Mu ya Allah”.
ILIM Wilayah Timur
Alhamdulillah, semalam kami selesai menyampaikan kuliah kepada 270 peserta kursus anjuran ILIM Wilayah Timur.
Dua bilik kuliah digunakan bagi menampung jumlah peserta yang melebihi daripada sepatutnya. Pihak penganjur terpaksa menggunakan layar khas bagi membenarkan mereka yang berada di bilik sebelah mengikuti majlis yang berlangsung.
“Yang, awak jangan masuk semasa saya memberi ceramah,” itulah permintaan Roza. Inilah pertama kali beliau bersetuju untuk bercakap di khalayak ramai yang menghimpunkan lelaki dan wanita di luar UiTM.
Lalu saya ditempatkan di rumah tamu.
Namun saya tahu Roza mempunyai bakat semulajadi menyampaikan sesuatu yang signifikan kepada khalayak. Perjalanan hidupnya yang dipenuhi dengan pelbagai alunan ombak menjadikan topik “Mencari Cinta Hakiki” sangat berbeza.
Ia perasaan seorang isteri, ibu dan anak yang disampaikan kepada khalayak yang berbeza.
“Prof, puan Roza berjaya menarik perhatian khalayak. Cara beliau berceramah sangat berbeza dengan ceramah-ceramah sebelum ini,” itulah yang dinyatakan oleh petugas ILIM yang menjemput saya dari rumah tamu ke dewan kuliah.
Ia membenarkan agakan saya!
Ketika saya melangkah masuk beliau hampir menamatkan cermah beliau. Kenyataan-kenyataannya yang akhir itu pun menyebabkan air mata membasahi pipi.
Ketika sesi soal jawab, beliau berkata. “Minta maaf, bila suami saya ada di hadapan, lidah saya menjadi kelu. Tolong Yang, tolong jawab soalan ini…”
Khalayak ketawa.
Pantai
Rumah kami berhampiran kawasan pantai. Pantai tercantik di Bukit Kluang.
Pagi ini, saya, Roza dan Sofea bermain-main di gigian air. Indahnya ciptaan Allah.
“Amirul bangun, kita main pantai,” ajakan yang ditolak kerana lebih nyaman tidur di daerah yang sangat sejuk udara paginya. Namun pantai sentiasa mempunyai tarikan buat-buat anak yang pulang bercuti.
Dan Bukit Kluang adalah destinasi wajib.


Salam Prof,
Dalam konteks makro, semua orang memerlukan satu dengan yang lain. Tetapi cabaran sebenar apabila kita bersendirian dan sangat bersendirian. Lantas terjadilah peperangan antara ‘Macro-self vs Micro-self.’
Salam Prof,
Kawan ketawa ramai yang kita boleh cari tetapi kawan yang benar-benar bersama kita sewaktu kita susah mungkin 1 dalam 1000. Betul kata Prof “Namun nilainya berbeza-beza mengikut masa. Perubahan semulajadi dalam kehidupan individu menjadi hubungan itu sangat berbeza.” Kawan yang selari dengan fikrah Islami itulah yang abadi. Aduhai Puan Roza, kenangan bertemu dan mendakap puan di Masjid Wilayah tetap kekal diingatan.
Assalamualaikum wrt Prof. dan Kak Roza,
Adalah benar kawan yang ‘satu’ selalunya menjadi tulang belakang yang senantiasa menyokong dan mendoakan. Kasih sayang Allah yang kekal abadi, tetapi kasih sayang dan taat kepada kawan yang ‘satu’ adalah sebenarnya keredhaan Allah. Kawan saya berpesan: “Jika kita tanam padi, lalang akan tumbuh dengan sendiri tanpa dicari, tetapi jika kita tanam lalang, padi langsung susah dicari.”
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
[...] Semalam dengan izin Allah satu lagi impian menjadi nyata; iaitu ingin bertemu dengan Pro. Muhd Kamil penulis blog ini. [...]
[...] “Mencari Cinta Abadi” anjuran ILIM; seterusnya menjadikan impianku untuk bertemu penulis blog ini menjadi [...]
Salam Prof,
Terbayang pantai tu, nampak sangat indah subhanallah.
Doakan moga kita semua ditempatkan disyurga firdaus.
Assalamu’alaikum Prof,
kalau teman hidup itu terkadang bila pendapat tidak selari, masing2 berdegil, tidak dapat tidak, terpaksa bergaduh jua…
Assalamu’alaikum Prof,
Saya kagum melihat kegigihan Prof dan isteri. Sesungguhnya Prof sangat beruntung memiliki isteri yang begitu memahami yang dapat bersama berdakwah dan saling memahami. Semoga Allah memberkati Prof sekeluarga.
Saya masih lagi dalam proses membaca buku-buku Prof : THMI dan Dakwah – meniti Hari Esok. Sungguh menyentuh persaan, kebetulan saya baru mengerjakan Umrah bulan March yang lepas.
Amat menghairankan , tuan punya kedai buku dimana saya membeli buku-buku Prof mengikut perkembangan Prof. Dia tunjuk buku karangan isteri Prof, dia bilang Prof akan Ke Madinah.
salam.
pemandangan yang indah.rumah yang dekat dengan pantai udaranya segar lagi nyaman.mencampakkan pandangan ke arah laut yang nun jauh di mata sempadannya tentu sekali membuahkan sesuatu perasaan bagi mereka yang ingin MELIHAT.
Wak,
TDI
Tersentuh dengan penulisan Prof, juga tidak dapat menafikan tentang kebenaran mengenai persahabatan yang berubah mengikut waktu. Namun walau tidak se’rapat’ dulu, selagi bernama kawan, akan sy kenang smpai bila2. Buat yang 1, semoga pengorbanan ini dihargai dan bertemu disyurga firdausi.. Amin..
prof dikurniakan pasangan yg sesuai di dunia dan akhirat.insyaallah
Syukran/terima kasih prof. atas segala catatan prof. Saya x pernah mendengar tazkirah mahupun membaca buku prof dan puan roza. namun sejak mengunjungi blog ni, rasa tertarik dgn cara prof b’dakwah/m’beri ingatan kpd kami semua.
Moga kehidupan & perjalanan prof sekeluarga ke Madinah nanti diberkati Allah sentiasa, insyaAllah.
Harap2 prof terus menulis di sini walaupun sudah ke Madinah. Moga prof dan puan roza sekeluarga berbahagia di dunia & akhirat. Amin…
Akhir sekali, Salam Aidilfitri diucapkan kpd prof sekeluarga dan seisi pembaca blog ini.
Salam Sejahtera Prof,
…….berkasih boleh lebih dari 1 dengan syarat difahami dan dihayati tuntutan-tuntutan. Yang buat saya “cemburu” adalah mereka yang berpoligami namun dapat tunaikan haji atau umrah bersama sekaligus tanpa masalah.
Entahlah bagi saya istilah “kawan atau rakan” untuk isteri agak kurang tepat. Saya lebih suka guna istilah “teman”…sedap dan lembut bunyinya.
….ada sedikit nak tambah Bukit Kluang bukan di Kluang dan satu lagi Bukit Kepong bukan di Kepong……. begitulah anehnya hidup ini.
Harapan saya semoga prof tidak lupa utk sampaikan salam dari semua peminat krts kpd nabi kekasih umat apabila tiba di madinah sana, ASSALAMUALAIKUM WAHAAI NABI PEMBERI SYAFAAT.. KAMI RINDUUUU PADAMU
Assalam Prof & Puan Raudzah,
Persahabatan kerana Allah yang akan kekal walau di mana kita berada. Ex classmate saya sejak darjah 6 hingga kini masih berhubung dengan saya. Kalau saya kebetulan kenegeri nya, kita buat pertemuan hingga suami dan anak pun kenal dengan keluarga nya.
Sungguh tertarik dengan penulisan prof.
Rindu sekali dengan Prof, puan & keluarga. Semoga dapat bertemu di Madinah, insya Allah
Salam Prof,
Selamat Hari Raya buat Prof sekeluarga….
Alhamdulillah..dapat bertemu prof dan isteri di ILIM…dapat hantar prof kat kereta ..dapat peluk org yg yg memberi ilmu dgn tulisannya…dgn sebuah buku terbit keinsafan dlm diri.. dan mula mencari Allah..seronok dapat Solat Jemaah/ tahajud / doha Secara kosisten…ini semua hasil tulisan Prof…terimakasih atas segalanya…Subhanaallah
[...] on August 28, 2011 ShareMemburu Impian dunia dan akhirat bukan semudah yang disangka. Seperti Prof Dr Muhd Kamil juga, aku inginkan syurga Firdaus tanpa dihisab apabila tiba hari pembalasan nanti. Namun Ramadhan [...]
Salam Prof,
Mungkin kita bukan kawan rapat semasa sekolah rendah
dulu tapi saya masih ingat kita sekelas dari 2X hingga 6A. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan Batin. Insyaallah di suatu hari nanti kita akan berjumpa. Selamat menjalani penghidupan baru di Madinah nanti dan sentiasabahagia bersama keluarga.
Subhanallah.. -segala puji bagi Allah, atas ciptaanNYA yang sangat indah.. sukar untu ditafsirkan dengan kata-kata.. terima kasih ya Robb atas nikmatMu..