Ia hidup baru

Berkelah di padang pasir

Salah satu prinsip utama mereka yang berhijrah ialah menyedari tiada nolstagia melampau kepada masa silam. Ia hidup baru.

Seorang profesor lama memberi nasihat, “saya tahu prof mempunyai bilik yang besar di Malaysia. Di sini – lihatlah – kesemua pensyarah sama. Kita berkongsi dengan enam rakan sejawat yang lain. Bersabarlah”.

“Tidak mengapa, saya suka begini….”

Jawapan yang tidak dipercayai beliau. Saya langsung tidak memikirkan soal-soal tersebut. Saya bersyukur diterima ke Madinah. Pendapatan saya lebih baik untuk seisi keluarga, keperluan memberi kuliah 7.5 jam dan kadar wajib berada di ofis selama 17.5 jam seminggu sudah jauh lebih baik daripada bilik yang besar.

Malah, saya hanya perlu bekerja 4 hari seminggu.

Saya lebih memikirkan, “bagaimana aku mahu solat 5 waktu di Haram?”. Selebihnya, saya mahu kehadiran saya dirasai oleh universiti. Peluang untuk saya menggerakkan penyelidikan terbuka luas. Tiada seorang staf pun yang terlibat secara langsung dengan kegiatan akademik ini.

Dan mereka bergantung kepada saya untuk  memulakanya.

Bahasa Arab

“Prof Ibrahim, are you OK?,” Dr Adnan – Dekan – bertanya tepat ke muka saya.

“Not OK, l am lost!”

Semua ahli mesyuarat ketawa. Kenapa tidak? 100 peratus mesyuarat dikendalikan dalam bahasa Arab. Sebenarnya saya OK-OK sahaja. Ia mesyuarat yang ceria.

Pertama, duduk sahaja di meja mesyuarat, kami dihidangkan dengan jus buah. Hidangan yang diminum serta merta belum pun tiba pengerusi majlis. Ia tidak berlaku di Malaysia.

Kedua, kami dihidang pula dengan manisan berkualiti. Coklat dan sejenis manisan Arab yang lain. Juga, selesai serta-merta. Di hadapan kami terdapat biskut Arab yang sedia ada dan selesai dimakan bersekali dengan makanan yang lain.

Kemudian, muncul Dekan dengan wajah yang sangat ceria. Semuanya dipeluk beliau.

Mesyuarat berlangsung hampir 1 1/2 jam. Tiada minit tercatat. Saya langsung tidak dapat memahami tutur kata mereka tanpa bantuan staf yang menterjemahkan isu-isu penting.

Bila tiba saya bercakap, saya mulakan dengan kata-kata, “Kaifa Halukun?, ” disambut gelak ketawa hadirin. Rupa-rupanya, sayalah salah satu daripada tiga orang staf yang bukan datangnya dari dunia Arab.

“Itu sahaja yang saya tahu…. opps…. ada dua lagi… Ila liqa’ and Maasalamah”.

Biarlah begitu…. biar saya terkapai-kapai mencari makna yang tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Saya perlu belajar dan ia harus pantas. Malah, e-mel rasmi juga dihantar menggunakan bahasa Arab.

Alhamdulillah ada abang Google yang membantu. Ia hidup baru yang membawa semangat baru.

52 Responses to “Ia hidup baru”

  1. Imran Yusuf says:

    Assalamu’alaikum Prof,
    Syabas kerana berani berhijrah, dari segi amalan hidup dan dari segi tempat tinggal.

    Tuan menjadi salah seorang living example bagi membenarkan hakikat “Bumi Allah ini luas. Rezeki ada di mana-mana…”

    Semoga buku baru segeran terbit…

  2. syuwai-syuwai prof…

Leave a Reply