Ketika menjadi ketua jabatan, kami sekeluarga sering mengadakan jamuan makan di rumah bagi meraikan kakitangan mengikut jabatan. Ada orang bertanya, “kenapa tidak memberi makan kepada anak-anak yatim?”
Seorang teman membeli kereta terpakai. Ada teman yang lain bertanya, “berapa harga?”. Bila disebut harga yang dibayar maka beliau bertanya lagi, “kenapa tidak beli kereta XYZ?. Ia lebih baik dengan harga sebegini.”
Begitu juga bila berdakwah sesama Islam, ada orang bertanya saya, “kenapa tidak berdakwah kepada mereka yang tidak beragama Islam?”
Beberapa bulan yang lampau ketika menyatakan keinginan untuk berhijrah ke Madinah, seorang teman berkata, “kenapa tidak mahu kekal di Malaysia, di mana sahaja bumi Allah”.
Memberi makan kakitangan dan memberi makan anak yatim boleh dilakukan serentak dan mempunyai tujuan yang berbeza. Ia tidak perlu ditanya kenapa tidak?
Kenapa tidak membeli kereta XYZ tidak akan membawa sebarang perubahan kepada teman yang telah membeli kereta yang lain. Ia hanya menyakitkan hati beliau. Apakah tujuan kita bertanya soalan tersebut?
Berdakwah harus bermula dengan diri sendiri. Kemudian keluarga dan saudara mara yang hampir. Jika ada kekuatan, pergilah kepada masyarakat dan seterusnya kepada yang lain.
Seorang teman pensyarah bertanya, “prof, saya mahu berdakwah. Bagaimana mahu saya lakukan?”.
Jawab saya mudah. Pertama, “jaga solat berjemaah. Bagaimana kita mahu mengajak orang solat berjemaah jika kita sendiri sukar melakukannya. Orang berilmu boleh bercakap-cakap tentang kepentingan solat berjemaah tetapi ia tidak akan berkesan selagi kita sendiri tidak melakukannya”.
Kedua, “bangun solat malam. Itulah kekuatan untuk berdakwah. Ia bermula pada diri sendiri, ahli keluarga, anak-anak murid dan masyarakat”.
Jika Madinah dan Malaysia sama sahaja, maka tidak perlu berkata “kenapa tidak?” mahu kekal di Malaysia.
Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak ketikanya ketika kita bertanya “kenapa tidak” sangat-sangat tidak relevan. Banyak masanya ia tidak pun merupakan suatu pilihan. Berdiam diri lebi baik.
Kenapa saya di Madinah?
Kami – saya dan Roza – selalu menyebut keinginan untuk tinggal di Tanah Haram dan Allah makbulkan. Kami manusia yang sangat fakir, tidak berilmu dan serba kekurangan. Niat kami satu, mahu membersihkan diri terutamanya hati dan perasaan.
Biarlah pada penghujung sisa-sisa kehidupan ini dihabiskan dalam susana yang kami fikir boleh membantu. Saya tidak fikir yang saya bertahan lama di dunia ini. Namun di mana tempat Allah mahu memanggil pulang, terserahlah. Dia lebih mengetahui perkara yang ghaib. Cukuplah saya memikirkan “pertarungan dunia” secara berlebih-lebihan.
Itu juga bergantung kepada apa yang Allah anugerahkan terhadap kami.
Di sini saya masih memberi ilmu di Universiti Taibah. Sedikit pun tidak berbeza dengan apa yang saya lakukan di Malaysia.
Di sini saya belajar menahan diri daripada pelbagai sifat yang boleh merosakkan jiwa. Saya tidak mahu meninggi suara, tidak perlu bertengkar dan tidak perlu membanding-bandingkan dengan orang lain.
Saya hanya mencari keredhaanNya. Itu sahaja!
salam prof,
banyak sangat yang saya pelajari dari prof. dan hari hari tertunggu tunggu untuk baca dan menuntut ilmu.
saya minta maaf dan halalkan semua ilmu yang prof turunkan pada kami di KRTS.
semuga kita semua di KRTS berusaha dan berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. doakan kami semua dipermudahkan bangun di sepertiga malam. amin, amin , amin ya Allah. thank you Allah
salam prof,
terimakasih atas semua ilmu yang prof curahkan buat kami di KRTS.
semuga kami semua menjadi insan yang lebih baik.
amin amin amin ya Allah
Mudah2an Allah memberikan kita segala kebaikan yang pernah dipohon oleh Rasululullah saw. Destinasi kita sama, menuju jalan yang membawa kita syurga Firdaus, moga2 Allah permudahkan dan Allah redha terhadap kita.
Alhamdulillah, tapi tiap manusia byk sgt perspektif dan warnanya
. Teruskan berkongsi Tuan Prof!
Assalamualaikum Prof serta pembaca KRTS
Kenapa tidak? Tajuk yang baik.
Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik. – KENYATAAN AMAT TEPAT UTK PERBAIKI DIRI SENDIRI. Jazakallah prof
Salam prof,
Teruskan memberi tip-tip ilmu prof ..semuga kami di KRTS ini dapat mengikut jejak langkah Prof.
Assalam prof, puan Raudzah dan keluarga,
Dalam erti catatan prof kali ini. Penoh peringatan dan pengajaran.
Terima kasih prof.
Semuga Allah akan selulu meredhai, merahmati dan melindungi prof dan keluarga.
Hingga jumpa lagi
tidak perlu berbanding…banding….bersaing….berlebih lebihan….bersyukur dengan apa yang telah kita ada….yang telah kita dikurniakan….sekian banyak nikmat ALLAH yg tak terhitung…..ALLAH HU AKBAR.
Syukur, Alhamdulilah, terima kasih Allah dengan nikmat yang diberikan pada kita semua dan terima kasih prof dengan ilmu yang diberikan setiap hari, semuga bertambah keimanan kita semua. Ameen.
Salam Prof. Entri yang sangat positif. Semoga kita semua diampunkan dan dilindungi oleh Allah swt. Amin.
Salam Prof…
Prof memang pandai menulis dan Prof mengamalkan apa yang Prof tulis …Itu yang penting!
Tingkat kan kesabaran Prof…
Kami ini yang harus lebih muhasabah diri sebenarnya…
asm Prof dan kak Roza,
tak apalah Prof, di mana kita, ruang utk berubah ke arah yg baik sentiasa ada. saya setuju sgt bila org tanya ‘ kenapa tidak’…kdg2 lebih baik diam,atau senyum…setiap kita ada jawapan sendiri, hanya Allah yg Maha Mengetahui.paling penting, destinasi akhir, semoga kekal di Firdausi….amin
salam Prof,
Betul apa yg Prof katakan. Peringatan yang sangat bermakna.
Saya ingat kata2 Dr Muhaya (Radio IKIM) “Kalau kita nak orang baik dgn kita , kita kena baik dgn orang”.
Kita berupaya mengubah diri kita tapi kita tidak boleh ubah orang lain.”
Sebab itu mulakan dgn diri kita dahulu.
Semuga Prof dan family success di sana.
Assalammualaikum wbt buat Prof sekeluarga dan warga KRTS,
Kenapa tidak ????? Memang banyak perkara yg bersoal pasal kenapa tidak ini seperti kisah seorg bapa, anak dan unta.
Betul cakap Prof, apa2 pun mulalah dengan diri sendiri. Terima kasih atas ilmu ini. Wassalam.
Salam. Semoga tuan sentiasa di bawah rahmatNYA.
Saya juga sering bertanya kepada diri saya sendiri, apa sumbangan saya pada masyarakat berbanding dengan tuan. Memang jauh bumi dengan langit, hendak membentuk enam orang anak sendiri pun penuh dengan cabaran inikan pula hendak melangkah di tengah-tengah masyarakat. Alhamdullillah, anak-anak membesar mengikut acuan yang dikehendaki walaupun tak sepenuhnya seterusnya mereka dapat membina jenerasi yang dapat memperjuangkan agama Allah. Insyaallah.
Assalamualaikum Prof sekeluarga,
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan untuk mencari keredhaan Allah.
Amiin…..
Assalamualaikum,
Prof, semalam saya baru dapat ilmu ttg HIJRAH.dan ingin saya kongsikan dgn niat kerana Allah s.w.t
Ada 4 hukum yg mana
1. WAJIB – jika hijrah itu bagi mendapatkan kebebasan untuk kita beribadah kepadaNya sepertimana hijrah Nabi s.a.w dari Mekah ke Madinah. Ketika itu tiada kebebasan beribadah di Mekah.
2. Harus – jika mendatangkan keuntungan duniawi dalam bentuk perniagaan dan sebagainya. Jika di tempat baru kita memperolehi pendapatan yg lebih dari tempat lama.
3. Haram – jika hijrah yang dilakukan menyukarkan kita beribadah dari tempat lama yang lebih selesa.
4. Sunat – jika hijrah itu membawa manfaat yang sedikit bagi urusan akhirat .
Bukankah bumi Allah itu luas untuk kita beribadah………… lakukanlah penghijrahan jika dgn berhijrah mendekatkan kita dengan Pencipta.
Wallahua’lam…
Assalam,
Alhamdulillah, banyak nya ilmu yang Prof kongsikan dengan pembaca KRTS, semoga Alllah memberi kekuatan kepada kami semua mengamalkannya walaupun secara berdikit-dikit.Semoga Alllah mempermudahkan urusan Prof dan keluarga, serta diberi kesihatan yang baik, insyaallah.
Salam,
Kenapa tidak…. boils down to one dress does not fit all. Itu lah the beauty of fiqh awlawiyyat dalam Islam. Apa yang lebih utama untuk seseorang dalam sesuatu keaadaan berbeza…let us learn to celebrate differences, selagi dalam syariat Allah
terima kasih prof….
saya terus menceduk ilmu … untuk membetulkan diri …..
Doa saya …semoga Allah juga turut menyahut doa saya untuk berada di bumi Madinah dan Makkah ….
Salam Sejahtera Prof,
Apakah boleh kita jawab balik setiap pertanyaan yang macam menyakitkan hati dengan…..”Tentu ada hikmah/kebaikan mengapa Allah berikan saya buat program setakat ini sahaja atau tentu ada hikmah/kebaikan mengapa Allah buatkan saya pilih…… .
Barangkali jawab sahaja ianya sudah TERTULIS…
Assalamualaikum prof,
Teruskan menulis walau di mana prof berada…
Saya pernah terbaca “mereka yang mengerjakan solat tahajjud, percakapan adalah dari Allah”…
Assalamualaikum Prof,
Saya bersetuju sekali apa yang disaran oleh Sakinah tentang Hijrah dan juga apa yang disaran oleh Prof. Dakwahlah diri sendiri dan keluarga sebelum berdakwah pada yang lain. Saya sendiri sangat kekurangan dan berhutang sangat banyak kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat yang sangat banyak pada saya- kesihatan, pendapatan 5 angka. Insyaallah apabila kita dapat tunjuk contoh tauladan yang baik seperti apa yang dilakukan oleh Rasul kita, mudah-mudahan akan tergerak hati hamba Allah yang lain mengikutnya. Zaman ini banyak orang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu itu untuk kerezaan Allah (Saya punyak pendapat, mungkin salah).
assalamualaikum Prof,Hjh Raudzah,
Pada dasarnya kritikan,pertanyaan,persoalan, adalah baik,kerana ia mencambahkan fikiran. Namun kadangkala ianya boleh menyesakkan fikiran. Lebih parah lagi,ianya menjejaskan pegangan kita pada ketentuan dari ALLAH.
Setiap satu yg berlaku di dunia ini adalah dengan ketentuan dari ALLAH.Hatta daun kering yang gugur ke bumi itu juga tertakluk dengan ketentuan dari Ilahi.
Kerana,ketentuan ILAHI didatangkan dengan hikmah yang kadangkala tidak terjawab dek akal kita manusia yang lemah ini.Baik ke, buruk ke ada hikmahnya.Kecil ke, besar ke,ada hikmahnya,sini ke,sana ke,ada hikmahnya.
Cuma yang kita perlu sedari juga,ketentuan,hikmah,juga didatangkan ALLAH melalui bentuk dan tingkat munajat kita padaNYA. Sebagai mengambil iktibar,ketentuan Prof dan keluarga ada di Madinah sekarang ini adalah melalui munajat Prof yg pastinya.
Bentuk munajatnya iaitu ingin mendekatkan diri dengan ALLAH,tingkatnya ialah dengan tingkat bersungguh-sungguh yakni bermunajat bersungguh-sungguh. Syukran Prof,kerana menjadikan diri sebagai teladan kepada insan yg lain.
Moga ALLAH terus memberkati kehidupan Prof sekeluarga serta juga kami yang telah ditentukan ALLAH utk mengikuti dan meneladani jalan kehidupan Prof.
Amiiiin…
Salam Prof ,
KRTS banyak mengubah hidup saya. Banyak ilmu yang saya dapat sejak saya mengikuti N3 ini.
Syukur alhamdulillah saya telah terpilih utk menunaikan haji pada tahun ini.Tak sabar rasa nya untuk berada di bumi Mekah dan Madinah.
Segalanya telah Allah SWT aturkan buat Prof & keluarga…sgt cantik…begitulah kita harapkan sisa2 hidup kita berakhir dgn kebaikan dan mendapat keredhaanNya..
Assalammua’laikum wrt… Prof
Hakikatnya Allah SWT sudah memilih Prof berada di bumi Madinnah yang penuh keberkatan.
Mohon Prof setiap waktu selepas solat fardu atau sunnat minta Prof doakan kami ditanah air; “Dilapang dada kami dan di lembut hati kami untuk mudah menerima petunjuk Allah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Mudah mengerjakan perintah Allah SWT dan dapat menjauhkan diri dari membuat perkara yang Allah SWT larang. Amin.”
“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (110)” (Terjemahan Surah Al-Kahfi ayat 110)
Iklan Kekosongan Jawatan : Jom Solat Fardu Berjemaah di Masjid/Surau
Prof… Bersabar sahaja dengan teguran & kritik yg diterima ., itu satu dugaan jadikan motivasi untuk terus kan dakwah yang amat bermanafaat. Bukan Prof sahaja yang merasai nya, kuatkan semangat ingat Allah, Prof insan yang terpilih antara hamba2 nya. Semuga segala nya dipermudahkan dan semuga sisa2 kehidupan kita nie berakhir dengan keredaanNYA. Banyakkan doa di Raudhah Prof dan jgn lupa sampaikan salam kami buat Rasulullah s.a.w. Ameen
Salam Prof, sebagai rakan KRTS yang lain, sy juga mengikuti tulisan prof setiap hari, bila prof kata mungkin prof tak dapat menulis bila berpindah ke rumah yg belum ada intenet, saya berdoa dan yakin pasti Allah akan permudahkan segala urusan prof kerana segalanya kerana Allah. Kini saya sedang berkursus 4 hari ( hari ini, hari terakhir) dlm kesibukan, sy tetap menjengah blog KRTS dan juga blog Roza. Sy juga memperkenalkan kpd kwn baik sy tentang blog tuan agar kita sama2 mendapat petunjuk dan hidayahNya… Semuga Allah memberikan prof sekeluarga kesihatan yang baik dan sehat supaya prof sekeluarga dapat menjalani kehidupan ceria dan ketenangan dihati…amin.
terima kasih prof & kak roza,
your words were ALWAYS full of wisdom. i await (both) your daily doses of entries every day. keep them coming.
semoga Allah swt menganunegerahkan syurga firdaus kepada prof & kak roza sekeluarga…
ameen.
assalamualaikum prof,
ada banyak sisi, pandangan, pendapat dan andaian orang lain dengan setiap apa yg kita lakukan. Yang paling penting adalah antara kita dengan Allah..dan redhaNya. wallahuaklam
salam dan ucapan terima kasih penuh tulus dari saya sekeluarga..tulisan prof dan kak roza banyak memberi ilmu dan mendekatkan kami padaNya..alhamdulillah. semuga prof & family sentiasa dalam rahmat ALLAH
Salam utk prof dan kak raudzah,
Hampir semua tulisan prof dan karya kak raudzah menjadi bacaan saya setiap hari. Terimakasih pada ilmu yg padat dan pengajaran yg amat bermakna. Doakan agar kami juga di pilih Allah menjadi seperti prof sekeluarga. Teruskan menulis kerana ilmu yg disampaikan terus masuk ke dalam hati hasil dari keikhlasan prof. Tk. Semoga Allah memberkati kita semua
Assalamualaikum wbt,
Apabila pertanyaan kenapa tidak kepada diri sendiri, ia memerlukan kita untuk memuhasabah diri.
Ini sukar dilakukan kerana kita kerap membanding sesuatu yang lebih pada diri kita atau pada orang lain dan ini akan menjadikan kita angkuh dan berbangga diri.
Jika kita melihat apa yang kurang pada diri kita atau pada orang lain dengan niat untuk memperbaiki diri insya Allah kita akan menjadi lebih baik dan lebih merendah diri (tawaduk).
Salam Prof,
Memang sikap manusia selalu iri hati dan cemburu pada usaha dan kebaikan yang diterima orang lain sedangkan ada kalanya diri sendiri tidak menyumbang apa-apa. Saya amat mengkagumi kesungguhan prof dan mohon doakan saya supaya juga ada kekuatan itu.
Aslkm Prof dan Roza,
Al Rajul wal al mar atu saf hill jabar ( Lelaki dan perempuan di kaki gunung ) hehe tak marahkan dengan gelaran ini..
Hehe klu org tanya kenapa bila Saga je..jawab dlm hati, supaya boleh bayar cash…dll…
Begitulah adat manusia.
Istamir bil kitabbah (terus menulis.)
Takrif arabiah bak da mud dah (Tau Arablah lepas sekian lama nanti)
Yarhammuna( semuga Allah merahmati kita)
Amin.
assalamualaikum..buat prof n puan roza.
mulut org mmg xleh tutup..takpelah.biarkan mrk terus berkata2 selagi mahu.
sgt gembira membaca blog ni..sy doakan moga semuanya dipermudah oleh Allah
betul tu prof…tidak perlu pertikaikan hal org lain…kdg2 stres jika dpt kwn yg byk komen…sabar aje lah…
Salam prof,
Saya sentiasa tertunggu2 n3 baru prof dan Roza. Bila membaca saya merasakan diri saya lebih bermotivasi dan penuh semangat. Sesuai dengan kehendak hati dan diri saya.
setiap pertanyaan itu adalah lumrah, kadang2 biarlah tiada jawapan.
Kadangkala persoalan dan jawapan dari blog prof menambah pengetahuan kami semua. Alhamdulillah betapa ilmu itu sentiasa berkembang.
Tahniah sekali lagi buat prof dan Roza, terus menulis untuk kami.
majlis ilmu ada dimana2 didunia siber juga didunia nyata.
Sesuatu yang baik perlu dimulakan oleh diri kita dulu.
Salam Prof…..
Moga dirahmatiNya selalu. Terima kasih atas hadiah buku 40 Tips Haji dr Prof….. Kenapa tidak saya berubah? Doakan saya haji 2012 insya allah. Moga jumpa di Madinah nnti…insya allah.
Salam Prof,
Terima kasih atas peringatan. Tersangat bertuah dan bersyukur dipertemukan Allah dengan Prof sekeluarga. Teruskan perjuangan prof. Kami doakan prof sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
salam ukhwah
Salam…Jazakallah atas perkongsian ilmu…Prof. dan Pn Roza melakukan perubahan bukan setakat dari fizikal dan rohani bahkan lokasi juga turut berubah..Itulah ketentuan jika kita selalu berdoa kepadaNya..
Alhamduliilah…sentiasa berpeluang membaca tulisan prof..byk yang terkesan pada diri, terasa disayangiNya, bila sentiasa mendapat ilmu / ingatan seperti yg prof tulis.
Salam Prof Kamil, isteri dan keluarga.
Saya suka membaca tulisan Prof. Sangat berkait rapat dgn realiti kehidupan. Dan penyelesaian terbaik dalam semua permasalahan ialah kembali kepada Allah. Bila hati mengingati Allah, jiwa menjadi tenang.
Apa yang Prof ceritakan dalam topik “Kenapa Tidak” berkait dgn kisah Luqman Hakim anaknya, dan unta. Manusia tidak akan lepas daripada cakap-cakap org. Buat baik menjadi bualan dan pertikaian, buat buruk berlebih-lebih lagi.
Isu kereta, sayapun mengalaminya. Kenapa tak ambil kereta A, enjin 1.6 harga pun lebih kurang. Kereta B, kalau jalan jauh tak sesuai. Tapi yang pasti, setiap keputusan yg di ambil, telah difikirkan baik dan buruknya. Bertambah yakin kerana diiringi dgn istikharah.
Cuma apabila berhadapan dgn pertanyaan kawan-kawan, hati yang tekad tiba2 menjadi goyah. Dipujuk hati semula dgn keyakinan bhw keputusan yg di buat adalah berdasarkan istikharah. Memilih kereta B setelah beristikharah. Berusaha memujuk hati bahawa takkan rugi org yg beristikharah.
Kalau nak difikir cakap org, hati akan goyah. Tidak semua org sependapat dgn kita. Lain org, lain pandangannya dan lain hala tujunya. Saya salah seorang pembaca buku dan blog Prof yg sangat kagum dgn Prof dan isteri.
Kisah hidup Prof membuktikan kekuasaan Allah, bahawa jika Allah menginginkan kebaikan pada hambanya, sesungguhnya Allah berkuasa atas segala2nya. Semoga Prof, isteri dan keluarga bahagia di bumi Madinah dan Makkah.
Pada pandangan saya dan ayah (yg juga mengkagumi Prof), sangat beruntung Prof dapat berkhidmat di sana. Dapat selalu sembahyang di masjid nabi dan sudah hampir dgn mekah.
Moga Prof sekeluarga terus bahagia, diberkati Allah dan berjaya. Doakan kejayaan kami (yang mengkagumi) Prof ini juge ye
.
Maaf sekiranya ada salah dan silap dalam komen ini.
Salam Prof.
Semoga Prof sekeluarga dirahmati dan dilindungi Allah
MashaAllah Prof, bait2 terakhir ayat blog Prof ni menyedarkan sy..manusia akan dijemput Allah juga, harap-harapnya adalah rezeki saya untuk tinggal di sana..teringin juga nak berkhidmat mengajar di bumi suci tersebut..
Salam Prof..Allah swt sangat sangat baik..Dia bagi kita the power to choose in certain aspect in our life..yang x bole choose pula bole diubah dgn doa dan belas kasihanNYA..sbb tu ada pahala/dosa, halal/haram, surga/neraka, baik/buruk…so dalam hidup kita ni apa yang boleh dipilih kalau kita tak memilih orang lain yang akan memilih bagi pihak kita ikut suka dia..kenapa tidak ni satu sindrom nak tolong pilih lah..hehe..terbaca status FB rakan..seorang tabligh berkata kepada seseorang yang dia share ilmunya..sesungguhnya saya memberi peringatan kepada diri saya dengan berkongsi kepada awak, semakin saya berkongsi semakin saya ingat semuanya untuk lebih dekat padaNYA…
Semoga Allah swt sentiasa menolong prof, keluarga dan kita semua dalam soal pilih memilih di dunia yang sementara ini..amin
Salam Prof, K.roza & warga KRTS;
Hati yg kadang kecewa, gundah gulana kembali tenang…fikiran yg bercelaru kembali waras & positif selepas membaca entry Prof! teruskan menulis & berdakwah Prof…semoga Allah swt terus memberi ilham agar dpt meneruskan kerja2 dakwah….amin
Terharu saya membaca tulisan ini. Banyak perkara yang perlu saya pelajari lagi. Semoga Allah merahmati Prof sekeluarga.