GMC, Chevy dan akhirnya ini…..

Ia sudah dibayar deposit SR40000

7 seaters

Harganya SR110,000 kurang lebih RM91,300 di atas jalan. Ia harga tunai.

Semalam – saya dan Roza – bersama Ayub berada di bilik pameran United Motors. Ia keputusan seminggu yang lepas selepas mengambil kira pandangan mereka yang telah menggunakan GMC Acadia.

Akhirnya kami memilih Durango Dodge, pengeluar kereta Jeep, Chrsyler dan Ram. SR40000 telah kami bayar sebagai deposit. Hari Selasa nanti baki RM70000 perlu dibayar tunai.

InsyaAllah, hari Sabtu nanti ia sudah boleh dibawa ke Haram. Malamnya – mungkin – jemaah pertama sudah boleh bertandang ke rumah kami di Jabal Ohud menaiki kereta baru.

Petikan dari Buku Menghadapi Ujian

Jika kita seorang wanita, bayangkanlah jika saya mengajak puan ke masjid untuk bersolat…. Apakah puan perlu mencari telekung? Jika ia, kenapa? Apakah puan merasakan yang pakaian puan belum cukup sempurna untuk mengadap Allah SWT? Jika benar begitu, kenapa pula kita boleh ke hulu dan ke hilir dengan pakaian tersebut?

Kenapa kita mahu menutup rambut tetapi memakai t-shirt dan berseluar ketat? Apa bezanya aurat ketika menyidai kain di halaman rumah dengan waktu pejabat? Itulah ujian Allah yang tidak kita sedari. Ia bertambah tenat kerana hampir seluruh masyarakat membenarkan perlakuan tersebut.

55 Responses to “GMC, Chevy dan akhirnya ini…..”

  1. Mak Ngah says:

    Salam Prof.,

    Semasa di luar negara, saya bersembahyang di uni. tanpa menggunakan telekong. Cukup hanya pakaian harian sahaja. Ringkas betul. Balik Malaysia, saya tak melakukan seperti itu; kena ada telekong. Pernah saya bersembahyang dgn pakaian harian, ramai jemaah tengok dgn pelik sekali. Malah mak dan adik-adik saya juga pernah tegur. Tapi, alhamdulillah, sekarang ni dah ramai yg sembahyang sekalipun tanpa telekong. Cukup dgn pakaian mereka yg menutup aurat. Pemandangan ini sudah menjadi biasa.

  2. khalidah khalid says:

    Salam Prof & keluarga,

    Allhamdulillah …. & syukran atas kereta baru… Mantap tu blh kami tumpang bila kesana nanti ya. duduk dibelakang pun x pa… semuga kereta baru memudahkan segal urusan Prof disana, sesungguh Allah permudahkan segalanya utk Prof & Keluarga dan jgn berhenti menitipkan kami berita-berita kemanisan iman menetap dibumi Anbia, sekurang-kurang kami merasakan Prof internet langsung untuk berita dari sana. Sampaikan salam kami kepada Rasullullah bila menziarahi makamnya. Ameen. Bab aurat tu mmg patut di tegur masih kurang penghayatannya. Kadang2 serupa x berbaju pula… saya setuju dgn cdg Melur…

  3. ida says:

    assalamualaikum prof…

    prof buku travelog haji mengubah sempadan iman edisi kemaskini..isinya agak berbeza dari yang asal… mendengar cdnya juga membuat saya mengalir airmata..tapi susah dak dapat kat kedai buku…(hajat hati nak hadiah kan pada kawan yang dah lama mencari buku tersebut)…insyallah saya akan beli edisi itu untuk simpanan saya,( harap -harap ada lagi di kedai buku) walaupun dah ada edisi pertama…

    teruskan berkarya

  4. Imran Yusuf says:

    Syabas dan tahniah, Prof. Saya tumpang bangga…

  5. Seripah Abdullah says:

    Assalaamualaikum Prof dan keluarga..

    Untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul amat sukar dilaksanakan sekiranya tiada azam yang kuat dan doa kepadaNYA untuk berubah.

    Terimakasih Prof atas perkongsian dan peringatan yang diberikan.

Leave a Reply