2012

2011 berakhir dan 2012 bermula.

Di sini juga ada sedikit sambutan menyambut tahun baru Masihi. Sekolah Sofea dan Amirul cuti.

Itu sahaja.

Namun saya meninggalkan Malaysia pada 2011. Cukup banyak peristiwa besar yang telah kami lalui pada tahun tersebut.

Pertama, kami bermula dengan banjir besar yang telah melanda Segamat. Rumah kami ditenggalami air paras dada. Engin Kereta NAZA tidak dapat dibaik-pulih. Ia perlu digantikan.

Hampir seluruh pakaian, perabut dan peralatan lain musnah. Kitab-kitab kesayangan mengembang sampai 2-3 kali ganda.

Ia ujian kedukaan.

Kemudian, Abah pergi buat selama-lamanya. Sebulan kemudian Ayu (adik) menyusul. Kami kehilangan ahli keluarga yang hampir.

Namun ujian kedukaan datangnya serta dengan ujian kegembiraan. Kami ditawarkan untuk berhijrah ke Madinah. Ia mengubah seluruh corak kehidupan kami sekeluarga.

Saya sangat gembira kerana adik perempuan – terakhir – saya juga telah selamat mendirikan rumahtangga beberapa hari sebelum kami berangkat ke Madinah. Sebagai wali, saya fikir ia sesuatu yang melapangkan dada.

Kemudian, empat pelajar PhD berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Allahu Akbar, ia satu nikmat yang sungguh luar biasa. Tidak dapat hendak saya gambarkan.

Banyak. Sungguh. Banyak sungguh nikmat Allah yang dilontarkan kepada kami sekeluarga agar tidak lalai dengan tujuan kenapa kita dihidupkan di dunia ini.

Akhirnya kita mengerti, seluruh kehidupan itu merupakan nikmat yang wajib disyukuri.

17 Responses to “2012”

  1. Dato' Zakee says:

    Ternyata Prof. sekeluarga begitu tabah menghadapi dugaan Allah. Dia yang memberi, dia yang mengambil dan Dia juga yang menambah. Subhanallah.

  2. afni says:

    Salam sejahtera,
    Prof. Dr MKI,
    Alhamdulillah 2011 saya mengenali blog KRTS seluruhnya dan
    bertindak menjadikan ia ‘favourite’ site..
    2011 ibarat fasa pembangunan diri
    InsyaAllah 2012 menjadikan fasa implementasi.

  3. Suriyati Solehah says:

    Salam prof,
    warna blog header juga sudah bertukar… :)

  4. kak yun says:

    Assalamualaikum kpd semua warga KRTS,

    Selamat tahun Baru 2012-semoga hari ini lebih baik dari semalam.

    Khusus untuk Pn. Roza Mabrook….Mabrook…dengan tawaran kerja sebg Pensyarah, SubhanAllah, Alhamdulillah… rezeki yg Allah kurniakan ; tentu sekali jadual padat sekali ya tak…apapun kak yun mengharapkan Pn. Roza akan terus menulis..wassalam

  5. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Selamat Tahun Baru 2012.Semoga kita semua dalam redho Allah.

  6. Pelajar phd says:

    Salam prof,

    2011 blog krts wajib saya baca utk santapan harian dan ilmu darinya saya kongsi dgn kawan2.

    Semoga ilmu itu bermanfaat utk saya, keluarga dan kawan2 sekeliling saya.

    Semoga kita sama2 jumpa di surga firdaus dgn rahmatNya, insyaAllah.

    Terima kasih Allah. Terima kasih prof.

  7. (,'') Fauziah says:

    Salam Prof.

    Semoga masa yang mendatang sentiasa dalam taufik dan hidayah ALLAH SWT serta redho NYA buat kita semua. Amiin! (,”)

  8. (,'') Fauziah says:

    Salam Prof.

    Semoga masa yang mendatang sentiasa dalam taufik dan hidayah ALLAH SWT dan redho NYA buat kita semua. Aamiin! (,”)

  9. ritzall says:

    Salam, betul tu Prof!

  10. kaknor asiah says:

    assalamualaikum Prof sekeluarga & warga KRTS, semoga kita semua sentiasa diredhai ALLAH
    tahun 2011 kak mula mengenali KRTS wp buku2 prof n pn roza tlh lama kak miliki, KRTS byk mbuka minda kak, terima kasih prof kr tulisan prof mbantu ke arah pembentukan ihsan muslim yg baik.
    semoga pada tahun ini Allah menggandakan lg kurniaanNYa kpd Prof sekeluarga dan semua warga KRTS

  11. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Entri ini telah memberi kesimpulan mengenai ujian musibah dan ujian nikmat yang telah dialami Prof. Pasti ujian-ujian ini akan muncul dalam kehidupan yang mendatang dan Prof pasti ada kemampuan untuk hadapinya.

    Nikmat yang paling saya syukuri adalah dilahirkan sebagai seorang muslim dan insyaAllah di mana yang saya mampu saya akan cuba sampaikan mesej Illahi kepada jiran-jiran dan staf di pejabat yang non muslim. Saya sentiasa sebak dengar melalui Radio IKIM mengenai saudara baru bahawa Allah masih belum kabulkan doa beri cahaya petunjuk dan hidayah kepada sama ada ibu atau bapa mereka yang masih hidup. Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri juga alami perkara yang hampir sama berkaitan doa beri cahaya petunjuk dan hidayah.

  12. sireh says:

    Assalamualaikum,

    Prof,
    Saya baru sahaja tamat membaca buku prof, travelog haji dan meniti hari esok. saya cukup terkesan dengan penulisan prof yang mudah dan ringkas tapi cukup bermakna. Moga-moga usaha prof untuk berdakwah dengan cara menulis buku akan berterusan dan dapat memberi manfaat kepada orang lain, insha Allah. Saya mendoakan agar Allah sentiasa merahmati prof dan keluarga.

    Wassalam

  13. ummu amirul mukmin says:

    assalamualaikum Prof dan Keluarga,

    saya baru mengikuti KRTS melalui seorang teman masyaallah sy kagum dgn kecekalan Prof…semoga terus istiqomah dalam berdakwah dgn cara yg tersendiri….
    Kalau Amirul di Madinah bercuti sempena tahun baru yg lalu TETAPI berbeza dgn Amirul di Riyadh, kami tiada sebarang sambutan disini bermakna tiada cuti untuk anak2 kami…:-D

  14. fairuz says:

    Assalamualaikum Prof

    Sungguh…hidup satu nikmat yg perlu di syukuri…rahmat Allah melingkari hidup ini..

  15. Sarah Fauzi says:

    salam Prof dan keluarga,semoga bertambah keberkatan berada di bumi Anbiya…
    Sungguh…begitu juga kami sekeluarga,ujian Allah mmg ingin menduga kesabaran kami,Alhamdulillah…dan Alhamdulillah…Syukur kepada Allah,akhirnya kami diberi kegembiraan …syukur..Alhmdulillah.

  16. Sarah Fauzi says:

    salam Prof dan keluarga,semoga bertambah keberkatan berada di bumi Anbiya…
    alhamdulillah…Sungguh…begitu juga kami sekeluarga,ujian Allah mmg ingin menduga kesabaran kami,Alhamdulillah…dan Alhamdulillah…Syukur kepada Allah,akhirnya kami diberi kegembiraan …syukur..Alhmdulillah.

  17. ummu amirul mukmin says:

    Salam prof,
    2011 juga memberi banyak warna dalam hidup saya, ada suka, ada duka, ujian kegembiraan dan ujian kesusahan..

    “Akhirnya kita mengerti, seluruh kehidupan itu merupakan nikmat yang wajib disyukuri.”

Leave a Reply