Pengunjung KRTS

Rakan KRTS mengikut lokasi

Jumlah Bulanan Khalayak KRTS
This entry was posted
on Tuesday, January 31st, 2012 at 3:07 am and is filed under Teruja.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can leave a response, or trackback from your own site.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin..
Ini baru permulaan. Penyumbang paling minor ialah mereka yang jadikan muhdkamil.org sebagai default homepage setiap kali buka explorer di laptop dan handphone. Inilah dakwah kecil saya untuk menyebarkan.
Penyumbang paling kritikal ialah hostmaster website ini sendiri yg mempunyai kekuatan tersendiri utk menarik pengunjung utk melawati & menghayati setiap bait-bait yang indah.
Teruskan dalam penulisan ini Hj sehingga akhir hayatmu Hj.
Dan benar, mengisi 1/3 sisa malam memang membahagiakan.
Syukran..
AsSalam. Teruskan dgn usha murni ini
salam Prof..
Ingatkan dari Malaysia paling ramai…kalah dengan Arab saudi rupanya..
ehh.. sori..salah unknown paling ramai…rabun warna..
Alhamdulillah.Bangkit dan bersolat di 1/3 malam satu permulaan yang agak sukar tapi setelah dilakukan dengan penuh keikhlasan terasa sungguh nikmat aekali…Tahniah untuk prof.
Assalam Prof dan keluarga serta semua rakan KRTS. Moga kita semua sentiasa mendapat Taufik dan Hidayah dari ALLAH. Amin.
Alhamdulillah Prof, KRTS, makin berkembang, moga ia akan terus berkembang keseluruh pelusuk dunia, Walaupun bilangan penggunjungnya kecil namun ia cukup signifikan. Subhan Allah.Walhamdulillah.Allah Hu Akhbar.
Terima kasih diatas keikhlas Prof untuk berkongsi ilmu, pengelaman dan gambar demi untuk mendekatkan kami kepadaNYA. Subhan ALLAH.
Prof silitkan gambar Masjid Nabi (luar dan dalam) biar terubat rindu ini…Astagfirullahalazim.
Salam hormat
kamarjhan
assalammualaikumwarahmatullah
subhanallah, ramai rupanya pengunjung KRTS. ini bermakna ramai juga yg membaca komen2 di sini. oleh itu saya ingin berkongsi satu hadith tentang kelebihan solat di 1/3 malam agar kita semua lebih bersemangat untuk mengerjakannya.
hadith yg diriwayatkan oleh al-Baihaqi bermaksud;
“seluruh manusia akan dihimpunkan di satu kawasan pada hari kiamat, lalu kedengaran satu suara yang menyeru:’siapakah dia orang2(di dunia dulu yg telah meninggalkan tempat2 tidur mereka (qiyammullail)?’ lalu sekumpulan kecil orang2 yg bangun malam itu MASUK SYURGA TANPA HISAB. selepas itu barulah diperintahkan oleh Allah SWT untuk dilakukan hisab pada semua manusia”
(Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Solat sunat pilihan, Telaga Biru. m/s 91)
Alhamdulillah, Allah mengilhamkan prof untuk sering mengingatkan dan menggalakkan kami semua untuk berqiyamullail. terima ksih prof.
Salam Prof
Blog ini menjadi sumber inspirasi kami. Insya Allah ramai yg dah mula berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.
Salam Prof,
Teruskan berdakwah dengan pena..Blog ini menjadi tazkirah wajib saya setiap pagi sebelum memulakan tugas harian.
Syukran.
Assalamualaikum Prof dan Pencinta KRTS,
Subhanallah, ramainya pengunjung KRTS. Moga Prof terus menulis sst yang dapat memotivasikan saya untuk jadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Jazakallah Prof.
ALHAMDULILAH…TAHNIAH..KITA SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA…..
Assalamualaikum
Alhamdullillah . Macam Yakoozi juga Blog ini menjadi tazkirah wajib saya setiap pagi sebelum memulakan tugas harian. Ia menjadi sumber inspirasi .
Salam Prof.
Eeemmm……. apa yang saya nak nyatakan semua dah diluahkan rakan-rakan KTRS di atas. (,”)
TERIMA KASIH, Prof. (,”) (,”) (,”)
salam prof, there is no word to describe rasa syukur sebab dilorongkan ALLAH membaca tulisan prof..sangat berkesan, simple but significant..semuga ALLAH sentiasa memberi keberkatan kepada prof & family serta kita semua:)..alhamdulillah!
Salam prof, roza, anak2 dan warga KRTS
Alhamdulillah, tahniah semoga blog ini menjadi antara blog yang berjaya memotivasikan umat islam seluruhnya, dengan rahmat dan redhNya insyallah. Kami sentiasa menunggu catatan yang baru..dari prof.
Salam Sejahtera Prof,
Mudah-mudahan blog Prof ini akan menyumbang ke arah manusia menjadi lebih baik .
Maka bertebaran dakwah Prof sambung menyambung seluruh dunia!
Kami pun ingin tumpang sekaki dgn menyebarkan web ini.
Moga kita sentiasa dlm lindungan Allah. Amin.
Terima kasih Allah kerana memberi ilham kpd Prof untuk blog ini. Trm kasih Prof krn terus menulis dan berdakwah kpd kami, menyambung tugas Rasulullah S.A.W. tanpa penat dan jemu. Moga kami jua dapat meningkatkan tahap iman dan amal seperti Prof dan keluarga.
Assalamualaikum,
Tahniah Prof di atas kejayaan menarik begitu ramai pembaca di blog Prof. Inilah yang dikatakan keberkatan di bumi Madinah. Jumlah visitors semakin meningkat berbanding semasa Prof berada di Malaysia.
Terima kasih atas segala nasihat semasa saya menunaikan haji tempoh hari.
Kepada para pembaca, sila lawati http://www.mariafirdaus.blogspot.com untuk membaca TRAVELOG HAJI 2011: Pengalaman saya menunaikan haji baru baru ini selepas membaca buku Travelog Haji tulisan Prof Kamil.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Wassalam
Salam buat prof sekeluarga,
Alhamdullilah, Allah permudahkan segala usaha prof untuk mencari keredhaaNya. Kami sentiasa menyokong akan segala usaha ini kerana kami sayangkan Islam. Apa2 pun kami sentiasa berada di belakang prof tiap waktu dan doa kami muga2 Allah pertemukan kita semua di syurgaNya nanti.
Assalamualaikum Prof,
Sentiasa mengikut blog Prof sebelum berhijrah ke Madinah…..tetapi jarang meninggalkan/memberikan komen di blog Prof……
Saya doakan Semuga Prof dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH semasa berada di Madinah…….
Assalamualaikum Prof & KhalayakKTRS
Prof merupakan daaei yang berkesan.Alhamdulillah…….Harap2 termasuk dalam “qaliilum minal aakhiriin”.
salam,
prof mohon jangan tutup lagi akaun.masih ada sisa chip -in dari insan2 yang tak mampu beri ribuan,ratusan buat masa ini seperti saya…..
Assalamualaikum Prof.,
Saya doakan Prof & kak Roza terus menjadi murabbi kami semua. Walaupun jauh di mata tapi dekat dihati insyaAllah
saya sentiasa ‘skodeng’ blog ini – pagi 1x dan petang 1x
Saya pun ketagih untuk ushya blog ni setiap pagi & petang, mula kerja dan habis kerja. Tak sabo2 nak baca entri baru..
As salam, serupa dengan yakoozi, tak cukup dengan tu, ada masa terluang pun, jenguk lagi blog ni, kalau2 prof update …turut meminati blog maria firdaus, alhamdulillah kami semua terkesan dengan catatan kalian.
Salam..tahniah Prof…semoga terus menulis dan menulis untuk tatapan kami dan peringatan kepada kami…
Assalamualaikum warahmatuLLah..
Semoga prof,keluarga dan semua warga KRTS di rahmati Allah SWT..
Mabrook kepada prof dan semua yang berkomitmen untuk bersama2 di dalam jemaah.. Semoga Allah sentiasa membantu jemaah2 Islam..
Alhamdullillah..
Assalamualaikum wbt Prof Kamil dan Puan Roza serta anak2..harap sentiasa sihat dan dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman dgn kami.. =)
sy slah seorg dari pembaca KRTS ini.. =)
Prof, sy bru habis baca buku Travelog Haji:mengubah sempadan iman.. trimakasih prof atas perkongsian ilmu yg sgt2 byk dlm bku trsebut. =)
bydaway, prof jgn lupa inform ya butiran tentang kedatangan prof ke Labuan, Sabah bulan Jun nanti.. =)
Salam Prof & Keluarga
Allhamdulillah, teruskan usaha Prof semuga kita semua dlm keredaan dan dalam rahmatNYA selalu. Agar blog Prof merapatkan lagi kita semua dalam berjemaah dan berqiamulail untuk NYA. Jgn terlepas mendoakan kami warga KRTS bila berkunjung ke makam baginda Rasullullah s.a.w, (Selawat & salam buat mu kekasih ALLAH) Ameen
salam.
sekadar untuk pengetahuan .lokasi tu hometown hj ayub ke.
Salam Prof, Pn Roza and anak2
Alhamdulillah Prof…kerana telah berjaya meneruskan perjuangan Rasulallah s.aw. untuk menyampaikan dakwah. Middle of this mth kakak saya akan menunaikan umrah insyallah….dan beliau terbuka hatinya apabila membaca buku Travelog Haji Prof.
Memang slps saya kembali menunaikan Haji (2009 ketika berusia 35 thn) seboleh2 saya ingin menyeru kepada ahli keluarga serta rakan taulan untuk menunaikan Haji pada usia yang mampu dlm keadaan kudrat yang sihat. Byk teguran yang saya terima positif sana (terutama dari makcik2 )yg menyatakan beruntung utk menunaikan Haji pd usia yg dikirakan masih muda.
Ini adalah melalui pengamatan saya ramai yg berkemampuan utk menunaikan Haji , namun leka memikirkan keperluan dunia sehingga ada yg ingin menunggu sehingga anak mrk berkahwin.
Saya tak mampu / mahir dlm berkata2 cuma saya mendakwahkan mrk dgn memaksa mrk (cara pantas) utk membaca buku Prof. Insyallah.
TQVM hanya ALLAH shj yg tahu menilai kita. Mudah2an ringkas tapi mampu memberikan signifikasi yang besar pd org lain.
Salam
Setelah membaca kesemua post, kebanyakan pembaca berubah ke arah membuat kebaikan w/p ada yg sikit2 ke arah tst. Jadi benarlah blog ini memberi keinsafan kpd setiap insan pembaca. Apa lagi yg tak baiknya?
salam Prof n warga KRTS,
Kak pun mcm kwn2 di atas, buka blog ini 2 /3 kali sehari. Rugi rasanya klu ketinggalan N3 (tazkirah) Prof. Jazakallah Prof
Assalamualaikum,
Paling sedikit yg saya dapat catatkan kali ini- Prof MKI adalah PEMANGKIN untuk kita semua menjadi Insan yang BAIK…..
Saya sangat2 teruja untuk membaca & menunggu (buku prof & Pn. RR )lagi…dan lagi…saya jua tengah membaca buku ringkasan hadis shahih al-Bukhari & Muslim…..dan selalu merasa tdk cukup masa untuk membaca
Alhamdulillah, saya sebahagian dari 2%…setiap hari wajib melawat blog ini untuk mencari sesuatu ilmu…..terima kasih atas perkongsian
Assamualaikum wbt Prof dan keluarga,
Alhamdulillah pengunjung blog Prof semakin bertambah dan ini juga bermakna perkongsian ilmu serta pengalaman daripada prof menjangkau khalayak lebih ramai dan seantero dunia. Jujur cakap sy kalau sehari tak baca blog prof macam ada aje yg tak lengkap pada hari berkenaan. Begitulah hebatnya penangan blog prof. beriman. Terima kasih atas segala ilmu dan saranan yang dipaparkan dalam blog.
Salam, ketagihan terhadap blog Prof dan Pn Roza tidak dapat dinafikan. Stress dikala mana jua akan ku kunjung bait-bait tulisan yang penuh dengan hikmah. Terimakasih Allah kerana menemukan kami dengan kedua insan ini yang sentiasa mengirimkan doa dan nasihat agar sentiasa mengingati Mu..Jazakallah..
Salam,
Semoga Prof teruskan perkongsian yang bemanafaat ini…
Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa,
Blog KRTS ini adalah salah satu medan untuk mencari hidayah Allah…
Syukur Alhamdulilllah saya TERbaca buku prof..Selama ini saya memang solat, puasa, berzakat dan menunaikan rukun islam yg lima..tetapi tak pernah terfikir untuk berdoa agar diberiNya satu rumah di syurga..sejak mengikuti penulisan prof, skrg sudah pandai menitipkan doa utk dapat tempat di syurga..dan rasanya benar2 mahukan syurga..pernah juga doa agar dapat bersebelahan dgn rumah prof di syurga..hee
Amin
Salam prof.. sebut pasal rumah di syurga..dah tak ingat cukup tak 10X baca surah Al-ikhlas hari ni..kena baca lagi sekali la jawab nya
kepada maria Firdaus… saya dah visit blog anda..menarik dan banyak gambar dan cerita. Saya cuba cari pasal Ayam , tapi tak jumpa pula.
saya rasa kan salah satu sebab blog Prof popular sebab, Prof tulis sikit saja tapi maknanya dalam. Sekali jeling kita dah boleh habis baca. ada gambar tapi just nice, tak terlalu banyak. tapi itu lah yg susah nak buat, sikit tapi significant. dan itu lah anugerah Allah kepada Prof.
As salam Prof,
Begitulah, bila Allah permudahkan urusan kita… bukti kekuasaanNya.. !
As Salam Prof, keluarga dan rakan KRTS,
Semoga dalam rahmat Allah SWT. Alhamdulillah, berkat, Insya Allah perancangan menjadi kenyataan.
Semakin ramai rakan KRTS dan dari pelbagai lokasi dunia, semakin kuat berdoa atas usaha ini, atas inisiatif tuan.
Semakin tinggi juga tanggungjawab dalam menyampaikan ilmu Allah kepada khalayak sejagat. Ya Allah, perbaiki hati ini dan tunjukkanlah jalan lurus yang diredhai. Amin.
salam prof,
saya pembaca setia blog prof ni. baru balik dari scotland, jadi rasa macam menelurusi jalan prof yang dulu belajar kat dundee, haha.
apapun, saya suka dengan catatan blog prof yang ‘thought provoking’. sebab itu saya tak terlepas dari membaca blog ni usai kerja harian saya.
may Allah keep you and rakan-rakan KRTS rightly guided sentiasa, inshaAllah. Amin.
barakallah prof..teruskn usaha murni ini.
Assalamualaikum wbt. Prof. MKI,
Subhanallah, ramainya peminat Prof…patutlah dalam tempoh yang singkat sahaja Tabung Masjid KRTS dah hampir penuh, Alhamdulillah.
Tahniah Prof.! InsyaAllah impian Prof., Puan Roza & warga KRTS akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jom kita DOA!
Salam Prof,
Bolg prof kena buat dwi version atau lebih….ia memberi banyak manfaat kepada masyarakat diluar…..kena buat!