Al-Quran memandu kehidupan manusia. Baca al-Quran dan fahamilah maknanya. Ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Jika tersurat, membaca terjemahannya sudah cukup membantu. Jika tersirat, bacalah tafsir yang dipermudahkan.
Mudah-mudahan Allah memberi ilmu.
Misalnya, surah Al-Lail menceritakan konsep kebaikan. Saya sangat percaya dengan janji Allah. Lalu membuat kebaikan kerana Allah dijanjikan kemudahan untuk mendapat kesenangan. KataNya begitu,
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).
Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
Ia satu lagi usaha untuk menjadi golongan terpilih mengikut aturanNya.
Signifikan
Tan Sri Datuk Dr Abdul Rahman Arshad dan Profesor Dr Ibrahim Kamal menjadi tetamu Rumah Kecil di Jabal Uhud. Turut serta Puan Sri, isteri Tan Sri.
Kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat signifikan di dalam hidup saya.
Prof Ibrahim Kamal-lah yang telah menerima saya sebagai pensyarah UiTM ketika beliau menjawat jawatan Dekan Fakulti Perakaunan. Itu di awal kerjaya.
23 tahun kemudian, beliau jugalah yang menandatangani surat permohonan bersara awal kerana ingin berhijrah ke Madinah dengan nota yang sangat signifikan, “disokong sepenuhnya” walaupun lisannya menyebut, “Mil, kalau ikutkan hati, l tidak akan lepaskan you pergi. UiTM masih memerlukan you. Jika itu pilihan you saya sokong”.
Saya pula dilantik sebagai pegawai pengiring Tan Sri Abdul Rahman ketika beliau melawat UiTM Sarawak di sekitar tahun 1995. Pada ketika itu beliau adalah pengerusi UiTM.
Sepanjang tiga hari bersama beliau banyak “perintah” beliau yang telah saya laksanakan. Perintah-perintah inilah yang telah mengubah landskap kehidupan saya sebagai seorang pensyarah UiTM.
Di antara perintah beliau yang kelihatan kecil tetapi signifikan telah saya dokumenkan melalui buku PhD kecil tapi Signifikan.
“Mil, ada amanah Allah kenapa you terpilih berada di Madinah. Tunaikan amanah tersebut,” pesan beliau kepada saya.
Ia sangat dalam maknanya. Dan saya sangat memahami apa yang tersirat.

Assalammualaikum
Moga yg terbaik utk kita semua Prof. Amin.
Salam,
Allah memilih prof menjadi orang hebat bukan sahaja disegi jawatn tetapi dlm menilai setiap kejadian dlm hidup yg prof lalui. Kemudian dapat dikongsi dgn pembaca. Prof seperti dekat dgn kami.
Alhmdlah kami bersyukur mengenali prof walau dilaman maya.
Assalamualaikum Prof & Khalayak KTRS
Tan Sri Abd Rahman pernah jadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia juga,bos no 1 saya. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tan Sri dan Puan Sri.
Assalamualaikum
Assalamualaikum Prof,
sebahagian dr amanah Allah telah dan sedang Prof jalankan iaitu memberi tazkirah melalui maya, memberi pemahaman dan kesedaran kpd warga KRTS ke arah menjadi insan kamil, teruskan usaha murni Prof …
As-salam Prof,
Bertuah Prof bersahabat dengan mereka yang mempunyai nama besar dalam pelbagai bidang profesion.Pertama kali bertemu Tan Sri sewaktu menerima diploma.masih saya ingat sehingga hari ini.
terima kasih Prof dan warga KRTS yang sudi berkongsi ilmu.
Assalamualikum Prof puan Roza n anak dan khalayak KRTS
Setiap hari kami sentiasa menunggu perkongsian ilmu dari Prof umpama anak anak menunggu suapan dari seorang ibu….ya Allah berkati lah perjalan kehidupan Prof sekeluarga serta warga KRTS..Amin.
Salam Pro,
Doakan moga amanah yang diberi pada saya dapat saya tunaikan…
Jazakallah kerana x jemu mengingatkan warga KRTS
prof.,
bina 1 lagi masjid kalau warga krts mampu. kat sudan plak. ayub ada kat sana. cadangan saya je la ni…
sekian.
Salam buat Prof, keluarga dan warga KRTS…
kebaikan x pernah terpadam di hati Prof…
Teringat masa terima diploma dulu…bersama Tan Sri (kami panggil Datuk Wira)…beliau seorang yg pemurah dengan senyuman….hasil didik org yang hebat akan melahirkan anak didik yang hebat jua….amen
Masih ingat, saya menerima diploma dari Tan Sri sendiri…alhamdulillah..
Assalamualaikum…
Prof dan semua warga KRTS…teruja sekali membaca entry ini, sampai lupa nak bagi Salam tadi..
Assalamualaikum Prof dan seisi keluarga…
Saya merupakan peminat setia entry ini dan setiap hari berusaha membina diri agar menjadi lebih baik dari hari semalam (kelmarin) dan hari esok lebih baik dari hari ini. Saya yakin semua pembaca entry in akan berusaha ke arah itu. Betapa besarnya sumbangan prof. Terima kasih prof. Didoakan semuga Prof sekeluarga sentiasa diberkati Allah….
assalamualaikum prof dan keluarga…
sesungguhnya prof adalah sebahagian umat yg terpilih, dipilih dan memilih semoga usaha tersebut diberkati dan dirahmati allah semuanya.
amiiin
Assalamualaikum,
setuju dgn statement Tan Sri…tazkirah & ajakan, peringatan brulang adalah peringkat paling asas, kemudian mengajak utk menyumbang utk mendirikan masjid hanya KeranaNYA tahap pertama dan seterus ….dan seterusnya apa ya??? dan mungkin ditahap yang terakhir ialah melahirkan insan2 kamil seperti prof Muhd Kamil Ibrahim di kalangan KRTS InsyAllah….semoga setiap detik/hari yang saya lalui lebih baik dari semalam.. doakan kami ya prof; selawat & salam utk Junjungan Nabi Muhammad SAW..
salam sejahtera Prof,
Prof sy nak tumpang tanya, anak sulung sy akan menyambung belajar degree dlm perbankan islam di uitm shah alam, dia ada menyatakan pada saya yg dia akan kena belajar beberapa bahasa juga, sy ada syor kan dia belajar bahasa arab dan english, tapi sebalik nya dia menjawab kalau dia belajar bahasa arab tak semesti dia senang dapat kerja, dia lebih memilih bahasa mandrin dan english. betul kah pilihan anak sy prof? sy ni ibu tunggal yg belajar tak tinggi sgt, so sy tak tahu pilihan dia betul atau tidak. harap Prof dpt beri pendapat. terimakasih prof.
Salam sejahtera, jika saya diminta pandangan maka pilihan pertama saya adalah Bahasa Arab.
Alhamdulillah.. terimakasih prof. pendapat Prof itu sy nak tunjuk pada anak saya. terimakasih sekali lagi.
Salam Sejahtera Prof,
Ada yang tersurat dan ada yang tersirat-contoh surah yang tersirat adalah kisah misteri dua malaikat Harut dan Marut yang diturunkan ke dunia (Al Baqarah Ayat 102)
Mudah-mudahan warga KRTS banyak membuat kebaikan.
Mudah-mudahan mereka yang mempunyai hubungan yang sangat signifikan di dalam hidup Prof sejahtera kehidupan mereka.
Salam Prof…
Pada saya Prof adalah insan terpilih ,begitu juga Pn Roza dan anak2….saya doakan Allah menambahkan tambahan nikmat pd Prof sekeluarga..hari demi hari…kerana hati kecil saya yakin…saya juga akan dpt apa yg saya doakan…benarkan Prof…?
Salam Prof,Pn Roza dan anak-anak.
Semoga ALLAH melimpahkan rahmat seluas-luasnya kepada tuan sekeluarga. Juga semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA ke atas seluruh umat Muhammad…amin.
Moga ALLAH perkenankan…lebih ramai rakyat negara ini akan menjadi seperti tuan; yang sering mengingat dan memberi ingat ke arah kebaikan.
Terima kasih.
Assalamualaikum prof,
angka derma utk pembinaan masjid semakin meningkat dan keseronokan kami memuncak..Alhamdulillah..action plan seterusnya prof?
Ma’assalaamah..
Assalamualaikum prof,
Tertarik dgn cara duduk prof, baru semalam sering berkongsi cerita dengan anak22.
Salam Prof dn keluarga
sememangnye pengisian prof setiap hari kami nantikan, tazkirah maya buat kami adalah umpama sarapan pagi yg amat penting dalam kehidupan sebelum memulakan pekerjaan, kami sentiasa berdoa kita semua akan selalu dalam keberkatan Allah dan muga Allah kurniakan Prof dn keluarga kebaikan yang sewajarnye kerana usaha2 ini….alhamdullilah
InsyaAllah,kami sekeluarga akan berangkat ke Madinah pada 1/3/2012..teringin rasanya nak jumpa Prof dan keluarga