Kemewahan

Malam tadi kami menerima tetamu yang sangat high profile. Saya percaya mereka sangat mewah. Wang ringgit bukan soal yang perlu dirisaukan.

Saya fikir begitu.

Namun mereka sekeluarga terpaksa meninggalkan Malaysia akibat keadaan tertentu yang tidak perlu saya ceritakan. Mereka diberi suatu ujian yang jika diberikan kepada saya mungkin tidak mampu saya tanggung.

Juga, ia merupakan agakan saya semata-mata.

Namun – hakikatnya – Allah memberikan sesuatu ujian kerana Dia tahu kita mampu menanggungnya. Malah Allah juga menyatakan, “di sebalik kesusahan pasti ada kemudahan”.

Itulah pujukan kepada mereka yang sedang dilanda musibah.

Namun saya nyatakan selangkah lagi. Ujian duka merupakan satu nikmat Allah tanda Dia sangat sayangkan kita. Ketika inilah seluruh jiwa dan perasaan kusyuk kepadaNya.

Dia mahu memisahkan kita dengan mereka yang menjauhkan kita kepadaNya. Allah mahu mengingatkan kita yang kemewahan hanya bernilai jika ia digunakan ke jalanNya.

Kedukaan memberi ruang untuk kita bermuhasabah diri. Ia bukan soal orang tetapi diri kita dengan Allah SWT.

MasyaAllah, Subhanallah, Allahu Akbar. Saya tidak mengenali mereka dan mereka tidak mengenali kami sekeluarga. Di bumi Madinah menjadi tempat pertemuan untuk saya menyatakan,

“Menghadapi ujian di sisi Allah sangat mudah, solat dan bersabar. Namun ia sangat sukar kecuali mereka yang kusyuk.”

Kami doakan agar beliau sekeluarga menemui jalan damai di sisiNya.

Selipar

Agaknya ia isu besar di kedua-dua Haram. Hilang selipar. Siapa yang tidak?

Kami semua – saya, Roza, Amirul dan Sofea – merasai kehilangan selipar dan kasut. Semalam, kali ketiga dalam tempoh enam bulan. Saya fikir ia tempoh yang munasabah.

Bila hilang, cepat-cepat niatkan di dalam hati, “Ya Allah, ia hadiahku kepada mereka yang terambil selipar ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya”.

Ia peluang untuk berselipar baru.

25 Responses to “Kemewahan”

  1. Aneeqa says:

    assalam prof, puan Raudzah, dan anak anak,

    semuga di rahmati Allah.

    Amin buat doa prof kepada keluarga tersebut. Semuga Allah memberi yang terbaik buat mereka.

    Semuga kita semuga redha akan ujian NYA dan semuga kita di beri taufiq dan hidayah dalam menempuh kehidupan yang seterus nya.

    Assalamualaikum buat Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat sahabat baginda.

    Jazakaullah

  2. insyirah says:

    assalamualaikum prof..
    sy amat meminati buku2 prof terutama ‘Travelog Haji’. sy juga sentiasa mengikuti blog prof hampir setiap hari..dan baru hr ini berpeluang menulis ruangan komen..sy doakan prof sekeluarga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah

  3. Yakoozi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Sangat setuju dgn pandangan Prof. Dugaan kesedihan dan kedukaan amat berkesan untuk kita merenungi diri jauh ke dalam…Saya sendiri mengambil masa hampir 4 tahun untuk sampai ketahap ‘menikmati dugaan’….

  4. adi says:

    Salam prof dan keluarga,
    Bagaimana saya ingin membaca ebook phd yg ditulis oleh prof? Harap dpt memberi info kepada kami. Saya amat teringin sekali membacanya. Terima kasih.

  5. HAJI OMAR HAJI TOMPANG says:

    Salam Prof.

    Apa khabar? Semoga Prof dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah jua hendaknya, amin. Nak cadangkan supaya Prof memberikan maklumat keadaan di Madinah dan Mekah terutamanya dari segi cuaca selain dari waktu solat. Ia sangat penting bagi jemaah umrah yang nak ke sana sekarang. Saya dimaklumkan bahawa cuaca sejuk sekarang di Madinah, malam sehingga 15C. Kalau Prof memberikan maklumat lebih mudah kita kongsikan.

  6. saya says:

    saya banyak kali sebak dan menitis airmata bila membaca travelog haji…sebuah buku yg saya sambar di stesen bas jln duta sebelum bas bertolak…..kalau Allah izinkan , beberapa hari lagi saya bakal ke tanah suci menunaikan umrah.

    Buku itu ….saya rayu suami supaya turut membaca dan saya pengaruhi kawan2 yg bakal menunaikan umrah mac nanti utk turut menikmati…. kerana saya rasai keajaiban isinya terhadap jiwa saya terutama saatnya saya membuat persiapan utk menjadi tetamu Allah, saya tidak pandai mengulas…tapi saya doakan keberkatan dan rahmat Allah utk penulisnya …

    ia benar2 memimpin kerinduan saya kepada baitullah dan semakin optimis pada bantuan Allah jika benar2 berusaha utk ikhlas…

    salam perjuangan

  7. Hamizan says:

    sudah termaktub yang prof tidak mahu mengongsi ujian orang itu cukuplah hanyak sekadar lakaran di atas demi peribadi seseorang. agaknya kalau lah kita tahu apakah bentuk ujian orang itu alangkah baiknya untuk iktibar kepada kita.

  8. MKI says:

    Salam sejahtera,

    Tuan Haji Omar, janganlah bercerita tentang suhu dan cuaca di Madinah. Ia tidak menentu. Sehari tanpa jaket, hari yang lain perlukannya.

    Buat kami di sini, ia sangat nyaman. Ada ketikanya, kami sudah mula berkipas pada waktu tidur.

    Saudara Adi, hantar makluman kepada muhdkamiltaibah@gmail.com

    Hamizan, tentu sekali Hamizan memahami maksud high profile. Paling penting di dalam entri di atas bukanlah jenis ujian kerana seluruh kehidupan merupakan ujian sama ada ia mendekatkan diri kepadaNYa ataupun tidak.

    Ia ulangan kepada entri-entri terdahulu.

  9. teman says:

    Assalamualaikum Prof dan keluarga.

    Semoga sentiasa dalam rahmatNYA.

    Pagi tadi di Masjid, Ustaz Hashim cakap bacalah buku “Prof tu” yang kat UiTM. Hati berkata “Prof tu” Prof Kamil. Saya yang tumpang gembira. Maaf saya Prof.

  10. zaharah abu bakar says:

    Salam sejahtera prof, begitulah kehidupan ini, ujian Allah tu berbagai2, di uji dgn sakit, kekayaan atau kemiskinan. Namun kita sebagai hambanya harus redha dan memohon keampunan, sering bersyukur nikmat Allah, segalanya dapat kita lalui sbb ia adalah janji Allah bahawa ujianNya bagi yg mampu menanggung nya…untuk hambaNyayang lain jadikan ia iktibar. Amin

  11. ROZILA says:

    Salam Tn.Hj dan keluarga,

    Bila Allah beri kita ujian, sesungguhnya kita hampiriNYA/mengadu pdNYA
    Hati akan jadi tenang.
    Amin…..

  12. mumumimi_1 says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Mudah-mudahan tetamu yang barangkali merasai beliau bertukar mejadi low profile akan medapat ketenangan di Madinah bersama seisi keluarga

  13. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Saya baru membaca Surah Annur dan terjemahannya ,ayat 63 menyebabkan saya menitiskan airmata , alangkah indah jika saya berada di sisi rasullah seperti prof dan keluarga. Mohon sampaikan salam saya kepada rasullullah saw.

  14. hamba Allah says:

    Assalamualaikum Prof, K Roza & family, kuasa Allah menemukan Prof dgn mereka sklrga di Madinah. SubhaNallah!

    Jzk mmberikan saudara kita semangat mghadapi dugaan yg bukan calang2..betul la bila Allah beri ujian, sbnarnya adalah rahmat utk kita lagi dekat pdNya…moga kmbalinya mrka nanti dgn hati yg lebih kuat & sabar, dpmudahkan Allah sgala urusannya, amin

  15. Shela says:

    Salam prof,

    Entri prof Kali ini,saya cukup terkesan di hati, betul kata prof, Dugaan mengingatkan dan menghampirkan kita Pada Allah, membuatkan kita bangkit di ten hah untuk mengadu dan berdoa kepadanya. Memisahkan kiter Dari perkara yang melalaikan.

  16. Anonymous says:

    salam Prof,
    perbezaan orang yg berduit dengan tidak,ada masaala boleh lari kat 2 bandar suci untuk menenangkan fikiran dan bermunajat pada Allah..pada yang tidak…amalkan solat malam…..

  17. SHAMSURIA says:

    Salam Prof,

    Hanya org yg pernah melalui ujian yg berat sahaja yg dpt memahaminya.. berat mata memandang, berat lg bahu yg memikulnya..
    Itulah yg saya rasakan dahulu, memang benar Prof, ujian dari Allah mendekatkan kita kpdNya…

    Sabar dan redha dgn ketentuannya.. UjianNya mengajar saya supaya bergantung harap kpdNya semata2..
    Saya doakan beliau tabah dan ikutlah spt apa yg Prof sarankan. Ia benar2 telah membantu saya. Subhanallah.. Alhamdulillah

  18. Mardiana Shafiee says:

    Assalamualaikum Prof,

    Siang tadi saya berjumpa dgn kawan saya yg sedang berkhidmat dgn UiTM. Beliau akan ke Madina pd hari Sabtu 18 Feb 2012. Melalui beliau, saya mengirimkan dua naskah buku untuk Prof, ikhlas daripada saya. Harap Prof sudi menerimanya.

  19. MKI says:

    Salam sejahtera, terima kasih Mardiana. Saya menghargainya.

  20. MatZaki AbdMajid says:

    Pengalaman hilang selipar:

    Musim Haji 2010 (1431H).

    Di Masjidil Haram – sekali. Alhamdulillah waktu subuh, masa balik, tar masih sejuk. Lagi pun hotel tak jauh dari masjid.

    Di Masjid Nabawi – jugak sekali, pun waktu subuh. Masa tu dah nak masuk musim sejuk. Alhamdulillah, sebab masih berstoking dan hotel pun tak jauh.

  21. Khair says:

    Assalamualaikum.
    Hilang kasut dan selipar berlaku dimana-mana.
    Ustaz saya sering berpesan supaya meWAKAFkan selipar tu setaip kali masuk masjid. Tujuannya supaya orang yang nak pinjam guna selipar kita untuk ke tandas, misalnya, tidak dapat dosa kering kerana guna tanpa izin.
    Kalau hilang pun, harap-harap selipar kita yang diambil orang tu, masih juga digunakan untuk ke masjid.
    Bila terjadi hilang, kita tidak lagi rasa marah, malah boleh senyum. Cubalah.
    Yang penting, redha Allah atas kita.

  22. mokde putri says:

    high profile dan low profile, masing2 ada dugaan masing masing yg hanya mereka yg bijak dlm situasi itu dpt menilainya dan mengambil iktibar darinya. sabar dan redha kunci kedamaian hati bila saat kita diuji Nya. Allah yang maha maha dan maha penyayang….

  23. _hafiz says:

    Pada pandangan manusia ada bandingan dari segi pangkat,kaya dll. Pada pandangan Allah kita semua sama,yg membezakan kita adalah Taqwa

  24. kaknor_btho says:

    Salam prof,kroza & warga KRTS,

    Sungguh benar N3 prof berkenaan ujian tuhan. Ia adalah tanda ingatan kasih sayang Allah pada hambanya. Betapa syahdunya kita berdoa ketika kita ditimpa musibah dan betapa lalainya kita bila dibuai kemewahan (mengata diri sendiri bukan orang lain.. ). Dan begitu sayang dan kasihNya pada hambanya, Allah memberitahu kita bahawa setiap ujian yang diberi itu adalah didalam kemampuan kita.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar…

  25. assaabiquun says:

    salam prof,dua tiga hari lepas ada gambar longgokan selipar di masjidil haram yang dibuang tanpa dituntut…

    saya belum ada rezeki beli 50 tips haji tapi dah 3 kali belek2 isi….paling tak sabar bab kak roza diam,tidak menjawab waktu prof tolak kak ajak pergi haji….

    oh airmata…rindu pada kak roza,nak tanya sendiri,tak tengok sendiri,nak pegang sendiri kak rozaku.

Leave a Reply