Sedikit-sedikit saya mula mengajak rakan sejawat memikirkan kenapa mereka berada di Madinah. Ia dakwah yang dilakukan dengan cara yang sangat berhati-hati.
Kenapa?
Kesemua rakan sejawat saya adalah lulusan PhD. Masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi. Malah kerana mereka berdarah Arab maka perasaan kelebihan mungkin ada di hati.
Alahai… siapa kita?
Agak saya begitu. Namun ia tidak selalunya benar.
Semalam saya berpeluang bercakap dengan seseorang yang berjawatan. Asalnya dari bumi Mesir. Beliau bertanya, “bagaimana kehidupan di Madinah?”.
Ringkasnya saya nyatakan, “saya bahagia di sini. Saya bahagia kerana dapat solat subuh di Haram hampir setiap hari. Saya bahagia kerana dapat solat Asar, Maghrib dan Isya di Haram. Juga saya bahagia kerana 60 peratus dapat solat Zuhur juga di Haram.
Malah saya bahagia kerana saya dan keluarga dapat belajar Quran selepas Asar dan Maghrib di Haram. Allahu Akbar, apa lagi yang saya kehendaki dengan berada di Madinah.
Malah saya bahagia kerana dapat memberi tazkirah kepada jemaah umrah dan Haji dari Malaysia hampir setiap malam”.
Beliau merenung saya dan bertanya lagi, “bila masa Dr menulis?”.
Beliau bercerita tentang kehidupan beliau sebelum saya sempat menjawab pertanyaan tersebut. Akhirnya beliau berkata.
“saya marah dengan diri saya kerana hendak membaca quran pun tidak sempat….. sibuk dengan kerja”.
Lalu saya nyatakan, “saya mohon keampunan Allah, mahu saya bagi jalan?”
Saya meneruskan kata-kata tanpa menunggu jawapan beliau, “satu perkara yang membeza saya dengan you adalah waktu tidur. Saya hanya tidur 4-5 jam sehari semalam. Mari kita bangun solat malam, saya lakukan 6 rakaat, 3 kali salam dan solat witir. Berdoa dan bermunajat kepadaNya.
Jika kita bangun pukul tiga pagi, mengadap Allah secara spesifik selama satu jam, saya mempunyai 1 1/2 jam sebelum bergerak ke Haram untuk solat fajar. 6.40 saya sudah berada di rumah.
Saya mengadap komputer sehingga 9.00 pagi. Di antaranya, banyak perkara boleh dilakukan termasuklah menemani isteri ke mana-mana tempat yang beliau kehendaki”.
Lalu saya membaca Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat-ayat terakhir dengan bersungguh-sungguh. Bila berakhir saya nyatakan kepada beliau, “saya sudah tua, sukar belajar Quran ketika usia sebegini. Namun Allah akan bagi kelapangan di atas kesungguhan kita, InsyaAllah”.
Hakikatnya, saya mengajar beliau “marilah ke Haram, marilah membaca al-Quran, marilah kita bangun malam… kita berada di Madinah… kita berada di Madinah…. ini kampung Rasullullah SAW… Allah… Allah… ”
Itu yang tersirat. Saya mohon keampunan Allah.
Salam. Lamanya saya tidak memberi sebarang komen di KRTS & HII-RKDJU, namun sy xpernah miss mengikuti kedua2 blog Prof n isteri. Semuga Allah terus memberkati kehidupan Prof sekeluarga dan moga2 lebih ramai lg pembaca & peminat kedua2 blog ini (termasuklah sy yg sangat jahil ini) akan mengikuti jejak langkah Prof, mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Esa….sesungguhnya hendak seribu daya… Salam ukhwah buat Prof dan isteri tercinta, semuga Allah sentiasa memelihara kita semua. Amin
Assalamualaikum Prof n keluarga, moga kita sentiasa di dlm lindungan rahmat Allah.
Alhamdulillah, moga rakan Prof itu terkesan dgn apa yg tersirat dlm perbualan Prof. Diharap semakin luas lingkungan jemaah tazkirah Prof terutamanya rakan2 sejawatan Prof. Ada insan yg perlu ‘disedarkan’ tentang cara2 hidup yg lebih tawadhuk kpd Allah walaupun mereka berkelulusan tinggi.
Terima kasih dr saya kerana tazkirah di atas.
salam prof
Sesungguhnya benarlah semakin tinggi pangkat kita semakin tinggi ego kita kecuali orang yang kenal Penciptanya. Dia akan sentiasa berasa dirinya kerdil dan berwaspada , takut amalannya tidak diterima. Namun seharusnya kita sentiasa bersangka baik kerana bersangka buruk itu ada bersamanya dosa.
Allahu Rabbi..indahnya membayangkan rutin hidup prof di Madinah…Ya Allah, saya juga mahu menetap di sana…..
Saya sedang marah pada diri sendiri.
Salam buat Prof sekeluarga…
SubhanaAllah…Alhamdulillah..LailahaillaAllah…Allahakbar…
Terima kasih Prof., sgt2 terkesan di hati…bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi ruang n kesempatan utk memperbaiki diri ini..ntah hingga saat mana, hanya padaNYA kita berserah diri..
Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita..walau dlm apajua bentuk persembahan kita padaNYA…ameen.
BarakaAllahhufik
pernah sy memujuk suami agar dptkan perkerjaan d tanah arab.harapan saya spt prof jua..menghabiskan masa dgn belajar alquran dan mendalami agama…dan yg paling utama dpt melakukan imal ibadat sebanyak mungkin d baitullah…masyaallah. itulah itulah cita2 dan impian.mungkin belum rezeki lg agaknya…malah sy sentiasa berdoa dan terus berdoa…moga allah mendengar. tulisan dan catatan pengalaman prof benar2 memberi suntikkan dan semangat yg berkobar2 buat saya.terima kasih banyak2 prof.
Assalam..
Allahurobbi. Mabruk Uncle..
Semoga saya akan terus istiqamah seperti Uncle sehingga hembusan nafas terakhir. Istiqamah bangun sepertiga malam, istiqamah membaca al-quran.. Ameen ya Allah.
p/s:
saya juga mahu duduk di sana, saya juga mahu bersemadi di sana.. -di kampung Rasulullah.. Allah humma ameen
Assalamualaikum Prof
Saya sampai je Library Shah Alam PPAS ni,,saya terus guna perkihimatan internet,
Mmg nak tgk Blog Prof, terus taip laju, nak tgk entry 16 Feb..refresh refresh refreshhhh dan Alhamdulillah dah ada,,,seronoknya saya baca,,
Hari2 saaya rasa saya di Haram saya di Haram. Seronoknya berada di haram..Allahuakbar…
InsyaAllah tak lama lagi sy dan suami dan beberapa Sahabat yg terplih akan mulakan kelas mengaji Al Quran bersama2 Sheikh Abdul Karim Al Fattani Al Makki. Beliau penah menjadi anak murid Sheikh ABd Rahman Sudais, dan anak Murid kepada Bilal Masjid Haram….Segala puji bg Allah.. Allah dgr doa saya. Saya yakin ini jambatan ke arah doa yg mutlak.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Saya rasa saya spt di haram…
Syukran
Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,
Alhamdulillah! Terima kasih prof atas N3 kali ini.
Semuga kita istiqamah melakukan amalan ini. Permudahkan lah ya Allah.
jazakaullah
Salam prof n keluarga….alangkah beruntungnya prof dipilih utk berada d bumi madinah..semoga kami jgk mendpt peluang seperti prof. .insyallah
Salam prof,
mmg menarik entry kali ini i,e tentang org2 yg mengatakan diri mereka tidak cukup masa. Allah SWT memberikan 24 jam kpd semua manusia, tiada yg lebih dan tiada yg kurang alau sesaat pun. Beza antara yg cukup masa dan yg tidak cukup ialah pengurusannya….Subhana Allah…
salam…
mabruk!!prof dapat menyampaikn hal itu pada org arab..
mereka kurang rasa apa yg kita rasa….kita ssuah payah utk berada d bumi ambiya…hingga setiap detik kita cuba lakukan yg terbaik seperti yg islam sarankn…kita mw merebut klebihan yg ada d madinah n mekah sebab kita tidak orng sana n tk tentu kita dapat k sana lg..tp bg orng2 arab mereka rasa bumi itu milik mreka n mudah utk k sana..mreka tk berapa mersai utk merebut peluang yg ada…..
As-salaamualaikum Prof…
Setulusnya saya mengaku saya amat cemburu dgn Prof. sejak umrah 2001 impian saya ialah untuk menjadi penduduk di salah satu al-Haraamain… 5 tahun berturut2 saya umrah dan merasa ni’mat umrah akhir Ramadzan. Sebagai seorang muslimah amat sukar untuk mendapat perkejaan di sana tanpa kehadiran mahram, as I write this tears well up my eyes…memang sebak. Tidak ada tempat di bumi Allah yang saya rindui dan ingin terus menetap melainkan salah satu Haramain… Doakan saya agar niat dan impian saya ini terkabul ya Prof… FYI, coretan Prof saya sharekan dengan ahli usrah saya (mailing list) di pejabat (JARING)… semoga ilmy dan nasihat yg manfaat dari prof menjadi saham al-Akhirat. saya doa’kan semoga Prof sekeluarga terus dalam keredhaan dan rahmat Allah, ameen, ameen ya Rabb.
Zon Kamariah bt Mohomed Wahie
Assalam Prof,
Moga ALLAH sentiasa memberi kemudahan untuk Prof terus berdakwah.
Sambil Prof mengajak teman-taman untuk mendekatkan diri pada ALLAH. Kami juga dapat iktibar dan tips darinya melalui entry-entry yang Prof paparkan.
Terima kasih Prof kerana sentiasa memberi peringatan demi peringatan pada kami.
Salam hormat
moga doa saya dan suami utk tinggal di Madinah ditunaikan Allah…kalau x dpt menetap di sana spt Prof dan keluarga pun sekurang2nya kami suami isteri nak dikuburkan disana…Ya Allah perkenankanlah permintaan kami Amiin Ya Rabbal A’lamiin…
Salam Prof, Pn Roza n Anak2,
Alhamdulillah Prof sedang berada di tempat di mana laluan Nabi setiap hari….
Saya pun marah pada diri saya….walaupun saya lebih muda dari Prof…saya masih belum mampu!…Allahuakhbar.
(Moga2 mendapat manfaat dari teguran Prof)….TQVM Prof.
Salam Prof, Pn Roza n Anak2,
Terima kasih atas panduan kehidupan harian yang diberikan. Semoga Prof dapat kongsikan lagi jadwal-jadwal kehidupan sebagai panduan untuk kami sama-sama lalui kehidupan mencari redaha Allah.
Salam.. Sangat mencemburui prof dan keluarga (+ve way) kerana menjadi insan terpilih mendiami kota suci penuh berkah itu… Apapun sy doakan semoga sentiasa istiqomah dan merasa rendah disisi Allah..
salam prof,
alhamdullilah subhanallah allahu akbar
semoga kami diberi peluang dan ruang untuk mengikuti usrah/tazkiraf prof di madinah nanti walaupun sekali
Salam buat prof sekeluarga & warga KRtS,
Siapa yg tidak mencemburui prof… walau dimana pun kita berada kita tidak usah lupa tanggungjawab dakwah bukan mengira tempat..cuma “yg terpilih” sahaja dpt berada di tanah yg pernah dipijak kekasih Allah. Jom sama-sama kita “bertabligh”. Ammen ya Rabbul Alameen…
Asalamualaikum Prof. sekeluarga… beruntung nya Prof.. dapat berada diMadinah.. Syukur Alhamdulillah..
Assalamualaikum YBhg. Prof. & keluarga,
Saya suka perenggan akhir berikut:
Hakikatnya, saya mengajar beliau “marilah ke Haram, marilah membaca al-Quran, marilah kita bangun malam… kita berada di Madinah… kita berada di Madinah…. ini kampung Rasullullah SAW… Allah… Allah…
Saya membaca yang tersirat; Prof sebenarnya mengajar saya, mengingatkan semua khalayak… walau di mana juga.
Terima kasih Prof.
Wassalam.
Assalam Prof dan keluarga. Tahniah dan terima kasih. Saya membaca buka Travelog Haji Prof yang dihadiahkan oleh anak lelaki saya dimana waktu itu didalam beberapa hari lagi saya, suami dan anak lelaki akan menunaikan ibadat haji pada tahun 1432H. Sungguh berkesan dihati dan dijiwa. Setelah saya mendapat tahu tentang blog Prof ini, setiap hari saya melayarinya. Saya juga insan kerdil yang telah banyak melakukan kesilapan serta dosa dalam kehidupan dan ingin menjadi lebih sempurna dari semalam. Membaca blog Prof membuatkan saya menjadi sayu dan terharu yang selama ini saya telah menjadi orang yang sangat rugi dengan waktu (masa) yang telah diberikan oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT. memberikan keampunan kepada kita semuanya. Saya berharap Prof akan terus memberikan nasihat-nasihat di dalam entry-entri yang selanjunya. Salam Hormat dari saya sekeluarga dari Sepang, Selangor D.E.
Salam Prof.
Terima kasih! (,”)(,”)(,”)
Assalam Prof,
Tersirat dan tersurat, alhamdullilah
Salam Sejahtera Prof,
N3 Prof yang bertajuk “Marah” mengulangi rasa marah saya terhadap seorang dari Arab Saudi yang berkursus hampir setahun dengan saya di luar negeri. Pedih hati saya apabila seorang peserta warga Syria maklumkan kepada saya bahawa si Arab Saudi itu beritahu padanya bahawa ulama Arab Saudi kata bila berada di luar negeri tak perlu amalkan cara hidup Islam. Sebab itu dia tak malu minum arak depa kita orang bila ada saja majlis jamuan…..astaghfirullah
Assalamualaikum Prof
Mabruk mabruk mabruk prof anak Malaysia yang berjaya bercakap seumpama itu kepada orang Saudi.
Allahu Akbar
Salam Prof,
Terima kasih atas nasihat Prof. Bagi saya walaupun seseorang itu berbangsa Arab belum tentu dia contoh yg baik…
Yg membezakan kita hanyalah amal yg kita lakukan.
Saya doakan Prof dan keluarga diberi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat… Apa yg Prof lakukan memang kecil tapi tersangat signifikan!
assalam…
semoga prof dan keluarga serta warga KRTS sentiasa dalam berkat Allah…
PROF…
tk banyak2…
banyak yg berubah sejak sy mengenali prof…
mudah2an saya dan keluarga terus istiqomah…
insyaAllah…doakan kami prof…
tk…
Salam Prof,
Saya terkesan dengan nasihat Prof tu. Doakan saya istiqamah ye Prof…
As-salaam Prof seisi keluarga.
Entri prof kali ni menguatkan lg semangat saya utk turut saling ingat-mengingati sesama kita ttg pentingnya mendidik diri utk istiqomah dlm solat mlm, membaca al-quran serta amalan2 lain yg Islam anjurkan. Mulanya saya takut timbul riak atau mungkin akan ada yg beranggapan saya begitu. Tp hakikatnya kita hamba yg lemah yg mmg harus selalu “dipukul/ketuk” utk beramal. InsyaAllah. BTW, sy dah transfer ke akaun prof sumbangan masjid di Somalia selm. TQ
Assalamualaikum Prof.
ALHAMDULILLAH, BAGI SAYA, INI ADALAH ANTARA CORETAN TERBAIK DARI PROF! Jazakumullah khairan jaza’
Salam Prof.,
Kalau Prof bangun pukul 3 pagi tu…pukul berapa pula kebiasaannya Pof tidur.
Maaf ye Prof.
Terima kasih.
Wassalam.
NotaMKI: Salam sejahtera, 11 malam atau paling lewat 11.30 malam
Subhanaalah Prof,
Semoga Prof dirahmati Allah.
Selalunya Prof masuk tidur kul berapa ye… dan bagaimana menghilangkan rasa mengantuk di siang hari bila kita baru nak bermula bangun malam…
Maaf Prof.
Terima kasih. Wassalam
NotaMKI: Ini juga ada dalam sunnah, tidur sekejap di tengahari, baca buku 50 Tips Motivasi Haji. Bila ada lagi yang bertanya, masih lagi mengantuk…. itu sudah masuk bab mahu mencari alasan… kena lawan sampai ia jadi biasa…
Seronok baca blog prof,terasa dah lama tak nampak kelibat prof kamil kat uitm johor ni..kirim salam pd kak Roza.
Assalamu’alaikum wrt wbt YBhg Prof n Kak Roza..
Ini pertama kali sy menulis di entry Prof wpun sy sudah lama mengikuti ‘cerita2′ menarik Prof n Kak Roza di buku2 dan blog..rasa mcm sudah lama kenal walau hakikatnya kita tak pernah berjumpa atau bersua muka..:)
Didoakan Prof n Kak Roza sekeluarga dikurniakan rezeki yang melimpah dan diberkati dan sentiasa mampu berkongsi perkara2 baik yang blh kami teladani dan bermuhasabah diri setiap masa..
Jika kami diberi rezeki menjadi tetamu Allah swt kelak, diharap sudilah kiranya pihak Prof sekeluarga menerima kedatangan kami nanti ke rumah.
Juga sudilah kiranya mendoakan sy sekeluarga dianugerahkan kesihatan yg baik n rezeki yg diberkati jika Prof berkunjung ke Masjidil Haram n Masjidil Nabawi (sy sgt seronok mendgr Prof dpt bersolat di kedua2 masjid tersebut hari2 5 waktu..) bahagianya jika sy pun dpt bahagian begitu…Tahniah Prof…semoga sgl amal ibadah kita diterima Allah swt..
Barakallahufikum..
Ilal liqa’ wa ma’as salamah..:)
salam,
ya Allah maqbulkan doa 3 saudara fbku,adinda atina,umi hajah sumarni dan adinda rinduwati.
dan untuk deena,tok,mama,papa ,adik dan sekalian cintaku,ganjarkan seperti doaku…amin.
barakallahuli walakum.
salam ,ukhwah persaudaraan pemahaman ilmu alquran …..kita hari ini disibukan dengan masalah dan sistem mereka yg selama ini ,kita diajar membaca alquran dari kecil tapi x pernah diajar faham kan suruhanya …. dalam alquran kita disuruh bersatu membina , megigatkan saudarakita , memajukan kan diri mensejahterakan diri dan rakan2 , tapi berapa ramai kah org kita yg melaksanakanya … kita disuruh ikut mcm lebah , tetapi berapa ramai yg angguk tapi x buat , penting nyer ayat alquran supaya manusia dapat menegakan dan suruhan allah iaitu sejahteraan umat manusia satu dunia ….baru hukum allah tu nampak ,tempat yg allah nak itu ada , baru rakyat nyer yang terbaik mcm zaman uthmaniah …. wallahualam
Salam prof dan pn roza …. sy berkesempatan membaca coretan prof malam ini..tiba-tiba airmata mengalir laju tanpa saya sedari… teruskan menulis prof kerana ianya dapat menjadi motivasi utk saya…. seperti diri saya berada di sana…