Puasa Nabi Daud?

Mendoakan pemergian Aizat.....

Tidak kira apa alasan sekali pun, meninggalkan Madinah akan menyesakkan dada. Sebak, sayu dan hiba. Benar, sekali-sekala kita mampu kembali tetapi ia tidak mungkin sama sebagaimana kita bermukim di sini.

Malam tadi, Ustaz Aizat meninggalkan Madinah setelah menamatkan pengajian beliau. Saya fikir beliau akan merenung kembali hari-hari yang telah beliau lalui kurang-lebih tujuh tahun di sini sepanjang perjalanan Madinah – KLIA.

Kehidupan di Madinah itu sendiri mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun ia hanya akan jadi istimewa jika manusia yang berada di dalamnya memanfaatkan keistimewaan Madinah.

Jika tidak, Madinah dan Shah Alam  akan “kelihatan” sama jika roh manusia itu sendiri tidak mahu menuju ke arah kebaikan yang hakiki dengan mengambilkira peluang bersama keistimewaan Madinah.

Kenyataan ini tentunya bersebab. Ramai yang tidak dapat bersabar dengan suasana Madinah. Gaji di Madinah jauh lebih rendah berbanding dengan tempat-tempat lain di dunia. Kesukaran anak-anak belajar (sekolah biasa) di sini nyata memeningkan kepala ibu bapa.

Malah banyak persoalan atau isu-isu jika mahu disenaraikan akan membawa mereka yang berpeluang berada di sini meninggalkan Madinah. Dan ia sememangnya berlaku.

Barangkali ia sesuai dengan suasana yang disabda Rasululullah yang dilaporkan oleh Muslim, bermaksud,

Sesiapa yang bersabar dengan  kesukaran tinggal di Madinah, maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya pada hari kiamat.

 Namun Ustaz Aizat tidak melarikan diri dari Madinah. Beliau mahu pulang ke Malaysia kerana mahu menguruskan Baitul Ehsan, rumah anak-anak yatim dan anak-anak  terbiar yang diuruskan oleh keluarga beliau.

Ramai khalayak KRTS dan FB sudah mengenali Aizat dan rumah ini melalui sumbangan yang berjumlah hampir RM35 000 pada suatu masa dahulu.

Pesan saya, “jadilah pendakwah yang dirahmati dan diberkati Allah”.

Allahu Akbar…. ramai yang bertanya saya tentang puasa Nabi Daud. Malah sudah ada yang memula dan mengamalkannya. Alhamdulillah, moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat.

Seorang hamba Allah dari Brunei bertanya, “prof, bagaimana amalan prof apabila selang-sehari itu bertembung dengan puasa Isnin dan Khamis dan ia jatuh pada hari yang tidak sepatutnya kita berpuasa cara Nabi Daud?”

Jawapan saya, “Saya puasa Nabi Daud, saya puasa Isnin dan Khamis serta saya puasa 3 hari pada pertengahan bulan. Ia akan bertindih tetapi itulah amalan saya. Nanti saya akan semak dengan mereka yang mengetahui”. 

Semalam ketika meraikan Ustaz Aizat saya sempat memohon Ustaz Abdul Rahman menyemak kitab tentang persoalan ini. Inilah jawapan hasil bacaan beliau yang selari dengan amalan yang saya lakukan, insyaAllah,

Persoalan berkenaan dengan orang yang berpuasa dan berbuka secara selang sehari, kemudian pada hari dia berbuka bertembung dengan hari Isnin atau Khamis atau hari-hari yang disunatkan berpuasa.

Ada dua pendapat ulama dalam persoalan ini.

Pendapat pertama: Paling utama adalah berpuasa.

Al-Allamah Syihabuddin ar-Ramli as-Syafie pernah ditanya tentang orang yang berpuasa dan berbuka selang sehari, kemudian pada hari dia berbuka bertembung dengan hari Isnin atau Khamis, adakah berbuka lebih utama, atau berpuasa dan tidak mengeluarkannya daripada puasa sehari dan berbuka sehari?

Beliau menjawab: Yang paling utama adalah berpuasa, dan ini tidak mengeluarkannya daripada puasa sehari dan berbuka sehari.

Pendapat kedua: Paling utama adalah berbuka

Sebahagian ulama mazhab Syafie -seperti Syaikh al-Qalyubi- berpendapat bahawa yang paling utama adalah berbuka supaya dia mendapat kelebihan berpuasa sehari dan berbuka sehari.

Bagaimana Prof boleh terpilih ke sini?

Saya mengemuka soalan yang sama, bagaimana u berdua boleh berada di rumah kami?

Husaini dan Mashitah baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan. Mereka berada di Madinah menunaikan umrah. Allahu Akbar, hadiah perkahwinan yang sangat bermakna.

Usai solat Zuhur, kami bersuai-kenal di kawasan parking 11 A. Mereka tidak mengenali kami dan kami juga tidak mengenali mereka. Jadi, ia perbualan santai yang tiada kena mengena dengan berziarah ke rumah kecil di Jabal Ohud, Travelog Haji atau apa-apa sahaja yang dikaitkan dengan KRTS atau rakan FB.

Kemudian di hujung perbualan saya bertanya, “apa yang you all lakukan selepas solat zuhur. Jika sudi ikut kami pulang ke rumah, kemudian kita datang semula sebelum waktu asar”.

Mereka tidak menolak.

Ketika menuju ke kereta, Mashitah bertanya, “bagaimana prof boleh terpilih berada di Madinah?”

Saya tidak memberi penjelasan yang tepat.

Bila tiba di rumah, saya bercerita, menyampaikan tazkirah secara perbualan dan tiba-tiba beliau berkata, “ini prof Dr Kamil yang tulis buku Travelog Haji?”

Lalu saya bertanya, “bagaimana u boleh berada di rumah saya?, itulah jawapan kepada pertanyaan u kenapa saya terpilih ke Madinah”.

Kumpulan Ceria

Bukan main sibuk mahu bergambar!

Inilah kumpulan pertama dari siri yang panjang. Mulai ketibaan kumpulan ini maka  bermulalah siri ziarah rakan KRTS dan FB ke rumah kami di Jabal Ohud.

Mana satu Faizah, mana satu Laila, mana satu Jamaliah dan mana satu Salmah?

Setiap hari saya akan menyemak kalendar google untuk mengingati nama-nama yang sudah sah akan menunggu kami di parking 11A.

“Ya Allah, berikanlah kemudahan, kelapangan dan kekuatan untuk kami meraikan tetamu-tetamu Mu ya Allah”

22 Responses to “Puasa Nabi Daud?”

  1. Najiha says:

    Asalamualaikum wbt. Prof.

    Puasa Nabi Daud as adalah yang paling tinggi boleh dicapai oleh umat Islam. Beruntunglah siapa yang berjaya istiqamah. Doakan saya mampu mengerjakannya Prof. :)

  2. masnita says:

    Doakan utk saya istiqamah melakukan puasa daud ini..prof..terima kasih..

  3. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!

    Semuga prof dan keluarga serta warga KRTS dirahmati Allah.

  4. Liadevega says:

    Salam Prof.,
    semoga Allah tambahkan rezeki Prof dan Pn. Roza dgn setiap tetamu yg kalian raikan. Erti hidup dgn memberi.

  5. ct says:

    Salam prof…alhamdulillah saya baru start tranning puasa isnin khamis (walaupun agak terlewat) saya dpt rasa ada keberkahan disebalik amalan tu..rasa lapang & byk perkara dipermudahkan Allah…rasa tenang masa berbuka.. Lepas dgr pula cerita prof tentang puasa Nabi Daud ni saya rasa mesti ada lg special yg Allah kurniakan kpg pengamalnya… Insyaallah..semoga Allah beri kekuatan kpd saya dan semua rakan di sini utk mencuba dan terus mengamalkan..Amin.. Syukran jazilan prof

  6. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof & Khalayak KTRS

    Setuju benar saya dengan kata2 prof”memanfaatkan keistimewaan Madinah
    Semogo prof sekeluarga dan kami mendapat redho ALLAH.

  7. auntie says:

    Salam sejahtera Prof
    Bahagianya melihat hari2 yg Prof dan isteri serta anak2 lalui.

  8. Sakinah says:

    Semoga Allah juga memberi ruang untuk kami juga diberi peluang dan kekuatan melakukan perkara yg sama..

  9. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Alhamdulilah N3 yang membawa banyak manfaat pada saya….kira saya antara yang terpilih untuk membacanya ya.

  10. Ramlah A Kasim says:

    Semoga Allah merahmati prof sekeluarga dunia & akhirat. Amin..

  11. mzayd says:

    assalamualaikum buat prof dan keluarga.

    alhamdulillah semoga istiqamah berpuasa isnin dan kamis setiap minggu dan insya allah suatu hari nanti dpt berpuasa sbgmna puasa nabi daud as pula

    klo prof boleh knp tidak kami semua takbirrr

    amin

  12. muhamed aman nazri bin abdul talib says:

    salam prof, sy selalu mengikuti perkembangan prof dan alhamdullilah prof terpilih kesana. maaf prof sy minta pendapat kalau boleh dikongsi keadaan disana. sy sedang belajar bahasa arab di uitm shah alam dan bercita-cita kalau diizinkan ALLAH hendak juga belajar disana. apakah kelayakan minima utk dipilih belajar disana dan anggaran kos hendak belajar dan hidup disana bagaimana. sy juga org kurang upaya wheel chair adakah sesuai keaadan disana untuk saya. minta maaf sekali lagi kalau menyusahkan prof. shukran kathir

  13. Wan Noraishah Isa says:

    Salam Sejahtera Dr.,
    Saya pernah bermimpi baru-baru ni: dapat SMS dari Dr. untuk berjumpa di ‘gate no. 10′ :) insyaAllah dengan izinNya mudah-mudahan saya, suami dan 2 drp 4org anak saya dapat jumpa Dr. bila kami mengerjakan umrah Mac nanti.. Kami tunggu di parking no 11A…

  14. muhamed aman nazri bin abdul talib says:

    sy hendak puasa isnin khamis kadang2 tak dapat kerana kena ambik ubat pada hari isnin atau khamis, utk puasa nabi daud belum ada kekuatan. jadi prof agak dptkah sy sunnah puasa isnin, khamis kalu sy buat selasa khamis atau isnin rabu.

  15. kak yun says:

    Assalamualaikum,

    Alhamdulillah….satu tazkirah/ilmu lagi yang dikongsikan bersama…dan semoga kami dapat mengamalkannya seperti yang disarankan .; prof sesuatu yang amat menarik perhatian saya tntg n3 kali ini, iaitu tntg perbualan prof dgn Pn. Mashitah…Ya Allah luasnya Rahmat dan kasih sayangMU kpd hamba2MU…dari pandangan sisi yg lain..sesiapa yang membaca buku prof THMSI harap2 akan berjumpa dgn prof di sana; dan saya bukan hanya membaca buku2 trsebut tetapi berharap akan berjumpa dgn penulisnya amin…amin…

  16. misi says:

    parking 11A ….. tempat dating ya..? tempat nilah saya selalu tunggu mahram saya selepas solat untuk sama2 balik hotel…. smoga diberi kesempatan lagi dating kat situ…

  17. kaksams says:

    Assalam prof,puan raudhah dan anak2,
    Salam perkenalan, Saya doakan sentiasa sihat. Alhamdulillah saya telah mula berpuasa isnin dan khamis sejak baca tulisan prof. beberapa tahun lalu.

  18. SHAMSURIA says:

    Salam Prof,

    Selalunya saya tak suka hari Isnin, mula kerja dan sibuk sentiasa.. tapi sejak mula berpuasa hari Isnin dan Khamis, perasaan seronok datang bila tiba hari Isnin sebab nak berpuasa…. SubhanAllah..
    Alhamdulillah…

  19. Khadiyati Salehuddin says:

    Salam Prof,

    Saya juga tidak akan ketinggalan melakukan apa yang disarankan oleh Prof…..Mungkin susah pada awalnya…tp akan saya usahakannya. Nanti jika diizinkan Allah untuk saya ke sana lg, saya ingin sekali bertamu ke rumah Prof dan berjumpa dgn keluarga Prof…. Smoga kehidupan Prof serta keluarga disana sentiasa dirahmati Allah….Amin.

  20. gazut says:

    assalamualaikum..

    terima kasih sungguh-sungguh atas email prof.. ia bagai si dahaga di hulurkan minuman.. sungguh nikmat.. sayangnya ibu gazut telah kembali ke hadrat ALLAH awal pagi esoknya..

    alhamdulillah, ‘cemburu’ melihat sahabat terpilih dan mendahului gazut menjadi antara tersenarai tetamu bulan Feb ke rumah Prof.. ia tentu hadiah ALLAH untuk tetamu-tatamu bertuah..

    insyaALLAH gazut akan mengintai-intai ruang 5.10 petang untuk bertemu mata dengan Prof di Haram.. tapi di mana ya?.. 11A kah?, Raudhah kah? Saf depan? atau tiang rak kasut nombor berapa ya?..

    insyaALLAH awal pagi esok (18 feb) bertolak ke Mekah dan gazut dijadual berada di Madinah mulai 28Feb till 2 mac.. ermm tiada alasan untuk gazut berbohong tiada masa.. kan prof?.. moga dipermudahkan..

  21. anti says:

    Teruskan prof.
    Kami lum dapat buat,cuma setakat Isnin Kamis insyaAllah.
    Tu pun kadang2 tak istiqamah. Sbb kadang2 bertembung dgn tugasan memerlukan tenaga yg agak banyak (buat kuih utk jualan amal dari pagi sampai malam kadang2 ).

  22. Assalamualaikum Prof & Khalayak KTRS

    Alhamdulillah….perasaan sama spt Shamsuria, mohon dapatlah istiqomah Allahuakbar

Leave a Reply