Pencen

Demam.

6-7 bulan di sini, hanya sekali saya berhadapan dengan rasa kurang sihat yang melemahkan tulang dan sendi-sendi. Itu pun ketika awal ketibaan kami di Madinah.

Agak saya ia akibat perubahan musim. Mereka yang tubuhnya tidak kuat akan menerima akibat. Dan saya termasuk dalam kategori tersebut. 

Namun saya lebih suka mengagak yang ia sebagai satu ujian Allah bagi menguji ketahanan dalaman hambaNya. Bolehkah kita meneruskan solat berjemaah akibat demam tersebut?

Bagaimana dengan puasa yang biasa dilakukan?

Saya memilih untuk terus ke masjid berjemaah. Tinggal lagi saya hadir di masjid yang paling hampir dengan rumah.

Kemudian, saya memilih untuk tidak meneruskan puasa selang-sehari. Biarlah saya merawat “seram-sejuk” yang sampai ke tulang.

Demam yang sedikit membawa saya berfikir. Bagaimana jika terlantar di katil? Bagaimana jika mata hanya boleh memandang dan bibir tidak dapat berkata?

Namun ada hadis berkaitan yang mahu saya amalkan. Ia satu hadis yang telah laporkan daripada Anas R.A yang bermaksud,

Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”

Apakah maksudnya? Ketika sihat beramal ibadatlah sepenuhnya. Kemudian, jika sakit teruk menimpa, terimalah pencen ibadat yang telah dilakukan semasa sihat.

Jika sihat kita hanya bersuka-suka - agaknya – banyak manalah pencen yang boleh diterima?

Ya Allah berikanlah kesembuhan agar ia tidak berbekas lagi!

Tetamu dari Pahang

Puan Zainab bersama dua puterinya

Tazkirah ringkas ditujukan kepada dua puteri beliau yang comel dan bertuah. Bertuah kerana mempunyai mama dan papa yang berkemampuan membawa mereka ke Tanah Haram.

Isunya menjadi insan terpilih di sisi Allah.

Jaga aurat.

“Ramai orang yang menutup kepala tetapi memakai t-shirt berlengan pendek. Memakai seluar yang…. Allahu Akbar…. pastinya ia tidak akan termasuk dalam golongan terpilih”. 

Lalu saya juga berpesan, “berdoalah agar Allah temukan jodoh dengan lelaki yang soleh yang dapat membantu kita ke Jannah”.

Bila sampai berhampiran hotel kediaman, saya bertanya, “Zarina sudah ada boyfriend?,” dan beliau terus menjawab, “belum lagi prof…”.

Saya doakan agar Zarina dan adiknya berjaya di dunia dan akhirat. “Ya Allah, temukanlah jodoh yang soleh, jadikan mereka sebagai anak yang solehah. Nanti, temukan kami semua di syurga Firdaus”.

Kek Coklat

Tiba-tiba muncul Lara dan Fadi, tersengih-sengih di muka pintu.

“Ayah ada di bawah?,” saya turun dan berpeluk Arab dengan Sheikh Khalid. Mereka tahu yang setiap malam saya meraikan tetamu. Hari ini dibekalkan dengan sesuatu yang kelihatan sangat menyelerakan.

Hajah Zainab berkata, “Roza, kami sudah kenyang… tetapi bungkuslah… eh… ehh… tak malu pulak!”. Itu tandanya kek Iman tidak mampu ditolak.

Ia hubungan keluarga?

 Kek coklat… ia lambang persahabatan.

36 Responses to “Pencen”

  1. Anonymous says:

    Semoga sihat.

  2. Anonymous says:

    Allahu Akbar..aku memohon syurgaMu

  3. hjSab2 says:

    Assalamu’alaikum Prof,

    Dalam usia ‘pencen’ DI SINI
    baru ‘berkesempatan’
    mencarum pencen DI SANA…

    …tidak tercuali!
    SubhanAllah! semua kita MASIH diberi kesempatan!

  4. Rozita-Shah Alam says:

    Ameen..Ya Robbal Alameen..

    Semoga Allah perkenankan doa Prof dgn memberikan kesembuhan yg segera..hingga tidak berbekas lagi..InsyaAllah.

    Saya seisi keluarga juga mendoakan agar Prof segera sembuh..sihat seperti biasa dan boleh terus berdakwah kpd kami semua..warga KRTS.

    Ya Allah..Kau berilah kesihatan yg baik selalu kpd insan yg berhati mulia ini…Ameen.

  5. mazlina says:

    Assalamu’alaikum Prof. dan pengunjung KRTS

    SubhanALlah! istilah pencen yang cukup bermakna di sini.
    Terima kasih Prof. dengan perkongsian ini. Betapa pemurah dan
    kasihnya ALlah swt terhadap kita. Mari kita terus perbaiki amal,
    tingkatkan, dan kongsi dengan orang lain.

    Seperti doa ini untuk wanita baca ketika datang haidh pada
    hari pertama, dalam hadith riwayat drp Aisyah R.A, dalam kitab
    Durratun Nasihin Fil Wa’zi Wal Israr – antara kelebihan ialah
    ‘sepanjang haidh mendapat pahala seperti beribadat (iaitu
    yang lazim dilakukan seperti baca alQuraan, puasa, dll).

    Doanya “Segala puji dari ALlah atas segala hal dan Ya ALlah
    aku memohon keampunan kepadamu dari segala dosa-dosaku”
    Sumber: ‘Doa dan amalan harian’, susunan Ibnu Ibrahim Lew,
    terbitan Airis Publications

    Wassalam

  6. mazlina says:

    Prof, moga cepat sembuh!

  7. kak nor asiah says:

    assalamualaikum prof sekeluarga n warga KRTS, moga kita semua dirahmati Allah’

    — utk rakan2 KRTS, prof MKI bukan demam sekarang tp ketika awal2 ketibaan beliau ke Madinah.
    ++’PENCEN’ ni…, Ya Allah kerdilnya aku di sisiMu, kurang sangat ‘menabung’ jadi pastinya pencennya sedikit. Ya Rabb… berilah aku kesempatan, keupayaan dan kemahuan utk menambah ‘pencen’

    Terima kasih Prof atas ingatan ‘pencen’ ni

    NotaMKI: Memang saya demam dan kurang sihat sekarang…

  8. Assalamualaikum Prof,

    Alhamdulillah, syukur.

    Semoga Prof dipermudahkan. Amin.

    Wassalam.

    PS: Alhamdulillah, Puan Hjh Zainab dah sampai di sana…

  9. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan raudzah dan anak anak,

    Semuga prof dan keluarga sehat sejahtera hendaknya.

    Terima kasih prof atas peringatan pencen kubur/akhirat.

    Syukran

  10. Ramlah A Kasim says:

    Asssalam prof

    Baguslah kala pprof dapat tuliskan isu semasa yg ada kaitan kat negara kita contoh: adap berpakainan menutup aurat tu. Mngkin mereka ni dah tersasar makna menutuap aurat. Tq

  11. pakcikjam says:

    Salam Prof,

    Moga cepat sembuh…syafakallah.
    Demam demam pun, masih terus solat berjemaah dan mampu lagi raikan tetamu… Allah Allah Allaaah.

    Terima kasih, Prof.
    Renungan buat diriku yang alpa…

  12. Atuk says:

    Assalamualaikum Prof

    saya aminkan doa2 Prof tu..
    sampaikan salam saya kpd Kak Nab
    (saya kawan blog beliau)

  13. ctz says:

    semoga prof segera sembuh …Amin :)

  14. ctz says:

    sedap pulak nampak kek tu…hehe

  15. Nor Sham says:

    suka dengan penggunaan perkataan pencen dalam pengkisahan prof. Cara macam ini lebih berkesan terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama. Pendekatan yang berhemah dan penuh hikmah.

  16. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Alhamdulillah……………menikmati ” pencen ” .Saya juga sedang diuji dengan demam selsema .Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini. Semoga prof cepat sembuh dan meneruskan ibadat mengikut jadual. Mohon prof doakan saya begitu.Amin.

  17. intan says:

    Salam Prof, hari ni hari lahir saya, tolong doakan saya di Haram :)

    Terima kasih!

  18. kak nor asiah says:

    assalamualaikum prof

    maaf kr kak salah tafsir, moga ALLAH YA Syaffi menyembuhkan Prof dgn kadar segera dan tidak berbekas lagi…. ameen YA RAbbal ‘Alamin

  19. Kakliza says:

    Salam…Suami kakliza pun esok mulai pencen …buat masa ini beliau mahu berehat dulu..Semoga beliau gembira suasana baru…

  20. Eda says:

    Salam Prof,
    Moga Prof segera sihat & dpt melakukan aktiviti2 biasa… Take a great care of yourself & smile always…

  21. Munawwarah says:

    Slm prof,
    Kdg2 kita suka pencen sblm waktunya..Setiap kali membaca terjemahan surah yaasin, pasti bercucuran air mata mengenang nikmat kurniaan Allah swt kpd kita hambanya. ” Dan sesiapa yg kami panjangkan umurnya, kami kembalikan mereka dlm keadaan lemah….”-yaasin, ayat 68. Jelas di sini, jgn tunggu sampai umur pencen….sbb kita dh kekurangan kudrat untuk beribadah.

  22. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Saya juga kurang sihat ketika membaca N3 ini. Ia satu tazkirah yang amat signifikan bagi saya. Jazakallah. Mudah-mudahan Prof dan saya cepat sembuh.

  23. Nazrimi says:

    Assalamualaikum..

    Semoga prof,keluarga dan semua warga KRTS di rahmati Allah SWT..
    InsyaAllah ramai warga KRTS mendoakan prof agar sihat..Ameen..

    Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya ; Saya masuk ke tempat Rasulullah SAW ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau Saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata : ” Ya Rasullullah, penyakit Anda amat berat. Rasulullah menjawab : ” Benar, penyakit saya sama dengan penyakit 2 orang di antara kamu. Saya berkata : ” Demikian itu kerana Anda mendapat pahala 2 kali lipat. Rasulullah SAW menjawab : ” Benar ” . Setelah itu Beliau berkata . ” Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain2 maka

  24. Nazrimi says:

    Tuhan menggugurkan ( mengampuni ) kesalahan2nya, sebagai mana Duan kayu menggugurkan daunnya.
    ( sahih bukhari jilid 4 .hadis no 1658 ).

  25. queeniqah says:

    Subhanallah! Sukanya saya tengok muka Sofea…

  26. Lena says:

    Barangkali cik Zarina mungkin sudah berpunya tapi dia tak nyatakan sebab khuatir di’sound’ oleh prof.

    Rupa2nya sebaliknya. Subhanallah! Prof sangat sporting…hehe

    Teruja betul nak bertemu dengan prof, insyaAllah dalam masa terdekat ini.

    Dan Sofea pula sangat manis sekali!

  27. sarah says:

    Salam Prof ,
    Ribuan terima kasih untuk makna “pencen” yg Prof huraikan..motivasi untuk terus bangun soalt tahajut…oh..sungguh berat untuk istiqamah.

  28. MB Fabas TPG says:

    As Salam Prof,

    Semoga Allah kembalikan kesihatan yang baik, selepas diberi ujian kesihatan.

    Amin.

    Barakallahu Fik.

    Salam hormat.

  29. SHAMSURIA says:

    Salam Prof,
    Doa saya agar Prof cepat sembuh, saya pasti Prof rindukan Haram walaupun begitu hampir dgnnya..

  30. AlFaqir says:

    Semoga Allah sembuhkan Prof n terus memberikan `input Madinah buat kami :)

  31. cikguyah says:

    Assalamualaikum buat warga KRTS,

    Sama-sama kita jenguk FB Prof Muhaya dan Ustaz Hasrizal, kita akan jumpa banyak istilah yang akan membawa perubahan pada minda dan kehidupan kita. – pencen kubur , anak akhirat, control machoo, Mengurus kehidupan melalui Surah Al-Kahfi , pembangunan karektor melalui Surah Luqman dan banyak lagi.

    ” promosi ” prof tentang solat malam, solat berjemaah, puasa isnin khamis , puasa nabi Daud dan meraikan tetamu turut mendapat perhatian.

    Juga ikuti E-usrah kita dapat ” Mengepung Dunia Dengan Kebaikan

    Wallahualam

  32. (,'') Fauziah says:

    As’salam Prof.

    Mohon ALLAH SWT menyembuhkan keuzuran Tuan dan merahmatinya (keuzuran itu) dengan kurniaan limpahan kebajikan ‘disana’. (,”)

    Amin, amin, amin Ya Robbal a’alamin! (,”)

  33. kamarjhan says:

    Assalam Prof, Puan Roza dan Anak-anak.

    Moga ALLAH sentiasa memberi rahmat dan hidayahNYA serta sehat walafiat agar Prof terus beramal dan berkongsi ilmu-ilmu baru dan pengelaman. Amin.

    Rasa sebak dihati dengan entry ini. Moga ALLAH tingkatkan ketabahan dan kesabaran dalam menangai ujian ALLAH. Astagfirullalazim.

    Salam hormat

  34. misi says:

    Alhamdulillah… masyaAllah…
    ditemukan juga kak Nab n prof sekeluarga… smoga kasih sayang bertambah erat…

    terima kasih atas N3 ni… ia amat menyetuh qalbu.

  35. midae says:

    jika seseorang dapat sakit kronik, ada ‘wake-up call’ maka akan sentiasa ingat akan mati tapi yg sihat walafiat patutnya lebih menghargai setiap saat hidup ini kerana mana tahu sekejap lagi berlaku apa2 yg terus menyebabkan meninggal dunia…

  36. Zarina S says:

    Salam Prof, kami kini di King Abd Aziz Airport. Flight 11.30pm. Sekarang baru 7pm. Hehe. Terima kasih kerana menerima kami sebagai tetamu. Kek itu kami bawa hingga ke Makkah. Bekalan di hotel. Terima kasih juga sebab tolong doa untuk saya. Dah macam free advertising la plak. Hehe.

    Salam pada family. InsyaAllah nanti jumpa lagi ;)

Leave a Reply