Di sini tempat kami – saya, Roza, Amirul dan Sofea – menunggu tetamu yang akan dibawa ke rumah kecil kami di Jabal Uhud.
Bila saya SMS atau e-mail, “tunggu saya di parking No 11A, berhampiran pagar, berhadapan dengan Dar al Taqwa Hotel, lepas Isya,” ramai yang tidak dapat membayangnya terutama mereka yang pertama kali tiba di sini.
Malah ada yang keliru kerana setiap kawasan – biasanya – mempunya dua lokasi setentang yang bernombor sama. Satu sangat hampir dengan Haram, manakala yang kedua berhampiran pagar.
11 A di kawasan pagar tidak mempunyai tandas dan tempat berwudhu. Ia hanya tempat letak kereta semata-mata.
Ada sesuatu yang menarik tentang menjamu tetamu di rumah. Makanan sentiasa cukup. Jika kita risau sekalipun, Allah akan bantu dengan cara yang tidak dapat kita duga.
Saya rasa begitu.
Barangkali itulah yang dinamakan keberkatan.
Malam tadi kami menerima lapan tetamu. Inilah kali pertama saya bertemu mereka. Alhamdulillah, saya dapat rasakan ada chemistry dengan kumpulan ini. Ia rasa yang bukan dicipta.
“Apakah 5 perkara yang tuan-puan ingin lakukan selepas pulang ke Malaysia?”
Tentu sekali ia memerlukan masa untuk berfikir dan memberi jawapan. Kenapa? Hampir kesemua jemaah haji atau umrah hanya fokus kepada persiapan sebelum dan semasa menunaikan haji atau umrah tetapi tidak selepas.
Bila pulang, apa yang diceritakan berulang-ulang, “rindu dengan Raudhah, rindu dengan Haram, rindu… rindu..,” dan tidak menterjemahkan rindu tersebut dengan solat berjemaah sebagaimana yang dilakukan di Haram, berdoa dan bermunajat pada 1/3 malam tersisa sebagaimana yang dilaksanakan di Raudhah, Hijir Ismail, menutup aurat sebagaimana mahu bertawaf….
Maka umrah atau haji menjadi rutin biasa. Ia tidak membawa perubahan diri yang signifikan. Tazkirah malam tadi memberi sedikit cadangan “bagaimana mahu berubah” menjadi manusia terpilih melalui ibadat umrah.
Moga ia menjadi ilmu yang bermanfaat.


salam prof..i like like like n3 ini.mabrook
salam prof.sy pernah ke jabal uhud melihat kesan gua persembunyian nabi saw sewaktu cedera dlm perang uhud( dikatakan merah darah baginda masih..) sy agak di situ area prof and familiy. moga sejahtera
Assalammualaikum Prof..
Agaknya kalaulah saya menanti di parking No 11A, apakah peluang utk menemui Prof di situ tinggi?
Prof , insyaAllah saya akan berada di Madinah pada 31May-2Jun12 , berkesempatankah saya sekeluarga 4 orng menziariahi RKJU…bilakah tarikh prof sekeluarga pulang ke Msia….
amar maaruf nahi munkar……
barakallah.
salam sejahtera Prof
huhu.. sedih baca n3 Prof, sgt terasa di hati, hati rasa nak menangis pun ada, 5 perkara yg ingin kita buat selepas balik umrah, betul Prof cakap selepas pulang umrah itu yg selalu kita ucap, rindu rindu rindu tapi apakah kita masih istiqamah apa yg kita buat di haram dan di masjidil haram bila pulang ke Malaysia. sy akan cuba Prof, semoga Allah swt membantu hamba2 nya yg sentiasa ingin bt kebaikan.
assalamualaikum
prof sekeluarga.
ape dia 5 perkara tu?boleh kongsi???
kat atas tu sy jumpe 3je.
wassalam.
assalamualaikum..
rindu kepada Tanah Haram..
sukar untuk meneruskan apa yang kita buat bila pulang ke Malaysia.
Hanya iman yang kuat yang dapat terus istiqamah.
insyaAllah kami sekeluarga akan ke Tanah Suci di hujung bulan April .
semoga kami menjadi insan yang terpilih yang terus istiqamah dan semoga Allah memberikan kami kekuatan..
Salam Prof,
Saya mmg teruja nak ke Mekah lagi tapi belum ada rezeki lagi kot. Tapi saya cuba buat apa yang Prof sarankan. Solat jemaah, munajat di akhir malam, puasa sunat isnin khamis, dhuha , baca alquran dan sedekah setiap hari….doakan kami istiqamah melakukan semuanya sehingga dipanggil pulang oleh Allah.
salam prof dan keluarga semoga mudah kebah dan cepat sembuh amin.
insya allah kami berempat akan tunggu prof dekat parking 11a tanggal 4-9 mac nanti.
insya allah
Assalamualaikum Prof
Rindu…Rindu….Rindu…..ya itulah yang kerap diulang2 bila melihat atau mendengar orang lain mengunjungi kaabah atau raudhah. Terima kasih prof mengingatkan kami .Insyaallah…semoga istiqamah dengan amalan yang sedikit.
Memang rindu utk kembali ke MAdinah dn Mekkah lagi. Inshaallah dpt berjumpa dgn Prof dn keluarga nanti hujung bln mar bila kita buat umrah
Sy pun teringin jg m’ziarahi rumah kecil Prof di Jabal Uhud… Insyaallah…. Bab ungkapan RINDU pd Al Haram d Makkah n Madinah x dpt diterjemahkan dgn kata2… Allah sj yg Maha Mengetahui…. Pasti sy membaca subscp. Prof setiap hari utk mengubati kerinduan pd Makkah n Madinah….
| Bila pulang, apa yang diceritakan berulang-ulang, “rindu dengan Raudhah, rindu dengan Haram, rindu… rindu..,” dan tidak menterjemahkan rindu tersebut dengan solat berjemaah sebagaimana yang dilakukan di Haram, berdoa dan bermunajat pada 1/3 malam tersisa sebagaimana yang dilaksanakan di Raudhah, Hijir Ismail, menutup aurat sebagaimana mahu bertawaf…. | MasyaAllah,
Sejuk hati melihat Sofea berstokin didalam rumah melayan tetamu. Tahniah Prof dan Kak Roza!
Salam Sejahtera Prof,
N3 yang amat signifikan untuk saya berfikir. Syukran.
Salam
Perasaan rindu itu memang tidak dapat dinafikan… caranya memang benar sptmana entri prof… laksanakan semua perkara yang dibuat disana…solat berjemaah, mengaji quran, menutup aurat dll… maka sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan rasa rindu dan dari situ akan terbit azam untuk ke sana lagi… insyaAllah…
terima kasih atas ingatan Prof.Harapan saya moga kalau tidak semua dapat saya beristiqamah melakukannya,sekurang-kurangnya Al Quran dapat dibaca setiap hari meskipun hanya 1 ms. Moga Prof sekeluarga sentiasa dalam rahmatNya.