Jika orang memanggil saya Wen, maka saya tahu yang mereka pernah berkenalan dan menjadi rakan sejak MRSM. Ia tahun 1976 – 1980.
Kemudian saya mempunyai rakan UiTM. Mereka memanggil saya Mat Lu’E. Jika ada yang menyebut Abang Lu’E maka saya tahu rakan-rakan sebaya dengan Roza yang pernah belajar di UiTM Terengganu.
Kini ramai yang memanggil dengan pangkat dan jawatan. “Prof atau Dr”. Jika begitu, ia generasi baru. Kebanyakannya adalah pensyarah UiTM, pembaca buku, blog dan FB.
Masa berubah. Ada juga yang mula memanggil “Ustaz” bila berbicara. Kini, di sini… saya dipanggil Mohammed! Ya Mohammed!
Namun ada sekelompok yang memanggil saya “Kamil” atau “Mil”. Sudah lama saya tidak mendengar rakan-rakan yang memanggil nama ini.
Sesekali saya membuat panggilan ke Kuching, maka penerimanya akan bertanya, “Mil, apa khabar? Aku pun teringat nak call…” atau beliau kerap menyebut, “Ya Sheikh, mu ni memang orang terpilih”.
Rupa-rupanya panggilan “Kamil atau Mil” sangat-sangat susut berbanding 5 - 6 tahun yang lampau. Ia hilang. Menginsut-insut ia jadi nama yang dilupakan.
Begitulah, persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. Bijak pandai ada menyatakan, “persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!”
Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.
Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.
Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.
Tetamu Umrah
Ajaib.
Bila menyampaikan tazkirah demam dan batuk tidak muncul. Ia terapi semulajadi. Bercakap. Bila tetamu pulang, “seram-sejuk” cuaca yang tidak menentu muncul kembali.
Tekak berdarah. Hidung juga begitu.
Namun semangat menyampaikan sedikit ilmu sebagai peringatan kepada diri sendiri dan tetamu yang hadir tidak pernah padam.
Mudah-mudahan dua pasangan yang bercinta semula di Madinah dan Mekah diberkati Allah.
Berguru dengan Sheikh Muttuollah
“Haji, mari ikut saya belajar bersama Tok Sheikh”
Tuan Haji Omar, Bandar Baru Bangi mendapat pengalaman paling manis. Beliau mengikut saya belajar bersama Tok sheikh di Haram, antara Maghrib dan Isya.
To sheikh memuji-muji saya di hadapan Tuan Haji Omar. Ha… ha… Saya tidak fikir Haji Omar faham dengan apa yang dikhabarkan oleh beliau.
Belajar di Haram? Ia sesuatu yang tidak pernah beliau fikirkan!
Saya tahu beliau sangat-sangat teruja.
Video Menarik
Linknya di SINI. Percepatkan video ini ke minit 15.20 dan perhatikan dengan mata yang segar sehingga minit 15.40. Apa yang luar biasa yang dapat dilihat?


Asalamualaikum prof ,puan roza dan anak2,semoga Allah memberikan kesihatan yg maximum kpda prof n family,prof kmi bukan emas atau berlian mahupun perak kami cuma besi biasa yg berusaha upgrade jadi stainless stell ingin bersahabat dgn pejual minyak wangi supaya wangian itu tercalit sedikit kpda kami..insyallah..wallahualam mohon maaf dari saya yg fakir ilmu ini…
Assalamualaiklum…Selamat sejahtera Prof dan keluarga…. semoga sentiasa dilindungi ALLAH…
Rupa-rupanya Tn Hj Omar telah lebih awal bertemu Prof di Madinah…… Alhamdulillah saya lebih teruja…. Insyallah 4 Mac 2012…Doakan kami Prof… Wassallam
Assalamualaikum Prof
Beruntung TnHjOmar dapat berguru dengan Tok Shiekh. Dalam video tadi kelihatan prof bersama jemaah lain menadah tangan dan mengaminkan doa Tuan Imam.
Salam Prof,
Saya melihat kuthbah yang sungguh menyentuh hati jemaah dan juga imam. Melihat saja, hati sudah tersentuh apatah lagi jika dapat memahami atau dapat menghayati maksudnya..
As’salam Prof.
Meminjam kata-kata Puan Sal yang cukup mengesankan saya – “..kami bukan emas atau berlian mahupun perak kami cuma besi biasa yg berusaha upgrade jadi stainless stell ingin bersahabat dgn pejual minyak wangi supaya wangian itu tercalit sedikit kpda kami..insyallah..” (,”)
Mohon pada ALLAH SWT, menyembuhkan keuzuran Prof. dan digantikan dengan kurnia yang melimpah ‘di sana’ nanti. Aamiin! (,”)
Salam Prof
Beruntungnya mereka, berdoa ketika khutbah dan teresak2 dgn doa. Bersungguh2! terharu tapi tak faham. Saya nampak ‘org itu’ apa rasa dia…. certa sikit…..
Barakallah Mil (izinkan saya…rasanya lebih dekat n mesra)
Kalaulah faham khutbahnya dan doanya…lebih menusuk qalbu insan yg bermata hati. Barakallahu fikum.
Di tanahair fenomena agama sbg penyelamat makin tyerserlah insyaAllah. Terkini UAI Fenomena – Ust Azhar Idrus. Jom ke De Palma Ampang 26 feb 2012 jam 1000 – 1500 eksklusif bersama Ust Azhar Idrus rm100/pax.
http://ustazazhar.net/v01/
assalamualaikum prof,
sy pun nmpk ‘ilmuan itu’, cerita la prof apa perasaan mendengar khutbah dlm bhs Arab?..
saya suka quote mengenai persahabatan tu, tepat. saya copy ya prof.
Assalammualaikum prof dan keluarga….walaupun saya tidak memahami isi khutbah tersebut namun ia benar2 menyentuh hati nurani saya…Allah huakbar…
Barakallah
Salam sejahtera…. saya nampak tok guru saya ….entah kenapa semalam Prof Kamil dan Hjh Roza hadir dalam mimpi saya..?Allahuakhbar!
Salam prof,
Itu prof tu..min ke 1540.
Salam
Saya tidak memahami khutbah tersebut… tetapi dapat menangkap beberapa perkataan yang agaknya boleh diteka apa maksudnya… khutbah yang menyentuh hati …
Ya Allah… tetapkanlah imanku… semoga hambamu ini tergolong dalam golongan mereka yang terpilih…
As salamualaikum Prof,
Ya, nampak Prof, jelas dlm min ke 15.41-15.43, top left….
Salam Sejahtera Prof,
Mudah-mudahan kita mendapatkan rakan-rakan, teman yang sesuai yang cenderung kepada kebajikan dan bencikan kejahatan. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: ” Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa ia mengingatkan dan bila kita ingat ia membantu ” Amatlah baik sekiranya rakan-rakan itu dari golongan orang-orang yang berilmu kerana ia sangat membantu ke arah melakukan berbagai-bagai kebajikan dan berakhlak mulia dan dengan ilmu dan amalannya, ia dapat mencegah rakannya dari keburukan yang boleh berlaku.
salam sejahtera prof,
Prof dah lama tak dapat baca blog terbaru puan roza, mungkin puan roza sibuk agaknya. rindu juga nak baca cerita terbaru puan roza.
Assalamualaikum
ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD
Secara peribadi saya begitu terkesan mendengar khutbah tersebut walau hanya dapat memahami sedikit shj isi kandungan yang disampaikan.
Juga begitu terkesan melihat ‘insan terpilih’ berada ditengah-tengah khalayak di bumi bertuah itu. ‘Bersatu rasa dan jiwa’
Saya juga ingin jadi insan terpilih…sedang ‘merangkak’ dan ‘bertatih’ ke arah itu.
Semoga ALLAH s.w.t memakbulkannya. AMIN YA RABBAL ALAMIN
Assalam..
Saya ini hanya kaca yang ingin menyelit di celah-celah intan dan berlian.. izinkan saya demi sebuah keinginan menimba ilmu akhirat, dari insan cemerlang yang cintakan ilmu akhirat. Allahurobbi.
p/s – nampak uncle di video!! dah buat ‘print screen’
salam Prof,
Just to share mengenai bercakap sebagai terapi sakit.. Prof (supervisor) saya pun sama. Bila dia tak sihat waktu giliran kami buat presentation, dia gantikan kami. kami yg kena duduk dan dengar beliau bercakap. jadi kami semua lega sebab ada masa tambahan untuk edit slide. dan demamnya pun kebah…pelik2..mmg orang2 yg terpilih sj buat macam ni.
Alhamdulillah…mata ni masih lg dpt mengesan Prof, syukur…semoga kita semua diberi peluang seperti itu juga…Amin Ya Rabb
beliau menangis tersedu sedan membaca doa tersebut, begitu juga dgn jemaah2 yg lain, air mata mengalir, kerana hati gentar dan takut dgn azab Allah…. betapa indahnya kerana mereka memahami maksud doa tersebut, indahnya memahami bahasa Al Quran, bahasa Arab… tetapi masyarakat kita byk yg menagis kerana menonton drama di tv yg melalaikan… Allahurobbi…
beliau menangis tersedu sedan membaca doa tersebut, begitu juga dgn jemaah2 yg lain, air mata mengalir, kerana hati gentar dan takut dgn azab Allah…. betapa indahnya kerana mereka memahami maksud doa tersebut, indahnya memahami bahasa Al Quran, bahasa Arab… tetapi masyarakat kita byk yg menagis kerana menonton drama di tv yg melalaikan… Allahurobbi…
Assalam Prof,
Semoga sihat & ceria bersama keluarga di bumi Madinah,
Kalau tak keberatan, nak mintak tolong Prof dan rakan2 emas dan berlian Malaysia di Madinah sana dapatkan terjemahan khutbah tersebut agar kami di sini dapat berkongsi kesedihan & kesyahduan khutbah yang dibaca…..jzkk
Assalamualaikum Prof,
kak doakan moga Allah cepat sembuhkan Prof
Assalamualaikum Prof…
Saya mohon nk share video…
assalamualaikum prof,
semoga prof dan famili sihat sejahtera..
terima kasih perkongsian tentang siapa rakan ini.. menarik.
cuma saya hendak memberikan sedikit pandangan berkenaan dengan,
“Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat”
saya rasa mungkin tidak perlu dibakar, sebaliknya kita perbaiki buku-buku yang mungkin membawa mudarat tersebut dan kita letakkan buku-buku tersebut di atas rak yang sama dengan buku-buku yang lain yang tidak membawa mudarat.
yemen…libya…itu yg faham di minit 15.20 – 15.40 lindungi dr fitnah mungkin maksudnya…dua yg diulang 3 x tak faham…tolong prof jika blh terjemahkan
Assalamualaikum Prof,
Turut merasa sedih apabila imam membacakan doa walaupun tidak memahaminya dan alhamdulillah, wajah Prof juga tururt kelihatan di antara ramai jemaah yang sedang khusuk mengaminkan doa…
Mudah-mudahan dua pasangan yang bercinta semula di Madinah dan Mekah diberkati Allah.
salam prof,
pasangan yang kanan isterinya iras arab.yang kiri prof,suaminya sangat2 arab.
siapakah mereka ya…..
Salam Prof. Dalam perjalanan pulang. Flight delay Di Bahrain ke Hayatjam 5pg. Baru dapat wifi dan tengok entri ini. Masya Allah Prof, pengalaman yang akan saya kenang sepanjang hayat saya. Insya Allah agar dapat bersama Prof lagi. Syukran kerana kesempatan yang telah diizinkan Allah bersama Prof.
Assalamualaikum Prof,
Laaa…baru perasan itu sahabat saya….itupun setelah diberitahu…