Hidup itu sendiri merupakan satu nikmat.
Bila manusia berkata, “sakit dan sihat adalah nikmat yang serupa”, “lapar dan kenyang juga nikmat yang sama” atau “riang dan duka juga nikmat seiras,” maka mereka sudah selangkah lagi hampir menjadi kekasih Allah.
Saya selalu terkenang kata-kata Abah mengulas kedatangan penyakit kanser ketika usianya di sekitar 70 tahun. “Mil, Abah tidak pernah menerima sakit yang teruk. 70 tahun! Jadi, abah redha dengan ujian Allah ini”.
Ia patah-patah perkataan yang menggambarkan Abah melihat sakit atau tidak sakit sudah tidak mempunyai kesan negatif kepada kehidupan beliau.
Sihat, kita bersyukur kerana dapat beramal ibadat kepadaNya.
Sakit, kita bersyukur kerana ia menyebabkan kita semakin hampir denganNya.
9.00 malam semalam, kami sekeluarga di Madinah meraikan rakan-rakan yang berkunjung ke rumah kami. MasyaAllah, Subhanallah, 5.40 pagi kami sudah berada di Masjidil Haram menunaikan solat subuh berjemaah.
Ia nikmat Allah yang tidak dapat kami dustakan. Airmata mengalir perlahan mengenangi nikmat Allah ini ketika melaksanakan tawaf umrah. Ia suasana yang sangat syahdu.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. InsyaAllah, saya tidak lupa rakan-rakan semua. “Ya Allah ampunilah dosa-dosa sanak saudara kami, sahabat-sahabat kami, khalayak KRTS, FB. Kau perkenankanlah segala impian dan harapan mereka”.
Saya meyakini suatu hal yang pasti, segala nikmat yang dianugerah Allah tidak boleh dipersia. Mudah-mudahan kami sentiasa termasuk dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur.

amin Ya ALLAH….
sakit dan sihat itu nikmat….
syukran ya Prof…
fi amanillah Prof.
membaca tulisan prof kali ini saya terkenang satu mutiara kata cucunda Rasulullah sayyidina Jaafar bin muhammad bin ali bin al husain bin ali
“jangan tanyakan apa janji Allah kepada kita kerana Allah tidak pernah memungkiri janji, tapi tanyakanlah apa yang akan kita persembahkan kepada Allah kerana kitalah yang selalu berdusta”
Assalam Prof, Puan Roza dan Anak-anak
Moga sentiasa mendapat rahmat dan hidayahNYA Amin.
Allhamdulillah….Bahagianya Prof dan keluarga dapat mengerjakan ibadat Umrah setiap minggu. Masya ALLAH..ALLAH Hu Akhbar
Kami (warga KRTS) juga bahagia dapat menimba ilmu dan pengelaman dari Prof..Itu jua Nikmat dari ALLAH…Nikmat ALLAH yang tidak dapat kami dustakan.
Moga kami juga dalam golongan mereka yang sentiasa bersyukur. Subhan ALLAH.
Salam hormat
kamarjhan
Syukur dengan nikmat Allah. Terima kasih prof doakan kami pembaca krts di tempat paling mustajab doanya. Syukran prof.
Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,
Alhamdulillah! Amin amin amin atas doa prof.
Terima kasih atas segala peringatan dan ilmu.
Semuga prof dan keluarga dalam kasih saya Allah.
Jazakaullah
Amin ya Allah…
Assalamualaikum wbt Prof. MKI,
Terima kasih banyak di atas doa yang tak pernah putus.
Malam tadi, muallimah saya mengkhabarkan guru beliau TG Dato’ Dr. Haron Din akan menunaikan umrah dalam masa terdekat dan bertanya kami, “nak pesan apa dengan TG?”
“Ustazah, tolong sampaikan pesanan…saya & rakan2 yang lain teringin sangat dijemput ke rumah Allah…”
Salam Sejahtera Prof,
Mudah-mudahan ketika kita demam/ada penyakit bila di tanya “Apa Khabar?, kita mampu menjawab “Alhamdulilah, saya demam/ada penyakit, syukur kepada Allah
Salam Sejahtera Prof & Keluarga…
Amin…Amin…Amin…ya rob
Terima kasih Prof…
Syukur Alhamdulillah…
Assalamualaikum wbt Prof. , Pn Roza & Anak2,
Tak sabar nk baca N3 pagi Jumaat nie…rupa2nya Prof dh doakan utk kami semua di sini….TQVM hanya ALLAH yang mampu membalasnya…insyallah.
Moga sentiasa di dalam rahmatNya. Amin.
As’salam Prof.
Alhamdulillahirobbil a’alamin!(,”)
Terima kasih atas ingatan dan doa yang dipanjatkan.(,”)
As’salam Prof serta keluarga yg dikasihi Allah dan Rasul s.a.w
Alhamdulillahirobbil a’alamin! Allah hu Allah….nikmat serta lazatnya…perasaan ini….Alhamdulilah waa mim naa….
Semoga prof dan keluarga jua senantiasa dlm peliharaan serta penjagaanNYA yg ESA. Amin…
Alhamdulillah…Ya Allah perkenankanlah doa hambamu semua….Amin Ya Rabbala’lamin…
Alhamdulillah prof dapat melaksanakan umrah sekeluarga…..
semoga prof dan keluarga dipermudahkan segala urusan ketika mengerjakan umrah….Terima kasih atas doa prof untuk kami yang belum berkesempatan ke sana..doa-doakanlah semoga kami juga dapat menjadi tetemu Allah di sana…
Assalamualaikum Prof n keluarga,
Ameen..ameen..ameen…Ya Robbal Alameen.. terima kasih atas doa2 Prof tadi..
Saya juga sgt bersyukur di pagi Jumaat ini diberi izin n nikmatNYA dpt berlintas-langsung mengikuti “live” solat Subuh d Masjidil Haram..melihat apa yg selama ini hanya disebut rakan2 ttg “sujud Sajda”… nikmat yg tidak mampu saya dustakan..terasa diri ini bersama-sama berjemaah disana…SubhanaAllah…
Terima kasih Prof atas perkongsian kali ini.. semoga dipermudahkan n selamat Prof n keluarga dlm perjalanan pulang ke Madinah nanti… InsyaAllah..
Assalamualaikum Prof dan semua rakan KTRS
Alhamdulillah……………………terima kasih atas doa2 prof untuk kami juga.
Ya Allah,
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana pada Jumaat yang mulia ini Engkau kurniakan kepadaku 2 kegembiraan:
Pertama, Engkau makbulkan hajatku untuk bersolat subuh dibelakang Imam Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki, bilamana azan beliau membuatkan daku mengalir air mata bagaikan barada di Masjidil Haram.
Kedua, Engkau izinkan daku untuk membaca blog Hj Kamil yang penuh tersirat dan membahagiakan ini.
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin..
Hasbunallahi wanikmal wakil.. Walaa haulawala quuwata illabillah
dahulu… nurul juga selalu ‘menangis’ bila asik sakit je… (tu baru sakit yang ringan ringan)… juga ‘menangis’ bila Allah berikan ujian demi ujian..tapi… alhamdulillah… setiap ujian Allah itu membuatkan nurul lebih dekat dan lebih mencari redha Illahi. Memang benar setiap apa yang Allah berikan itu ada hikmahnya…
kak ngah, terima kasih selalu nasihatkan dan beri peringatan pada nurul…
nikmat Islam yang tak terhingga rahmatnya
Salam Prof,
..terkenang memberi jawapan kepada seseorang, bertanyakan perbezaan duduk dalam kereta mewah baru dengan kereta biasa yang baru juga …. rasanye same je…
…bila kebimbangan menghimpit kita..kan..kita akan lebih banyak berbicara dengan Allah…subhanaallah..tiada mushibah dan kebimbangan yang diciptakan, dijadikan dengan sia-sia… Hanya Allah yang Maha Mengetahui….Amin
barakallahuli walakum……
Alhamdulillah…terima kasih uztaz
salam,
Mudah mudahan Allah ampunkan segala dosa kita ,perkenankan impian dan harapan kita dan semoga kita semua termasuk didalam golongan orang orang yang sentiasa bersyukur….Amin…..
Bila seseorg melihat perkara baik dan buruk serupa, hal dosa dan pahala dilihat sebagai sama dan tiada perbezaan ,adakah seseorg itu, hatinya dekat dgn Allah?
As salam Prof, keluarga dan rakan KRTS,
…yang dicari semuanya adalah keredhaan Allah SWT. Terima kasih tuan kerana mendoakan kami semua.
Amin.
Amin..amin..amin..Ya Rabbal ‘Alamin..jazakallah Prof atas doanya..mga Allah permudahkan segala urusan Prof sekeluarga & sentiasa dalam rahmatNya..
Alhamdulillah..perkongsian Prof sentiasa membuka hati saya..=) mga Allah membalasnya dengan pahala berganda..
Alhamdulillah Prof
Syukran ataas doa….
Saya semakin tenang….
Salam Prof, salam semua
Pagi ini, nikmat ALLAH … isteri menunjukkan UPT kit berjalur dua… setelah anak sulung hampir meninggalkan sekolah menengah dan anak bungsu dipertengahan sekolah rendah… setelah diberikan PhD beberapa bulan lepas (saya salah seorang perserta ketika Prof. memberikan ceramah di MALAYSIA GLASGOW DOCTORAL COLLOQUIUM (MGDC)2010) … setelah… setelah… setelah.. seseungguhnya terlalu banyak nikmat ALLAH YANG TIDAK DAPAT DIDUSTAKAN…
Assalamualaikum Prof dan Keluarga serta khalayak KRTS,
Syukur dengan segala nikmat yang diberi dengan pelbagai cara.
Terima kasih Prof kerana tidak lupa mendoakan kami.
Kepada Encik Firdaus dan isteri, tahniah!
Salam~
Kepada Prof sekeluarga dan pembaca KRTS yang di rahmati Allah sekelian. Nak bagi tahu di masjid negeri shah alam setiap suboh jumaat imam baca surah sajada . Kalau Pagi semalam imamnya sheikh karim…bacaan MasyaAllah, TabarakaAllah…seperti berada di di masjidil haram. Imam yang di jemput oleh halaqah tv9 (lirik cinta – dipromosi oleh blog Puan Roza)
Aslm, terima kasih Prof atas doa buat pembaca KTRS….jzkk.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. InsyaAllah, saya tidak lupa rakan-rakan semua. “Ya Allah ampunilah dosa-dosa sanak saudara kami, sahabat-sahabat kami, khalayak KRTS, FB. Kau perkenankanlah segala impian dan harapan mereka”.
SALAM PROF ….SAYA AMINKAN DENGAN AIRMATA….
Assalamu’alaikum Prof. dan pengunjung KRTS
Entri ini sungguh terkesan, kerana sy diuji dengan sedikit demam
selsema. Tubuh mendesak untuk ke klinik dapatkan MC, tapi hati
pula menolak. Alhamdulillah, seperti mendapat tenaga istimewa
bila bertemu anak2 murid di kelas.
Peringatan untuk saya, agar berusaha mengingati Dia ketika
sakit ataupun sihat..
Wassalam
Terima kaseh Prof memasukan khalayak KRTS dan FB mendoakan kesejahteraan kami semua…teruja dan penuh keshahduan..Amin.
Amin….amin…amin