
Setakat ini, Movenpick Mekah hotel terbaik yang pernah kami diami. Qahwah dan kurma tidak boleh dipisahkan.
Kami selamat sampai di Madinah di sekitar jam 8 malam setelah mengharungi perjalanan hampir 5 jam termasuk dua kali berhenti rehat yang panjang.
Ia perjalanan yang sangat memenatkan. Namun kepuasan rohani tidak dapat diungkapkan. Masjidil Haram mempunyai segala-galanya. Misalnya - dalam kepenatan - duduk saja-saja mengadap Kaabah di pagi hari nyata mempunyai aroma yang tidak dapat diceritakan.
Pagi-pagi lagi saya melayari internet, mengadap www.booking.com dan membuat tempahan kembara Masjidil-Haram seterusnya. Setiap kali berkunjung ke Mekah, kami memilih hotel yang berbeza-beza sebagai hadiah kepada - anak-anak remaja – Sofea dan Amirul.
Setiap hotel di Mekah mempunyai surprise tersendiri.
Umrah kali ini sangat-sangat berbeza dengan kunjungan kami sebelumnya. MasyaAllah, ia seumpama menunaikan fardhu haji pada 2006. Jemaah sangat ramai.
Kami tiba di Haram ketika azan subuh berkemundang. Allahu Akbar, laluan melalui pintu 1 sudah tidak boleh sampai ke dataran. Ia luar biasa berbanding hari-hari sebelumnya.
Saya terdorong ke tingkat atas.
MasyaAllah, pusingan tawaf menjadi sangat besar. Hampir-hampir ke tangga. Kami berempat hanya dapat menyempurnakan tawaf umrah selepas lebih sejam berjalan perlahan-lahan mengikut arus.
Usai saei, saya tertidur di bukit Marwah. Ia tidur yang nyenyak sehingga sayup-sayup saya terdengar, “itu prof Kamil…..”. Kini, di kiri-kanan, depan dan belakang, jauh dan dekat, wajah-wajah Melayu sudah mula kelihatan dengan jelas.
Musim haji dan umrah – agaknya – sudah tidak berbeza lagi. Manusia sudah mampu menunaikan umrah tanpa halangan yang sukar. Ia tergambar di dataran Kaabah.
Alhamdulillah. Itula rezeki Allah yang perlu disyukuri.
Si buta dengan Tongkatnya
Saya berada di saf paling hadapan bagi menunaikan solat subuh. Tiba-tiba datang Arab buta yang bertongkat duduk di hadapan saya. Hati saya berkata, “tempat ini agaknya bukan milik saya”.
Benar, apabila askar mahu “membersihkan” saf hadapan yang bertindih maka sayalah yang ditujunya supaya beredar. Dalam keadaan biasa, mereka yang tidak berada di dalam saf akan diminta pergi.
“OK… Maa Fii Musykil,” saya senyum dan bangun. Askar itu ketawa melihat saya begitu mudah mengalah. Namun hakikatnya saya sangat bersedih hati.
Saya mahu solat di situ. Saf paling hadapan (orang awam), benar-benar di belakang iman dan ia di pintu Kaabah. Saya sudah di situ, dilapangkan tempat dan sepatutnya ia menjadi milik saya.
Hakikatnya, jika Allah menyatakan “TIDAK”, maka ia pasti tidak berlaku.
Assalamualaikum Prof
Selamat sampai ke Madinah…..Alhamdulillah!!! Semoga Allah menyediakan saf pilihan prof pada umrah yang akan datang.
Assalamualaikum Prof,
Lama saya tidak meninggalkan jejak. Senario yang sama semasa saya mengerjakan haji pada 2010 yang lalu. Sudah mendapat saf yang pertama, tetapi dinafikan dan saya amat sedih…saya pun terus mencari saf yang lain dan Alhamdulilah, rupa-rupanya nikmat yang lain pula Allah kurniakan, iaitu dapat berada betul-betul selari dengan Hajar Aswad…Alhamdulillah! Itulah galang gantinya yang Allah hadiahkan untuk saya ketika itu.
Salam Sejahtera Prof,
N3 Prof ini membuatkan saya terus teringat pada seorang sahabat Rasullullah SAW yang dilahirkan buta , Ibnu Ummi Maktum , beliau tidak dapat melihat wajah Rasullullah SAW walaupun hidup sezaman dengan Rasullullah SAW .
Seorang tabiin , Uwais al-Qarni pula juga tidak dapat melihat wajah Rasullullah SAW walaupun hidup sezaman dengan Rasullullah SAW. Betullah apa kata Prof jika Allah menyatakan “TIDAK”, maka ia pasti tidak berlaku. Namun sahabat dan tabiin tersebut mendapat nikmat dari Allah SWT dalam bentuk lain.
salam prof. sefamili n warga krts. telahan saya mungkin sibuta bertongkat tu tidak buta matahatinya…… minta maaf semua
Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,
Maha Suci Allah! Seronok baca n3 prof. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Banyaknya rahmat Allah kepada prof dan keluarga.
Semuga prof dan keluarga dalam kasih sayang Allah.
salam hormat
MasyaAllah..
Iktibar yang bagus untuk kita sentiasa bersangka baik kepada Allah.Inilah prinsip menghambakan diri kepada yang Maha Pengasih.
Perkara yg sama pernah berlaku kepada saya. Memang betul2 dihadapan Multazam. Dan ianya juga dinafikan. Allahu Akbar. Bila dikenang, itu adalah ujian Allah. Pasti ada hikmah disebalik.
Akan tetapi bila mengimbas entri ‘Nikmat di sebalik’ hati terdetik mampukah akan datang saya akan senyum melepaskan saf dengan ungkapan yang baik dan perasaan gembira tanpa sedikit rasa sedih? Itu cabaran hebat buat saya
Ya Allah, peringatkanlah kami untuk mensyukuri segala nikmatMu walau apa jua pemberianMu.. agar kami semakin hampir kepada Mu Ya Allah.
As Salam Prof, keluarga dan rakan KRTS,
Selamat kembali ke Madinah.
Semoga Allah kurniakan saf yang terbaik pada kunjungan tuan akan datang.
Walaupun di saf lain, Allah Maha melihat niat hati hambaNya.
Barakallahu Fikum!
Salam Prof,
Comme bila Prof menutup coretan terkahir dengan ” Hakikatnya, jika Allah menyatakan “TIDAK”, maka ia pasti tidak berlaku.
Hakikatnya juga berapa ramai kah kita yang boleh dan sanggup mengambil tafsiran Prof.
Semoga Allah merahmati Prof. Amin
Salam prof,
Sekiranya saya ingin ke makkah dan madinah dengan bajet, apa pilihan yang ada? sekiranya Prof tahu dan agaknya berapa bajetnya? sebab kalau melalui booking tu semuanya mahal2 belaka. TQ