Artikel ANIS

Artikel ini telah disiarkan oleh Majalah ANIS di bawah tajuk Ia tidak Berbeza (agak saya). Setiap bulan, saya dan Roza menulis di sini.

Madinah tidak asing buat saya dan Roza. Sudah dua kali kami berada di sini. Pertama kali pada 2007, menginap di sebuah hotel berhampiran dengan kawasan perkuburan Baqi’.

Kami tinggal selama 8 hari termasuk hari perjalanan. Kali kedua pada 2009, menginap di kawasan yang sangat bertentangan dengan kedatangan kali pertama. Tempoh tinggal pula hanya 3 hari sahaja. Kedua-dua hotel sangat hampir dengan masjid.

Kedatangan kami kerana ibadat khusus, ziarah selepas (sebelum) menunaikan fardhu haji dan umrah. Sepanjang masa – dunia kami – berada di Masjid Nabawi.

Solat lima waktu, mencari-cari ruang di Raudhah, berikhtiar mencari saf hadapan, membaca al-Quran dan terjemahan, berpuasa sunat dan beriktiqaf di masjid.

Dunia kami di sekitar Haram (nota: panggilan penduduk tempatan kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi). Kedai-kedai yang dipandang hanya berada selang beberapa meter daripada hotel.

Kalau adapun tempat yang sedikit jauh – pada pandangan kami – adalah pasar kurma. Di antaranya, program-program ziarah dan lawatan yang diatur sebagai pengisi antara ibadat di Haram adalah aturcara rutin buat mereka yang menunaikan ibadat haji dan umrah. Namun ia sangat minimum.

Kesimpulannya, seluruh kehidupan berpaksi dengan amal ibadat di sekitar Haram, masjid Nabawi yang telah dijanjikan 1000x lebih baik daripada mana-mana masjid kecuali Masjidil Haram.

“Prof, hidup di Madinah tidak sama dengan sesekali datang menunaikan haji dan umrah,” sebut seorang kenalan yang lebih lama tinggal di sini. Agaknya benar!

Barangkali beliau merujuk kepada amal-ibadat di masjid. Mungkin juga beliau melihat mereka yang datang menunaikan haji dan umrah tidak perlu memikirkan apa-apa selain daripada beramal ibadat secara khusus kepada Allah SWT.

Pemikiran seumpama inilah yang menyebabkan banyak perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan tertangguh ketika jemaah menunaikan fardhu haji.

Misalnya, seorang pelajar PhD tidak dapat meneruskan kerja-kerjanya apabila penyelia menunaikan fardhu haji. “Jangan kacau saya semasa saya di Mekah dan Madinah,” arahan ringkas yang boleh memberi kesan besar sedangkan dengan hanya 3-5 minit berkomunikasi boleh menyelesai kebuntuan pelajar.

Jika kita menganggap kerja-kerja penyeliaan bukanlah satu amal ibadat, maka tentu sekali arahan seumpama itu akan keluar daripada bibir seorang penyelia. Saya teringat ayat 198 surah al-Baqarah yang bermaksud,

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

Tinggal lagi ia tidak boleh dilakukan sehingga mengganggu amal ibdat wajib yang lain.

Kini, saya menghuni di Madinah. Jika orang berkata, ia tidak sama dengan umrah dan ziarah, maka saya berharap Allah memberikan kekuatan untuk saya melaksanakan amal-ibadat seolah-olah saya berumrah dan ziarah sepanjang tahun. Mungkin konteksnya berbeza tetapi pengisiannya tetap sama.

Pertama, ia berkisar kepada satu pertanyaan ringkas, “kenapa kita berada di dunia?”. Saya fikir, jawapannya juga ringkas sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT melalui Surah Adh-Dhariyat ayat 56.

Ia ayat yang diulang-ulang dibaca dan disebut melalui ceramah dan kuliah agama dipelbagai pentas. Maksud saya, ia ayat popular di pasaran ceramah. Terjemahan ayat tersebut bermaksud,

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

Inilah satu-satunya objektif kehidupan dunia yang perlu dicapai. Tidak dua dan tiga. Ia hanya satu dan kelihatan sangat mudah untuk dipatuhi, hanya menyembah dan beribadat kepada Allah SWT.

Maknanya, seluruh kehidupan manusia di dunia perlu menuju kepada tujuan ini. Akhirnya, apa sahaja yang kita lakukan di dunia merupakan satu bentuk ujian sama ada ia ujian duka atau ujian suka yang sepatutnya membawa kita kepada objektif yang satu iaitu menyembah dan beribadat kepadaNya.

Ia tidak kira sama ada di Madinah ataupun di Shah Alam. Malah sama ada ketika menunaikan fardhu haji atau umrah, ia bukan lagi waktu-waktu yang kita pilih untuk melebih atau mengurangkan amal ibadat. Ia patut konsisten sepanjang masa.

Namun ada sesuatu yang menarik apabila berada di bumi Madinah. Solat berjemaah – seolah-olah – wajib. Mereka solat di mana-mana sahaja. Di lapangan terbang, ruang kosong pejabat, jalanraya dan masjid kelihatan berada dalam lingkungan 100 – 150 meter di kiri dan kanan. Soal pokoknya mereka berjemaah.

Di kawasan rumah kami, sekurang-kurangnya ada 4 masjid yang boleh didengari azan sahut-menyahut. Ia bukan masjid besar tetapi memadai untuk penduduk setempat segera bersolat tanpa membebankan mereka. Subhanallah, Allahu Akbar, bagi saya ia agak ganjil jika masih tidak mahu berjemaah di sini.

Secara peribadi, di sini amalan puasa sunat Isnin dan Khamis juga sangat-sangat menggembirakan. Sekurang-kurangnya di Masjid Nabawi. Majlis-majlis berbuka puasa ada di setiap penjuru masjid. Benar, ia hanya dengan beberapa ulas buah tamar, air zam-zam, sedikit roti, kopi Arab dan jika ada rezeki dihidangkan dengan sedikit kuih.

Ya Allah, nikmatnya berbuka puasa di sini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya sering bercerita kepada jemaah haji Malaysia, “cubalah…. cubalah berpuasa sunat semasa menunaikan fardhu haji atau umrah, ada satu rasa yang luar biasa yang tidak mampu saya ceritakan. Rasalah sendiri”.

Hakikatnya, di sini kita berpuasa bukan puasa lapar dan dahaga. Segalanya ala kadar. Tiada bazar Ramadhan yang memanggil-manggil. Tiada masa untuk bergossip dan mengumpat. Malah tidak perlu khuatir terpandang aurat yang terlarang. Ia kelihatan terkawal.

Malah di atas segalanya, ada rasa damai yang tidak dapat diceritakan. Namun – bagi saya – ia boleh dicapai di mana-mana sahaja kaki dipijak atau bumi mana yang dijunjung.

Jika diri mahu memahami kenapa kita dilahirkan, kenapa kita hidup di muka bumi ini dan ke mana tempat akhir yang bakal di tuju, maka pergantungan dan pengharapan hanya kepada Allah SWT. Ia mampu melahirkan mereka yang kusyuk beramal ibadat kepada Allah SWT tidak kira sama ada di sini ataupun di Malaysia.

Bukankah Allah ada di mana-mana?

Salam sejahtera dari Madinah Al- Munawwarrah. Jika ada kesempatan untuk hadir ke sini, jemputlah ke rumah untuk menikmati teh pudina yang segar, Mungkin – jika ada rezeki – Roza (Chef Travelog Masakan: Bukan sekadar resepi) akan memasak nasi Arab yang lazat.

16 Responses to “Artikel ANIS”

  1. umi wafi says:

    Salam, moga prof dan keluarga akan terus diberkati. Sentiasa menjadi hambaNya yg bersyukur, berzikir dan memperbaiki amalan. Teruskan menyampaikan ilmu kepada kami.

  2. Anonymous says:

    Bismillahirahmanirrahim,asalamualaikum buat prof dan isteri..saya telah berulang kali membaca buku travelog haji,ketika membaca sya mengikuti naluri insaniah dan ada byk bahagain tulisan memberi kesedaran.Sebenar nya saya minta Prof dan isteri mendoakan saya umie zainab,suami muhd rahman,anak muhd firdaus dan muhd aqmal agar kami sekeluarga diampuni Allah dan sentiasa dikurniakan rahmat dari sisinya,mohon agar berjaya dunia dan akhiraat dan permudah semua urusan didunia sehingga keakhirat.saya percaya doa org yang baik baik akan dimaqbulkan.apatah lagi jika prof sekeluarga sudi berdoa untuk kami didepan multazam.As-salam
    Semoga dirahmati Allah SWT seisi keluarga.Amin.

  3. kak nor asiah says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga, moga kita sentiasa diberkati Allah.

    Prof, wp kedamaian dpt dirasai dgn kekusyukan beribadat di mana2 tp tak sama dgn kedamaian hati yg dirasai di Mekah n Madinah, faktor2 persekitaran di kedua2 tempat itu menyumbang kpd keghairahan utk beribadat dan mnimbulkan ketenangan n kedamaian yg Prof rasai skrg. Bertuahlah Prof sekeluarga menghuni kota Madinah dan seringkali berkunjung ke Mekah.

  4. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Allah ada di mana mana.Sepatutnya rasa taabbud kepada Allah ada pada setiap masa dan dimana jua. Tapi percayalah bumi barokah Mekah dan Madinah tiada tolok bandingnya untuk kita beribadat.Saya menumpang tuah prof yang sentiasa menitiskan ilmu dan peringatan .Jazakallahu hoirul jazaak. Alhamdulillah……….semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sempurna kepada prof seisi keluarga.

  5. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof

    Mudah-mudahan kita dapat menjadi seperti para sahabat Rasullulah SAW yang menghayati hakikat Allah ada di mana-mana kerana tidak ramai sahabat-sahabat nabi yang dikebumikan di Baqi’. Semasa Haji Wada’ Rasullulah SAW seramai 100,000 sahabat-sahabat baginda yang turut serta bersama-sama dgn baginda dalam haji tersebut, tetapi dianggarkan tidak sampai 30,000 sahabat baginda yang dimakamkan di perkuburan Baqi’. Mereka ke pelusuk dunia untuk menyampaikan/menyebarkan syiar Islam.

  6. mamaju says:

    Hari ni beli majalah I, tajuk artikel Prof ‘ menghargai nikmat Allah’
    Terimakasih.

  7. HJ RUSLI ARIS - Ipoh, Perak. says:

    Assalamualaikum Dr Kamil sekeluarga,
    Saya kira ini adalah artikel yg terbaik dr Dr.
    Merasai kepayahan untuk mengekalkan cara ibadah semasa menjadi tetamu Allah apabila berada di tanah air sangat mengesani hati ini …. semuga Allah teguhkan iman ini dan memberi kesihatan yg baik untuk dapat mengekalkannya.
    Saya juga berazam akan untuk mengikuti Dr berada disini suatu hari kelak …. Pohon doakan … T.kasih.

  8. Anonymous says:

    Assalamualaikum Prof,
    ayat prof “Bukankah Allah ada di mana-mana?”
    mengikut Yang Berbahagia ustaz Ishak Din dlm kuliah beliau yg saya ikuti. ayat yg betul ialah “Allah ada di mana-mana kita berada” menurut beliau Allah tidak bertempat.
    sekadar perkongsian Prof.
    Maaf

  9. kak yun says:

    Assalamualaikum,

    Ya benar antara n3 yg tercantik yg prof sajikan….semoga saya & khalayak KRTS diberi kekuatan/kemudahan utk melakukan segala amal ibadah, istiqamah; seiring dgn tazkirah harian yg prof berikan.

    setuju dgn kak nor asiah-keberkatan dan kedamaian beribadat di Madinah dan jua Mekah terlalu sukar dinyatakan melalui tulisan hanya mrk yg benar2 menghayatinya dapat merasakannya..semerbaknya wangian ketika sujud di Raudhah dan damainya hati ketika memandang kaabah…Ya Allah jemputlah kami untuk menjadi tetamuMU lagi dan lagi….

  10. wafafa says:

    Assalamualaiku Prof

    InsyaAllah, saya dan keluaga akan ke Mekan pada 6 Mac..doakan moga Allah jadikan kami tetamuNya yang paling istimewa….tetamunya yang paling2 istimewa….amin

  11. wnadiah says:

    Salam, Prof dan warga KRTS. menarik apa yang diperkatakan oleh mumumimi. Saya rasa mereka (sahabat @ Rasulullah) betul-betul menghayati tujuan penciptaan yang selain daripada Azdzariyat 56, termaktub dalam Al Baqarah 30. Allahu a’lam, Barakallahu fi kum

  12. Yana-bangi says:

    salam Prof, Pn Roza & anak2,

    Alhamdulillah….istiqamah…ibadat ALLAH kalau dah dimulakan dan beristiqamah insyallah…dipanggil utk melakukan kebaikan yg berterusan.
    Berbesar hati utk melawat Prof pada Mei nanti, moga dipermudahkan urusan kami & terpilih antara tetamu yang paling istimewa. Insyallah.

  13. jemi says:

    Barakallah…beribadat itu senang tapi merasakan “kemanisan” ibadat itu anugerah yg agak sukar diperoleh namun tidak mustahil. Begitu juga contohnya berpuasa bukannya sesukar utk merasa “kedamaian” berpuasa itu. Wallahu’alam. Hanya sekadar berfikir sendirian utk diri sendiri secara perlahan tapi didengari orang sebelah. Semoga bermanfaat bagi warga KeRTaS.

  14. Kak Wan says:

    Salam Prof dan keluarga,
    Saya antara pembaca travelog dan pembaca senyap blog prof dan isteri. Awal feb. Saya dan suami serta seorang anak telah ke sana menunaikan umrah. Sungguh teringin hendak berjumpa prof dan keluarga,tapi segan rasanya sebab terasa orang asing..tak kenal pun prof dgn kami…jadi pendamkan saja hasrat itu..rupa2nya ramai jemaah dr pakej yg sama dgn kami pergi ke rumah prof waktu itu..mungkin juga mereka kenalan prof dan isteri..saya cakap pd suami saya.. Saya bersyukur kerana tulisan2 prof sedikit sebanyak menjadi panduan buat kami. Terima kasih semoga prof dan keluarga sentiasa diberkati Allah.

  15. Hamba Allah says:

    Assalammualaikum Prof,

    Berkenaan ayat Prof “Bukankah Allah ada di mana-mana?”, saya rasa macam tidak betul, mungkin Prof boleh bertanya kpd para2 Ustaz d Madina, insyAllah kita sama2 belajar. Saya sertakan link sbg rujukan kita bersama insyAllah

    http://pemikiranislam.net/2011/01/dimanakah-allah-berada/

    http://www.turntoislam.com/forum/showthread.php?t=56539

  16. izzu says:

    pertama kali saya membaca blog ustaz ni, saya rasa sangat tersentuh.

    alangkah beruntungnya ustaz sekeluarga dapat tinggal di madinah

    insya allah, saya satu keluarga akan menunaikan umrah bulan may tahun ni.

    saya pasti akan cari buku travelog haji yang ustaz tulis sebagai panduan saya.

    terlalu byk dosa yang saya lakukan dan saya mahu minta keampunan daripadaNya di sana

Leave a Reply