Ada perkembangan menarik yang mahu kami kongsi bersama.
Tabung Masjid KRTS
Selain daripada tanah yang ditawarkan, kami juga sedang mengenalpasti beberapa pilihan lain yang bakal memudahkan urusan pembinaan masjid di Galkayo, Somalia.
Jumlah kutipan setakat ini sudah menghampiri RM500,000, melebihi separuh daripada kos keseluruhan masjid. Sasaran awal RM300,000 sudah dipenuhi dan kami akan memaklumkan kepada khalayak apabila ia sudah mencecah USD200,000 (kos keseluruhan masjid).
Projek ini dijangka akan dimulakan pada bulan Jun atau Julai tahun ini juga, awal dua tahun daripada perancangan asal.
Buku Bukan Sekadar Resepi
Alhamdulillah, kami menerima maklum balas berikut, “Sekadar makluman semasa, BUKAN SEKADAR RESIPI kini sedang menunggu giliran untuk di lay out. BSR memang seronok dibaca dan banyak pengajaran dapat dikutip daripada tulisan puan. Doakan kami dapat menjayakannya dengan baik”.
Buku Travelog Kehidupan Abadi: Kedewasaan
Buku ini juga sedang diperingkat semakan akhir. Roza baru sahaja selesai membuat pembetulan kecil sebelum pihak penerbit membuat keputusan untuk dicetak.
Buku Travelog Kehidupan: Menghadapi Ujian
Alhamdulillah, saya fikir ia juga berada di peringkat akhir kerja-kerja pra-cetak. Mudah-mudahan ia berjalan lancar.
VCD Motivasi Haji dan Umrah
Ia juga nampak bergerak setelah heboh dengan grafik depan yang telah dibuat pilihan oleh para pembaca. Ia telah dirakamkan beberapa hari sebelum kami berlepas ke Madinah. Kini, hampir 1/2 tahun berlalu.
Satu projek yang saya jangka dapat disiapkan sebulan dua menjadi sangat sulit dan rumit.
Ketiga-tiga buku dan VCD ini akan dilancarkan serentak – InsyaAllah – ketika kami pulang bercuti ke Malaysia di sekitar pertengahan bulan Jun nanti.
Kami mengintai masa dan ketika untuk mengadakan sesi bertemu rakan-rakan KRTS dan FB. Saya berfikir-fikir bagaimana mahu mengendalikannya daripada kejauhan ini.
InsyaAllah, Dia akan memberi jalan!
Tetamu Umrah
Semalam mereka muncul di Madinah.
Dato’ Zaini dan Datin Norasyikin pastinya mempunyai ingatan hubungan yang sangat kuat buat saya dan keluarga.
Merekalah yang telah membeli 1000 naskah buku Travelog Haji dan mengedarkan secara percuma kepada mereka yang telah menghadirkan diri ke majlis pelancaran buku tersebut pada 2007.
Ketika dalam perjalanan pulang – usai majlis pelancaran – beliau telah membuat panggilan, “Prof, jika ada seorang sahaja yang terbuka hati dan pergi menunaikan fardhu haji selepas membaca buku you, l rasa lega dan berpuas hati”.
Kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Taufik dan hidayah anugerahNya. Namun penyebabnya boleh datang melalui pelbagai cara.
Pada ketika itu ramai yang berterima kasih kepada saya kerana mendapat buku percuma dan terkesan dengan bacaan mereka. Saya nyatakan, “berterima kasihlah kepada Dato’ Zaini dan jika boleh e-mellah kepada beliau”.
Kami menerima berpuluh-puluh e-mel. Ada di antaranya berkata, “saya telah keluarkan kesemua simpanan saya di bank dan telah membuka akaun Tabung Haji. InsyaAllah saya mahu menunaikan fardhu haji secepat mungkin”.
Mudah-mudahan insan ini sudah berjaya mencapai cita-citanya. Mudah-mudahan juga Dato Zaini dan Datin sudah boleh berasa lega dan berpuas hati dengan sumbangan yang telah mereka berikan pada tahun 2007 tersebut.
Malah mereka yang diberi percuma buku tersebut – dikhabarkan – telah membeli semula dengan kuantiti yang banyak untuk dihadiahkan kepada raka-rakan mereka.
MasyaAllah, Allahu Akbar!
Namun kami sekeluarga memperolehi sesuatu yang lebih bermakna. Kami berjumpa sekali-sekala namun persahabatan ini terus kekal di hati dan perasaan. Ia bukan soal “Dato atau Datin”, “kaya atau miskin”, namun saya sering tersentuh dengan tindakan kecil mereka yang sangat signifikan.
Misalnya saya jadi sebak bila Datin bercerita, “Prof, l contact Sara dan bertanya, Untie mahu ke Madinah, apa yang Sara hendak pesan. Allah, sayu hati bila Sara memberitahu, tidak ada apa untie, kirim salam pada ayah dan mama”.
Ia berbekas di hati.
Mereka menunaikan umrah dengan cara sempoi, rugged dan beradventure.
Menarik. Tuan Haji Mazlan dan isteri menetap di Kuantan. Kos Visa, RM200, beli tiket kapalterbang dan terbang ke Jeddah. Kemudian, naik bas ke Madinah.
Di Madinah, cari bajet hotel dan kosnya RM70 semalam. Sangat hampir dengan Haram.
Allahu Akbar, kami suka mendengar kisah beliau dan isteri.


Prof kita buat di Tawau, satu kawasan yang sangat perlu program islamnya di sini
Assalam,
Boleh beritahu bagaimana nak berhubung dengan Hj Mazlan, teringin mengikut cara beliau yg adventure untuk menunaikan umrah
As’salam Prof.
Terima atas laporan perkembangan yang sungguh menarik. (,”)
Memang sangat-sangat menunggu untuk bersua Tuan dan Puan Roza (termasuk Amirul dan Sofea) dalam sesi bertemu rakan-rakan KRTS dan FB. (,”)
Selain membeli buah tangan Tuan, suami isteri dapatlah kami memohon sedikit coretan dibuku-buku itu nanti. (,”)
Prof. jadi ke request tentang special edition untuk rakan-rakan KRTS dan FB macam yang Tuan nyatakan dalam entri yang lepas? Jika ada, saya nak satu bagi setiap buku di atas…(,”)
Terima kasih, Prof. (,”)(,”)(,”)
Prof yg dihormati, saya berada di Mekah sekarang. Akan berangkat ke Madinah esok. Berhajat sangat nak mendengar tazkirah dan berjumpa Prof. Sekiranya Allah izinkan, kita bertemu di 11A pada 29 Feb 2012 lepas solat Isyak. Dalam masa yg sama ingin menyampaikan hasrat untuk menjemput Prof menyampaikan Tazkirah di Masjid As-Salam Puchong Perdana semasa Prof bercuti di Malaysia pertengahan Jun nanti.
Sangat berbesar hati untuk menawarkan Masjid As-Salam Puchong Perdana menjadi lokasi Pelancaran Buku-buku Prof nanti. Tentunya ia menjadi suatu yang sangat unik sekiranya Pelancaran Buku dapat diadakan di Masjid ini. (Please consider! ). Allahhuakbar ! Allahhuakbar ! Rahmat Allah bercucuran. Sangat berkat. Semoga dipermudahkannya.
Sesi bertemu rakan-rakan KRTS dan FB juga boleh diadakan di Masjid ini. Sukarelawan sudah bersedia untuk memberi khidmat.
Mohon persetujuan Prof.
NotaMKI: Salam sejahtera, jadual selepas Isya bagi bulan Februari dan dua minggu pertama sudah dipenuhi. Jika tuan ingin berjumpa di HARAM, InsyaAllah telefon saya 0502127721, selepas Asar di sekitar jam 5.10 petang. InsyaAllah saya berada di bahagian tengah belakang Masjid. Tempat di mana ramai orang belajar al-Quran terutamanya kanak-kanak.
Assalamualaikum Prof dan sahabat KTRS
Saya berminat dengan cara sahabat prof yang datang sendiri tanpa melalui ejensi umrah. Pengalaman yang amat berharga dan mengurangkan kos. lepas ni mungkin lebih ramai yang menunaikan umrah secara “advanture”.
salam..
prof …ustazah hjh.milah yot,tlh berangkat k madinah smalam..mungkin dah sampai d jeddah..sy dah beri no hp prof..semuga dia dapat hubungi prof…amin..
Aslkm Prof n kak Roza. Buku “Travelogue Haji” bnyk memberi petunjuk dn pengajaran semasa saya dn suami buat umrah dn hajj. Semoga Allah temukan kita nanti hujung bulan depan apabila kita buat umrah.
Saya teringat sewaktu saya mahu menunaikan umrah tahun lepas, 3 hari sebelum saya berangkat seorang sahabat saya memberitahu saya tentang buku Trevelog Haji yang saya tak pernah tahu kewujudannya sebelum itu.
Sahabat saya ini (Ya Allah rahmati beliau) mengesyorkan saya baca buku ini sebelum berangkat, supaya ibadat umrah saya lebih bermakna. Katanya banyak tips2 yang boleh dipraktik semasa di Tanah Haram, terutamanya dalam tajuk menjadi malaikat (tak ingat keseluruhan tajuk, tapi ojektifnya adalah utk membantu jemaah di Haram di saat2 orang lain tidak melakukannya.)
Esoknya, saya cari di banyak outlets buku – MPH, Borders, Kinokuniya – semuanya sold out, dan saya hampir berputus asa, dan Allah menggerakkan saya utk ke kedai buku Popular di The Curve Damansara – yg pada mulanya saya fikir tak mungkin buku Travelog Haji ada di situ.
Allahu Rabbi, memang masih banyak buku tersebut tersusun di rak. Tidak tunggu pulang ke rumah, saya mula baca buku ini, dan memang tak boleh nak stop baca, after finishing 1 tajuk tak sabar nak baca the next tajuk. Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari dan teladani daripada buku ini, dan ada yang saya praktikkan semasa di Tanah Haram, dan ia sangat memuaskan hati.
Memang umrah saya ini saya rasakan sangat bermakna. Terima Kasih tak terhingga dan semoga Allah sentiasa memberkati Prof.
mak aiii panjangnye…sorry.. :p
Salam Sejahtera Prof,
Saya jadi excited membaca perkembangan menarik yang Prof sudi kongsikan.
“Saya ini orang biasa-biasa…..entah berapa banyak kali ‘biasa-biasa’ digunakan oleh Dato’ Zaini dalam ucapannya semasa melancarkan buku Prof “50 Tips… ” di PWTC . Antara kenangan menarik bagi saya.
NotaMKI: Salam sejahtera, Dato’ Zaini tidak berucap di PWTC.
Salam Prof,
Harap boleh pertimbangkan jemputan Tuan Nazir Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Kami mengalu-alukan terbitan terbaru daripada Prof.
Tuan Hj Yasim, sampaikan salam saya pada Prof jika berkesempatan.
Semoa semua di sana sihat walafiat. Amin.
Wassalam.
-cikgu azman
Assalamualaikum ahli madinah..dan semua
saya dan keluarga sgt berhajat utk menunaikan umrah masa cuti sekolah akhir tahun atas sebab utk membawa ank yg tahfiz yg hanya cuti masa tu je..+ masalah pengurusan ank2 yg nak ditinggalkan.sejak 2010 kami mencari pakej (biasa-biasa bkn vip) tapi menurut maklumat yg kami dapat visa tak dikeluarkan pada masa itu..andai pn.roza/prof tahu jalan lain bolehlah bantu kami..besar sungguh hajat ini.setakat ini Allah belum tunjukkan jalanNya…dari bagun pagi sehingga tidur saya usaha berselawat sebanyak mungkin, menghidupkan 1/3 malam..mudahan Allah tunjukkan jalan kerana Dia Maha Pemurah….tetapi sayu sgt2.. kerinduaan kami tidak dapat digambarkan..utk menziarahi Baginda Rasullulah dan Baitillah..kali terakhir kami menunaikan umrah pada bln 6 tahun lepas..pergi tampa anak yg tahfiz tu……Allah2..
Salam Prof,
Saya berdoa agar buku-buku tersebut siap awal. Saya tak sabar nak membacanya. Juga amat berhajat agar dapat bersama mendengar takzirah Prof satu hari nanti.. InsyaAllah..
Salam Prof,
Teruja juga nak tahu cara buat umrah tanpa mengikut pakej. Saya bercadang nak ziarah anak di Jordon n nak bawa tunaikan umrah sekali.
Harap prof dapat bg tau caranya .
Jazakallah.
(Terharu dengan pesanan Sara)
Asalamualaikum Prof & keluarga.
Prof teruja juga dengan cara pemergian Tuan Haji Mazlan & Isteri memunaikan umrah secara sempoi , rugged dan beradvencure , boleh
Prof dapatkan tips dari Tuan Haji Mazlan bagaimana cara memohon visa.
Saju denga jawapa dari Sara, bila agaknya Sara & Azrul menziarahi Ayah, mama, amirul & sofea di Madinan.
Salam pada semua membaca blog HII, KRTS.
Assalamualaikum utk prof & warga KRTS,
T/kasih dgn pelbagai maklumat yg terkini…. sangat2 teruja utk membaca buku2 terbaru tu…
Kalaulah boleh prof buatlah pelancaran buku tu di Kota Kinabalu, peminat dari Brunei , Sarawak & Labuan boleh datang ke KK ramai2; dgn mempunyai 2 pilihan menggunakan pengangkutan Darat @ Udara- Org Tawau lagilah seronok nak drive ke KK boleh singgah di Kundasang lepas jln2 di One Borneo….
Kalau sekrg ada Jom Heboh saja, baik prof buat program JOM BACA….kan ke kita umat Iqra…
setuju dengan kak yun, tersangat kurang program ilmu di sabah ni.prof berilah no. phone Tn Mazlan.Minat caranya
Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,
Alhamdulillah! Allahu Akbar! Seronok n3 prof ini. Suka sangat lebih lebih buku buku yang di tunggu tunggu. Semuga saya mendapat ketiga3 buku itu.
semuga prof dan keluarga serta warga KRTS di beri kesihatan dan lindunga Allah.
Jazakaullah
Tahniah Prof..Semoga Usaha yang Prof laksanakn berjalan dengan baik.
AsSalam Prof, keluarga & rakan KRTS
Kisah-kisah di KRTS sentiasa menceriakan pagi saya!
T.kasih.
Prof, jika ‘sudi’ atau tuan Mazlan ‘sudi’ , mohon boleh berkongsi email / blog dia / apa-apa aje agar saya boleh bertanya lanjut cara untuk umrah gaya ‘sempoi’ ini..saya teringin begitu
Tahun lepas saya ada terbaca iklan untuk ikuti program umrah/haji (tak pasti) secara laluan darat..pastinya menarik..
Buku Travelog Haji prof tu memang sentiasa saya rekomen pada kekawan untuk santapan rohani mereka/saya.
Sampaikan salam kami dan keluarga kepada Baginda Rasulullah..
ya betul,harap dapat Encik Mazlan dan isteri kongsi di sini atau ada blog/fb.
Assalamuaalaikum Prof dan Pn Roza
tarikh nafas lege baca dan sangat sangat sangat teruja. lepas sy balik dr menunaikan umrah pd tahun lepas buat pertama kali .Sy dah cakap dgn suami, kita cuba buat umrah sendiri…suami setuju..
dan n3 ni menguatkan lagi..cumanya Prof, barangkali boleh kongsikan caranya insyaAllah ..Kami sangat berminat ingin mengetahuinya…
Syukran atas kata2 dan nasihat2 dlm ssetiap n3,alhamdulillah Ianya sangat berkesan ..
Mabruk
assalam prof…saya ada menghtr email utk tatapan prof…harap prof sudi membaca dan memberi sedikit pandangan ikhlas prof…
assalam prof…semoga prof dan keluarga di madinah sihat sentiasa…alhamdulillah dgn izin Allah dpt saya membeli dan menatap 2 buah naskah nukilan prof…naskah yg sgt2 bermanfaat…syukur di atas keberuntungan prof dan pn. roza. mudah2an saya dan anak2 juga ditakdirkan Allah mendpt takdir sebaik prof…amin.
masih menunggu approval sebagai sahabat fb prof…moga Allah perkenankan.
salam.boleh prof bg no tel tn hj mazlan
AssalamualaikumProf
Doakan saya dan wife serta anak ana dilindungi Allahi
Asalamualaikum Prof & keluarga.
Teruja sangat dengan cara pemergian Tn Hj Mazlan & Isteri memunaikan umrah secara sempoi , rugged dan beradvencure ,
boleh Prof tolong dapatkan maklumat dari Tuan Haji Mazlan bagaimana caranya, atau jika Tuan hj Mazlan membenarkan, mungkin prof boleh share Hp atau email Tn Hj Mazlan.
Salam prof….
Saya warga malaysia dan suami warga mesir…sudah mendirikan rumahtangga 4 thn.Belum di kurniakan zuriat. Sy dan suami bercadang untuk mgerjakan umrah tanpa pakej.harap prof dapat membantu melancarkan perjalanan umrah kami nanti.Sukran Jazilan.