69

“1/2 tahun di Madinah, apa yang prof dapat?,” tanya seorang kenalan di Masjid Nabawi.

Saya ketawa. Lalu saya memberi jawapan yang sangat signifikan, “berat badan saya 69 kg”.

Ketinggian saya di sekitar 5 kaki 5 inci. Bertahun-tahun berat badan saya di sekitar 80 hingga 85 kg. Saya tidak mampu untuk menurunkan berat badan hampir kepada apa yang dicadangkan oleh pakar-pakar kesihatan.

Akhirnya di Madinah ia hampir menjadi kenyataan.

Ia menjadi sangat signifikan kerana saya mempunyai risiko kesihatan tinggi kerana mengidap diabetes. Ia bukan soal ajal-maut kerana penyakit hanyalah penyebab. Masa dan ketika kita dipanggil Allah tidak akan cepat dan lewat sesaat.

Namun saya gembira kerana tidak lagi “pening-pening” apabila bertukar antara sujud dan qiam. Malah saya rasa bersyukur kerana terasa-terasa yang tubuh semakin ringan.

Susut 11 kg bukan soal main-main. Ramai yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk mencapai angka tersebut. 

Jika ada yang bertanya, “apakah rahsia yang telah Dr lakukan?,” maka jawapan saya, “entah, saya tidak pernah terfikir untuk mengurangkan berat badan. Agaknya kerana saya berpuasa selang-sehari dan ia hasil fizikal yang diberikan Allah tanpa saya sedari”.

Saya bersyukur dengan nikmat ini.

Tetamu Allah

Ramainya wanita

Inilah kumpulan yang melawat kami di Rumah Kecil di Jabal Ohud. 9 wanita dan 3 lelaki. Ia dua kumpulan yang berbeza.

“Jaga aurat. Ia bukan soal menutup rambut sahaja. Tanda aras yang kita sempurna berpakaian apabila ia boleh di bawa solat. Cabaran kita bukan soal menutup aurat di pejabat tetapi apabila di rumah.

Ia ketika saudara-mara bertandang ke rumah. Ketika bersama abang ipar, apabila berkemas di halaman atau ketika menjemur kain. Ia sukar kerana kita berada dalam masyarakat yang tidak apa”

Ini dugaan atau ujian paling hebat buat seorang wanita yang mahu mendapatkan umrah atau haji yang mabrur. Ia tidak mengapa bagi mereka yang datangnya “suka-suka” sebagaimana hadis akhir zaman, “mereka datangnya semata-mata melancong…..”

Ia kelihatan kenyataan yang sangat pahit tetapi mudah-mudahan ia menjadi penawar hati yang berbekas.

Saya mohon keampunan Allah.

30 Responses to “69”

  1. suara says:

    Assalamualaikum prof.

    Berat badan… Semakin meningkat umur, naiknya mudah, turunnya payah.
    Dulu makan bertambah, badan masih kekal dalam ukuran berat yg ideal.
    Sekarang makan sikit pun, berat tak nak turun-turun. Makan banyak, lagilah.

    Teringin ke sana lagi. Moga Allah rezekikan saya dan keluarga bertemu prof satu hari nanti.

  2. idot says:

    Assalammualaikum wrb.
    Alhamdulillah, tahniah Prof…

  3. Azi says:

    betul Prof…sangat sukar melaksanakanya…

  4. Nor Emiza Amir Noordin says:

    Insyallah akan saya cuba….dalam proses

  5. najwa says:

    nikmat allah untuk mereka yang berbaik dengan-Nya. :)

  6. hjh.sumarni & hj.darisul says:

    salam..
    prof..usazah hjh milah yot dh dapat call prof?sy doakn muga dia dpt bertemu dgn priof..muga Allah mudahkn sgla ursannya ..amin.

  7. Ramlah a kasim says:

    Alhmdllah,

    Sama seperti yg prof tuliskan. Berbagai produk usha untuk sedikt slim jadilah….tapi tak berhasil. Moga di beri kekuatan untuk berpuasa namun saya perlu betulkan niat dulu.
    Saya bimbang niat puasa saya nanti kerana nak kurus.

  8. (,'') Fauziah says:

    As’salam Prof.

    Keikhlasan hanya kerana ALLAH SWT melindungi diri dari jadi sindrom tudung biskut (kejap tutup, kejap buka). (>”)

    Atas keikhlasan itu, ALLAH SWT mempermudahkan kita melaksanakan syariaat NYA dan istiqamah dalam melakukannya. (,”)

    Mohon pada ALLAH SWT menetapkan hati yang sentiasa dibolak-balikkan
    supaya berada terus dalam agama NYA hingga ahkir hayat. Amiin! (,”)

  9. norida says:

    assalamualaikum,
    prof sekeluarga.

    nikmat Allah ada dimana2, ketika tidur,ketika jaga,ketika sakit,ketika sihat,ketika senang,ketika payah……..setiap nafas kita………….
    tapi malangnya(diri sendiri)ada masa alpa dengan nikmat yg dikurniakan.lupa nak ucap Alhamdulillah.
    hmmmmmm.dok tgh pikir.

  10. Mardiana Shafiee says:

    Assalamualaikum Prof,

    Seperti kaum Hawa yang lain, saya juga mengigaukan untuk dapat menurunkan berat badan. Benchmark saya ialah ke tahap seperti 20 tahun yg lalu ie 10kg less than my present weight. Ianya masih menjadi igauan….

  11. ummumuhammad says:

    Semoga Prof sekeluarga dan warga KRTS dibawah rahmat Allah. Amin.

    Alhamdulillah, soal aurat ni memang saya beratkan kepada 5 orang puteri saya. Pendidikan di sekolah juga memainkan peranannya. Saya memilih untuk menghantar anak-anak kesekolah aliran agama supaya mereka istiqamah dalam penjagaan aurat mereka. Semoga Allah melindungi kami.

  12. Rozita-Shah Alam says:

    Assalamualaikum Prof seisi keluarga,
    Semoga sentiasa di dlm kesihatan yg baik dan di dlm perlindungan Allah s.w.t setiap masa..

    Saya sgt setuju dgn apa yg Prof katakan…tentang aurat..
    “Ia ketika saudara-mara bertandang ke rumah. Ketika bersama abang ipar, apabila berkemas di halaman atau ketika menjemur kain. Ia sukar kerana kita berada dalam masyarakat yang tidak apa”
    …dua org puteri saya pernah ditegur knp kelam kabut mencari tudung hanya kerana sepupu2 lelaki saje yg bertandang ke rumah..bukanya org lain..? …dan yg menegur adalah ibu saudara mrk sdri yg saya rasa mgkin tergolong dlm masyarakat “tidak apa” ini…

    Semoga kedua2 puteri saya sentiasa dlm lindungan n bantuanNYA supaya terus istiqomah dlm bab aurat ini…InsyaAllah..

    Terima kasih Prof… saya berdoa ramai lagi warga baru KRTS dpt manfaat dari setiap entry2 prof nnt…

  13. hikmah di sebalik puasa nabi daud

  14. NBShah says:

    Assalammualaikum Prof & rakan KRTS,
    Menutup aurat dgn memakai tudung & baju yg menutup lengan bole d laksanakn ketika berdepan dgn ipar dan saudara mara ketika d rumah..bagaimana dgn menutup kaki? Rata2 bila d tanya ramai yg x menutup kaki. Bukan ke kaki pun aurat yg perlu ditutup? Mgkn ada pembaca yg ingin beri tips atau share pengalaman menutup aurat yg sempurna bila d rumah.

  15. misi says:

    Alhamdulillah. tahniah.

  16. Teruja says:

    Ianya berbekas di hati..

  17. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof dan sahabat KTRS

    Syukur alhamdulillah itulah antara hikmah puasa nabi daud. Untuk mendapatkan berat badan yang idel satu perkara yang hampir mustahil bagi kita yang berusia tapi bila dah tercapai memang satu kejayaan besar.

    Terima kasih prof dan sahabat yang mengingatkan tentang aurat wanita.Berbekas dihati………….Insyaallah.

  18. kak yun says:

    Begitu cantiknya disiplin hidup dalam Islam; berhenti makan sebelum kenyang…… spy sihat, cantik ,mudah beramal; kemudian tutup aurat…elakkan kejadian yg tdk diingini….; SubhanAllah,..Alhamdulillah-t/kasih dgn ingatan & ajakan yg berulang, semoga Allah permudahkan segala niat & amalan kita amin…

  19. HJ RUSLI ARIS - Ipoh, Perak. says:

    Assalamualaikum Dr kamil sekelaurga,

    Dari segi aurat, kadangkala hati saya berkata “Alangkah bertuahnya aku menjadi seorg lelaki, tidak bersusah menjaga aurat, tetapi alangkah ruginya aku tidak mendapat pahala menjaga aurat (betapa berat mata mamandang, berat lagi utk malakukannya)”

    Saya amat kagum dgn wanita yg sentiasa menjaga auratnya..

    Semoga Allah melindungi mereka…

  20. Nor says:

    Salam sejahtera,

    Menjadi lelaki pun susah juga menjaga aurat sebenarnya..ia tidak disedari..iaitu ‘menundukkan pandangan’. Berapa ramaikah lelaki yang mampu menundukkan pandangan?

    Wallahualam.

  21. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Terima kasih N3 berkaitan kesihatan dan peringatan mengenai aurat.

  22. Ana says:

    Assalammualaikum Prof,

    Saya mula memikirkan aurat saya yang sebelum itu diambil mudah oleh saya. Ianya bermula selepas saya balik dari menunaikan umrah. Pada mulanya saya hanya biasa-biasa sahaja sebab malu nak beriya-iya sangat. Sungguh skeptikal fikiran saya…. Nanti orang kata “baru pergi umrah, belum pergi haji…. orang pergi haji pun tak macam kamu”.

    Ya Allah, syaitan sentiasa ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad S.A.W. Syukur alhamdulillah, apabila saya sentiasa membaca buku2 Prof / Puan Roza, mahupun blog Prof / Puan Roza, menjadikan hati saya terus terbuka untuk menjaga aurat saya sebagaimana yang disarankan. Di samping itu, saya mendapatkan pandangan jitu dari seorang sahabat dan beliau menyokong dan menggalakkan saya.
    InsyaAllah, saya akan berusaha menjaga aurat saya. Sekarang saya dah tak peduli, biarlah orang mempersendakan saya, buat saya rasa malu dsbnya. Yang penting sekarang saya ingin mencari keredhaan Allah. Amin…

  23. khalidah khalid says:

    Salam Sejahtera Prof & Keluarga,

    N3 yg sama2 memanafaatkan kan kita warga KRTS., MMg susah untuk menurunkan berat bdn lebih2 lg dalam menghidapi berbagai penyakit yang bagai ujian utk kita lalui. Anyway ianya hikmah dari puasa Nabi Daud yg diamalkan dan bgn 1/3 mlm yg Prof seru kita semua utk mengerjakannya. Insyallah Prof kami akan istiqamah dan muga ALLAH permudahkan dalam terus beribadat utk NYA. aMEEN. Slm buat Adik Roza, Amirul & Sofea & Terima kasih Prof…

  24. assaabiquun says:

    salam umi ,

    idah rasa prof dah ada entri dan gambar ustazah jamilah semalam.sofea peluk,tapi idah tak pasti betul atau tidak ustazah jamilah yang umi maksudkan dalam fb.

  25. MunawwarahSlm says:

    Asslm..lps mengikuti n3 prof n k.roza mulai rejab yg lepas sy Cuba amalkan puasa 3 hr dlm Setiap bln Islam..alhamdulillah, sronok Dan ringan rasa badan..esok nk puasa utk rabiulakhir pula..

  26. sarah says:

    Salam Prof..alhamdulillah Prof dah sihat
    Sebut pasal aurat…teringat waktu sy pergi menuanikan Haji +-12 tahun dulu.. di mina ..sewaktu tunggu giluran untuk masuk tandas..sorang makcik tu dia ankat kain…smpi lepas lutut..dan sbb perempuan lebih ramai..last2..tandas lelaki pun perempuan pakai…lawak2 pula bila ingat balik

  27. Rabbi zidni ilma says:

    setuju dengan pendapat di atas..lelaki juga sukar untuk menjaga aurat (menundukkan pandangan)..sebelum terbaca ini, saya ‘tak sangka’ menundukkan pandangan itu adalah ‘aurat’ lelaki..(jahilnya saya..)

  28. ummialiff says:

    salam.

    ‘suara’ juga aurat yang perlu diawasi…sedih melihat generasi muda berduyun-duyun nak ikut bertanding program ‘suara’/ menyanyi.

    tk prof. catatan berkesan.

  29. Halimah says:

    Alhamdullillah Prof…..Memang betul di sana saya juga dpt menurunkan berat badan ketika mngerjakan Haji 1432 yg lalu….bila balik sukar utk kekalkan berat badan…….
    mengenai Aurat…..mengapalah wanita2 selalu pandang ringan terutama kaki …..pada hal ia adalah aurat kan…sedih2….

  30. Anonymous says:

    Assalamualaikum Prof,

    Kunjungan ke rumah prof tempohari adalah pelengkap perjalanan agung kami ke Makkah/Medina. Apatah lagi ceramah ringkas di tmn syurga prof sgt memberi makna. Semoga prof sekeluarga dirahmati Allah swt selalu. InsyaAllah..

Leave a Reply