Berdosa atau tidak? Boleh atau tidak?
Itulah soalan yang saya tanya dan bincang bersama Roza. Isunya mudah. Universiti memberi peruntukan tambang business class kepada kami sekeluarga untuk pulang bercuti.
Ramai yang mengajar kami supaya berpakat dengan pihak travel agent supaya mereka mengeluarkan kelas ekonomi. Lebihan wang boleh digunakan untuk anak-anak yang lain, misalnya untuk membawa Azrai dan Sara ke Madinah.
Hadis sahih Muslim ini memberi jawapan yang sangat tepat.
An-Nawwas bin Sam’an Al Anshari berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang makna kebajikan dan dosa.
Baginda bersabda: “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik. Sedangkan dosa ialah sesuatu [perbuatan dan seumpamanya] yang menyebabkan kegelisahan dada, dan engkau sendiri benci jika perbuatanmu itu diketahui orang lain”.
Rakaman
Sofea bergaya di hadapan kamera.
Jalilah, jurukamera majalah ANIQAH (nota: saya harap ia nama yang tepat) sangat bertuah kerana dapat menunaikan umrah sambil menjalankan tugasnya.
Inilah pertama kali kami sekeluarga posing untuk majalah di sekitar Haram. Malu juga….
Sheikh Amirul
Bila mendapat tahu yang beliau dikehendaki bergambar untuk majalah, beliau memilih sendiri pakaian. Serbannya digosok sampai betul-betul mempunyai side yang tepat.
Kemudian dikenakan dengan igal yang dibeli sendiri beberapa minggu yang lepas. Beliau mahu bergaya. Dan yang lebih penting, beliau tidak malu menggayakanya.
Usai solat Isya – sementara menanti masa ceramah di kawasan salah sebuah hotel - kami menikmati kebab daging di salah sebuah kiosk di salah sebuah hotel (Movenpick) di sekitar Haram.
Inilah kebab Madinah yang terbaik pernah kami rasa. Roza, Sofea dan Amirul turut bersetuju. Saiznya besar. Satu kebab boleh dimakan berdua, selera orang Malaysia.
Namun harganya sedikit mahal. SR20 sebiji!
Saya fikir ia sangat berbaloi.
Huda dan Hana
Ibu dan dua anak remaja ini berkejar mendapatkan kami. Rupa-rupanya mereka pembaca buku Travelog Cinta Abadi dan Travelog Impian Abadi.
Cerianya wajah manis mereka.



salam prof,
sofea guna tangan kiri ke waktu makan atau sekadar posing je tu..kita saling ingat mengingati …moga Allah Memberkati kita semua..
Salam sejahtera prof, roza dan anak2, ‘kegelisahan dada’ jika di tanya lawan nya ialah ‘berlapang dada’.Semestinya kita akan memilih ‘berlapang dada’ kita bersyukur dgn rahmat tidak diberi ‘kegelisahan dada’…..
Assalamualaikum Abang Prof.
Didoakan agar abang prof sekeluarga dirahmati Allah.
Boleh atau Tidak? Jawapan saya ‘Tidak’
Kelayakan peruntukan yang diberikan adalah ‘Perjalanan bercuti’ dan bukannya ‘Nilai Tiket’ yang boleh di jual balik.
Salam sejahtera semua,
Di tanahair, ramai yang buat begitu. Contohnya tuntutan perjalanan..lain yang dibelanja..lain yang dituntut. Kemudian masing2 seperti gembira..kononnya cerdik. Allahuakbar! bilalah agaknya orang melayu nak jadi Islam?
Assalamualaikum Prof,
Saya suka sgt tengok gambar Amirul dgn Igal tu….cute sgt2. Kalaulah dia anak saya..rasanya…saya cium pipi comel tu tiap hari…:))
As Salam Prof…
Masalah kecil yang begitu signifikan…
Bukankah Rasulullah saw mengingatkan dalam khutbah terakhirnya
syaitan itu kecewa memperdaya dalam perkara2 yang besar tapi
beringatlah akan perkara-perkara yang kecil…
assalamualaikum wbt.
Hmmm betul prof., matlamat tidak menghalalkan cara. huhuhuhu.
btw, amirul, semakin tembam.
heheheh…
Salam Sejahtera Prof,
Entahlah (maaf jika lari dari topik) , N3 Prof ini mengingatkan saya kisah di zaman Saidina Omar di mana seorang ibu penjual susu menyuruh anak gadisnya campur air dalam susu. Ringkasnya anak gadis itu mengatakan kepada ibunya Allah nampak walau pun Khalifah tidak nampak (di zaman itu pun ada insan bergelar ibu boleh buat benda kontra, apa lagi zaman sekarang)…apa yang ditulis ini adalah berkaitan kepada mencari ‘keuntungan’ dan takwa seorang anak.
assalamualaikum wbt.
Prof. untuk mengekalkan matlamat sebagai ‘insan terpilih’ usahlah difikirkan tentang untung rugi yg sgt sedikit di dunia ini. Gunakan pendapat iman bukan nafsu.
Salam Prof dan semua readers,
Syukur Allah pilih kita untuk beringat. Saya berdoa agar ramai lagi yang akan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan.
Semoga kita selamat dunia akhirat.
Salam Prof, nampak berselera sungguh Sofea dan terasa kesedapan kebab tu. Tumpang tanya , kedai kebab yang mana satu prof?
Assalamualaikum. Bahagianya kehidupan prof sekeluarga, alhamdulillah.
salam prof,
saya juga ingin tahu kedai kebab ni, prof. dah lama tak merasa kebab yg sedap
Salam sejahtera,
Ia sebahagian daripada KIOSK hotel Movenpick Madinah tempat menginap jemaah Malaysia yang paling popular.
InsyaAllah, ia sangat sedap.
Assalamu’alaikum Prof. dan pengunjung KRTS
Sahih, hati yang gelisah berdebar-debar di dalam diri, hanya kita sahaja
yang tahu. Sudah pasti sentiasa dalam pengetahuan Ilahi. Sebagai
peringatan, usah diteruskan! Keuntungan yang sangat tidak berbaloi.
Bahkan boleh menghapus pahala yang tak seberapa pula.
Sheikh Amirul kelihatan sangat tampan.. umpama pahlawan Islam yang
menjaga keselamatan dua muslimah di sebelah tu.
Wassalam
Assalam Prof,
tak sabar rasanya kesana bila baca entry2 prof…
inshaAllah akan kesana tidak lama lg… sedang mengulang baca Travelog Haji mengutip tips2… saya perasan bacaan pertama beberapa tahun lalu tidak terkesan dihati sebabnya tak faham sangat pasal ibadat umrah ni… tetapi kali ini baca sambil airmata mengalir dgn perasaan yg semacam…
prof ulang2 kali kata prof teruk dan jahil dlm buku tu… saya rasa saya lagi teruk…. mengaji masih merangkak diumur yg dah banyak ni. jadi sambil membaca sambil berdoa dlm hati moga Allah ampunkan dosa2 saya… saya juga nak jadi insan terbaik disisiNya…
dulu tak pernah doa mtk syurga firdaus… dapat masuk surga pun dah mujur huhu… tapi skrg saya juga nak yg terbaik jer semuanya…
Terimakasih kerana menulis Travelog Haji. Moga Allah memberkati prof, isteri dan anak2 semuanya.
assalammualaikom. mudah2an murah rezeki prof. memang ramai yg berbuat demikian. bila dah mula ditakuti akan buat lagi
Prof, kirim salam pada syeikh amirul yg segak bergaya yer..
Assalamualaikum prof,
Baru semalam tengahari saya membeli dan membaca buku prof Travelog Haji, Sempadan Iman. Rasa tidak mahu berhenti dan ingin menghabiskan satu buku itu dgn segera…penceritaan buku ini sungguh menarik dan membuat saya terfikir berapa ramaikah umat Islam yg pergi mengerjakan haji tetapi tidak mendapat kemanisan haji tersebut. Saya juga telah pergi haji waktu berumur 38 tahun dengan ilmu yg cukup sedikit dan merasa diri banyak telah membuat banyak kesilapan. Sekarang saya memasang niat untuk pergi sekali lagi menjadi tetamu Allah tetapi dengan persediaan yg lebih baik. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar niat saya itu dapat ditunaikan semasa badan masih lagi kuat…Ya Allah!..kau permudahkanlah
dan Kau berilah aku peluang sekali lagi untuk mengerjakan Haji..
Assalamualaikum Haji. Bagi saya tidak boleh sbb pihak U memperuntukkan tambang hanya utk 4 org. Apa yg boleh Haji lakukan, berjumpa dengan pihak yg berkaitan dan membuat permohonan utk kebenaran membeli tiket eco supaya jumlah bakinya dapat menampung tiket bg anak yg 2 lagi.
Kak Zaharah
Salam Prof,
Untuk kepastian confirm sahaja dengan pihak HR Universiti. Kalau dilihat sekali lalu sekiranya perbelanjaan itu sama atau tidak melebihi
kelayakan Prof seperti tiada masalah, tetapi sebaiknya minta kepastian
daripada pihak yang bertanggungjawab.
Assalamualaikum wbt Prof. MKI,
Berdosa atau tidak? Boleh atau tidak?
Contoh situasi di pejabat – recycle paper yang dijual ke kedai kitar semula, hasilnya (walaupun sedikit) dimasukkan ke dalam tabung peribadi jabatan/ bahagian.
Ironinya kertas tersebut dibeli oleh organisasi.
Banyak lagi contoh2 yang menyentuh tentang aspek kejujuran – jujur kepada diri sendiri, jujur kepada Allah & sebagainya.
Terima kasih di atas perkongsian hadis di atas…begitu terkesan.
SALAM
sis yang bertanya,rasanya pada pandangan saya,sofea potong kebab dgn tangan kanan dan mungkin suap guna garfu di tangan kiri.
ini memang sesiapa pun buat melainkan kidal.
saya kalau potong guna tangan kiri,lauk akan landing tempat lain.lepas dah potong semua baru suap guna garfu dengan tangan kanan insyaAllah….
Salam sejahtera,
Seronok saya membaca komen-komen dalam bab ini. Ramai yang menasihat saya supaya jangan lakukan dan bertanya pada pihak Universiti.
Jangan risau, saya dari awal tidak bersetuju untuk melakukannya. Cuba perhati betul-betul entri di atas. Saya mempersoalkan “boleh atau tidak” dengan memberi contoh kepada diri saya sendiri.
Buat apa saya hendak naik kelas ekonomi sedangkan saya berpeluang naik business class? Itu juga satu nikmat yang perlu dinikmati.
He… he… kalau beli sendiri saya pakai tambang murah!
Salam…
Berbalik kepada komen tentang penggunaan tangan kiri semasa makan…
Saya ada menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don minggu lepas (siaran ulangan sempena Maulidur Rasul). Dikatakan bahawa makruh untuk menyuap makanan menggunakan tangan kiri, hatta dengan garfu sekali pun.
Saranan Ustaz Don…. kita potong mknn (selalunya steak) guna tangan kanan mcm biasa, kemudian letakkan pisau… dan cucuklah & suapkanlah mknn ke mulut kita menggunakan tangan kanan…
Memang nampak mcm tak ikut protokol… tapi, berbangga lah sebab kita menyuap makanan menggunakan tangan kanan (hatta guna garfu sekalipun) mengikut sunnah…
Wallahu’alam.
Assalamualaikum ..
Boleh… bagi mereka yang kurang imannya dan tidak takut kepada hukuman Allah… Persoalannya… siapakah yang benar2 menerima peruntukan tersebut?….
Assalamualaikum prof n keluarga,moga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Amboi, Sheikh AMirul dah pandai bergaya, lengkap dgn serban n igal, comel sangat. tp makcik rasa Mirul kena diet sikit agar tampak lebih macho!
Aslm Prof,
Semoga sihat sejahtera bersama keluarga di Madinah…
Entri ini mengingatkan saya tentang elaun perpindahan cuti belajar terutama pelajar pascasiswazah penyelidikan dalam negara.
W/pun di atas kertas nampak ‘boleh’ ramai juga yang claim berpindah ke walhal hanya 2-3 kali sebulan shj berjumpa penyelia, selebihnya masa diluangkan di rumah/universiti tempat bekerja….aduhaiiii
Salam Prof,
Apa yg Prof lontarkan memang benar, kita selalu ingat tak mengapa kerana tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. Dalam banyak hal hati tak rasa bersalah pun…
Hadis yg dinyatakan menyebabkan hati berdebar-debar… dan SubhanaAllah terasa kegelisahan yang bersarang didada…
Astagfirullah…
Salam.. moga kita semua dalam rahmat_Nya……. Saya baru selesai menjalankan satu tugas… Ada rasa serba salah dengan keputusan yang dibuat… Alhamdulilah tulisan prof mengggembirakan hati saya… Saya buat perkara yang betul , syukur….
amat teruja…. smoga dapat bertemu disanaaaaaaaaaaa… insyaAllah
Salam prof dan keluarga… pada pendapat say tidak perlu di ikut nasehat yang sedemikian, guna saja tiket yang telah di peruntukkan itu. Sejak tahun 2005 sampai sekarang prof telah di anugerahkan dengan berbagai2 nikmat dari Allah Subhanawlahi Ta’ala . Jangan biarkan shaitan menyelinap masuk ke lubok hati. Keuntungan yang sedikit akan memusnahkan segala-galanya di dunia dan akhirat.
Doakan saya dan keluarga dapat melaksanakan ibadah umrah pada pertengahan March nanti. Semoga kami dapat memandang prof dan keluarga di sana InsyaAllah.
Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ampunkan lah dosa dosa kami , Ya Allah terimalah segala amal ibadat kami,jauhkan kami dari tipu daya shaitan matikan kami dalam husnulkhatimah dalam keredhaanMu. Amin
Ass prof, maaflah lari dr tajuk, sy nak luahkan nukilan sy, sebenarnye sy x mengenali prof, 2 minggu sudah, sy ke library, pinjam buku, dulu sy suke baca novel, tapi sejak kebelakangan ini, sy dah jemu, sy beralih ke buku islamik pule, dan sy terambil buku prof, travelog haji,sy pinjam bukan nak g umrah/haji, mulenye sy tak berape minat cara penceritaan dlm buku tu,maafkan&unkan sy, tapi bile sampai ke bab 2 dan seterusnye, hati sy terus berkenan, Allah Maha Kuasa,Allah buke minda & hati sy, dengan hanya catatan prof sahaja sy insaf, Ya Allah, bile lah sy nak ke sana, sy nak beribadat mcam yg prof buat, taubat kpdNye dan sujud di depan Kaabah dengan penuh keinsafan, terima kasih prof, rasenye sy lewat mengenali prof, klu boleh sy nak tahu ape lagi buku tulisan prof,nak tanye, prof memang dah menetap di Madinah ye, bestnye,
Assalamua’alaikum Prof dan semua saudara KRTS,
Alhamdulillah. Dakwah ‘indirect’ Prof berhubung persoalan ‘boleh atau tidak’ saya yakin telah berjaya membuka mata hati ramai saudara pembaca n3 ini yang terlibat untuk kembali bertaubat. Tahniah Prof. yang bijaksana. Syukran jazilan
Asslmkm, sbg pkongsian ilmu, hadis yg Prof sebutkan tu ada dlm koleksi Hadis 40 karangan Imam Nawawi. sila rujuk Hadis yang ke 27 lengkap dgn penerangannya…jika hati orang yg mengaku beriman rasa tak tenteram….ha..tu tandanya….jangan buat!
Salam.
Begitu juga dengan claim,claim itu, ini dan macam2,buat OT tapi pergi mana-mana,tahu-tahu aje punch pukul 3 ptg,sebenarnya macam2 penipuan yang boleh dilakukan,tapi jila kita rasa Allah melihat..dan ada perasaan takut padaNYA,insyaaalah kita boleh terhindar dari melakukan perbuatan penipuan itu…
Seronoknye membaca cerita Prof.Tahniah Prof diatas segala usaha Prof selama ini.Moga2 semuanya berjalan dengan baik.Hai..nikmatnye tinggal disane.Doakn saya sekeluarga Prof agar dapat menjejakkn kaki ke tanah Bumi suci Mekah.
Salam,
Ohh.. kebab di situ..memang sedap. Pizza nya pun sedap..
Assalamualaikum Prof….
Semoga N3 Prof memberi manafaat kpd ‘ketua2′ yg memegang amanah agar menggunakan peruntukan yg diamanahkan kpd mereka…secara jujur dan telus….
Assalamualaikum Prof. Saya pernah mengikuti ceramah Prof di tempat saya di N9. Saya kini sudah bersara. Sewaktu bertugas untuk sebuah syarikat mega tempatan, saya sering keluar negeri dengan peruntukan tiket bisnes. Apabila saya ingin keluarga ikut serta, saya memohon kepada syarikat untuk downgrade tiket bisnes ke tiket ekonomi serta belikan tiket untuk keluarga. Alhamdulillah, permohonan saya tidak pernah di tolak.
Hadis pertama Arba’un Annawawi, setiap amal itu adalah dengan niat. Maka niat yang baik, insyallah dibantu Allah SWT.
Assalamualaikum Prof. Saya akan menunaikan umrah dari 10 Mac hingga 23 Mac. Kami akan berada di Madinah pada 19 Mac. Boleh tak kami menziarah prof. Besarlah harapan kami agar pertemuan ini menjadi kenyataan.