Jika saya mampu, maka sedaya upaya akan saya lakukan. Jika tidak, saya nyatakan secara berterus-terang yang saya tidak mampu melakukannya.
Jika tidak – biasanya - saya akan membantu memberi jalan alternatif.
Saya fikir ia sangat adil dan saksama. Misalnya ketika menjawat jawatan pengarah kampus UiTM, saya nyatakan kepada pembantu saya, “kumpulkan kesemua rayuan masuk UiTM, tidak kira siapa mereka untuk saya bawa ke Shah Alam”.
Prinsip saya mudah, bantuan diberi kerana mereka membuat rayuan dan saya berada di dalam keadaan yang boleh membantu. Ada kursus-kursus yang tidak pernah cukup calon dan sentiasa memerlukan calon yang layak.
Ramai yang memohon pertolongan kerana saya berada di Madinah. Misalnya, “prof boleh tolong bookingkan hotel, carikan kenderaan dan carikan pemandu…”
Ada juga yang mohon saya bertanya sheikh-sheikh di sini beberapa hukum dan fatwa.
Malah ada juga yang mahu meminta pertolongan untuk mereka menjalankan perniagaan. Malah permohonan yang paling banyak diterima adalah untuk bekerja di Madinah.
Roza selalu ketawakan saya apabila membaca permintaan seumpama ini. Beliau tahu yang saya tidak mampu melakukanya. Malah beliau tahu yang saya tidak akan melakukannya.
Tidak. Saya akan membantu tetapi setakat mana saya terdaya.
Pertama, jika perlukan hotel, pemandu, kereta dan ….. yang berkaitannya maka saya akan menyatakan kepada mereka…. hubungilah Tuan Haji Arsyad……+966530388418. Beliau pakar dalam urusan ini.
Menarik, ada yang pertanya, “prof boleh percaya ke dia ni?”. Allah… Allah… Allah…
Kedua, ada yang marahkan saya apabila saya nyatakan, “mohon maaf saya tidak dapat bertanya kepada tok syeikh di sini tentang hukum dan fatwa”. Malah ada yang berkata, “kenapa tidak, ia hanya mengambil sedikit masa dr yang sangat berharga itu….”.
Allah… Allah… Allah… Dengan Tok Sheikh saya sendiri pun saya tidak mampu berbicara apatah lagi mahu berhadapan dengan mereka yang lain.
Berniaga? Saya tidak minat. Full stop. Malah saya menerima banyak pelawaan untuk menggunakan KRTS bagi mengiklankan barangan mereka. Jawapan saya, “saya mohon maaf, biarlah KRTS kelihatan mudah dan ringkas. Ia ada konsep yang perlu saya pertahankan”.
Jika ada komen-komen tertulis mempunyai link ia perlu berada di kawasan moderator. Hanya link yang releven dengan konsep KRTS akan dilepaskan.
Malah jika ada yang cuba mengiklankan perniagaan mereka melalui FB atau Blog, kesemuanya akan saya block dan delete daripada menjadi rakan dan diganti dengan yang lain.
Biarlah saya berterus-terang dalam soal ini.
Namun jika mahu memanggil saya menyampaikan sedikit ilmu, FREE of CHARGE! Itulah pertolongan yang mampu saya berikan.
Menyatakan, “saya mohon maaf tidak dapat membantu tetapi insyaallah saya memberi jalan” tidak menyukakan hati orang yang meminta pertolongan.
Dalam kebanyakan kes, tiada terima kasih untuk “memberi jalan”. Mereka diam membisu tanda protes!
Mereka mahu saya menyatakan “YA!”. Jika begitu, sekali lagi – secara terbuka – saya mohon maaf!
salam prof,
saya nak mintak tolong satu aje prof. Jangan jemu menulis di blog ini. Tulisan2 prof selalunya mengandungi banyak nasihat dan petunjuk….
Prof, Maafkan saya jika saya terlupa untuk mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan, nasihat, balasan message di fb dari prof kepada saya. Walaupun saya tidak menyatakannya kerana terlupa, namun dalam hati saya tetap menyatakanya dgn rasa gembira menerima balasan prof. Terima kasih prof.
salam prof,
maaf bertanya….
adakah soalan saya dulu pada prof dan kak roza tentang cara mohon masters/phd taibah university itu termasuk sesuatu yang menyakiti prof berdua?
saya tidak bermaksud begitu….
tapi puas emel ummulqura dan taibah,emel mereka full inbox,rejected.
maaf…
saya masih berdoa…
jazakallah…