Sibuk

Tidak pernah saya rasa sebegini sibuk semenjak berada di Madinah.

Kenapa?

Universiti Taibah sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada badan persijilan untuk program perakaunan. Dalam konteks yang berbeza, ia juga usaha-usaha universiti untuk meningkatkan kualiti program yang ditawarkan.

Dulu… di UiTM, saya sentiasa mempunyai “dayang-dayang” yang sering membantu. Di sini, segalanya sendiri. Saya perlu menyediakan 2 teaching portfolio, 4 course specification dan review beberapa kerja yang dijalankan oleh rakan sejawat.

Cuma di sini ada sedikit perbezaan, satu tugasan di bayar SR1500… di sana free… ia tugas hakiki!

Namun saya lebih suka free tetapi saya tidak perlu melakukannya.

Itu tandanya sudah TUA!

Tetamu Umrah

Dinner di Movenpick

“Jom kita minum dan makan kebab,” kami mempelawa Aida dan suami. Inilah pertama kali kami mengajak tetamu umrah yang mahu berjumpa untuk minum dan makan di luar.

“Minta maaf tidak dapat mengajak ke rumah. Ada kerja yang kami perlu selesaikan”.

Di sebelah pagi kami sudah menerima tetamu dari Kemaman. Ya Allah terlupa mahu merakam pertemuan tersebut akibat sangat teruja menyampaikan tazkirah.

Kemudian, kami menikmati hidangan nasi lemak berlauk rendang yang dibawa oleh tetamu lain dari Malaysia. Alahai… sedapnya!

Di sebelah petang, saya menyampaikan tazkirah di dalam masjid Nabawi kepada “ayah dan anak” yang pertama kali hadir di Madinah. Sebelum maghrib, saya tunjukkan kawasan sekitar dalam masjid, bagaimana mahu bersolat di belakang imam, memasuki bilik jenazah, melalui makam RasululullahSAW.

Kemudian, kami bersantai-santai melihat persiapan berbuka puasa.

Akhirnya, kami sama-sama menikmati juadah tamar, roti, cheese dan qahwah. Kami terpisah apabila mahu menunaikan solat maghrib.

Mungkin mereka bertanya, “siapakah dia yang bersemangat mengajak kita melakukan “itu dan ini”?”

InsyaAllah, kita jumpa lagi pada suatu ketika yang lain, mudah-mudahan di Jannah!

Begini sebenarnya.....

Kami menikmati ayam goreng dan roti di rumah Sheikh Khalid. Inilah cara “biasa-biasa” makan di rumah beliau. Saprah dihampar, roti dicampakkan ke atas saprah dan kesemua kami keliling menghadapi hidangan.

Ia malam minggu di Madinah bertamu ke rumah rakan baru yang kelihatan semakin melekat di hati.

Hadiah

Usai solat sunat sebelum Isya, beliau melihat saya dan berkata, “ini ada sedikit hadiah daripada kami untuk prof. Kami mahu prof dan Roza membeli baju dan pakai ketika belajar mengaji”.

Hadiah? Ia hadiah yang unik dalam suasana yang luar biasa.

Saya tahu ia sejumlah wang.

Kemudian beliau berkata lagi, “jangan guna wang ini untuk membayar tambang teksi jemaah yang dibawa ke rumah”.

Saya ketawa.

Dunia ini sangat pelik. Ketika saya mengeluarkan wang kepada yang lain, ada manusia lain yang menggantikan wang tersebut kepada saya walaupun dalam bentuk yang berbeza.

Di sisi Allah ia tidak begitu. Tiada kepelikan di sisiNya.

22 Responses to “Sibuk”

  1. ijoi says:

    Salam prof

    Semoga Allah memudahkan …

  2. zaharah abu bakar says:

    Alhamdulilah prof. Sesibuk mana, prof masih mencari ruang untuk bersama kami di KRTS….

  3. fh says:

    salam prof

    Semakin indahnya hidup prof di sana..kalaulah saya juga dapat berbuat seperti itu…

  4. Rozita-Shah Alam says:

    Assalamualaikum Prof seisi keluarga dan semua wagra KRTS,

    Alhamdulillah…dlm kesibukan Prof masih ada ruang utk entry baru hari ini…panjang pulak tu..Best..Seronok baca…:)

    Semoga Allah permudahkan semua urusan/tugasan Prof…lebih mudah dr A,B,C…! InsyaAllah…semoga bantuan dariNYA dtg dlm segala bentuk dlm menyempurnakan tugasan2 tersebut…

    Saya semakin excited…teruja sgt menanti hari berangkat ke Madinah..:D
    semoga selamat & dipermudahkanNYA n kami terpilih & berjaya menjadi tetamuNYA n tetamu Prof. (InsyaAllah..) yg teristimewa…:)
    Ameen…Ya Robbal ‘Alameen..

    SubhanaAllah…

  5. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    semuga dalam kasih sayang Allah.

    Terima kasih kerana sentiasa ada saja ilmu yang di kongsi dengan kita semua.

    Semuga prof dan keluarga dan warga KRTS di redhai Allah.

    Jazakaullah

  6. Fatimah Wati Mohamad says:

    Assalamualaikum Prof dan keluarga yang dirahmati Allah,

    Saya cuba untuk tidak miss entry Prof. Alhamdulillah. Jazakallah.

    Untuk makluman Prof, Ustaz Idris (dulu Imam Surau Section 9, Shah Alam) sekarang mengajar di Sekolah Assyakirin di Section 13 Shah Alam dan juga menerajui Maahad Tahfiz Raudhatus Sakinah, Kg Jenjarum. Prof boleh lihat blog Ustaz Idris “maahad tahfiz raudhatussakinah”

  7. Norasiah othman says:

    Alhamdulillah, tarbiah prof pada 21hb feb dijabal Uhud , madinah begitu terkesan di hati… Terima kasih Allah kerana memberi peluang ini…

  8. Kak nor Asiah says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga, moga kita sentiasa dlm lindungan kasih sayang Allah.

    Terima kasih kr N3 menarik di atas walaupun Prof sibuk dgn tugas. Tersentuh hati kak dgn keikhlasan sahabat Prof memberi hadiah dlm bentuk wang utk mbeli baju! Itulah cara sahabat sejati yg ingin mngembirakan hati sahabatnya.

  9. (,'') Fauziah says:

    As’salam Prof.

    Terima kasih Tuan walaupun sungguh sibuk masih sedia berkongsi rasa dan nasihat dengan kami. (,”)

    Ooops Tuan, semoga kita semua bertemu di Jannah.(,”)

    Amin, amin, amin Ya Robbal a’alamin. (,”)(,”)(,”)

  10. azman azizan says:

    assalam mualaikum ustaz…senang sekali membaca berita dari ustaz…tulislah lagi…buat mengubat rindu ….teringin sekali nak “”joint”"” ustaz …Insyaallah…

  11. HJ RUSLI ARIS - Ipoh, Perak. says:

    Dr Kamil sekeluarga , semuga sentiasa dirahmati Allah.

    Rasa rindu dan tidak lengkap tugas harian jika tidak membaca entry Dr., dlm kesibukan masih ada ruang.

    Kisah Shiekh Khalid memberi ‘hadiah’ yg dpt saya komen adalah “Allah sahaja yg maha mengetahui segala-galanya, Subhanalllah.

  12. Dayang says:

    Nama saya Dayang….

  13. Fazillah says:

    Assalamualaikum

    Doakan agar saya dapat meninggalkan di Madinah.

  14. Kartina Oi says:

    Assalamualaikum Prof,

    Semoga Prof sekeluaga dilimpahi rezeki dan kesihatan sepanjang masa. Ameen.

    Semasa mula berkhidmat di U. Taibah, Prof gambarkan betapa relaksnya tugasan…..Entri kali ini menggambarkan ‘Tugasan setimpal dengan ganjaran’. Rasa-rasa gitulah Allah SWT memberi kita rezeki yg berkat.

    Take care Prof. “Health is Wealth”.

  15. bint Mohomed Wahie says:

    Prof…
    Mohon doakan… “semoga saya meninggalkan alam ini di salah satu al-Haramain, Makkah al-Mukaramah atau tempat semadinya para syuhada ..i.e. Madinah a-Munawarah…”

    ameen

  16. bint Mohomed Wahie says:

    Jazakumullahu khairan kathira.. semoga Prof & keluarga di dalam rahmat Allah SWT sentiasa… ameen ya RAbb… :-)

  17. Firdaus says:

    Salam prof, salam semua

    “Universiti Taibah sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada badan persijilan untuk program perakaunan. Dalam konteks yang berbeza, ia juga usaha-usaha universiti untuk meningkatkan kualiti program yang ditawarkan.”

    Apabila membaca ungkapan di atas, apa yang saya terfikir difikiran saya: Dalam menyampaikan dan mengajak khalayak KRTS mendekatkan diri kepadaNYA, secara tidak langsung, Prof mengajar khalayak pembaca untuk berfikir secara kritis!!! Luasnya ilmu ALLAH.

  18. ritzall says:

    Assalamualaikum Prof & warga KRTS,

    Alhamdulillah, moga Allah akan memberkati usaha-usaha Prof & warga KRTS. Pagi tadi ada program Liga Ilmu ulangan di mana Prof menjadi moderatornya…hehe..berbeza sungguh rupa paras ketika itu dan sekarang…

  19. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Apabila Allah SWT telah menentukan bahawa seorang anak Melayu akan membantu Universiti Taibah dalam usaha mendapatkan pengiktirafan daripada badan persijilan untuk program perakaunan maka jadilah ia.

    “…….rakan baru yang kelihatan semakin melekat di hati.” Ayat ini meningatkan saya kepada 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya di mana salah satu antaranya adalah 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

  20. rosilawati says:

    Assalamualaikum wrwbt

    Mendengar cerita ini, saya merasa bahagia apabila hidup kita sentiasa disulami dengan kasih sayang orang sekekliling…dimana-mana saja kita berada, silalah memberi…kerana dengan memberi kta akan mendapat sesuatu yg lebih…mungkin dengan sesuatu yg tidak disangka-sangka.

    Saya suka apabila mumumimi kata, rakan baru yg melekat di hati…adalah 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu berpisah kerana Allah SWT. Sentiasa berdoa semoga semua orang yg saya kenali…akan melekat di hati saya ini…termasuk bertemu Prof.

  21. Aida says:

    Assalamualaikum Prof dan keluarga,
    Terima kasih banyak- banyak kerana meluangkan masa untuk berjumpa dan menjamu kami di Madinah tempoh hari. Pesanan dan nasihat yang diberi tak akan dilupa, InsyaAllah..Kami doakan semoga semua impian Prof sekeluarga tercapai.

  22. Osmera Mohamad says:

    Assalamualaikum prof…hampir setiap hari saya cuba mencari prof kat masjid tapi takde rezeki nak berjumpa…Hari sabtu saya dah balik keMalaysia…

Leave a Reply