Jadual baru

Saya mempunyai dua guru Quran. Pertama, Al-Waled mengajar saya selepas Asar sehingga saya kata “dah cukup…..” Kemudian, beliau sepatutnya mengajar bahasa Arab.

Kurang-lebih satu jam. Selebihnya saya cuba berjumpa dan melayani rakan-rakan KRTS, FB dan khalayak pembaca yang ingin berjumpa dan berkongsi fikiran.

Ia di sekitar jam 5.10 petang.

Kedua, di sebelah malam (selepas Maghrib), saya akan mengadap Tok Sheikh yang disediakan oleh pihak masjid. Kini hampir setiap hari proses ujian mengingat perlu dilakukan. Kebiasaannya, sayalah yang pertama perlu mengadap beliau.

Ujian pertama, surah al-Balad. Lulus! Tok Sheikh campakkan gula-gula tanda beliau berpuas hati. Saya lagi lega.

Roza pula lagi mencabar. Ramai yang bertanya saya, “Roza sihat?”. Emmm…. beliau sangat stress kerana perlu menghafal banyak surah setiap hari. Ulang-ulang!

He… he… itulah orang tua belajar!

Kini saya menukar sedikit jadual. Sukanya hati saya apabila kelas bersama Al-Waled terpaksa dilakukan sebelum solat subuh, di sekitar jam 4.30 pagi. Jadi di sekitar jam 4.00 pagi saya sudah perlu bertolak dari Jabal Uhud.

Ia mengulangi kisah hidup saya di UiTM Segamat!

1000 tafsiran

Jam 4.00 pagi di parking Masjid Nabawi

6.12 pagi, sejurus solat subuh selesai

Parking ini – kebiasaannya – digunakan oleh penduduk tempatan. Logiknya begitu. Kenapa? Tiada kawasan perumahan di sekitar 2 km dari Haram. Mereka perlu datang berkenderaan.

Mungkin juga mereka parking di kawasan sekitar, free of charge!

Bagaimanapun, gambar di atas menggambarkan sesuatu yang boleh dijadikan proksi kedatangan jemaah tempatan ke Haram. Namun ia bukan satu kepelikan kerana masjid-masjid sangat hampir dengan rumah-rumah mereka.

Misalnya di kawasan saya, terdapat tiga atau empat masjid yang berbeza arah dalam lingkungan 100-150 meter. Setiap masjid sentiasa mempunyai jemaah di sekitar 2-3 saf waktu subuh.

Ia sesuatu yang sentiasa boleh dibuat kajian.

16 Responses to “Jadual baru”

  1. kak norasiah says:

    Assalamualaikum Prof
    dan keluarga, semoga kita semua sentiasa dlm lindungan kasih sayang Allah.

    Kak kagum dgn kesungguhan Prof belajar, rasa malu pula pd diri sendiri. Beruntung Prof ada kwn spt Al Walid yg sanggup mluangkan masa mengajar Prof. Tahniah kr ada peningkatan dlm pembelajaran Al Quran dgn Pak Sheik

  2. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Tersenyum sendirian saya membaca N3 prof kali ini,yang menariknya bila lulus dapat gula2. “Parking kosong” Agaknya orang saudi tak rasa manisnya solat di Haram mungkin mereka tau rasulullah akan memberi syafaat kepada mukmin madinah,ingin nak tahu apa sebab yang sebenarnya. Semoga Allah permudahkan usaha prof untuk menghafal alquran.

  3. ros says:

    salam prof
    hanya yang ‘terpilih’ sahaja parking time tu.allahurabbi

  4. Fatimah Wati Mohamad says:

    Assalamualaikum Prof dan keluarga yang dirahmati Allah. Jazakallah atas perkongsian ini

  5. yahaya othman says:

    Assalamualaikum Prof.

    Saya kagum istiqamah Prof mengamalkan suratul ‘asr (demi masa) dalam kehidupan yang betul-betul satu motivasi buat saya jua untuk memanfaatkan masa dan kesempatan hidup dengan secukupnya. Terima kasih.

  6. Zaleha Ismail says:

    kenapa parking begitu kosong?…mungkin sama seperti kita yg tidak menghargai keindahan dan kurniaan yg dikurniakan oleh Allah SWT yg dekat dan ada dikeliling kita sedangkan orang dari jauh datang untuk menikmatinya…wallahhu ‘alam..

  7. kak yun says:

    Assalammualaikum,

    Alhamdulillah….cth terbaik istiqamah dlm bribadat; tringat satu riwayat bgmana saidatina Aisyah brtanya kpd Junjungan Nabi Muhammad SAW mengapa perlu melakukan solat2 sunat …. [mohon maaf kalau terkurang ]dan tentu ramai yg tahu apakah Jawapan baginda…

    dan saya brpendapat prof jua mengamalkan apa yg disarankan; apabila kita tunduk, tawadhuk,senantiasa brsyukur dgn nikmat2 yg Allah berikan Allah akan tambah dan tambah lagi segala kenikmatan…..subhanAllah..

  8. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Terima kasih prof.

    Semuga kita istiqamah dalam melakukan ibadat kepada NYA.

    Jazakaullah

  9. misi says:

    barakallah.

  10. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Tafsiran saya adalah sebab itulah Allah SWT masih tangguhkan Umat Islam kembali sebagai kuasa dunia.

  11. KMY says:

    Assalamualaikum wbt Prof. MKI,

    Alhamdulillah…tahniah Prof.! Bukan calang2 orang boleh menghafal sampai 20 ayat.

    Jumaat lepas, sempat menyemak bacaan Surah ‘Abasa anak sulung kami. Alhamdulillah kak long, lulus ujiannya dan kini sedang berusaha menghafal Surah An-Nazi’at pula.

    Akhir kata, didoakan agar Prof. & keluarga menjadi di antara golongan pihak kanan (yg akan beroleh syurga) seperti dinyatakan di dalam Surah Al-Balad:18.

    Terima kasih & semoga berjumpa lagi.

  12. Hjh Noor says:

    Prof n isteri. Barakallahufikum.

    Hafazan bukan anugerah untuk sebarang orang. Anak saya yg sulung hanya hafaz 5 juz dan gave up. Anak kedua hafaz seluruh Al Quran dan mampu mengimamkan solat terawih di masjid. Anak2 lain masih menghafaz. Ibunya belum lagi…
    Apa pun Allah memberi ingatan, sesiapa yg diberi hafaz dan tidak mahu hafaz selepas itu, nanti di akhirat dihempapkan batu besar ke kepalanya. Cukup berat azab Allah ke atas orang-orang yang tidak bersyukur. wallahualam.

  13. rosilawati says:

    Assalamualaikum wrwbt Prof…saya amat menghormati Prof…rasa bersyukur dapat mndengar Prof tak lokek berkongsi cerita. Agak kelakar bila lulus menghafaz dapat gula-gula..hehe..namun cerita ini beri satu suntikan semangat untuk saya lebih berusaha tingkatkan hafalan.

  14. fh says:

    Salam prof,

    manusia pilihan saja yg mampu mletakkan kenderaan mereka di situ wp mereka penghuni Madinah.

  15. jiya says:

    Assalamualaikum Prof.

    saya agree perlu buat kajian pasal pembinaan masjid yg terlalu byk ni..
    Saya ada terdengar cermah Sheikh Saleh kamil salah sorang jutawan saudi and businessman yg saya came to respect for his knowledge and joining business and religion. Dia ada mengutarakan ‘terlalu banyak masjid’ dalam satu tempat. Ramai orang ingin pahala wakaf/ sadakah jariah yg inshaAllah sangat besar kerana membina masjid. Namun ia patut berpaksi pada konsep demand and supply, not for every 5 house there is 1 masjid/surau. we need to channel the money to what the community needs, which inshaAllah will be sadakah jariah if we fullfill our muslim brothers need. Anway saya setuju too much masjid/ surau is not what we need.(at least in middle east, Malaysia have better and proper planning in term of the usage of land for religious matter) Our muslim nation are in need of money…so those who have money perhaps have to do proper planning eventhough its for the sake of Allah…Saya quote sheikh Salleh but what i write above is from what i understand and remember from that lecture….sorry kalau ada sesapa yg dengar rancangan Sheikh “AsSouq” and understand differently from what i understand. Kalau Prof ada idea camne nak tackle the research saya nak tau gak :)

  16. mariam bte jantan says:

    Salam prof. Tempoh hari saya ada menghantar komen pad prof. saya dan suami akan berada di Madinah pada 19 mac. Kami ingin sekali bertemu dengan prof kalau prof kelapangan dan tidak mengganggu jadual seharian profl Terima kasih

Leave a Reply