Luangkan masa

“Prof, boleh luangkan masa untuk sahabat saya. Mereka suami-isteri akan menunaikan umrah,” lebih-kurang begitulah permintaan seorang kenalan yang sangat saya hormati.

Saya fikir suami-isteri tersebut memang mahu berjumpa kami sekeluarga di rumah kecil di Jabal Ohud. Namun saya mengambil masa untuk menyatakan “ya, InsyaAllah” atas beberapa sebab.

Saya menerima SMS kali kedua, mengulangi pertanyaan yang sama. Saya melihat kalendar dan terus memaklumkan masa yang kelihatan sesuai dan lapang di antara kami dan pasangan suami-isteri tersebut.

Bila tiba masanya, mereka tidak muncul. Langsung tidak memaklumkan yang mereka “tidak dapat hadir”. Saya tidak perlukan sebab, cukuplah dengan menyatakan, “maaf, kami tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”.

Ramai yang berkata, “saya tidak mahu menyusahkan prof dan Roza”. Tidak, ia tidak susah buat kami sekeluarga, cuma ia menjadi susah dan sukar bila berjanji tidak ditepati.

Susah, memikirkan makanan yang telah disediakan. Susah, memikirkan permintaan mereka yang lain yang terpaksa ditolak. Susah, memikirkan mahu meninggalkan parking 11A. Terbuang masa hampir sejam dalam keadaan angin sejuk sampai ketulang.

Ia tidak susah bila saya melihat mereka yang berjanji tiba dengan senyum simpul. Allah… Allah.. Allah, ia tidak susah menghantar mereka pulang ke hotel. Kami teruja berpeluk, bersalam dan saling doa mendoakan kesejahteraan masing-masing.

Akhirnya, susah atau tidak susah ia ujian yang perlu ditempuhi. Akhirnya juga…. he… he…. ia perlu berakhir dengan ada sebab di sebalik kejadian!

Maksudnya, susah atau tidak susah ia menjadi satu buat kami sekeluarga.

Nota: Tetamu kami malam ini sudah melaporkan diri sebelum solat subuh, “kami sudah sampai di Madinah, Prof”.

Tetamu Umrah

Hanya mereka berdua. Terpaksalah saya menemani Tuan Haji Adli dan isteri.

Tuan Haji Adli dan isteri tinggal di Kelana Jaya. “Saya pernah mendengar ceramah prof di rumah seorang sahabat,” beliau mengaitkan hubungan kami berdua.

Allah ya Allah, daya pengecaman saya sangat menurun. Kadang-kala saya melihat-lihat seseorang dan bertanya, “di mana ya….”. Mohon maaf jika tidak berupaya mengingati rakan-rakan semua.

28 Responses to “Luangkan masa”

  1. hjh.sumarni & hj.darisul says:

    salam..
    segala ketentuan Allah ada hikmahny..semata2 utk tarbiyah iman kita..
    trus bena kekuatan imannya……….amin ya Allah……

  2. hayati says:

    salam….. prof dan keluarga
    Kekadang manusia lupa bahawa apabila kita berjanji sepatutnya kita tepati.
    Mungkin apa yang prof alami kali ini juga ujian alllah atas kesabaran untuk melayan karenah manusia.
    Jgn disebabkan segelintir orang yang tidak menepati janji prof patah hati untuk menerima tetamu lain yang benar2 berhajat untuk berjumpa dengan prof.
    Semoga alllah memberkati prof dan keluarga…..

  3. ummu adhwa' says:

    Salam buat prof sekeluarga & rakan KRTS..

    ya saya setuju dgn saudari Hayati.. masih menunggu balasan email dari prof..akan ke sana May ini.. InshaAllah..

  4. Asfahan says:

    Assalamualaikum….. semoga kami diberi peluang ke sana dan dpt berjumpa Porf sekeluarga….Insya Allah

  5. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Semuga kami di jemput ke rumahNYA dan RKDJO.

    Semuga prof dan keluarga serta warga KRTS dirahmati Allah.

  6. Mohd Adli Shaharuddin says:

    Assalam Prof Kamil & Puan Roza

    Terima kasih kami ucapkan krn menerima kami di rumah tuan malam tadi. Tuan & Puan bukan saja menjamu kami dgn makanan yg lazat tapi juga perkongsian yg amat menyentuh hati saya.

    Semuga kita jumpa dilain waktu

    Wassalam

    Mohd Adli & Normah

  7. Asslamualaikum Prof,

    Semoga Allah memberkati dan permudahkan setiap urusan Prof sekeluarga, Amin.

    Wasslam

  8. kak nor asiah says:

    assalamualaikum Prof, Pn Roza n anak2 semoga kita semua dlm rahmat Allah.

    Saya simpati dgn Prof dlm situasi org yg bjanji tidak kunjung tiba , mnunggu hg kesejukan mencucuk tulang dan makanan tlh tersedia! Ya mungkin ini ujian Allah kpd Prof, tp yg tlh berjanji sepatutnya lbh btanggungjawab, kirimlah sms…
    Saya harap Prof tidak serik dan tidak patah hati utk terus menerima tetamu

  9. Nor says:

    Salam sejahtera Prof dan semua,

    Beginilah..bermacam-macam perangai manusia…Allah sahaja yang Maha Mengetahui setiap ujian yang diberiNYA..

    Wallahualam.

  10. kak nab says:

    Assalamualaikum Prof, Roza, Amirul dan Sofea…

    Akak mengerti dengan “kesusahan” yang terpaksa dilalui oleh Prof dalam situasi sebegini…

    Mudah2an Prof dan famili sentiasa mendapat ganjaran kasih sayangNya dalam segala hal…kak nab amat berterima kasih dengan layanan prof dan keluarga semasa kami ke Jabal Uhod tempohari…

  11. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Betul Prof ianya satu bentuk ujian juga…

  12. Salam dari Hulu Kelang

    Insya Allah kami sekeluarga akan berlepas ke Madinah pada akhir bulan ini sebelum ke Mekah beberapa hari selepasnya.

    Sememangnya kami berhajat untuk bertamu di RKdJO tetapi kami takut untuk menetapkan masanya… itulah bimbang tidak dapat menepatinya. Tambahan pula kunjungan kami bersama ibu bapa dan beberapa orang makcik di sebelah mertua.

    Tengoklah keadaannya nanti… Wassalam.

  13. Hjh Noor says:

    Semuanya berlaku hanya dengan izin Allah. Kalau kita berpegang teguh dengan itu, pasti kita tak akan kecewa, walau apapun terjadi. Mari kita berlapang dada. Bersangka baik. Think positive kata mat salleh.
    Biiznillah.

  14. rosmawati @ rosz mohd says:

    Prof dan Puan Roza sekeluarga,

    Semua yang berlaku begitulah qadha dan qadarnya. Segalanya pasti ada hikmahnya. Moga satu hari kita berpeluang bertemu, insyallah.

  15. jariah hamid says:

    askm prof..saya skluarga telah berada di madinah al munawarrah pada 20/2 untuk 3 mlm…mmg teringin nak bertemu prof tapi takut kesuntukan waktu ..tapi gembira jugak apabila dapat melihat universiti Taibah semasa ke jabal uhud..alhamdulilah

  16. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum… bismillah….
    semua yg berlaku amat menguji kesabaran prof sekeluarga…. semua itu adalah takdir daripada yg Maha Esa… kita hanya merancang…. hanya Allah swt yg mengetahuiNya…. elok lagi kita berperasangka baik sebab itulah yg Allah swt suruh kita lakukan….wallahualam…

  17. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum wbt… bismillah….
    cuba prof fikirkan sedikit mendalam lagi… Siapakah yg melupakan mereka? Siapakah yg menutup pintu hati mereka utk call or sms prof? bukanklah itu semua sudah ditakdirkan oleh Allah swt… sekadar utk kita sama2 merenungkan akan kejadian ini……

  18. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum wbt… bismillah…
    Dalam banyak2 janji… berapa kalikah prof tak berjumpa dengan jemaah yg dijanjikan? mungkin ini kali pertama dan saya doakan agar prof diberi ketabahan dlm menempuh kerja2 dakwah yg amat mencabar ini…. saya faham kesusahan prof… semoga Allah swt membalas apa jua ibadah yg kita lakukan…..

  19. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum wbt…. bismillah…..

    Ingin saya share satu pengalaman kecil semasa melakukan aktiviti dakwah…. cuba anda bayangkan….. masa tersebut, kami membuat promosi utk rakan2 sekerja membuka akaun Tabung Haji…. saya rasa dengan RM2 adalah agak mudah utk mendapat pendeposit di kalangan rakan sekerja….. pada masa itu kami sponsor RM2 tersebut, mereka hanya perlu memberi nama, IC number dan alamat (alamat pun boleh guna alamat tempat kerja)… tetapi ada seorang budak itu dengan keras hati kata “NO”…. menggelengkan kepala meskipun dipujuk dan diberi nasihat… pelik tapi benar….. meski pun kita suruh bagi nama dan IC number pun mereka tidak ingin bagi sebab semuanya hak Allah swt…. jika Dia kata “Ya” maka sudah pasti saya dapat buka satu akaun utk budak tersebut…. cerita ini hanya sekadar utk kita sama2 mengambil ikhtibar dalam menempuh kerja dakwah…..

  20. MKI says:

    Salam sejahtera, benarkah ia satu kesusahan bila terjadi peristiwa seumpama ini? Saya akhiri entri kali ini dgn kenyataan susah atau tidak susah menjadi satu. Apakah yang tersirat? Allah sudah memberi peringatan supaya Dia tidak dipersalahkan dalam tindakan yang kita lakukan. Tidak, saya tidak menyatakan Allah yang menyebab saya tidak solat subuh berjemaah. Konsep takdir bukan begitu. Saya faham ada yang tidak dapat memahami entri ini. Buat saya, datang atau tidak datang sudah menjadi sama. Namun dua sisi perlu berfikir!

  21. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum wbt… bismillah….
    Bila prof sebut 11A…. memang sentiasa teringat pintu tersebut kerana itulah laluan saya semasa di Madinah…. tetapi tiada rezeki utk saya berjumpa dengan prof… insyaallah akan tiba masanya bila diizinkan oleh Allah swt…. kita pernah ber ‘sms” dan prof kata “maaf sebab saya dah ada temujanji”…. saya faham dan sedikit pun tiada rasa marah dengan prof kerana saya tahu bukan rezeki saya utk bertemu dengan prof…. walabagaimanapun saya puji adab dan response dr prof semasa kita ber sms….. semoga prof diberi ketabahan dalam menempuh ujian ini… take care prof… doa kan saya sekeluarga yea…..

  22. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof dan sahabat KTRS

    Banyak udang banyaklah garam.itulah kiasan yang sesuai bagi situasi yang prof lalui. Apa pun prof janganlah serik untuk menerima tetamu. Mungkin Allah menguji kesetiaan prof pada janji. Barokallahufik.

  23. shamsulshah sulaiman says:

    assalamualaikum wbt, bismillah….
    kita disuruh berperasangkan baik oleh Allah swt dlm satu ayat al-quran yg saya tidak ingat surah mana dan ayat mana…. jadi dengan ayat itulah saya menganjurkan kpd prof utk berperasangkan baik kpd sahabat kita yg gagal hadir dlm temujanji dengan prof…. saya terima pendapat prof dan saya bukanlah nak argue pendapat prof… saya hanya sekadar memberi pendapat…. wallahualam….

  24. shamsulshah sulaiman says:

    maafkan saya prof dan sahabat yg lain jika saya tersalah dlm memberi pendapat…..

  25. MasyaAllah…..sangat jarang tuan rumah menerima tetamu yg x dikenali dengan tangan terbuka. Ia tidak berlaku terutamanya di kota besar…dikampung, sesekali mungkin jg berlaku…
    Ia berbeza di Madinah…ia tanda keberkatan kota Madinah

  26. sarah says:

    Salam Prof..
    ..mungkin lepas ni, Prof kenakan syarat. Empunya diri sendiri yang perlu buat janji tersebut. Bukan melalui orang lain.
    Di Malaysia, (tafsiran saya sendiri). Siapa yang tepati janji, dia yg akan rugi…betul tak?? so sediakan lah bahan bacaan atau bawa komputer utk buat kerja bila ada meeting, atau sukan sekolah anak etc.

  27. gazut says:

    .. beberapa hari jadi penunggu setia 5.10pm@pintu 11A, tanpa janji tanpa mesej.. akhirnya paksa jari untuk menaip sms kepada prof bimbang tak berkesempatan kerena esok sudah keberangkatan pulang.. dapat reply:- ” Salam sejahtera, ada ke pintu 11A?”.. ermm baru perasan.. mana ada pintu 11A..

    .. alhamdulillah dapat juga bertemu mata dengan prof dan menimba beberapa ilmu.. ia perkara besar yang sentiasa tersalah pandang sebagai perkara remeh.. dan ada juga perkara kecil yang sentiasa disangka besar..

    .. tq prof.. ia pertemuan yang sentiasa memberi makna pada gazut

  28. misi says:

    barakallah…

Leave a Reply