Ia antara impian yang hampir menjadi kenyataan. Saya berdoa agar ia kekal begitu dan mudah-mudahan ia dipermudahkan. Malah saya sangat-sangat berharap agar Allah meringankan hati untuk terus mengamalkannya.
Ya, saya mahu saat-saat akhir kehidupan sentiasa dalam keadaan berwuduk. Alhamdulillah, di sini suasananya begitu. Bila terbatal sahaja wuduk, ia bukan satu keberatan atau kesusahan untuk memperbaharuinya.
Bila begitu, banyak perkara lain akan membantu. Misalnya, Roza sudah lama tidak bermake-up. Ia sudah tidak jadi satu keperluan sebagaimana masa lampau yang telah berlalu. Di antara memperbaharui wuduk dengan bermake-up buat wanita – kadangkala – menjadi satu beban besar.
Jika saya dipanggil mengejut, mudah-mudahan saya pergi dalam keadaan paling bersih di sisi Allah.
Takdir
Saya memahami satu perkara, tidak ada mereka yang terlepas dengan menyatakan, “Ya Allah aku tidak solat kerana Engkau telah menetapkan begitu. Kaulah yang Maha Berkuasa, kenapa tidak gerakkan aku untuk solat?”
Saya juga tahu, bekas staf saya di UiTM Johor tidak boleh menipu Allah dengan menyatakan, “saya tidak solat di masjid UiTM kerana Dr Kamil mengadakan mesyuarat pada ketika azan dilaungkan”.
Janganlah berhelah dengan pilihan yang kita lakukan.
Begitulah, ibu-bapalah yang membentuk anaknya menjadi Majusi atau Nasrani. Namun Allah Maha Berkuasa, Dia sudah mengetahui apa pilihan yang dibuat oleh manusia sebelum kita dilahirkan lagi.
Kita? Ia bukan dalam pengetahuan kita!
Allah tidak pernah berlaku zalim terhadap hambaNya. Ia ada aturan dan peraturan tertentu yang perlu dipelajari dan diamati. Jangan kita terkhilaf dalam soal ini.
Ia konsep yang sangat membuntukan kepala. Lalu dinasihatkan kepada kita, “bab ini jangan difikir-fikirkan sangat!”.
Tetamu Umrah
“Jangan banyak ketawa, suka-suka atau terlalu bergurau senda,” salah satu pesan saya kepada mereka dan diri sendiri.
“Masa yang telah kita lalui lebih panjang daripada masa yang tinggal. Apa yang telah kita lakukan pada masa lampau? Hampirkah kita kepada Allah?”
Ia kenyataan untuk kita serius dalam melaksanakan ibadat umrah atau haji. Biar kita lakanakan yang terbaik, hati dan perasaan supaya ada perubahan signifikan dalam kehidupan seharian selepas pulang ke Tanah Air.
Dan ia bermula di sini.
Haji Ruslin berasal dari selatan Semenanjung. Kini menetap di Sabah kerana bertugas di sana. Saya ingat-ingat lupa berdasarkan pertemuan tiga tahun lampau ketika berceramah di Kota Kinabalu.


Prof.. how nice if we could inculcate the ‘solah time’ at UiTM as well. Be it during zuhur or asr…classes to be stopped for solah times. Lecturers as well as students performing prayers in the Mosque…MasyaAllah, that would be great.
As salam,
Teruja seorang lagi warga Jabatan Akauntan Negara mengunjungi Prof,semoga kami semua memperoleh keberkatannNya.Mohon Prof terus doakan kami supaya dipermudahkan segala urusan-urusan baik.
Salam prof n warga KRTS,
mula2 memang sukar utk sentiasa berada dlm keadaan brwudhu tp lama kelamaan rasa tak selesa kalau tidak brwudhu …Allah Maha Pengasih..kalau kita mahu insyaallah boleh…
SYukran prof. Alhmdulillah
Assalamualaikum Prof dan keluarga, semoga Allah memberi ‘afiat kpd kita semua.
Prof, banyak fadilat org yg sentiasa berwuduk. Antaranya jiwa sentiasa tenang, sukar didatangi nafsu amarah dan muka nampak berseri2 (Pn Roza tak perlu lg bermake up).
Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,
semuga dalam kasih sayang Allah hendaknya.
Alhamdulillah. Terima kasih prof.
Semuga prof dan keluarga serta warga KRTS dalam rahmat Allah.
Assalamualaikum Prof,jadual umrah saya ditunda.Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.Saya takan putus berdoa dan berharapkepadaNya agar umrah kali ini akan merubah cara kehidupan saya sebelum ni.
Salam semua,
Mintalah pada Allah dan berazam agar dapat solat berjamaah setiap waktu.
Bukankah Allah Maha Pemurah?
Salam Prof. Akhirnya tercapai juga hasrat Hj. Ruslin dan isteri serta sahabat dari Kota Kinabalu Sabah berjumpa Prof. Kita bersama dulu pernah ke rumah Prof Di Segamat. Insya Allah harap dapat jumpa Prof di Haram antara 24-26/3 nanti.
Assalamualaikum wrwbt
Saya masih ingat, saya mengenali Prof apabila ada sahabat yg bercerita…ada seorg bos tu, dia akan menghentikan mesyuarat yg tengah dijalankan disebabkan laungan azan. Lalu dia mengajak semua kakitangannya menunaikan solat terlebih dahulu…dan dia turut mengimamkan solat…begitu lah saya mengenali Prof…bukan dengan bersemuka di hadapan face to face…bukan jugak dengan tulisan Prof…tapi dari sebuah cerita yg kawan kongsikan
Ternyata memang benar cerita ini sebab Prof ada mention dalam entry kali ni…alhamdulillah, saya sentiasa mohon kekuatan dari Allah untuk menjadi lebih baik dari hari semalam
mantop prof..
Salam Prof & Puan Roza;
Saja nak bertanya, sejak Prof di Madinah, berapa ratus orang dah menjadi tetamu di rumah Prof? saya cadangkan Prof sediakan Buku Tetamu, minta mereka masukkan nama & maklumat berkaitan supaya ianya menjadi hubungan yang tertulis.
tq
Salam Sejahtera Prof,
Teringat saya semasa musim sejuk di UK untuk jimat bil elektrik ada masjid yang tidak ada air panas maka apabila kita batal wuduk satu cabaran untuk memperbaharui wuduk ketika itu.
Satu lagi cabaran untuk berwuduk (dan bersolat ) adalah apabila kita melancung(atau belajar atau atas apa-apa urusan ) di negara-negara bukan Islam di samping cabaran tandas yang tidak ada air untuk cebuk.
Mudah-mudahan kita dimatikan oleh Allah SWT dalam keadaan seperti lagu “Bila Izrail datang memanggil , jasad terbujur di pembaringan” bukan jasad kita di tempat-tempat lain.
salam prof dan kak roza uhibbukum fillah,
saya mohon tambah satu,solat sunat wudhuk.personally,saya suka solat ini bukan kerana apa,sebab rugi sangat rasanya masuk toilet berpuluh kali sehari kerana anak2 kecik memang sentiasa ada urusan tandas.alangkah rugi saya tak berwudhuk.double rugi kalau tak sunat wudhuk selain waktu2 haram solat di malaysia.prof tiada waktu haram di sana,kekalkanlah.
setengah ulama kata solat ini tiada riwayat khusus,cuma diisbatkan oleh kebiasaan saidina bilal yang suka bersolat 2 rakaat setiap kali berwudhuk bila beliau batal.
lalu digelarkan solat sunat wudhuk.riwayat umum ada.
nabi kita pernah tanya saidina bilal kerana derap terompah beliau didengar mendahului baginda di syurga masa isra’ mikraj.
insyaAllah,prof buat entri bila prof dah rasa kelebihannya.insyaAllah siapa ada masalah kesihatan usus dan organ2 kewanitaan yang melibatkan wudhuk,solat dan tanda2 kanser,insyaAllah akan sembuh…
‘Jika saya dipanggil mengejut, mudah-mudahan saya pergi dalam keadaan paling bersih di sisi Allah.’
salam prof,semoga husnulkhotimah kita semua ya prof…
begitulah,pada mata kasar hamba…kita nampak kematian tiba2 tapi ia hakikat perancangan teliti Allah yang selalunya disertai asbab agar nampak mudah diterima oleh kelemahan hambaNya…
segala sesuatu ada qadarnya….lebih lebih lagi mati….ia tidak tiba- tiba tapi satu perlaksanaan yang Allah rancang teliti…
sangat bijak kita bersiap sedia menghadapinya…dan menghadapNya …seperti MUtmainnah.
Assalamualaikum prof..saya xstudent prof di UiTM Segamat,.saya seronok baca kehidupan prof di sana..semoga prof akan capai segala impian prof..Saya ingin sangat membantu dalam membina masjid di Somalia..tapi apa kan daya..saya masih lagi terumbang ambing dalam pengurusan diri..InsyaAllah, saya cuba bangkit untuk berjaya dan ingin menjadi khalifah yang di redhai ALLah..Semoga prof dan keluarga di sana sihat-sihat selalu dan bahgia..amin..
subhanallah..subhanallah..subhanallah..
semoga kita dapat menjadi tetamu yang paling-paling suci bila dijemput Allah kelak..insyaallah..semoga terus kekal berwuduk.
Di Sabah kebangkitan Islam semakin kuat..begitulah kata2 yg saya petik dari blog seorang ustaz yang mengajar kelas pengajian di Masjid Negeri Sabah. Saya percaya ia begitu..w/p ajaran kristian memberi saingan yg kuat.. Saya pasti ramai yang merindui kedatangan Prof ke Kota Kinabalu..
Assalamualaikum semua
Sekadar peringatan bersama.
Di Madinah ada waktu yg diharamkan solat sama seperti di Malaysia TETAPI di Mekah TIADA.
Jazakallah prof atas nasihat yg baik
.Salam prof.saya warga singapura
shukron d atas apa yg telah prof kilaskan.subhanallah.rasa2 nya saya seperti mendapat satu hikmah setelah mmbaca.dan hati trus trbuka untk mmbuat apa yg dsarankn.wassalam.
Assalaamu’alaikum Prof. dan pengunjung KRTS
Berwudhu’ juga antara kaedah untuk kembalikan kesegaran dan merasa
tenang. Saya cuba amalkan, terutama jika datang haidh. Pernah seorang
rakan waktu remaja ditanya oleh rakan2 bukan Islam, apa rahsia muka
‘bersih’ tapi tak pakai ‘make-up’. Walaupun terkejut, sebagai seorang
muslim, beliau terfikir untuk jawab – guna air bersih saja iaitu berwudhu.
Rakan2 lain pula fikir itu adalah kelucuan dan minta tips sebenar!
WaLlahua’lam, wassalam
SAlam prof… MasyaAllah…. sungguh tak pernah terfikir dikepala apabila dipanggil kali terakhir untuk berada dalam keadaan yang paling bersih iaitu di dalam wuduk. Terima kasih prof kerana mengingatkan.
Assalamualaikum…Selamat sejahtera Prof Pn Roza dan seisi keluarga…..semoga sentiasa di dalam lindungan ALLAH…
Terima kasih atas layanan, jamuan dan juga tazkirah yang diberikan…. Sunatullah…. satu tajuk yang mengujakan… saya kagum…
Salam Prof. dan pembaca KRTS semoga semua kita cuba untuk sentiasa dalam keadaan berwuduk. insyaAllah
Assalammualaikum, terima kasih dgn tazkirah; alhamdulillah perkara sunat yg selalu dilakukan setelah tahu fadhilatnya, apapunsolat sunat wudhuk lagi yg jarang dilaksanakan semoga Allah permulahkan…
Setuju dgn pendapat Teruja di atas-semoga ada ruang & peluang untuk prof memberi ceramah di Kota Kinabalu lagi-Nak tahu prof brceramah di mana tu? belum rezeki saya dapat jumpa prof…walaupun dah 4 thn saya pernah baca buku prof,,,
assalamualaikum wbt… bismillah…..
saya sekadar nak share pengalaman menjaga @ memelihara wudhuk di Mekah & Madinah…. cukup2 memberangsangkan sebab boleh pelihara wudhuk dari sebelum zohor hingga ke isyak…. atau paling singkat dari sebelum zohor hingga asar….. caranya: berdoa pada Allah swt agar dipermudahkan urusan, dipelihara wudhuk etc SEMASA mengambil wudhuk dan sesudah solat sunat wudhuk…. masih mencuba utk memelihara wudhuk semasa di Malaysia… semoga Allah swt permudahkan..
cantik asli lebih cantik… betulkah ayat saya ni…
memakai wangian disunatkan semasa solat… buatlah …. perempuan kena minta izin suami dulu…
assalamualaikum prof dan kak roza..
alhamdulilah prof..saya banyak dapat peringatan dari blog prof dan ia nya sesuatu yang signifikan dalam diri saya..
terima kasih prof.
As salam,
Alhamdulillah tercapai hajat adik saya nak jumpa Prof dan Puan Roza di sana. Insyaalah jika ada rezeki, panggillan haji tahun ni ( status rayuan) , saya suami isteri pon teringin berjumpa dengan Prof sekeluarga. Suami saya orang Besut.