Ketika muda, impian saya mahu cepat-cepat naik pangkat. Sebagai pensyarah, tentu sekali saya bercita-cita mahu menaiki tangga kerjaya, pensyarah kanan, profesor madya dan seterusnya profesor dengan langkah yang tidak terhalang.
Namun ia tidak begitu. Pertama, ketika rakan-rakan sebaya menjawat jawatan pensyarah kanan, saya tertinggal gerabak kerana usia perkhidmatan yang tidak mencukupi.
Hanya dua minggu lebih muda daripada mereka.
Kedua, saya melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dengan harapan akan dinaikkan pangkat semasa belajar. Dunia gawat. UiTM membekukan kenaikan pangkat.
Tiga tahun saya memerhatikan rakan-rakan sejawat meninggalkan jumlah gaji yang sangat ketara. Begitulah – saya fikir – bagaimana rezeki yang berbeza di antara individu dengan individu yang lain.
Kemudian, sejurus saya mahu menamatkan pengajian diperingkat PhD, satu team UiTM mengadakan temuduga kenaikan pangkat di London. Saya mengembara 5 jam untuk menghadiri temuduga tersebut.
“Bila VIVA?,” mereka bertanya.
“Minggu ini…,” dan saya menerangkan yang ia hanya 30 bulan tempoh pengajian. Ia dengan niat supaya saya dipertimbangkan atas dasar kecemerlangan akademik.
“Wah… bagus. Kesemua yang lain melebihi tempoh masa minimum. You awal 6 bulan. OK, deal, you dapat kenaikan pangkat dengan syarat lulus VIVA tampa syarat”.
Akhirnya ia menjadi sejarah. Saya dianugerah pensyarah kanan ketika rakan-rakan yang lain sudah menghampiri siling gaji. Namun ada sesuatu yang ajaib berlaku.
“ITM bertukar nama kepada UiTM dan hampir seluruh pensyarah kanan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya”. Begitulah Allah mengatur kehidupan manusia. (bersambung)
Tetamu Umrah


Begitulah..rezeki datang denga pelbagai cara..ada yang datang segn senang,ada yang datang dengan jalan yg berliku dan ada kalanya datang dengan tidak disangka-sangka..Alhamdulillah.
Assalamualaikum Prof
Walau berbagai halangan dan tuah yang prof lalui,saya yakin prof dah sampai ke puncaknya.Alhamdulillah dan tahniah. Tapi cerita prof bersambung kan! Saya selalu memujuk hati dalam bab naik pangkat dulu2 prof,selalu bisik dalam hati “rezeki orang tak dapat kat aku,kalau dah rezeki saya tak dapat kat orang ” sedih juga bila junior melangkah kita.
semoga prof pn roza bahagia hingga ke syurga firdaus.amiin ya allah.
salam prof
dulu2 saya juga ingat kekananan penyebab org naik pangkat..tapi rezeki sebenarnya datang dari Allah..
tulisan prof selalu mengingatkan saya bahawa rezeki itu ketentuan dari Allah…setiap rezeki untuk manusia datang dengan cara berbeza-beza..
Salam kepada Prof sekeluarga, rakan KRTS dan FB,
Betul apa prof cakap…semua rezeki dtg dari Allah…cepat atau lambat, banyak atau sedikt semua dengan izin Allah semata-mata
biarlah masa yang tinggal itu menjadi rahsia peribadi
Salam Prof.,
tulisan ini sgt terkesan di hati. saya (dan mungkin ramai lg) mengalami situasi yg hampir sama, yg mana hanya kerana pertukaran skim, saya tidak lg layak menyandang jawatan pensyarah walau sudah lama mendapat ijazah Master (perlu ada PhD dulu, selagi belum masih bergelar tutor). Hanya sesetengah universiti mengamalkan sistem ini, dan sebagai manusia, bohonglah kalau saya katakan saya tidak bersedih di kala melihat rakan2 sebaya lain, yg sama taraf pendidikan (sedang buat PhD juga), tetapi sudah pun menjawat jawatan tetap sebaik lulus Master, hanya kerana universiti mereka tidak/belum megamalkan dasar baru ini. Mmg kalo dihitung tangga gaji, sudah jauh skali saya ketinggalan, apatah lg isu jaminan kerja. Sering saya pujuk hati dan mohon pada Allah agar timbulkan keredhaan dalam diri, tiba2, nah, Allah pandukan saya pada entry Prof hari ni. Mungkin Dia ingin memberitahu, setiap apa yg Allah tetapkan itu adalah yg terbaik utk diri kita, Alhamdulillah. Terima kasih di atas catitan ini. Smg smgt saya kuat utk terus menuntut ilmu kerana Allah. Tulisan Prof psl pengajian PhD mmg saya tunggu2. Mmg sgt memberi inspirasi.
salaam Prof…..
Allah terlalu byk rahsia… saya pgg ungkapan “He never says no…. only yes, later, or…. I have something better for you”
Subhanallah
Assalam prof, puan Raudzah, anak anak dan warga KRTS,
Semuga kita redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah.
Jazakaullah
Salam Sejahtera Prof,
Saya amat takut pada “istidraj” sebab itu apa-apa yang Allah bagi pada saya yang menyeronokan kadang-kadang saya rasa takut.
As’salam Prof.
SubhanALLAH, Pentadbir Sekelian Alam yang menentukan segala-galanya. (,”)(,”)(,”)
Salam alaik.
Syukur Alhamdulillah.
Mungkin tuan boleh huraikan Surah Ar Rahman pada entry yang akan datang,
Amin
Tulisan ini juga mengingatkan tentang perkara yang lebih kurang sama berlaku pada sendiri. Kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur rezeki hamba-NYA jauh mengatasi ekspektasi dan persepsi manusia !
Allahu Somad…..
Janganlah kita melihat rezeki hanya pada duit semata mata. Rezeki itu luas, suami dan anak2 yang menyejukkan hati, keluarga yang taat dan patuh pada perintah ALLAH, rumah yang dihidupkan dengan zikir dan al quran, kesihatan baik yang diberikan, hati sentiasa ingat padaNYA, sentiasa ingin berikan yang terbaik padaNYA, tangan sentiasa rasa ingin memberi, hati yang tenang dan banyak lagi. Qanaah, besar maknanya. ALLAHUAKBAR, ALLAH AR RAZAAQ.
Salam Semula buat prof sekeluarga dan warga KRTS,
Bersyukur atas segala apa yang telah Allah tetapkan untuk kita, pasti ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.
Segala penat lelah yang kita lalui sebenarnya adalah untuk menjadikan kita manusia yang lebih bersedia menghadapi hari depan yang telah Allah tetapkan buat kita, dan apabila saat dan waktu itu tiba kita akan rasa amat bersyukur betapa indah dan teraturnya perancangan Allah untuk hambanya.
P.S : Cemburu melihat gambar2 tetamu yang dapat mengunjungi prof dan kak roza. Saya berada di Madinah pada 29/2-2/3, singkat sangat rasanya. Saya pernah cuba menghantar SMS dengan menggunakan no telefon yg prof berikan di blog ini tapi hanya mendapat jawapan semula “message deliver failure..” tak tahu dimana silapnya. Dengan masa yang begitu terhad di Madinah, saya pasrah dan mungkin takde rezeki utk berkunjung atau mendengar tazkirah “live” dari prof. Insya Allah sekiranya dijemput lagi saya pasti akan mengunjungi prof.
dan kak roza sekiranya diizinkan oleh Nya.
Salam Prof,
Mengingatkan saya tentang gaji kami sbg kakitangan kerajaan. Bila ada perubahan gaji, mesti ada yg merungut, kerugian…..
saya pun pernah berfikir begitu dulu, tapi apabila melihat apa yg ada hari ini, tiada apa pun yg kurang…… yg pasti kita kurang sgt bersyukur dgn nikmat Allah.. Astagfirullah…