Saya tidak pernah mengajar diri untuk mengejar pahala. Begitu jugalah dengan tulisan-tulisan saya. Namun di dalam quran dan hadis sering diceritakan tentang pahala.
Melakukan kebaikan pahalanya berganda. Melakukan kejahatan tidak begitu. Niat membuat kebaikan pastinya diterima Allah, dan hadiahnya diberi pahala. Berniat untuk melakukan kejahatan tidak membawa apa-apa erti terhadap jumlah dosa yang terkumpul.
Namun – saya fikir – jika manusia berharap dan bergantung kepada amal-ibadat yang dianugerahkan pahala untuk memasuki syurga tertinggi, maka ia pastinya sukar. Syurga hanya boleh dimasuki dengan rahmat Allah.
Namun setiap satu mempunyai aturan. Jika begini, begitu jadinya. Api yang panas boleh membakar. Itu kebiasaan. Namun apabila Nabi Allah Ibrahim dicampak ke dalam api yang menggunung tinggi, ia tidak membakar baginda.
Allah Maha Berkuasa. Ia boleh melakukan sesuatu yang luar biasa pada akal manusia.
Maka saya berpegang kepada premis, lakukanlah sesuatu semata-mata kerana Allah. Kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya. InsyaAllah, mengikut aturannya, pahala akan dikurniakan Allah sebagaimana janji-janjiNya.
Maka saya memilih untuk tidak menyatakan, “solat dhuha sebagai punca rezeki” atau berasa cuak jika buku saya mahu diberi tajuk, “meraih pahala saat diuji” yang menggambarkan kepentingan pahala mengatasi tujuan asal manusia dicipta, “menyembah dan beramal kepadaNya”.
Tidak. Saya lebih teruja… jika tidak mahu menggunakan tajuk “Menghadapi Ujian”, gunalah tajuk-tajuk yang menggambarkan kebergantungan dan rasa rendah diri kepada Allah SWT, misalnya “Bersyukur bila di uji” atau ”Ujian hadiah Cinta Allah” atau fikirkanlah apa sahaja yang tidak mengajar manusia menyimpang daripada asas asal kita diciptakan.
Percayalah, menulis buku, menerbit buku atau apa sahaja yang kita lakukan perlu dilakukan semata-mata kerana Allah. Hatta memilih tajuk buku perlu memohon kepadaNya.
Tetamu Umrah
Saya meraikan tetamu Allah, juga seorang rakan kongsi penerbit buku yang sedang meningkat naik, MUST READ. Beliau bersama isteri yang sedang mengandung (nota: agak saya beliau mengandungkan anak perempuan).
Juga, puan Salmah dan keluarga.
Syarikat beliau sedang mencari penulis-penulis baru. Beliau mempelawa saya untuk ikut serta. “Nantilah saya fikirkan. Saya tidak berani berjanji”.
Lalu saya tunjukkan manuskrip yang sedang saya usahakan, “50 Hadis, Baca dan Amal”. Saya tidak berani berjanji kerana di fikiran saya sudah ada penerbit lain yang ingin saya tuju.
Namun ia bergantung kepada beberapa faktor semasa yang perlu saya fikirkan.
Beliau menangis teresak-esak apabila ternampak kami sekeluarga. Lalu Roza memeluk dan memujuk. Kami tidak bertanya kenapa.
Saya fikir umur beliau di sekitar 20an. Juga, saya fikir ada sesuatu yang menyentuh hati sehingga beliau begitu. Mudah-mudahan beliau dan keluarga selamat di dunia dan akhirat.
Dunia semakin Dekat
Wallahi, tidak tertanggung rasanya kami menerima budi daripada teman-teman dan khalayak pembaca KRTS dan FB. Banyak sungguh bahan makanan yang dihantar dan dikirim kepada kami sekeluarga.
Hanya Allah yang membalasnya.



ASSALAMAUALIKUM WBT….
prof,puan dan anak2 serta warga KRTS…
AURA puan dan prof itu sendiri tak dapat di “tarjim” dalam bentuk perkataan hanya tindakan membuktikkannya…
saya juga “tersentuh” dengan gambar dakapan puan dan rakan tersebut…nalurinya hanya ALLAH yang Tahu…
tapi rasanya boleh dirasainya…
semoga kita dalam rahmat Allah sepanjang hayat hidup…
mahabbah kita kerana Allah dan Rasulnya….
barakallahufikum…
jazakallah…
Assalamualaikum wbt Prof. MKI & keluarga,
Semoga dirahmati Allah selalu. Seronok mendengar & melihat kisah2 persaudaraan di antara Prof. sekeluarga dengan mereka yang telah dikenali lama mahu pun yang baru bertentang mata.
slm..prof dan keluarga..
Assalamualaikum Prof dan khalayak KTRS
Muhsinin dan muhlisin itu tahap yang sukar dicapai tapi tidak mustahil.
Saya juga tumpang terharu menatap pelukan syahdu antara dua insan yang dikurniakan allah emosi yang halus. Semoga ukhuwah berkekalan dan diredhai allah. Didoakan kita semua bertemu disyurga firdaus. Amiiiiiiin.
Salam Sejahtera Prof,
Syurga hanya boleh dimasuki dengan rahmat Allah dan samalah juga bagi para nabi dan rasul termasuk Rasullulah SAW.
Jawapan ustaz kepada saya mengenai soalan apa itu bentuk pahala dan dosa? Pahala dan dosa adalah makhluk dan ustaz itu meneruskan yang ditimbang di neraca di Hari Pembalasan adalah amalan-amalan kita.
Assalam
Beberapa kali melihat gambar Roza memeluk gadis tersebut, saya masih juga sebak dan berlinang-linang airmata..Allahurobbi..Semoga dia dalam peliharaan Allah swt. Ameen ya Allah
Salam prof MKI dan roza…….sistem ganjaran, pahala ni sudah sinonim dgn kehidupan manusia, drp bayi lagi dalam perkembangan mereka kita beri ganjaran, alam pendidikan penuh ganjaran, bekerja pun masih mengharap ganjaran pahala. Oleh itu begitu jugalah didalam amalan, terbawa2 sikap inginkan pahala ganjaran drp Allah. Terima kasih prof akan pandangan sisi prof ini, ia membuat kita akan ikhlas melakukan kerana Allah. Juga terima kasih atas input tentang penulisan itu. Wasalam
assalamualaikum, prof..terima kasih mengingatkan saya..untuk muhasabah diri setiap detik kerana bicara hati hanya diri dan ALLAH sahaja yang tahu..semuga setiap langkah, perbuatan dan bicara – yang tersurat dan tersirat hanya untukNya..barakallahu fikum:D
Salam Prof dan Roza,
Saya kenal dgn Mustread kerana menerbitkan buku Sdr Mazidul yg memang menarik.
Prof, buku prof pun diaorang nak tukar tajuk ke?
Assalamualaikum Prof dan keluarga serta rakan KRTS, moga kita semua sentiasa dirahmati Allah.
Prof kak berpandangan sama spt pn Zaharah Abu Bakar, tapi N3 Prof ini telah membuka minda kak dan memberi perspektif baru dlm beramal iaitu lakukan kerana Allah semata2, urusan pahala ketentuan Allah. Terima kasih Prof.
Prof, kak juga tidak suka jika buku Prof diberi tajuk baru ‘MERAIH PAHALA SAAT DIUJI’, tak harmoni bunyinya
Allah ya Allah..saya tak tau kenapa rasa sebak melihat gambar Tangisan 11A itu. Pelik bila manusia yg saling tidak mengenali, tetapi barangkali saling memahami. Kuasa Allah.
salam prof n warga KRTS,
begitulah manusia..hanya hati2 yg bersih yg tersentuh saja yg mampu mengalirkan airmata
Assalam Prof dan Pn Roza,
Saya sangat teruja nak dapatkan buku2 prof dan pn roza…menjadi santapan rohani kami. Amin
Assalamualaikum Prof.
Setiap kali jiwa saya sedang tidak tenang dan dalam keadaan marah, saya akan membuka blog Prof dan membacanya. Blog Prof memberikan saya kesedaran dan keinsafan bahawa saya ini hamba kepada ALLAH dan saya sepatutnya bersyukur dan menerima dugaan dengan sabar dan tenang. Saya berharap Prof. dapat terus menulis blog ini. Terima Kasih.
Assalamualaikum Prof., Pn Roza dan keluarga.
Saya pertama kali mengenali Prof dlm rancangan bual bicara Us. Akhil Hayy di tv AESTRO. Saya berasa amat terharu dengan pengakuan jujur Prof dlm rancangan tersebut. Saya berasa terlalu kerdil berada di dunia Allah ini.
Sesungguhnya, keberkatan Ilahi terlalu magis.. Rahmat Allah dlm pelbagai bentuk, rupa dan cara.. Kesabaran juga mempunyai hikmah tersendiri..
Mohon Prof dan Puan Roza sudi utk mendoakan impian saya utk membawa suami, anak2 dan kakak menunaikan ibadat umrah pd bulan Mei tahun ini menjadi kenyataan.. InsayaAllah..
Semoga Prof dan keluarga sentiasa dirahmati Allah SWT.
rezeki dari Allah melalui perantaraan sahabat… indahnya kasih sayang Allah… barakallah.
Assalam prof, puan Raudzah, anak anak serta warga KRTS,
Sebak melihat gambar puan dan gadis itu.
Semuga prof serta keluarga dn warga KRTS dan RKDJO dalam redha Allah.
Jazakaullahukhairan kathira’
salam…
sangat2 setuju,taabud fillah 100%.
salam prof dan saudara semua….
prof dapat pahala untuk beberapa hal yang saya sama prinsip dan bonus untuk meneguhkan prinsip sedia ada saya.saya suka prof kata Allah kuasa mutlak.suka pasal burung murai masuk rumah,suka banyak berbanding satu dua yang saya tak fahami ….banyak sama dari beza kita ni…suka prof pakai sederhana dalam tv.teramat sederhana,kemeja hari tu diluar ,bukan tuck-in.amat ringkas,amat humble….
suami tak faham apa prof kata tapi kami tak henti ketawa cara dapat kucup hajar aswad stail angkat tangan,subhanallah kuat2.siap prof kata kalau tak malu tirulah!
tapi kenapa prof tak suka nasi dagang?saya masak as lunch 2,3 x seminggu selang seli nasi tomato,minyak,briani atau daging…dan soto hampir 5x seminggu makan lunch atau dinner….anak2 suka…kalau saya duduk madinah nanti,saya bawa beras nasi dagang…
Assalamu alaikum
Allah sangat mengetahui hamba yang diciptaNya, dan dosa pahala adalah suatu konsep yang senang difahami. Justeru, apabila kita tengok syarah hadith No 1, hadith 40 (Innamal a’malu binniyat….),IKHLAS terbahagi kpd 3:
1.Amal yg dikerjakn krn takut kpd ALLAH – Amal ini dipanggil ‘ibadat hamba’
2.Amal yg dilakukn utk mendptkn syurga, – ‘ibadat saudagar’
3.Amal yg dilakukn krn malu kpd Allah dan dilaksanakn hak kehambaan dan mmbuktikn kesyukuran serta merasakn diri sebagai seorg yg masih dlm kecuaian dan kebimbangan yg penuh ketakutan kerana tidak tahu amalnya diterima atau tidak
….Amal ini di panggil ‘ibadat yg MERDEKA’
Jadi, sekiranya amal dilakukan atas dasar mana-mana 3 diatas, masih dikira ikhlas, dan diterima Allah, insyaAllah. allahu a’lam. tabarakallahu fi kum
As-salaamualikum prof n keluarga serta warga KRTS semua…
wallahi…setiap kali saya mendengar berita kawan pergi umrah saya rasa amat cemburu.. cemburu saya bertambah lagi sejak prof dan keluarga berjaya tinggal di sana pula… memang jadi impian saya untuk tinggal dan mati di sana… *sebak*..
Prof doa’kan agar impian saya menjadi kenyataan. ameen.
As’salam Prof.
MasyALLAH kebetulan terjumpa maksud firman NYA tentang ikhlas dalam satu artikel lepas baca perkongsian tuan. (,”)
Mahfumnya:
“Wahai hamba-hamba yang beriman! Sesungguhnya bumi KU adalah luas (untuk kamu bebas beribadat), oleh itu dimana sahaja kamu dapat berbuat demikian maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepada KU”.
Surah al-Ankabut : 56
kalau prof ingat saya juga pernah menangis teresak2 kala berdepan dengan prof dan kak roza di pesta buku tahun 2008. saya juga tak tau kenapa jadi begitu.
As’salam Prof & Pn Roza,
Bila membaca di alam maya ni pun mata sentiasa bergenang2…apalagi berhadapan secara realiti….saya juga sebak tengok gambar di atas…ada rasa sesuatu di dalam hati, tetapi saya tak tahu nak huraikan bagaimana perasaan itu…Semoga Allah sentiasa melindungi kalian sekeluarga…walau di mana berada..amiiin…
ASSALAMMUALAIKOM
Saya baru saja habis membaca buku tuan hj. Seronok, sedih dan bnayk pengajaran yang saya dapat.
Saya ada satu soalan buat masa ini. Di muka surat 32 tercatit, jika sekali bersolat di Masjidilharam, pahalanya sama seperti bersolat selama 55 tahun 6 bulan dan 22 hari ditempat lain. Bagaimana tuan buat kiraannya.
Sekian
Terima kasih
Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ku pada hari ini untuk clik pada blog Prof Kamil….Semoga perjalanan hidup ku menjadi lebih baik ..
Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati ku pada hari ini untuk clik pada blog Prof Kamil….Semoga perjalanan hidup ku menjadi lebih baik ..amin..
salam prof…….nk tnya dengan prof., ada tak prof keluarkan cd @ vcd terbaru tentang haji?