Santai, Ringkas dan Signifikan
(Ditubuh sejak 1434/2013)
Universiti MKI
Jabal Uhud
Madinah
ph: +966502127721
umki
Sebahagian siswa-siswi UMKI adalah penyumbang kepada pembinaan masjid ini. Hanya Allah membalas kebajikan yang telah dilaksana. Moga ada mahligai di sana.

Photo pada 4hb Mei 2013
"Sesiapa yang membina masjid kerana Allah di dunia, maka Allah akan membina untuknya seperti itu di akhirat".
Hadis riwayat Imam Bukhari pada sohihnya melalui kitab: Solat, Bab: Siapa yang membina masjid. Hadis nombor 450.
Sejarah Ringkas Masjid Al-Tawfiq, Galkayo, Somalia
Hadis di atas dibincangkan di antara MKI dengan seorang pelajar Sarjana Universiti Islam Madinah dari Somalia, Wali Axmed Muuse di Masjid Nabawi, Madinah. Ia berlangsung pada awal 2012.
Ringkasnya, mereka sepakat untuk membina sebuah masjid di Galkayo, Somalia - pada ketika itu - yang berada di paras negara paling tidak selamat untuk dilawati. Somalia tidak mempunyai kerajaan, pergaduhan antara keturunan dan kemiskinan merupakan latar negara tersebut. Malah "lanun-lanun" Somalia pernah menawan kapal Petronas untuk dijadikan tebusan.
Akhirnya, MKI digerakkan hati untuk mengajak khalayak pembaca blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan (KRTS) - laman web ini merupakan tapak asal Universiti MKI - bersama-sama untuk merealisasikan impian yang kelihatan mustahil. Maka pada hari Jumaat – 20hb Januari 2012 – Tabung Masjid KRTS dilancarkan. Dalam tempoh tiga bulan (berserta dengan dana tambahan di hujung pembinaan), dana terkumpul di sekitar USD210,000 untuk memungkinkan masjid ini dibina.
Mereka yang menyumbang beratus-ratus jumlahnya. Namun kebanyakan mereka merupakan khalayak KRTS, rakan FB MKI dan jemaah haji yang berkunjung ke Madinah.
Alhamdulillah - Abdi Wahab Yussuf Koore - seorang penduduk tempatan telah mewakafkan sekeping tanah bagi tujuan ini. Nilai tanah yang diwakafkan adalah di sekitar USD65000. Kawasan ini merupakan salah satu prime area di Galkayo yang sedang membangun. Pada peringkat awal, masjid ini akan digunakan - InsyaAllah - oleh anak-anak yatim yang mendiami kawasan berhampiran. Seorang Imam merangkap Muaalim, Bilal dan seorang staf menjaga keselamatan masjid akan dilantik. Masjid ini boleh memuatkan 1200 jemaah pada satu-satu masa.
UPDATE (5 Mei 2013)
Masjid ini telah siap sepenuhnya pada bulan Mei 2013 dan sudah mula digunakan.
Universiti MKI
Jabal Uhud
Madinah
ph: +966502127721
umki