UNIVERSITI MKI

Santai, Ringkas dan Signifikan

(Ditubuh sejak 1434/2013) 

 

Universiti MKI
Jabal Uhud
Madinah

ph: +966502127721

umki@muhdkamil.org

Komen di sini:Facebook

  • Home
  • MKI dan DIARI
  • Nota KuliahClick to open the Nota Kuliah menu
    • 01 - 15 Rabiul Akhir
    • 16 - 30 Rabiul Akhir 1434
    • 01-15 Rabiul Awal
    • 15-28 Rabiul Awal
    • 01-15 Safar 1434
    • 16-30 Safar 1434
    • 01-15 Muharam 1434
    • 16-29 Muharam 1434
  • Pensyarah TamuClick to open the Pensyarah Tamu menu
    • Profil
    • Zaini Ariff
    • Noor Azma
    • Sabtu M Ali
    • Roza Roslan
    • Syaizul Amal
    • Yasser Arafat
    • Roslan Ab Hamid
  • Forum Siswa(i)
  • Siswa(i) Menulis
  • Pautan
  • Video
  • Pendaftaran
  • Masjid Al-Tawfiq

Pensyarah Tamu

Universiti MKI mempunyai tujuh pensyarah tamu, Mohd Zaini Mohd Ariff, Noor Azma Mohd Khassim, Roza Roslan, Yasser Arafat, Sabtu Ali, Roslan Ab Hamid dan Syaizul Amal. Sekurang-kurang seminggu sekali - salah seorang - akan menyampaikan kuliah di Dewan Kuliah masing-masing.

  • Pensyarah Tamu

    Mohd Zaini Mohd Ariff

    Dato Dr Zaini @ DZ merupakan tokoh perniagaan berjaya. DZ terlibat dalam mengurus dan mengendalikan beberapa syarikat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pembinaan dan kejuruteraan serta pembekalan peralatan perubatan.

    DZ berkelulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan dari UKM pada 1986. Manakala Doctor of Business Administration pula dari UPM dan Southern Cross University, Australia pada 2003.

    Tema kuliah "Usahawan Akhirat, Kesejahteraan Duniawi". Jika mahu mengikuti kuliah sila ke Dewan Kuliah DZ.

     

    Raudzah Roslan

    RozaroslanLebih dikenali dengan nama Roza Roslan. Guru Besar di Sekolah Fardhu Ain IQRA, Jabal Uhud, Madinah.

    Bekas Pensyarah UniversitiTeknologi MARA, Malaysia dan Universiti Taibah Madinah.

    Lulusan MBA dari UiTM. Penulis buku-buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi, Travelog Kehidupan Abadi dan Bukan Sekadar Resepi. Emel: roza@muhdkamil.org

    Jika mahu mengikuti kuliah sila ke Dewan Kuliah Roza.


    Syaizul Amal
    Dikenali sebagai Amal. Beliau jutawan muda lulusan MBA (UKM) dalam bidang Computer Science and Robotic dan telah membina syarikat dalam bidang telekomunikasi (content provider) daripada 0 kepada 23 juta pendapatan.

    Kini beliau merupakan pengurus kepada novelis remaja No 1 Malaysia, Ain Maisarah. Mereka adalah tuan punya kepada beberapa buah syarikat yang berkaitan dengan produk Ain Maisarah.

    Beliau juga merupakan Presiden SYUKUR, NGO badan kebajikan Islam yang mempunyai 4000 ahli. Emel: syaizul2011@gmail.com

    Jika mahu mengikut kuliah sila ke Dewan Kuliah Syaizul

     

    Yasser Arafat

    Di alam maya beliau lebih dikenali sebagai Jiwarasa. Pengulas buku yang mempunyai ramai pengikut.

    Di alam nyata, beliau merupakan CEO KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu.

    Yasser berkelulusan perakaunan dari UIA dan MBA dari UiTM. Tema kuliah "Membaca gedung ilmu". Sila ke Dewan Kuliah Yasser. 

     

    Sabtu M Ali

    Beliau merupakan tokoh yang mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun di sektor awam dan swasta. Beliau pesara LLN/TNB sebelum terlibat sebagai Penasihat Korporat.

    Tuan Haji Sabtu berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan dari sebuah universiti di UK. Beliau memperolehi ijazah Sarjana dari Universiti Ohio, USA.

    Tema kuliah beliau "Di hujung Senja". Sila ke Dewan Kuliah Sabtu untuk mengikuti syarahan beliau.

     

    Roslan Ab Hamid

    Roslan Ab Hamid, 47 tahun, berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang bisnes. 12 tahun di sektor korporat dengan syarikat  syarikat tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan 11 tahun dalam bidang keusahawanan.

    Seorang Komunikator Profesional yang sekarang ini menguruskan 5 buah syarikat. Di kalangan kenalan, beliau diketahui tekun membaca sekurang kurangnya 10 buah buku sebulan. Beliau merupakan penulis dan pengendali program pengembangan daya keusahawanan.

    Roslan merupakan bekas pelajar MRSM Kota Bharu dan lulusan Pengurusan Perniagaan dari UM. Sila ke Dewan kuliah Roslan untuk mengikuti kuliah bertema Motivasi, Komunikasi dan Ilmu.

    Noor Azma Mohd Khassim

    Noor Azma Mohd Khassim merupakan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia. Sebelumnya, lulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan Sarjana Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa pernah bertugas sebagai pensyarah di UiTM, Pulau Pinang.

    Kini Azma berada di peringkat akhir menyediakan tesis PhD di dalam pengajian Hadith, Universiti Al-Quran Al-Karim, Sudan. Sila ke Dewan Kuliah Azma untuk mengikuti kuliah beliau.

   

Copyright 2012 Universiti MKI. All rights reserved.

Web Hosting by Yahoo!



Editor

Universiti MKI
Jabal Uhud
Madinah

ph: +966502127721

umki@muhdkamil.org

Komen di sini:Facebook