Haram sudah sesak

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan,
Semuga dirahmati Allah sentiasa,

Ratna,
Kelmarin, masjid Nabawi masih boleh dimasuki. Jika kita maju terus ke dalam, masih ada ruang di saf-saf hadapan. Barangkali yang menyebabkan ia tersekat kerana ada jemaah yang suka berlabuh di tengah-tengah laluan.

Di saf-saf hadapan kebanyakan jemaahnya datang dari sekitar hotel yang agak jauh. Mereka mengambil keputusan beritikaf sahaja di Haram dari zohor hingga ke Isyak. Sebab itu, kita akan dapati kebanyakan mereka bergelimpangan samada tidur atau berbaring-baring melepaskan lelah sementara menunggu waktu solat berikutnya. Apabila usai azan berkumandang, mereka bangkit. 

Sebenarnya ada lagi ruang saf-saf untuk bersembahyang. Oleh itu, esok-esok jika Ratna ke sini..teruskan ke saf hadapan walaupun azan kedengaran.  

Namun, di saf hadapan ini , kadang-kadang kita temui jemaah yang membawa sejadah sendiri. Mereka menganggap sebesar-besar sejadah itu adalah jajahan takluk mereka! Ada juga yang tanpa segan silu bertikam lidah apabila jemaah lain yang datang rapat, masuk di celah-celah. Janganlah begitu…ingat pesanan imam supaya luruskan barisan dan rapat-rapatkan saf?

Semalam, kak Ngah dapati jemaah haji sudah melimpah ruah  hingga keluar kawasan yang diperuntukan. Haram sudah sesak! Sampaikan salam kepada sanak saudara dan rakan-rakan bakal haji yang datang kemudian. Katakan kepada mereka, Haram semakin sesak. Tetapi dalam kesesakan itu ada tempat untuk kita.

Maju ke dalam Haram – samada di masjidil Haram [Mekah] atau di masjid Nabawi [Madinah]. Insyallah, ada tempat untuk kita di hadapan sana jika kita benar-benar menginginkannya!   

Sekian untuk kali ini. Bersama ini kak Ngah titipkan gambar suasana di Haram  sebelum dan semasa musim haji untuk tatapan semua.

Salam sayang dari kami sekeluarga di Madinah Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

Ruang solat wanita ketika Kak Ngah mula-mula tiba di Madinah

Inilah suasana ruang solat wanita pada musim haji

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Haji, warkah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>