Orang hebat..

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan,
Semuga di dalam rahmat Allah sentiasa,

Ratna,
Baru-baru ini kak Ngah menerima berbagai kiriman barangan dari jemaah Malaysia yang datang menunaikan haji melalui penerbangan awal terus ke Madinah. Mereka membawa beras pulut, beras nasi dagang, ikan masin, santan, keropok lekor, lada kering, ikan bilis, sos cili pencicah keropok dan berbagai lagi.

Hairan. Bagaimana mereka mengetahui apa keperluan kami di sini? Bagaimana pun kami sekeluarga amat berterima kasih kepada semua yang bersusah payah menyusahkan jemaah-jemaah haji tu. Jika tidak kerana mereka..tidak pula kami merasainya.

Subhanallah! Suatu hari Allah mahu menunjukkan sesuatu kepada kak Ngah. Ada cubaan meminta sesaorang mengirimkan tepung ayam goreng KFC, sos cili dan bihun. MasyaAllah! Akhirnya…rahsia terbongkar. Rasanya tidak perlu kak Ngah menerangkannya… Ia terbukti dengan urusan “orang hebat” ini.

YesterdaySent from Chat

  • Salam puan Roza…

Raudzah Roslan

  • Salam sejahtera

Hafizah Adnan

  • Salam Puan Roza
  • apa khabar

Raudzah Roslan

  • khabar baik

 Hafizah Adnan

  • alhamdulillah saya dpt online dgn puan roza
  • saya selalu mengikuti blog puan dn suami puan
  • bnyk yg blh dijdikan pengajaran dn panduan utk menghdapi kehidupan yg kian mencabar ini

Raudzah Roslan

  • ni sofea

Hafizah Adnan

  • oh yer ker… apa khabr sofea…
  • sekarang ni pukul brp di sana

Raudzah Roslan

  • taktahu tapiada kat luar kat luar ada orang
  • mesti kat malaysia pukul 3:40 kan

Hafizah Adnan

  • mcm mana sofea tau yer… :)

Raudzah Roslan

  • orang hebat
  • mesti lah tahu

Hafizah Adnan

  • yer betul….. heheh

Raudzah Roslan

  • heheh :D

Hafizah Adnan

  • beza brp jam dgn mekah

Raudzah Roslan

  • entah
  • tatahu

Hafizah Adnan

  • ibu sofea tau ker, sofea online dgn mak cik ni…..

Begitulah…kak Ngah memohon berbanyak maaf jika ada perbualan seumpama itu terjadi tanpa pengetahuan. Malah ada juga “orang hebat” ini yang memberi nasihat. Misalnya kak Ngah terbaca “Orang hebat” ini menulis, “Ye ke? Bersabar je lah”.  Dalam perbualan yang lain “orang hebat” ini menyatakan, “Kematian? Semua orang mati. kan?” 

Abaikanlah.

Lebih-lebih lagi perbualan yang meminta mengirim barangan makanan itu dan ini dari Malaysia. Jika ia terjadi..mohon abaikan sahaja permintaan “orang hebat” itu.

Sekian dahulu. Salam sayang dari kami di Madinah Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Keluarga, Kerenah anak-anak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>