USD250 cookies

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga di dalam rahmat Allah sentiasa,

Tiga hari yang lalu, kak Ngah menerima satu panggilan. Katanya beliau berada di sekitar Jabal Ohud kerana berziarah di sekitar Madinah. Sebaik sahaja mendengar suara, kami sama-sama teruja.

Lalu Kak Ngah semak senarai tetamu Allah yang sudi menziarahi  rumah kecil kami di Jabal Ohud. Masyallah! Sudah ada senarai menunggu –  Kami peruntukkan untuknya tiga hari kemudian.   SMS darinya berbunyi,” Bolehkah kami datang berlima? Semua perempuan. Biar kami naik teksi sahaja.”

Ratna,
Mahu sahaja kak Ngah membalas SMS beliau, begini..  “Betul mahu naik teksi? Berani?” Kenapa kak Ngah rasa mahu katakan begitu..sebabnya di sini jarang sekali pemandu teksi boleh berbahasa Inggeris dan perempuan tidak dibenarkan ke mana-mana tanpa lelaki. Apatah lagi menaiki teksi. Di sini mereka menjaga keselamatan dan kehormatan kaum perempuan.

SMS selanjutnya kami menyatakan, “Tunggu kami selepas solat Isyak di tepi toilet lelaki no.10.”

Semalam, akhirnya kami menerima kunjungan yang istemewa itu.  Rasanya sudah bertahun-tahun kami tidak bertemu. Beliau sama-sama melanjutkan pengajian di peringkat Phd di North Wales, malah sama fakulti dengan abang Ngah berbelas tahun dahulu. Jika usia Amirul yang lahir di UK dijadikan ukuran, bermakna sudah hampir 13 tahun masa berlalu.

Di UK, rakan inilah tempat kami saling menumpang anak-anak. Jika kak Ngah dan abang Ngah ada urusan, Sara dan Azrai kami tumpangkan di rumah mereka. Jika mereka pula ada urusan, Hazim dan Nazirah ditumpangkan di rumah kami pula. Kami bagaikan satu keluarga.

Anak-anak kami sama usia dengan anak mereka, sebab itu mereka serasi. Rakan itu sangat rajin ke dapur dan enak sekali air tangan masakannya. Beliau menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak sebelum pergi ke universiti. Setiap kali singgah ke rumah mereka menjemput Sara dan Azrai, pasti di tangan anak-anak ada bekalan – cookies!

Sara dan Azrai selalu meminta kak Ngah membuat cookies seperti yang dibuat oleh rakan itu. Lalu, kak Ngah menebalkan muka meminta resepi darinya. Sebagai tukaran, kak Ngah berikan resepi Lemon cheese cake kepadanya.

Menurutnya, nilai resipi cookies itu adalah USD250! Dikatakan seorang pelanggan yang menikmati cookies itu meminta resipi dari pembantu restoran. Resipi diberikan berserta bil yang tertera USD250! Lalu pelanggan itu menyebarkan resepi itu ke seluruh dunia agar berbaloi dengan nilai cookies yang di bayar. Bersama ini kak Ngah sertakan resepinya untuk tatapan bersama :

USD250 cookies kegemaran Sara dan Azrai

1/2 Lb Margarine

2 Cup Sugar

2 Cup Brown Sugar

4 Large Eggs

8 Oz Hershey’s Chocolate Bar, broken

5 Cup Oatmeal dry

4 ½  Cup All Purpose Flour

1 Tsp Salt

1 Tsp Baking Powder

2 Tsp Baking Soda

1/2 Cup Semi-sweet Chocolate Chips

2 Tsp Vanilla Extract

3 Cup Walnuts

Cream butter and sugars. Add eggs and vanilla, slowly add flour, oatmeal (blend oatmeal in blender to a fine powder first), salt, baking powder and soda. Add chocolate chips, Hershey bar and walnuts, roll into 1 1/2″ balls and place 2″ apart on cookie sheet, bake in preheated 350 degree oven for 12-15 minutes.

Subhanallah! Semuga ia menjadi ilmu yang bermanfaat. Khabarnya Sara dan Azrai masih lagi menghubungi rakan sepermainan sewaktu kecil mereka itu terutama di musim raya. Azrai pernah memberitahu kak Ngah, kali terakhir Hazim meninggalkan pesanan kepadanya,” Azrai..things changed. In fact, probably we’re not kind a person than we known before.”

Ratna, Semalam kak Ngah benar-benar terharu apabila rakan itu sudi berkunjung ke rumah semasa menunaikan fardu haji. Lebih terharu kerana beliau datang hanya bertiga, bersama ibu dan adik lelakinya sahaja.  Sebelum pulang kami saling berpelukan sambil menahan air mata. Biarlah Ratna..kak Ngah tidak mahu menjadi kaki sibuk dan bertanya, “ Mana si dia?”

Subhanallah! Alhamdulillah! Allah hu akhbar!   Sesungguhnya perjalanan setiap insan telah tertulis dalam kitab Allah di lauh Mahfuz. Dan Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah kepada kita pada hari ini dan semalam. Esok..hanya milikNya.

InsyaAllah! Sehingga berjumpa lagi di lain lembaran.

-Rumah kecil di Jabal Ohud-

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Haji, Keluarga, Masakan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>