Duit boleh dicari..

Menemui adikku Ratna,sanak-saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga didalam peliharaan Allah sentiasa,

Ratna,
Kelmarin kami melihat banyak bas-bas telah mula bertolak ke Mekkah. Yang tinggal hanyalah saki baki jemaah yang baru sampai dari Afrika dan Republik Iran. Kumpulan besar mereka mudah dikenali. Ada juga sedikit lagi jemaah Indonesia dan kumpulan-kumpulan kecil dari pelbagai negara.

Beberapa hari yang lalu, kami menerima panggilan dari sesaorang berasal dari Brunei. Katanya,” Ya Allah, kami sudah mencuba menelefon entah berapakali..baru ini mendapat taliannya.” Lalu, abang Ngah mempelawa mereka ke rumah. Rumah kecil kami di Jabal Ohud. Kata mereka,” Maaf, bukan tidak sudi..tetapi kami harus pergi ke Mekah.” Jadi kami sekeluarga bergegas mencari di lobi hotel penginapan mereka.

Hotel mereka hampir dengan Haram. Aroma mewah. Sambil menunggu mereka turun ke lobi, abang Ngah cuba bertanya kepada kaunter perkhidmatan pelanggan. Jawapannya ” Oh, semasa musim haji nanti banyak bilik kosong,tuan. Kerana jemaah haji sudah berada di Mekkah. Harga bilik di sini hanya SR900 – SR1300 semalam.”

Masyallah!Jauh di sudut hati Kak Ngah berbisik,” Mahukah orang Brunei ke rumah kecil kami yang tiada apa-apa? Mahukah mereka makan beramai-ramai di dalam talam sambil bersila?”

Beberapa ketika kemudian, muncul keluarga itu. Subhanallah! Kami pernah berjumpa mereka sewaktu di lapangan terbang Brunei. “Puan..terima kasih. Kami berbesar hati kerana puan sekeluarga datang mencari sampai ke sini.” Katanya sambil menghulur sebungkus besar kiriman dari kenalan lain dari Brunei.

Kami menyambut kiriman tersebut serta mohon menyampaikan salam sayang kepada pengirimnya yang sangat baik hati. Kata beliau dengan nada kesal,” Bukan sekali kami cuba menelefon..namun Allah maha pengasih. Akhirnya kita bertemu juga” Di ulang-ulang lagi kata-kata itu.

Namun, seluruh keluarga kenalan itu nyata sangat teruja. Ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir mereka. Akhirnya kata mereka,” Insyallah, bulan Disember nanti kami datang lagi. Kami pergi ke rumah puan.”

Begitulah keadaannya bagi orang berada, Insyallah mereka mampu berulang-alik ke bumi barakah ini. Tiba-tiba rakan itu berkata,” Tetapi itu hanya perancangan kami puan. Duit untuk ke sini boleh di cari..umur hanya Allah sahaja yang menentukannya. Insyallah, dipinjamkan lagi umur serta sihat tubuh badan. Kami datang lagi Disember ini..”

Subhanallah!

Rakan itu meneruskan lagi,” Kalau balik bercuti nanti, kami suka kalau puan sekeluarga dapat datang ke Brunei. Minta prof beri kesedaran kepada golongan profesional dan golongan orang-orang besar. Mereka ada wang tetapi sentiasa diselubungi perasaan takut untuk menunaikan haji dan umrah. Wang boleh dicari..umur? Sempatkah melakukan ibadat itu sementara tubuh badan sihat?”

Subhanallah!

Usai solat Isyak pada hari yang sama, Kak Ngah dipeluk oleh dua orang wanita sewaktu kami sedang mencari-cari kasut untuk keluar. “Assalamualaikum, ini puan Roza?” Mukanya terperanjat!

Dia teruskan lagi,” Masih ingatkah saya lagi.. semasa puan memberikan ceramah di kompleks sukan bagi majlis persatuan-persatuan wanita Brunei? Ingat lagi? Saya Datin Paduka Dayang…. ucapkan terima kasih pada prof. Alhamdulillah, Kami terbuka pintu hati untuk menunaikan haji.”

Subhanallah!

Ratna,
Apa-apapun.. Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah muga dilimpahkan segala rahmatnya kepada rakan kami yang mulia hatinya – Puan Kamarjhan dan suami, Puan Zainab dan suami serta rakan-rakan yang berusaha keras membawa kami ke Brunei beberapa minggu sebelum kami berangkat ke Madinah.

Subhanallah! Hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Ratna,
Sekian dahulu untuk kali ini. Semuga kita bertemu lagi di lain lembaran.
Barakahllah hufikum.

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Haji, Keluarga, Muhassabah, warkah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>