Tetamu RKDJO

Menemui adikku Ratna yang dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga di dalam rahmat Allah sentiasa,

Ratna,
Terima kasih kerana masih sudi menerima warkah-warkah kami dari Madinah al-Munawarrah. Terutamanya kerana sudi mendengar berita dari rumah kecil di Jabal Ohud. Tujuan surat ini disampaikan hanyalah semata-mata untuk menyampaikan khabar berita dari kami.

Sedikitpun tidak mengharapkan balasan atau maklumbalas.

Untuk makluman Ratna, hampir setiap hari rumah kecil kami menerima ramai kunjungan. Setiap tetamu seharusnya dimuliakan. Mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada dari golongan ilmuan, hartawan, peniaga, orang kerajaan, orang kampung malah tukang sapu.

Mereka semua kami muliakan.

Setiap tetamu kami layani dengan cara menjaga air muka mereka – ada yang datang suami isteri, ada isteri orang, ada suami orang, ada isteri pertama yang dimadu, ada isteri ke dua, ada ibu tunggal, ada bapa tunggal, malah ada yang sudah tua [lelaki & wanita] tetapi tiada jodoh pasangan mereka.

Mereka semua kami muliakan.

Bagi kami, tidak ada seorangpun hamba Allah yang dilahirkan di dunia ini mengetahui apa yang akan terjadi kepada mereka. Walaupun sesaat dari sekarang. Jangankan esok, hari inipun mereka tidak mengetahui apakah yang akan terjadi. Jangankan hari ini, malam nanti pun mereka tidak tahu apa yang akan berlaku. Jangankan malam nanti, sebentar nantipun mereka tidak tahu.

Semuanya di dalam zat kekuasaan dan pengetahuan Allah!

Namun, satu syarat untuk menjadi tetamu di Rumah Kecil kami di Jabal Ohud..Tetamu yang datang harus menghormati tetamu yang lain.

Jangan mencela sesama mereka.

Biarlah yang datang itu dua orang wanita mulia yang menjadi madu sesama mereka – apabila sampai di ruang tamu rumah kami.. tolong jangan bersengketa.

Rumah ini menerima tetamu Allah. Rumah ini menerima orang-orang yang mulia. Setiap ucapan adalah doa bukannya mencela! Sesiapa yang tidak mempunyai ciri-ciri ini – mohon pulang ke rumah sendiri.

Mereka tidak kami muliakan!

Ratna,
Begitulah hampir setiap hari..namun kami menerima apa jua pandangan mereka dengan berlapang dada berdasarkan latarbelakang mereka. Semuanya kami hormati.

Sekian sahaja untuk makluman Ratna. Sampaikan salam sayang kami buat emak, adik beradik, ipar duai dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong di belakang tabir. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di bumi barakah ini.

Tabarrakallah hufikum!

- Rumah kecil di Jabal Ohud -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Haji, Muhassabah, warkah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>