Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yan dikasihi,
Salam sejahtera dan semuga diri dan keluarga dirahmati Allah sentiasa.
Ratna,
3 hari selepas perayaan natal, Kak Ngah menerima kiriman e-mail dari seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Natrah. Beliau kembali ke tanah air dari Amerika bersama 3 orang anaknya. Katanya kembali buat selama-lamanya. Beliau mahu berkongsi kisah, mudah-mudahan menjadi iktibar kepada yang mahu memikirkannya.
Natrah memulakan kisahnya sebagai “Cinta 2 benua”. Tiga tahun ketika kontrak syarikat kejuruteraan suaminya beroperasi di Malaysia, kehidupan mereka sangat bahagia. Hidup sebagai seorang Islam dengan cara hidup Islam. Kelahiran anak sulung menambah keceriaan hidup mereka suami isteri.
Apabila kontrak syarikat suami tidak di sambung, beliau bercadang untuk pulang ke kampung halaman. Pada mulanya Natrah dan keluarganya sangat teruja. Mereka membayangkan dapat berpeluang melihat Amerika! Natrah menjadi kebanggaan dan sebut-sebutan seluruh keluarga serta sanak saudara.
Keluarga sebelah suami Natrah tinggal di sebuah rumah ladang yang besar. Jarak antara rumah dengan jiran berkilometer jauhnya. Masjid tidak kelihatan, apatah lagi bagi mendengar azan. Natrah sekeluarga tinggal bersama ibubapa mertua di sayap kanan. Manakala ibubapa mertua tinggal disayap kiri dan pembantu-pembantu rumah di sayap belakang.
Tiga tahun pertama, adalah saat yang paling sukar. Sukar bagi mempertahankan aqidah, tauhid dan iman. Suaminya mula lalai menunaikan sembahyang. Ibadah puasa langsung ditinggalkan. Malah pergaulannya dengan adik-beradik, sanak-saudara dan rakan-rakan semakin menjauhkan dirinya dengan tuhan.
“Puan, setakat ilmu agama sekadar 4 senawi tidak menjamin apa-apa. Saya fikir dapat membimbing suami dan anak-anak, malah mengajak keluarga suami memeluk Islam. Rupa-rupanya tidak.”
Setiap kali hari natal, seluruh keluarga mertua menyambutnya dengan meriah sekali. Natrah di sisih kerana dianggap kolot, ketinggalan zaman dan berfahaman songsang. Suami juga tidak menyebelahinya. Natrah sendirian di rantau orang.
“Mereka cuba sedaya upaya mempengaruhi fahaman 3 orang anak-anak kami.”
Ratna,
Bertahun-tahun Natrah mengajak suami pulang semula ke Malaysia, namun suami memekakkan telinga. Selama itulah hatinya gundah gulana, dia merintih kepada tuhan pencipta alam ini. Allah yang di sembah, tempat memohon pertolongan. Dia memohon jalan yang lurus.
“Puan, saya rindukan gema azan berkumandang. Saya bimbang jika nanti anak-anak terheret ke neraka jahannam. Saya mahukan mereka lahir dan hidup sebagai seorang islam. Mati juga sebagai seorang islam. Biar akhir hayat kami, dapat mengucap syahadah. Di kapan, ditalkinkan dan dikebumikan secara islam di kuburan orang-orang islam.”
Setiap kali Natrah menerima berita kematian kaum keluarga, dia mencari alasan untuk pulang. Namun, tidak dihiraukan. Sehinggalah baru-baru ini, beliau menerima berita kematian bapanya. Natrah nekad untuk pulang!
“Puan, saya dan anak-anak hanya membawa sebuah beg sahaja agar suami tidak menyimpan syak wasangka. Namun, saya sudah bernekad. Kepulangan ini muktamad. Saya pulang dan tidak mahu kembali.”
Natrah pulang dan tinggal di rumah peninggalan arwah bapanya bersama ibu yang sudah tua. Katanya beliau terperanjat dengan segala perubahan yang berlaku di Malaysia terutamanya tingkah laku sepupu-sepupunya.
“Puan, masing-masing sedang mempersiapkan anak-anak perempuan mereka menjadi model sampingan. Kata mereka, mana tahu suatu hari nanti dapat berkahwin dengan “orang putih” dan tinggal di luar negara!”
Natrah menyambung lagi,” Yang sangat menghairankan, anak-anak perempuan mereka digalakkan memakai pakaian yang menjolok mata sedangkan si ibu menutup aurat ada disamping mereka. Tersenyum si ibu bergambar dengan anak perempuan yang sedang bergaya.”
Ratna,
Perkara pertama yang mahu Natrah lakukan adalah mendaftar haji dan mengerjakan umrah bersama ibu dan anak-anak. Beliau mahu menangis di hadapan kaabah, di dalam Raudhah.
Beliau tidak mahu berhenti mendoakan agar suaminya kembali ke pangkal jalan. Kembali hidup sebagai seorang islam. InsyaAllah, kata Natrah dia masih membuka hati, mendepa tangan jika Allah menunjukkan suaminya jalan pulang. Natrah mengakhiri kata-katanya,
“Syukur Alhamdulillah, Allah melindungi saya dan anak-anak sepanjang kami di Amerika. Sampaikan pesanan ini kepada ibu-ibu, katakan agar jangan sediakan unggun api untuk anak-anak. Mereka ibarat kain putih kita. Kitalah yang membentuk samada anak-anak itu bakal mendoakan atau tidak selepas kematian kita.”
Ratna,
Sampaikan salam buat semua. Jika diizinkan Allah, InsyaAllah kita berjumpa lagi di lain lembaran.
- Rumah kecil di Jabal Uhod –
Assalam..
Dugaan hidup ada dimana-mana saja..terpulang kepada diri sendiri hadapi atau mengalah dengan dugaan yg menimpa..Semoga Allah melindungi kita semua.
Kak Roza, trm kasih krn sudi berkongsi cerita ini buat pringatn kita semua. Smoga Allah Merahmati Pn Natrah sekeluarga. Ssungguhnya ujian Allah adalah tanda kasihNya pd puan. Sabar dan Solat…berdoa dan mintalah pertolongan Allah.
Assalam puan Raudzah, prof dan anak anak,
Tersentuh dengan kisah puan Natrah. Semuga puan Natrah dan anak anak dalam perlindungan Allah dan semuga suami beliau di beri taufiq dan hidayah. Berdoalah kepada NYA.
Terima kasih puan atas catatan kali ini.
Semuga puan dan keluarga dan kita semua dirahmati Allah. Amin
Ya Allah Kak Roza, tersentuh hati ini…
Assalamualaikum kak Roza, semoga diberkati Allah….sememangnya setiap kita akan diuji mengikut kemampuan diri masing-masing….. Hanya pd Allah yg Maha Berkuasa kita meminta pertolongan…… Semoga Pn Natrah sekeluarga dan kita semua diberi hidayah oleh Allah swt…….
salam kak roza, semuga semuanya selamat di sana..cerita ini sangat dekat dgn hati saya kerana saya juga seperti puan natrah, ALLAH temukan jodoh dengan seorang insan yang asalnya berugama kristian ketika kami sama2 belajar dahulu. Beza saya dan puan natrah, kami semua menetap di KL..saya faham perasaan puan natrah..memamg bukan mudah…membimbing seorang insan baru ke jalan ALLAH, jiwa sendiri kena kuat dan saya selalu minta ALLAH sentiasa bersama saya dalam membentuk jiwa suami dan anak2 supaya kami sama2 berjumpa di jannah nanti..insyallah kerana ALLAH yang menulis peta hidup kita semua..untuk puan natrah & family, doa saya sentiasa bersama mereka!
untuk kak roza and prof, terima kasih atas segala perkongsian dan nasihat, saya tahu ini semua sebahagian dari rencana ALLAH bagi saya! Alhamdulillah!
Aslkm Adik
Sedih dan terharu. Rasanya byk cerita ‘Natrah’ di luar sana.
Tahniah kerana lantikan spt cerita Prof Kamil.Hebat bukan..
assalamualaikum Pn Rosa semoga kita sentiasa diredhai Allah.
1. tahniah kr dilantik mjadi pensyarah di Universiti Thaibah.
2. kisah Pn Natrah, Alhamdulillah, Allah mberi kekuataan kpd beliau, sanggup mninggalkn suami demi agama. Kak doakn beliau terus tabah mhadapi dugaan hidup dan sama2 kita berdoa moga suami beliau kembali mjadi muslim yg baik
Assalamaualaikum Puan Roza,
Alhamdulillah, dan tahniah atas perlantikan ke jawatan pensayarah di sana. Moga dapat menyampaikan ilmu dengan ikhlas.
Semoga Puan Natrah serta keluarganya dipelihara iman mereka oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala. Memang benar, ibu-bapa sekarang ramai yang menempah tempat untuk anak-anak mereka di neraka jahanam dengan menggalakan anak-anak kecil menjadi penyanyi, model dan pelakon. Na ‘u zubillah, semoga semua pembaca puan dapat menjauhkan perkara ini dari diri anak-anak kita semua.
Assalamualaikum.
Begitu tersentuh hati dengan cerita Natrah, semoga Allah permudahkan segala impian Natrah-sampaikan salam ukhwah kak yun kpd Natrah-Allah bersama org2 yang Sabar..dan begitu tulusnya kasih seorg wanita brgelar Isteri- Ya Allah semoga terbuka hati suami Pn. Natrah untuk kembali kpd Islam…Amin utk semua rakan KRTS & RKDJO kita doakan bersama..
Assalamualaikum Pn Roza
Tahniah atas perlantikan sebagai pensyarah U.Thaibah dan selamat hari lahir.
Kepada anakanda Natrah mk cik doakan semoga teguh iman dalam mengharungi ujian hidup.Insyaallah kejayaan yang akan anakanda nimati akhirnya.
Semoga dikekalkan dan ditambah kekuatan buat Pn. Natrah .
Assalamualaikum Warahmatullah,
Kisah ‘Natrah’ wajar menjadi teladan buat semua. Semoga Allah sentiasa memelihara kita agar tetap di jalanNya.
Tahniah di atas tawaran yang diterima dari U.Taibah.
Salam sejahtera,
Semuga “Natrah” ada membaca artikal ini serta doa tulus ikhlas dari tetamu RKDJU yang berhati mulia.
Sesungguhnya hidup ini penuh dengan iktibar agar kita kembali ke pangkal jalan – tunduk sujud, bersyukur dan mengingati Allah.
Salam sejahtera Kak Roza,
Alhamdulillah, kak Natrah berjaya kembali bersama anak-anak. Saya juga doakan semoga suatu hari suami beliau turut kembali – ke pangkuan keluarga serta Islam.
Kepada ibubapa yang berbangga menjadikan anak-anak model, penyanyi, pelakon dan sebagainya – Subhanallah, sedarlah segera – hampir kesemuanya bangsa melayu islam kita yang terlibat. Ya Allah, lindungi kami semua. Amin.
Tahniah Kak Roza, kembali mengajar ye. Alhamdulillah.
Salam Sejahtera Pn Roza,
Inilah realiti kehidupan…namun kita tak boleh kaitkannya dengan “nasib tak baik, nasib baik, mujur atau kebetulan”..ianya semua dari Allah dan kepadaNya dalam hal ini Pn Natrah perlu berserah dan bergantung.
Liku-liku hidup seseorang insan itu tidak sama dan Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Apa pun liku-liku hidup moga-moga mendapat Jannah akhirnya.
Meskipun ada macam-macam ilmu mengenai Islam di media cetak dan elektronik perkara mengenai anak-anak perempuan mereka digalakkan memakai pakaian yang menjolok mata sedangkan si ibu menutup aurat sama ada untuk jadi model sampingan, menyertai sukan berenang , gimnastik dan olahraga adalah disebabkan TIDAK SEMPURNA ilmu keislaman dalam diri ibu dan bapa berkenaan.
Tak sabar untuk membaca catatan pengalaman puan di hari pertama dan seterusnya sebagai Pensyarah U. Taibah Maidinah Al Munawarrah
Assalamualaikum
Tersentuh. Terima kasih kerana berkongsi cerita ini dan kita sama-sama ambil iktibar daripadanya. Doakan kita semua sentiasa diberi petunjuk olehNya. Amin . Tahniah juga di atas tawaran kerja . t/kasih.
Salam Pn.Roza,
Tahniah atas jawatan sebagai pensyarah
Kepada natrah supaya tabah menghadapi dugaan hidup,semuga dibukakan pintu hati suaminya utk kembali kpd islam….
Ya Allah..terima kasih atas perkongsian. Allah tak uji seseorang melainkan dia mampu menanggungnya..macam kata Prof Muhaya di Ikim ‘Allah tak bagi budak kecik pikul beras 10kg sebab dia lom mampu lagi, melainkan org besar je yg boleh pikul ‘..gitu lah lebih kurang maksudnya..
salam..alhamdulilllah,mlm ni dapat mmbca tulisan roza.Syukran ya
roza,bnyak pnglman n ilmu yg dapat d rasai bersama,wpn akak tak melaluinya…mmbaca tulisan roza pn dapat mnambahkn kefahaman kehidupan d Madinah yg penuh cahaya..salam utk keluarganya…wasalam
Terima kasih atas perkongsian ini. Moga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya kepada kita semua.