Uniform Sofea

Salah satu pilihan uniforam di Masjid nabawi

Bersedia untuk halaqah al-quran di Masjid Nabawi

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,

Semuga tahun 2012 ini membawa keberkatan serta mendekatkan diri kita kepada Allah pencipta alam.

Ratna,

Hari Rabu minggu lepas, selepas asar Sofea mencari Kak Ngah di Haram. Lalu, dibawanya kepada rakan-rakan kumpulan halaqah kanak-kanak. Mereka semua sebaya barangkali seusia Sofea. Berkicau-kicau mulut mereka, berebut-rebut mahu memberitahu kak Ngah sesuatu – sudah pasti di dalam bahasa arab.

Akhirnya, kak Ngah memberi signal berkata sambil mengerakkan jari telunjuk,” Wahid! Wahid kalam..” Barangkali mereka faham apa yang kak Ngah maksudkan, kononnya mahu menyatakan,” Cakap seorang-seorang..”

Bangun seorang kanak-kanak yang paling berani memberi penerangan. Beliau berkata tentang uniform di Haram, barangkali maksudnya lebih kurang begini;

“Ustazah, menyuruh kami semua memakai uniform. Terdapat 2 pilihan. Awak boleh memilih jenis ini..”

Tiba-tiba bangun rakan disebelahnya, memegang kedua-dua gaun labuh berwarna biru muda. Berpusing-pusing, meletakkan sebelah tangan di pingggangnya. Lalu, tunduk hormat seperti puteri menghormati permaisuri.

“Atau awak boleh memilih jenis seperti itu..

Bangun pula seorang kanak-kanak perempuan di hujung sana, memakai gaun labuh berwarna kelabu tua. Dia bergerak beberapa langkah ke hadapan ke tengah bulatan kumpulan. Sebelah tangan memegang gaun, sebelah tangan di angkat seperti membawa beg tangan.

MasyaAllah! Kak Ngah tersenyum geli hati. Budak tetap budak. Budak-budak perempuan yang berangan.

Kemudian, kak Ngah berpaling kepada kanak-kanak yang memberi penerangan. Dengan wajah kagum serta menghargainya, lalu kak Ngah ucapkan perkataan ini.

“Aiwa..aiwa. Mabruk! Jazakallahukhairan..”

Sambil mengangkat sedikit bahu, tangan dan kening, dengan wajah comel dia berkata,” Maa fi musykil [no problem]”

Ratna,

MasyaAllah! Memang isu komunikasi ini kak Ngah perlu segera atasi. Namun, Alhamdulillah, Allah menunjukkan kekuasannya dengan memberi ilham kepada manusia. Kak Ngah terkenangkan perkara yang serupa berlaku di musim haji apabila bercakap dengan orang-orang Turki, Russia, Afganistan dan Afrika! Entah apa yang diperkatakan oleh mereka…namun, kami boleh tersenyum dan tertawa.

Bukankan itu tanda-tanda kemurahan dan kekusaan Allah S.W.T? Sesungguhnya Allah menjadikan bahasa dan bangsa itu untuk kita saling kenal mengenal.

Sekian. Salam sayang dari kami sekeluarga di Madinah al-Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Uhod -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Keluarga, Kerenah anak-anak. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>