Impian

Menemui adikku Ratna, sanak saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Semua di dalam peliharan Allah dan dipermudahkan setiap urusan.

Ratna,
Hari Selasa minggu lepas kak Ngah melapor diri untuk bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Membuat temujanji bertemu Dr Wafa [Naib dekan] pada pukul 11 pagi dan akhirnya kami berjumpa. Perjumpaan yang sangat mesra. Dr Wafa menyambut dengan pelukan serta bertanya khabar. Sambil melepaskan pelukan, kak Ngah berkata;

“MasyaAllah..Dr Wafa, awak lebih muda dari yang saya sangkakan.”

Dr Wafa berkata sambil tertawa,” Ana lughatul inglizia.. maa arif.”

“Dr Wafa…maa fi musykil. Ante fahmi, ana fahmi..khaalas!”

Dan kami sama-sama tertawa. Begitulah. Kemudian, Dr Wafa meminta pembantu peribadinya menyerahkan jadual waktu. Kak Ngah menyambutnya lalu si buta bahasa arab ini mentafsir serta cuba menghadamkannya. Tanpa berlengah, pembantu Dr Wafa menterjemahkannya. Alhamdulillah.

“kod MGM 204. Business communication. 2 kumpulan dan ini hari serta masanya. 2 hari dalam seminggu. Jumlah masa pengajaran 6 jam.”

“Jazakallahukhairan..ana maa’lum.”

Dalam hati terkenang nota dari rakan-rakan UiTM yang sudi berkongsi ilmu,” Alhamdulillah, terima kasih Nisa Abd Rahman dan Encik Ahmad Kamil. Semuga Allah memudahkan urusan kalian di dunia dan diakhirat.”

Ratna,
Kuliah bermula keesokannya- Rabu. Kumpulan pertama pada pukul 9 – 9.50 pagi dan kumpulan ke 2 pada pukul 1-2.40 petang. Langkah pertama, kak Ngah harus mencari blok kuliah kemudian mencari kelas. Alhamdulillah, pengawal wanita dengan mesra menunjukkan tempatnya.

“Blok 12, bilik 206. TEC [Teaching enable classroom]..canggih!” kak Ngah berbisik sendiri.

Sengaja kak Ngah datang awal 15 minit untuk melihat keadaan. Puas kak Ngah mencari-cari cara bagaimana mahu membuat projektor di atas siling itu beroperasi. Tiba-tiba terkenang Encik Ashraf atau Encik Roslan, pegawai IT & Media UiTM Segamat yang akan segera datang ke bilik kuliah hanya dengan satu panggilan. Kadang-kadang, berkejar-kejar mereka datang hanya untuk menekan satu punat ajaib..lalu projektor pun menyala!

“Yang..tolong saya. Projektor ni tak menyala. Wayar ni..nak sambung di mana?”

Lalu, dari blok siswa..terdengar telefon bimbit abang Ngah memberi arahan itu dan ini. Hish..hish..masalahnya apa yang ditulis dalam bahasa arab ni?

Sepuluh minit kemudian, 2 orang pelajar muncul. Mereka menghulur tangan, kami bersalaman. Kak Ngah mengucapkan selamat datang dan mempersilakan mereka duduk. Beberapa minit kemudian muncul beberapa orang pelajar lagi. Fesyen remaja mereka beraneka rupa. Salah seorang pelajar bernama Deemah berkata;

“Teacher..biasanya minggu pertama tidak ramai yang datang. Mereka fikir kelas belum bermula. Nanti kami hubungi mereka.”

Lalu, pelajar yang hadir menghubungi rakan-rakan mereka.

Hari itu, kak Ngah hanya melakukan sesi suaikenal sahaja. Mahu melihat sejauh mana pemikiran dan pandangan mereka terhadap pelajaran. Soalan kak Ngah :

1-kenapa perlu belajar Business communication?
2-Apa impian kamu di masa hadapan?

“Marhaba. Pertamanya saya sangat gembira sekali melihat wajah manis gadis Saudi. Kamu tersenyum dan tertawa rupanya.. Selama ini di luar sana, setiap kali mahu berkomunikasi, saya terpaksa melihat mata. Kadang-kadang saya harus merenung tajam ke dalam mata yang berkelubung hitam, takut-takut mereka tidak suka apa yang saya ucapkan. Kecuali di Haram..”

Mereka tertawa. Riuh rendah bunyi komen-komen mereka.

MasyaAllah..kak Ngah kagum kerana mereka boleh berbahasa Inggeris dan menuturnya dengan lancar. Apabila di tanya bagaimana kamu boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ada antara mereka berkata,” Menonton TV.. kami mendengar sebutan mereka. Lagipun kami banyak ke luar negeri.”

Namun, ada juga yang teragak-agak sebutannya. Mereka mencuba sedaya upaya. Kak Ngah membaca resah mereka.

“Jangan bimbang…teruskan. jangan gusar kerana bahasa Inggeris itu bukan bahasa ibunda kita. Yang penting komunikasi 2 hala berlaku dan kita masing-masing faham apa yang mahu disampaikan. Sebab itu jenis komunikasi ada 2 cara – Verbal dan non verbal”

Ia berjaya. Wajah resah mereka bertukar ceria. Sedang kelas kami riuh rendah bertukar maklumat, tiba-tiba di luar kelas ada sekumpulan pelajar menjenguk. Pelajar di dalam kelas menunjukkan isyarat jam tangan yang menandakan masa belum tamat. Akhirnya,

“Hanna, jemput mereka masuk..”

Tiga orang pelajar masuk. Wajah cantik dan dengan penuh ceria mereka bertanya,

“Teacher, kelas kami dengan teacher tengahari ini. Ada kelas kan?”

“Cuba tenguk jadual kamu. Subjek apa?”

“MGM 204. Blok 8, bilik 801..”

“MasyaAllah..ya habibi. Sabar..kita jumpa petang nanti ya. Kamu mengesan jejak saya..?”

Mereka keluar sambil tertawa.

Ratna,
Petang itu juga, pengalamannya hampir serupa. Mereka meluahkan apa impian mereka. Secara kasarnya dapat dirumuskan yang mereka juga rupanya mempunyai impian. Antaranya meluahkan;

“Kami mahu belajar setinggi mungkin, jika boleh sampai peringkat Phd. Belajar bukannya sesuatu yang mudah bagi wanita Saudi.”

“Saya mahu menjadi pengurus syarikat sendiri.”

“Saya mahu belajar sekurang-kurangnya sampai peringkat Master. Saya mahu bekerja di jabatan kerajaan.”

Dengan penuh tanda-tanya kak Ngah berkata;

“Wanita Saudi boleh bekerja dan mempunyai syarikat sendiri?”

Jawab mereka;

“InsyaAllah..mungkin bukan di Saudi tetapi di U.A.E, Bahrain, Jeddah atau di luar sana.”

“InsyaAllah, saya mahu membuka syarikat sendiri bagi keperluan wanita saudi.”

“Apapun..kami mahu meningkatkan ilmu pengetahuan, mungkin bukan untuk kami..tetapi buat anak-anak lelaki kami.”

Tiba-tiba, kak Ngah melihat wajah redup mereka.

“Ya..Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Berdoalah sesungguh hati. Sungguh, Allah maha mendengar.”

Kak Ngah teruskan;

“Tahukah kamu wahai gadis-gadis Saudi.. betapa beruntungnya kamu dilahirkan sebagai Saudi? Bersyukurlah. Di luar sana, wanita-wanita harus bertungkus-lumus bekerja mengerakkan tulang empat kerat mereka. Anak-anak yang dalam susuan juga harus ditinggalkan..ada antara mereka yang bekerja bukan kerana suka-suka. Ia suatu keperluan untuk hidup.”

MasyaAllah, mereka tunduk diam. Dan sesi suai kenal hari itu kak ngah tutup dengan kata-kata;

“Hidup ini sebenarnya suatu perniagaan. Apa yang kita usahakan di dunia..untung ruginya diperlihatkan di akhirat nanti.

Belajarlah supaya kita tahu bersyukur. Teruskan impian itu, jangan berputus asa dengannya. Sungguh, Allah tidak sesekali menginaiya kita. Malahan, jika ditakdirkan kamu tidak dapat mengapai impian yang tersemat di hati..sebenarnya itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

MasyaAllah, mereka semua tunduk memandang meja sambil mengesat air mata!

Ratna,
Sekian untuk warkah kali ini. Salam sayang dari kami di Madinah al-Munawarrah.

- Rumah kecil di Jabal Uhod -

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Muhassabah. Bookmark the permalink.

32 Responses to Impian

  1. aishah says:

    Allah menawarkan satu perniagaan kpd org2 beriman sperti yg difirmankan dlm surah as-saff 10-13. Perniagaan yg ditawarkan dgn syurga, perlindungan dari azab pedih dan pengampunan dosa, serta bantuan dan kemenangan yg hampir. Subhanallah

  2. iamja77 says:

    Saya juga mengesat air mata. :)

  3. hjh.sumarni & hj.darisul says:

    salam..
    Tahniah!!mbruk!! roza dah berjaya mndekat hati remaja ini pada nilaian Allah trhadap ilmu yg patut mereka pelajari..segala ilmu adalah dari Allah,kita berhak pelajari ilmu2 yg menafaat…..semuga Allah rahmati..amin

  4. supiahabu says:

    Assalamualaikum Pn Roza

    Memang indah pengelaman hari pertama.Saya tersenyum sepanjang meniti cerita puan dalam sessi taaruf ,memang indah dan ceria.Namun airmata menitis juga di akhirnya. Tahniah puan semoga memberkati dan meredhai puan dan kami semua.

  5. Mama Hana says:

    Assalamualaikum Pn.Roza,
    Semoga terus berjaya dlm kerjaya dan diberkati Allah sentiasa

  6. kak yun says:

    Assalamualaikum Pn.RR,
    catatan yang saya nanti2kan &merinduinya selalu kalau Pn. Roza tak menulis atau saya terlalu sibuk dgn tugasan dan tak ada masa utk bbrp waktu membaca ruang kegemaran saya ni….

    Tahniah suatu permulaan yang sangat berkesan kpd remaja2 Saudi/pelajar pn. & tentunya mereka amat bertuah mendpt seorg yg benar2 bergelar Pendidik dlm ertikata sebenar; mendidik ilmu dunia & akhirat…. ayat pn. yang terakhir tu membuat kami semua terkedu & akhirnya menitiskan air mata….teruskan menulis/tazkirah utk kami semua… wassalam

  7. Linda Musa says:

    jangan kan mereka.malah saya di sini juga mengesat air mata. Allah juga yg mengetahui apa yg terpendam di hati kita, kerana kita hanya mampu berusaha utk mendapatkan apa yang kita impikan.namun Dia lah penentu segalanya. semoga dipermudahkan urusan kak roza sebagai tenaga pengajar di sana.

  8. hzm says:

    Salam Sejahtera Pn Roza,

    Satu permulaan yang amat signifikan…alhamdulilah

  9. kak nor asiah says:

    Assalamualaikum Pn Raza,

    Bertuah pelajar2 Saudi tu dpt pensyarah spt puan, segala2 dikaitkan dgn kewujudan n kebesaran Allah, Subhanallah, teruskan tazkirahmu…

  10. Aneeqa says:

    Assalam puan Raudzah, prof dan anak anak,

    Masya Allah! Beruntung siswi siswi puan.

    Semuga Allah permudahkan semua urusan puan dan keluarga.

    Assalamualaikum buat Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat sabphabat baginda.

    Salam sejahtera.

  11. norizan - pemberi kuih siput says:

    As salam Teacher Roza
    Subhanallah beruntungnya pelajar-pelajar tersebut – kuliah mereka meliputi ilmu dunia dan akhirat. Teruskan usaha murni yang pasti diredhai Allah. Gadis dan wanita Arab memang cantik – kecantikan yang dianugerahkan Allah. Di Haram kalau duduk bersebelahan dengan an-nisa yang cantik, saya tegur juga dan bertanya dari mana, memang ramai yang boleh berbahasa Inggeris. Moga Teacher Roza, anak-anak didik dan kita semua mendapat rahmat Allah.

  12. Muna Fairuz says:

    Assalamualaikum wbt kepada Puan Hajah Raudzah dan pembaca setia RKDJO.

    Saya membaca nukilan Puan berulang kali.Terasa keikhlasan bagai ibu mendidik anaknya walaupun itu merupakan sesi pengenalan sahaja.Saya berdoa anak-anak saya dikurniakan pendidik-pendidik yang mempunyai pendekatan sebegini.Amin.

  13. iJaH says:

    Salam Pn Roza dan keluarga RKDJO,

    Saya menangis lagi..AllahuAkbar..

  14. Ahmad Nawawi says:

    gelombang reformasi akan turut terkesan di Saudi dalam dunia terbuka spt hari ni.. hanya Allah menentukan bilakah perubahan itu dilangsung…

  15. shamsinar abdullah says:

    assalamualaikumWBT
    puan, prof, anak2 dan rakan RKDJU

    subhanallah….
    naluri setiap orang yang dipilih sebagai “muallimah”….
    permulaan dan natijahnya pasti sama…walau ayatnya, sentuhannya , kalamnya, bahasanya berbeza….
    masyaallah…hanya orang yang terpilih sahaja Allah pilih untuk menjadi “muallimah”..
    Rasanya…Nalurinya…kata2nya…tidak jauh berbeza..
    menjadikananak2 yang diamanahkan “menjadi dunia akhiratnya”…
    alhamdulillah wa syukruillah..
    mabruk puan…yang terpilih dikalangan yang terpilih olehNYA….
    Menjadi Daei dan murabbi dengan cara tersendiri…yang penting nilaiNYA….NawaitualaALLAH…
    terima kasih atas ingatan yang dititipkan…

    barakallahufikum
    jazakallahukhairan kathira’…

  16. lina says:

    salam Puan Roza serta keluarga yg dikasihi Allah,

    Benar apa yg di nyatakan…dlm komen2 diatas…:)

  17. Nurul Iman says:

    Salam, puan. Saya juga mengesat air mata.

  18. Kak Long says:

    Salam Puan,

    Insyaallah puan akan menjadi “teacher” yg hebat dgn ilmu dunia dan akhirat. Ameen

  19. sue says:

    Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah….. Tahniah.

    Setiap Hari Tak Sabar Menunggu Untuk Membaca Warkah Tauladan Daripada Puan.

  20. Yakoozi says:

    Salam Pn Roza,

    Ya.. kene bersyukur dgn setiap rahmatNya..

  21. NBshah says:

    Salam Kak Roza,
    Tahniah kak kerana telah mendapat peluang mengajar di Universiti Madinah. Saya disini juga berkesempatan belajar dari apa yang telah akak ajar pada student akak. Ia amat menyentuh perasaan saya….terima kasih atas peringatan tersebut.

  22. Ummi Zubir says:

    “Hidup ini sebenarnya suatu perniagaan. Apa yang kita usahakan di dunia..untung ruginya diperlihatkan di akhirat nanti.

    Belajarlah supaya kita tahu bersyukur. Teruskan impian itu, jangan berputus asa dengannya. Sungguh, Allah tidak sesekali menginaiya kita. Malahan, jika ditakdirkan kamu tidak dapat mengapai impian yang tersemat di hati..sebenarnya itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

    –Masya Allah, so true. Kami yang membaca pun sama tertunduk menitis air mata. Terima kasih atas perkongsian ini :)

  23. kak nab says:

    Teruja nak jumpa Roza & famili…

  24. بنت اسماعيل says:

    Alhamdulillah, Puan Roza. Saya akan jadikan pengalaman Puan sebagai panduan buat diri saya untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

  25. Anonymous says:

    salam puan Roza…..
    terima kasih kerana rajin titipkan warkah ingatan ini untuk kami…..
    hari2….saya ternanti2 warkah dari puan Roza walaupun saya bukan Ratna…. tetapi terasa seperti berada dekat dengan Puan Roza dan keluarga…terima kasih…kerana sering mengutuskan warkah yang bermakna buat kami……

  26. shahida razali says:

    Assalamualaikum wbt.

    Subhanallah, Allah Permudahkan jalan kak roza untuk terus menjadi murabbi supaya dapat memanfaatkan anugerah Allah pada kak roza. Saya mendoakan kak roza terus berjaya mendidik anak2 murid kak roza di dalam kelas, dan juga kami sebagai mengikut blog kak roza di alam maya. Sungguh tersentuh hati nurani saya membaca entry kali ini. Terima kasih! Jzkk :)

  27. sya says:

    assalamualaikum…

    subhanallah.terkesan…teruskan menulis pn.roza

  28. Aida says:

    Puan Roza, saya juga mengesat air mata!.

  29. najwa-JB says:

    Assalam..

    Airmata saya mengalir laju!! Allahuakbar.
    Innallah ha ma’ana, ya ummi!

  30. Muna Fairuz says:

    As salam Puan Hajah Raudzah,

    Rindu kepada tulisan Puan.Semoga Puan diberi sedikit ruang untuk terus menulis di ruangan ini.Amin.

  31. nhhas says:

    Assalamualaikum wbt…
    puan roza,

    bukan setakat mereka menangis, yang membaca ne pun menangis.
    bukan setakat baca blog puan roza buat saya menangis, baca wish sofea untuk mahir baca al-quran seperti mishari rashid pun saya dah menitiskan air mata.
    beruntungnya sofea. (akak jeles ngn sofea ne)… huhuhu

  32. linda says:

    Subhanallah….sungguh tersentuh hati…semoga Allah selalu merahmati Kak Roza sekeluarga,dan saya juga bisa mencontohi kak roza…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>