Menemui adikku Ratna, sanak-saudara dan rakan-rakan yang dikasihi,
Semuga hari ini lebih baik dari semalam dengan izin Allah.
Ratna,
Masjid Nabawi kini dipenuhi dengan jemaah yang mahu memenuhi malam-malam terakhir di bulan Ramadhan yang mulia. Di sana-sini kelihatan limpahan jemaah dari segenap lapisan bangsa pelbagai negara. Paling ketara di sekitar dataran Haram. Paling ramai jemaah dari India dan pakistan yang bergelimpangan. Beg-beg pakaian mereka berada disisi dan digantung ditepi-tepi pagar sekitar haram.
Allahu Akbar! Barangkali mereka merempat tanpa penginapan!
Di dalam masjid terdiri dari jemaah yang berbeza kategori, mereka khusyuk beramal ibadat – bersembahyang sunat, berzikir dan mengaji quraan. Mereka tidak menghiraukan orang!
Allahu Akbar! Melihat mereka..hati bergetar!
Ratna,
Kami melihat masjid Nabawi menjadi luar biasa sibuknya. Paling sibuk di waktu persediaan untuk Iftar malah pekerja pembersihan menjadi berganda-ganda sibuknya selepas iftar membersihkan kesan tumpahan makanan di sekitar haram.
MasyaAllah tabarakallah! Masjid nabawi ketika ini bagaikan beroperasi 24 jam. Ia dipenuhi dengan lautan manusia saban waktu, siang dan malam.
Namun, satu perkara yang kak ngah perhatikan disini adalah perlakuan jemaah yang kadang-kadang menjadi kurang budi bicara. Barangkali terlupa seketika akibat terlalu ghairah dengan bahagian mereka.
Ratna,
Sampaikan pesanan ini kepada ibu-ibu saudara, adik-beradik serta rakan taulan. Sekirannya mereka mahu bersembahyang jemaah di masjid, ingat satu perkara – Rapatkan Saff. Jangan bentangkan selebar-lebar atau sebesar-besar sejadah untuk diri sendiri. Sedangkan sejadah itu boleh dikongsikan untuk dua jemaah. Ini juga berlaku di masjid Nabawi- malah ada yang sampai bertikam lidah!
Sekali lagi pesankan kepada mereka – Rapatkan Saff.
Tidak ingatkah, kita sering dipesan oleh imam sebelum sembahyang jemaah dimulakan? Tidak gentarkah kita apabila dibacakan peringatan ini di dalam al-quran. Allah berfirman di dalam سُوۡرَةُ المجَادلة yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)
Allahu Akbar!
Ratna,
Marilah kita berpesan-pesan agar menghindari dari perlakuan buruk seperti itu. Lapangkan ruang, permudahkan urusan – ia lambang keluhuran hati insan yang bertakwa. Bukankah Allah melihat tingkah-laku kita di dalam rumahNya?
Ingatlah adik-adikku..hati murni sesaorang diterjemahkan melalui perbuatannya. Ia terpancar dari riak wajah dan tubuh anggota. Sungguh, Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi di hati dan terpendam dalam dada. Lapangkanlah dan permudahkanlah – Semuga Allah melapangkan serta memudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat!
Salam sayang dari kami sekeluarga.
Rumah kecil di Jabal Uhod
Madinah al-Munawarrah.
Allahuakbar
Subhanallah
Alhamdulillah
Alhamdulillah… syukran atas prkongsian ‘ilmu. insyaAllah tkan menerapkan nilai2 murni itu. Salam sayang dan peluk cium buat roza dari kak yg bnyk kelemahan n lara ini. tlg doakan kak ya. syukran, syukran, syukran.
Salam sejahtera Adik Roza,
Terimakasih adik atas ingatan.
Moga kami akan rapat2kan saf….
Ada masa masing2 liat nak penuhkan saf yg kosong. Ada masa terjumpa adik2 yg terbuka dagu, ada masa tiba2 ternampak jari2 kaki terkeluar tika sembahyang. Terpisat2 juga nak bgtau.
Ustaz pun beritahu orang yg sembahyang duduk ,kena berdiri dulu tika mula sembahyang dgn kadar seketika…(bg yg boleh berdiri)
Ya Allah,Moga kita sama2 ingat mengingat.
Alhamdulillah, walau seketika, jumpa juga kita di KLIA tempuhari.
Jumpa lagi.
Salam Kak Roza,
Moga Allah swt limpahkan rahmahNya buat akak sekeluarga.
Jika tidak menyusahkan akak, saya mohon bantuan akak agar dpt mendoakan saya di sana terutama di Raudhah agar mudahkan urusan viva saya bulan 9 ini , dan diberikan kejayaan cemerlang lulus PhD, kak. Dlm sesak dan lelah saya , saya sentiasa sedar Allah swt bantu saya. Saya pasti akan buat utk bahagian saya, cuma mohon bantuan dari akak jua. Terima kasih kak, moga allah swt sahaja yg dapat membalasnya. Terima kasih kak.
Saya rindu dlm sendu melihat Masjid Nabawi. Dlm sendu, saya juga malu, sebab hambanya yg sering kali juga lalai dan leka. Mohon ampun dariNya jua.
salam hormat,
azrina
Assalam puan Raudzah, prof dan keluarga,
semuga di limpahi rahmat Allah bersama keluarga.
Terima kasih puan atas catatan ini.
Assalamualaikum buat Nabi Mohammad saw serta keluarga dan sahabat sahabat sekalian.
MasyaAllah!Tabarakallah…sememangnya itu lah yg selalu berlaku di mana2 masjid sekali pun.Malah bagi sesetgh muslimat bersembahyang tanpa menghiraukan rambut yg terkeluar atau kaki yg terkeluar.Bukankah syaitan akan bersorak keriangan apabila saf2 tidak dirapatkan.Sebaliknya apabila saf2
dirapatkan syaitan akan lari berkeliaran kerana takutkan akan kekuatan dan perpaduan umat Islam.(petikan dari kuliah dhuha di surau ar rasyideen,setiawangsa)
Assalam buat Puan Roza dan pembaca RKDJU
Rapatkan saf yang diutarakan sebenarnya luas maknanya. Rapatkan saf bukan saja diruang solat. Rapatkan dalam semua bentuk aktiviti hidup yang dipinjamkan Allah. Berganding bahu untuk kemaslahatan ummah adalah antara manifestasi dari ungkapan ‘Rapatkan Saf’.
wassalam
Salam Sejahtera Pn Roza,
Jazakallah, Syukran di atas tajuk yang mempunyai maksud yang amat signifikan
Salam sejahtera Ali Hassan,
Terima kasih. Benar tuan, begitulah sebenarnya maksud tersirat di dalam quran.
Assalamualaikum buat Puan Roza sekeluarga dan pembaca2 blog sekalian…
teringin rasanya berkongsi pengalaman berkaitan entri rapatkan saf ini… pengalaman yang membuat diri terasa dihina dipagi Syawal… Pengalaman solat raya kali pertama di Ampang (selalunya kami beraya di kampung tapi tahun lalu kami x balik raya…)
Ibu dan saya jemaah wanita pertama yang sampai ke surau tersebut… Kami bukanlah kariah surau tersebut tetapi itulah surau yang terdekat dengan rumah kami yang mengadakan solat sunat aidilfitri, ibu tak mahu solat di masjid kerana jauh dan sesak… Suraunya terletak dikawasan perumahan orang2 berada dan surau tersebut agak terkenal kerana jemaahnya yang berbilang bangsa dan dari pelbagai negara… Surau masih lengang dan belum ramai yang datang… Maka kami pun duduklah di saf pertama bahagian paling kiri sambil menunggu jemaah2 lain memenuhi surau…
Alhamdulillah jemaahnya semakin ramai dan memenuhi ruang… Hampir penuh… Sukanya hati diwaktu itu melihat jemaah yang ramai… Semuanya duduk diam mengikut saf sambil menunggu..Tetapi tiba2 datang seorang wanita yang agak berusia menggunakan tongkat menghampiri saya dan ibu… dengan nada suara yang tinggi dan kuat wanita tersebut menyapa kami…
“Tepi sikit, ini tempat saya! Saya solat guna kerusi, nanti sempit, kena awak!”
Saya dan ibu termangu2 ditegur sebegitu, darah saya terasa menyirap terus ke muka, terasa panas… Jemaah yang ada memandang kami… Dalam hati rasa tidak puas hati ditegur sebegitu… Tapi ibu ajak saya beralih sedikit ke kanan agar dapat berikan ruang kepada wanita itu dengan kerusinya… Wanita tersebut terus mengomel… tidak jelas butir bicaranya…
Surau semakin padat… Wanita itu masih mengomel sendirian… matanya melihat saya dan ibu seperti masih ada yang tak kena… Saya dan ibu beranjak lagi sedikit ke kanan kerana wanita tersebut masih memberi isyarat agar kami beralih tempat… tiba2 kelihatan 2 beranak dipintu surau… Wanita berkerusi tadi terus menjerit dan memanggil… “Puan Sri! Puan Sri! Sini! Sini! mari kemari!”
Orang yang dipanggil Puan Sri itu membuat isyarat tidak mengapa, mungkin kerana melihat orang ramai sudah bersesak dan tiada ruang lagi di saf tersebut… Terlihat riak serba salah pada mukanya… Wanita berkerusi terus memanggil… Sambil itu berkata pada saya dan ibu… “Awak bukan orang sini, pergilah sembahyang di tempat lain! Itu Puan Sri tau! kami selalu sembahyang disini! Puan Sri tu banyak keluarkan duit untuk surau ini!”…. Mengarahkan kami agar beralih tempat dan memberi ruang kepada Puan Sri tersebut… Ya Allah! Pedihnya telinga dan sakitnya rasa hati… masa itu hati ini terdetik… Ini rumah Allah… mengapa kami dibuat sebegini rupa… Tapi Allah menyelamatkan kami dari terus terpukul dengan kata2 wanita tersebut… Solat sunat dimulakan… Bersolatlah kami dengan saf yang lompang memisahkan kami dan jemaah lain dengan wanita tersebut… Jemaah di saf kedua tidak mahu ke depan memenuhkan ruang antara saya dan wanita tersebut…
Sehingga selesai solat wanita itu masih belum berpuas hati… Dia bercakap2 dengan nada yang kuat… “Ni semua ni, pendatang ni… bukannya tahu nak hormat Datin dan Puan Sri kariah surau ni! Dah la menumpang tempat kita!”… Pedih sungguh kata-kata itu ditelinga saya… Seorang melayu Islam berkata sedemikian di pagi Syawal…
Assalammualaikum,
Subhanallah, pelbagai ragam manusia yang dijumpai. Pesanan untuk diri saya, buatlah sesuatu itu kerana Allah. Kita meminta jemaah memenuhkan saf, tapi dilayan sepi, kaku membatu, memekakkan telinga mempertahankan kedudukannya di situ tanpa memperdulikan teguran jemaah merapatkan saf. Sabarlah duhai hati…. Kita menegur kerana Allah. Andai mereka tidak patuh, biarlah Allah sahaja yang membuka hatinya, menunjukkan jalan yang lurus.
Terima kasih Kak Roza, semoga dengan teguran dan nasihat dari Kak Roza menjadi panduan untuk kami terus meningkatkan peradaban, tingkah laku kita dalam pergaulan seharian. Semuanya kerana Allah. InsyaAllah….
Subhanallah..Sabarlah Diana..itulah dugaan Allah kpd hambaNYa. Org y paling sabar adalah org ys paling kuat dan menang disisi Allah. terimakasih pn Roza..rapatkan saff ukt merapakan hati2 mukmin yg dah agak terpisah kerana dunia.Doakan kami diRaudah masjid Nabawi semoga hati2 kami disatukan dgn kasih sayang sesama kerana Islam . Allah sentiasa membekati keluarga pn Roza