Komen Pembaca : Bukan Sekadar Resipi

Saya menerima e-mail dari pihak penerbit Galeri Ilmu baru-baru ini. Bersamanya dilampirkan komen salah seorang pembaca buku Bukan Sekadar Resipi. Allahu Akbar! Terima kasih Allah. Moga ada ilmu yang bermanafaat.

Bukan sekadar buku…

Itulah yang saya boleh rumuskan setelah membaca buku Bukan Sekadar Resipi tulisan Puan Roza Roslan. Kenapa tidak! Hendak dikatakan buku resipi, bukan sekadar resipi yang terkandung di dalamnya. Hendak dikatakan buku cerita, bukan cerita rekaan yang dituliskan. Hendak dikatakan biografi, bukan kisah seorang individu yang diceritakan. Hendak dikatakan travelog pula, bukan sekadar kisah perjalanan yang dikongsi.

Membaca hasil tangan Puan Roza Roslan ini tidak pernah membosankan. Setelah membuka buku ini, terlalu sukar untuk menutupnya. Hati terasa tidak sabar hendak membelek hingga ke muka surat yang terakhir. Namun, tidak pula sanggup hendak melompat bab. Bahkan, saya terpaksa membulatkan tekat untuk menangguhkan pembacaan setelah membaca hampir satu per tiga daripada buku tersebut. Itu pun kerana malam yang telah semakin lewat dan keesokan harinya pula, saya perlu bekerja. Malu pula rasanya kerana lebih membesarkan buku ini dari solat malam yang selalu dipesan oleh Puan Roza Roslan sendiri.

Gambar-gambar masakan yang terdapat di dalam buku Bukan Sekadar Resipi juga amatlah menggiurkan. Dalam kes saya, gambar Seri Kaya Labu sememangnya menambat hati. Terasa seperti ibu mengandung sedang mengidam pula. Terbayang-bayang semasa mata hampir terpejam. Mujurlah tidak sampai mengalirkan air mata. Gambar-gambar resipi yang lain juga tidak kurang menambat hati dan perasaan. Nafsu meminta-minta untuk menjamahnya. Begitulah, syaitan sememangnya pandai mempengaruhi nafsu walaupun semasa membaca buku yang banyak membawa rasa keinsafan.

Kisah-kisah di sebalik resipi yang diceritakan juga amat menarik. Ceritanya biasa-biasa sahaja kerana ia adalah kisah benar. Tiada unsur-unsur fantasi dan ajaib yang dikisahkan. Namun, kebenaran itu sebenarnya lebih ajaib dan menakjubkan jika dilihat dari sudut yang sepatutnya. Kadang kala, saya berasa malu sendiri kerana tidak pernah terfikir untuk berfikir dari sudut yang diceritakan. Pengalaman sendiri yang dianggap biasa-biasa, rupanya tersimpan beribu rahsia andai dilihat dari sudut yang sama.

Sebagai kesimpulan, Bukan Sekadar Resipi mengajar bayak perkara tentang kehidupan. Jika ahli Kimia mengatakan Ilmu Kimia berasal dari dapur, maka saya mengatakan kehidupan yang bahagia berasal dari dapur yang diuruskan oleh isteri, ibu dan wanita yang berhati mulia. Dan sememangnya wanita itu mulia, oleh itu kemuliaannya perlu dipelihara….

AYRIE

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Masakan, Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Komen Pembaca : Bukan Sekadar Resipi

  1. maya umaira says:

    MasyaaAllah..snggh terkesan dihati bila baca coretan ini..t.kasih pn Roza & tq Allah sebab tidak terlepas membaca coretan ini..ianya sekadar utk mengingatkan diri ini selalu didlm memperbaiki diri dan memotivasikan diri.

  2. Kamilah says:

    Alhamdulillah….sekalung penghargaan buat Puan Roza yang menulis buku BUKAN SEKADAR RESEPI…banyak resepi telah saya cuba dan yang paling terkesan resepi nasi dagang….suami dan anak-anak memberitahu nasi dagang yang paling lazat yang pernah dirasa….WOW….dalam minda dan jiwa hanya terbayangkan Puan Roza dan buku yang istimewa ni….semoga Allah swt merahmati puan sekeluarga….dilimpahi idea untuk terus menjadi penulis hebat….

  3. Rashidah Sulaiman says:

    Salam sejahtera Puan Roza

    Saya juga telah membaca buku ini dan menghabiskannya dalam tempoh 2 hari sahaja. Saya hanya baru mencuba Lemon Nak Nak dan keluarga saya terutama suami amat menyukainya. Selepas itu saya terus menanam lebihan pokok pudina tersebut dan sehingga sekarang pudina tersebut terus hidup subur, alhamdulillah dan boleh dipetik pada bila-bila masa jika teringin untuk menikmati Teh Pudina. Daun pudina ini serta resepinya turut saya kongsikan dengan staff dan keluarganya juga turut mengemarinya. Saya belum berkesempatan untuk mencuba resepi yang lain walaupun telah membelek buku ini berkali2 untuk memilih mana resepi yang bahan-bahannya telah sedia ada untuk dicuba tapi ada sahaja yang tak cukup. Apa pun terima kasih Puan Roza dengan perkongsian ilmu ini dan moga Allah sentiasa memberkati Puan Roza sekeluarga, In Shaa Allah.

  4. saliza says:

    Salam..Pn Roza…
    Terimakasih berkongsi resepi…kami sekeluarga dah cuba beberapa resepi macam..keropok lekor..mmg sedap..jemput2 pun seddap…semoga saya diberi Allah peluang utk berjumpa Pn Roza an Prof…

  5. ummi says:

    Assalamualaikum Pn. Roza…Tahniah, buku ini saya akui mmg cukup memberangsangkan…saya juga teruja menghabiskan bacaan dan menyingkap cerita di sebalik resepi dan saya bersyukur kita telah dipertemukan di Madinah…terima kasih juga kpd sahabat Hanis Ismail (anda tau kenapa kan ^__^). Namun saya belum sempat lg mencuba resepi2 lantaran suasana sebelum dan selepas berpindah yg hiruk pikuk lg selepas pulang dari menunaikan haji baru-baru ini….InsyaAllah di suatu hari akan dicuba dan update kembali blog saya…Terima kasih byk atas perkongsian puan. Sedang menanti pula Aroma Antara Benua… Semoga puan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah hendaknya…amiin..

  6. hzm says:

    Salam Sejahtera Pn Roza,

    Mudah-mudahan Stuart dan Heather akan mendapat taufid hidayah dan cahaya petunjuk suatu hari nanti.

  7. Che Azizah Che Ab Rahman says:

    Assalamualaikum Puan Roza,

    Sudah lama saya terfikir2 mengapa dah lama column Pn Roza menyepi dari sebarang updates yang kami rindui.. Harap Pn Roza sekeluarga berada dalam keadaan baik semuanya. Terdetik di hati ini ingin tahu mengapa coretan/nukilan dari Puan sudah tidak dibuat lagi, adakah Puan dah mahu berhenti dari menulis coretan2 yang selama ini menjadi panduan dan pembukaan minda kami semua untuk sentiasa mengingati keesaan Allah dalam penghidupan seharian.
    Harapan agar Pn Roza meneruskan penulisan yang dirindui oleh semua saya percaya..

  8. izzah says:

    salam puan roza.

    sy antara pembaca buku bukan sekadar resipi ini. tergerak hati utk mencuba sendiri resipi kek coklat hebat. masya ALLAH, memg hebat! ramai yg terkeliru sama ada ianya bakar ataupun kukus.

    sy buat utk majlis hari lahir guru adik di sekolah kemudian utk hari lahir bapa saudara sy. komen yg diterima alhamdulillah positif. ada pula yg kata, next time beli je kek drpd izzah. sangat mudah dan sedap. terima kasih banyak2 puan. semoga ALLAH memberkati puan dan keluarga.

    selamat hari guru puan roza :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>